Isnin, 28 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Naib Ketua UMNO Bhg Ulu Selangor + penyokong tinggalkan Umno ... harap tak akan ada U-turn lah lepas ni

Posted: 28 May 2012 10:54 PM PDT

Himpunan Belia 2012 : Hampa tengok, 2 orang 'belia' ni pun tak mau kalah ...

Posted: 28 May 2012 09:11 PM PDT





Kadang-kadang Puteri naik heran...dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tak "peka" dengan sikap UMNO haprak....



Umpama kerbau yang dicucuk hidung...umpama robot yang disetkan suisnya....ikut telunjuk..tak mengira halal haram...seolah-olah apa yang dibuat oleh pemimpin UMNO busuk...yang haram bertukar halal....



Himpunan Sejuta Belia.....bukan main gah...canang pelusuk alam..nak sajikan pengisian rohani...tapi apa yang terjadi....program maksiat menjadi agenda....anak-anak muda didedahkan dengan budaya barat. yang menyimpang jauh dari ajaran Islam...apakah ini nilai pengisian rohani dimata pemimpin UMNO haprak!




Anak muda rosak di tangan UMNO..anak muda akan hilang pedoman bila bersama UMNO...anak muda akan jauh dari agama bila berkawan dengan UMNO...yang nyata dan perlu lagi bersuluh...pemimpin no 1 UMNO sanggup turun padang bersama-sama menunjukkan taring kehebatan melakukan perkara mungkar...pemimpin-pemimpin UMNO busuk yang lain....tak segan silu..bersama-sama terkinja-kinja dengan anak-anak muda ...kononnya nak tunjuk kebersamaan....




Makcik-makcik...pakcik-pakcik kat kampung..yang selalunya asyik...angguk-angguk...geleng-geleng..iya-iya...saya-saya...kiri kanan ikut saja....bukalah mata luas-luas...kalau macam tu perangai pemimpin yang menerajui Malaysia..jamin ka anak-anak makcik selamat...bukan selamat kat dunia saja...fikir sama selamatkah diakhirat kelak....


Bila anak-anak muda ke perhimpunan bersih.....mereka dibelasah..mereka diseret macam penjenayah...bila anak muda pergi kuliah agama...mereka dicop pelampau..mereka dituduh sesat...bila anak muda bangun membantah kerakusan UMNO..mereka dikatakan tidak kenang budi..terpedaya dengan pembangkang dan sebagainya...tapi bila anak muda dilalaikan dengan program maksiat....didedahkan dengan pergaulan bebas...mendedahkan aurat....minum arak....tak ada pun suara-suara UMNO haprak yang menyalak menyalahkan pemimpin UMNO...seumpama direstu....lagi pun apa nak susah..kalau termengandung..sekolah mengandung sedia menanti pendaftarannya....tak gitu....



Tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera....kalau begini rupanya pemimpin kita...fikirkanlah...apa akan terjadi kepada masa depan anak-anak muda kita.....mau tak mau..suka tak suka....PRU 13 ni...buatlah sesuatu...rasanya tak perlulah Puteri sebut...faham dah kut........



Bagi Puteri..tidak akan sesekali redha UMNO haprak menjadi pembimbing anak-anak Puteri.....bak kata orang Baling....tak kelapaa....... Harakah 

Umno BN hilang moral - DSAI

Posted: 28 May 2012 08:35 PM PDT

(Oleh Amiruddin Ahmad) 
KUALA LUMPUR 29 Mei: Kemaraan Pakatan Rakyat (PR) ke Pahang tidak mampu dibendung oleh Umno BN. Buktinya di pekan terpencil Tong Kiat, Maran menyaksikan kunjungan Ketua Umum KEADILAN disambut lebih 3,000 masyarakat Cina yang datang mendengar ceramah beliau Ahad lalu.
Kehadiran rakyat yang tidak disangka itu menunjukkan momentum perubahan semakin menyerlah biar pun di kawasan yang sukar untuk mendapat maklumat dari media alternatif.
Dalam ceramahnya, Anwar mengecam sikap Umno BN yang tidak langsung menghormati demokrasi serta menggunakan taktik provokasi dan kesamsengan bagi mempertahankan kuasa.
"Budaya mengutuk Tok Guru Nik Aziz tidak patut. Seorang alim digelar bapa kafir, ini adalah budaya yang amat jijik. Adakah Nik Aziz ambil tanah, ambil duit lembu?
"Membaling batu dan mengganggu ceramah Pakatan juga budaya tidak bermoral. Apa akan terjadi kalau dilakukan terhadap kediaman Najib, perbuatan (sama) di hadapan rumah Datuk Ambiga?
"Bagaimanakah kalau ahli PAS, KEADILAN dan DAP bertindak balas ? Di mana moralnya ahli Umno? Kita menyokong Ambiga atas sebab pilihan raya dan mahukannya dibersihkan, " katanya disambut sorakan hadirin.
Anwar turut menjelaskan PTPTN boleh dihapus sekiranya Umno BN tidak lagi memerintah. Menurutnya, debat Khairy dan Rafizi mengenai PTPTN menampakkan hasrat sebenar BN yang tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma serta mementingkan golongan tertentu dari membaiki kehidupan rakyat.
"Hutang lembu, hutang MAS bagaimana? Kalau rakyat kampung dan orang bawahan berhutang, kena bayar. Kita perintah Selangor dan kita mampu membayar untuk kepentingan rakyat. Kita yakin dapat melakukannya (pendidikan percuma) jika rakyat memilih Pakatan Rakyat memerintah pusat, " katanya.
Anwar turut mengulangi janji PR untuk membanteras rasuah, pembaharuan sistem kehakiman dan melahirkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30989

Penyenaraian Felda - 105,382 ekar tanah Rezab Melayu akan lenyap

Posted: 28 May 2012 05:08 PM PDT


KUALA LUMPUR- Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.
Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.
Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.
Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.

"PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.
"Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya.
Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.
Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau.
Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham?
"Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya.
PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.
"Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya.
--Harakahdaily

Awat Shabery, salah ker melawat orang sakit?

Posted: 28 May 2012 05:38 AM PDT

Shabery pertikai niat pemimpin PKR lawat mangsa


 
NONEMenteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan niat dua pemimpin pembangkang yang hari ini melawat mangsa kemalangan perlumbaan drag yang dianjurkan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.
    
Beliau tertanya-tanya sekiranya ia hanya bertujuan cuba meraih populariti politik daripada kes kemalangan itu.
    
"Cuma kalau dibuat dengan tujuan politik untuk menunjukkan himpunan ini tak bagus misalnya, rakyat akan tahulah.
    
"Kalau dia benar-benar ikhlas sepatutnya dia turut melawat polis dan wartawan yang cedera akibat dipukul peserta perhimpunan Bersih baru-baru ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
    
Terdahulu hari ini, dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan N. Surendran melawat mangsa kemalangan itu di Hospital
Putrajaya, dan meminta penyiasatan penuh dijalankan dan sedia menawarkan bantuan guaman kepada mangsa sekiranya diperlukan.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam semalam di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 di sini, seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena himpunan itu cedera, termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Tiga mangsa yang masih dirawat di hospital itu ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, Ami Nakim, 27, dan Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, manakala seorang lagi telah dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.
    
Ahmad Shabery berkata pihaknya bersedia mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam penganjur perlumbaan itu sekiranya mereka didapati bersalah dalam hal itu.

- Bernama



Plat WWW 1 milik Sultan Johor dengan harga RM520 ribu,

Posted: 28 May 2012 01:18 AM PDT

NONEJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan 
RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'.

Disiarkan di lamanweb rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.

Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod  'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100.

Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya. Malaysiakini

PR Johor cadang tawar RM1,000 pada belia yang nak kahwin

Posted: 28 May 2012 01:12 AM PDT

Blog Ibn75.wordpress.com


KULAIJAYA – Sebagai usaha untuk mendekati pengundi muda, cadangan pemberian RM1000 untuk insentif perkahwinan pertama bakal diterjemahkan sekiranya rakyat Johor memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) kelak.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pengundi muda di Johor antara golongan yang paling ramai mendaftar sebagai pemilih baru apabila sejumlah 380,000 telahpun dikenalpasti.



"Tanggungjawab kita adalah untuk dekati mereka yang berumur 25 hingga 40 tahun. Ini (Kerja) bukan tanggungjawab (Badan) perhubungan (PAS Negeri Johor), bukan kerja (Dewan) Muslimat. Dekati mereka hingga yakin kepada kita," tegasnya lagi.

Sehubungan itu katanya, dengan menguasai dan memberi penjelasan semaksimum mungkin kepada golongan itu disamping pelbagai tawaran dibuat bagi memikat anak muda maka ia mampu melakarkan satu perubahan dan kejayaan di negeri yang bersitgma kubu kuat UMNO-BN ini.

"Kita membuat tawaran kepada anak muda seperti RM1000 insentif perkahwinan pertama, Wifi percuma di bandar-bandar, Tabung Belia Niaga, RM1000 insentif apabila masuk universiti (IPT), Tabung anak emas Johor dengan pemberian RM100 bagi setiap anak yang dilahirkan dan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada golongan ini apabila berjaya kuasai Nusajaya," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, pada majlis itu juga Suhaizan menyarankan kepada ahlinya supaya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dengan melipatgandakan amalan rutin sebagai pejuang Islam.

"Bila nak kuasai 'ghairah' ke Nusajaya maka saya sarankan tingkatkan hubungan dengan Allah supaya dapat reda Allah. Jangan lupa asas ini. Kita adalah pejuang," katanya lagi.


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BETULKAH KITA ADA KUASA TANGKAP LEMBU YANG GANGGU PROGRAM KITA?

Posted: 28 May 2012 12:35 PM PDT

AKU mahu merujuk kenyataan Pemuda Umno Lembah Pantai yang bertanya mengapa penyokong-penyokong PKR tidak menangkap lembu dari Pemuda Umno yang mengganggu program ceramah PKR baru-baru ini.

Benarkah kita boleh berbuat demikian? Jika benar ini satu berita baik,  Kita mahu pihak Polis mengiyakannya, agar selepas ini kita boleh berbuat demikian.  Sewaktu kekecohan berlaku dalam satu program di Segamat beberapa bulan lalu, kita telah berjaya menangkap salah seekor lembu mereka, tetapi pihak Polis menyatakan kita tiada hak untuk berbuat demikian, itu tugas Polis katanya,

Sekarang mereka mahu kita bertindak menangkap lembu-lembu upahan mereka.  Apakah kita telah bersedia.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


AKU INGAT ORANG MCM NI KALAU ANWAR JADI PM,DIA SUJUD KAKI PA

Posted: 28 May 2012 03:37 PM PDT

Buntut timur, demonstrasi barat?

Posted: 28 May 2012 02:28 PM PDT

Tidak berapa lama dahulu, apabila suatu perhimpunan diadakan di Kuala Lumpur, ada pihak yang merungut bahawa demonstrasi jalanan adalah "budaya barat".  Ini kerana, kata mereka yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu, demonstrasi lazimnya ada elemen kekasaran yang tidak secucuk dengan "budaya timur" kita yang kononnya halus sifatnya itu.

Jadi tidaklah hairan kenapa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan baru-baru ini mengundang banyak kritikan (dan tindakan) yang serius dari pihak tertentu, termasuk golongan pemimpin dan kelompok lain dalam masyarakat Malaysia.  Kritikan yang dilemparkan terhadap penganjur dan ribuan penyokong BERSIH 3.0 menjadi begitu lantang lebih-lebih lagi setelah perhimpunan itu berakhir dengan keganasan yang menimpa pihak tertentu.

Malah sejurus selepas BERSIH 3.0 diadakan, Majlis Fatwa Negara telahpun mengeluarkan fatwanya bahawa adalah "haram" bagi golongan Muslim menyertai apa yang dianggap sebagai perhimpunan "haram", perhimpunan yang kononnya tidak mendatangkan manfaat kepada umum, mencetuskan kekacauan dan merosak harta awam, memporak-perandakan Ummah dan juga bertujuan mengguling pemerintahan yang sahih melalui demonstrasi.

Nampaknya bukan sahaja perhimpunan dan demonstrasi seperti BERSIH 3.0 tidak sehaluan dengan "budaya timur" kita, ianya juga bercanggahan dengan Islam (dari sudut pandangan Majlis Fatwa tersebut dan kelompok lain di Malaysia).

Tapi jika dilihat apa yang telah berlaku sejak BERSIH 3.0 itu, nampaknya bukan semua demonstrasi dianggap "haram" atau tidak secucuk dengan "budaya timur" Kita.  Sekurang-kurangnya "kesepian" dari segi teguran atau kritikan daripada pihak berkuasa dan kelompok pemimpin agama seolah-olah memberi isyarat bahawa, misalnya, berdemonstrasi di depan rumah pengerusi bersama BERSIH 3.0, S. Ambiga, adalah okay.
Gambar ini dipetik dari klip video Malaysiakini yang dimuat ke dalam Youtube.
Dalam kes ini, sekumpulan kecil bekas askar telah berdemonstrasi kerana memprotes terhadap Ambiga dan rakan-rakannya dalam BERSIH 3.0 kerana, mengikut pandangan mereka, perhimpunan yang dilancarkan pada 28 April 2012 itu mengaibkan imej negara di mata dunia.  Jadi askar ini merasakan menggoyang punggung mereka yang kedut itu adalah satu cara untuk memperbaiki imej negara yang terpalit itu - selain daripada kemungkinan usaha untuk mencipta rekod baru dalam Guinness Book of Records.

Implikasi daripada penggoyangan buntut ini ialah satu tanda tanya timbul sama ada demonstrasi buntut ini secucuk dengan "budaya timur" kita atau lebih penting lagi, selari dengan prinsip Islam - lebih-lebih lagi apabila pucuk pimpinan dan pemimpin agama nampaknya berdiam diri saja dalam hal ini.  Ini selain daripada hakikat bahawa ruang peribadi Ambiga telah dicabuli oleh pihak berkenaan.

Perkara ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk mempertikaikan amalan berdemonstrasi dalam masyarakat.  Apa yang ingin ditekankan di sini ialah demonstrasi aman secara prinsipnya adalah sebahagian daripada amalan demokrasi, satu amalan universal yang tiada timur-baratnya.  Yang membezakan satu demonstrasi dengan demonstrasi lain ialah peradaban yang diamalkan oleh pihak demonstran.

Lagipun, kebanyakan perbuatan dan tindakan tidak tamadun atau biadap itu juga bersifat universal.  Ianya tidak dimonopoli oleh barat maupun timur.  Beberapa contoh tindakan yang diambil oleh segolongan rakyat di masa kebelakangan ini menunjukkan perbuatan kesat dan kasar itu boleh wujud dalam "masyarakat timur" seperti Malaysia.

Apakah "timurnya" perbuatan, misalnya, menghantar kek bercorak tahi atau menghantar keranda simbolik kepada seorang pemimpin negeri semata-mata kerana kelompok berkenaan memprotes terhadap apa yang dianggap sebagai ketidakadilan?  Tidakkah lebih bermanfaat dan bertamadun jika protes itu dibuat dalam bentuk, misalnya, petisyen atau demonstrasi aman di depan jabatan pemimpin itu?  Atau berdiskusi dan berdebat antara pihak yang bercanggahan.

Apakah "timurnya" perbuatan segelintir manusia menyiarkan video lucah secara terang-terangan semata-mata untuk tujuan politik mereka?  Adakah perbuatan "penayang porno" Ini lebih bermoral tinggi jika dibandingkan dengan pasangan yang ada dalam video lucah itu?  Adakah ini satu nilai yang perlu dibanggakan oleh generasi muda dan kanak-kanak?

Apakah "timurnya", kalau tidakpun Islamnya, perbuatan media arus perdana menabur fitnah terhadap pemimpin politik tertentu, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu tidak diberi ruang dan peluang untuk menjawab fitnah itu atau membela dirinya?  Tidakkah etika profesion dalam dunia kewartawanan mengharuskan hak menjawab bagi pihak yang merasakan dirinya dicemuh atau dikritik?

Apakah "timurnya" perbuatan memberi burger kepada Ambiga (gambar kanan) ketika umum tahu bahawa daging lembu adalah "haram" bagi seorang penganut Hindu?  Tidakkah ini mirip perbuatan memberi daging khinzir kepada seorang Muslim?

Adakah perbuatan membaling benda yang merbahaya seperti batu ke dalam satu kawasan ceramah politik atau mengasari orang yang menghadiri ceramah hingga menyebabkan kecederaan satu tindakan yang berhemah tinggi warga timur?  Tidakkah lebih bertamadun jika perbezaan pendapat itu diadakan dalam bentuk debat dan ceramah secara aman?

Sekurang-kurangnya amalan berdebat dan berbincang boleh menaikkan taraf keintelektualan dalam arena politik khususnya dan masyarakat amnya.

Apakah "timurnya" perbuatan seorang menteri besar pada suatu ketika dahulu yang menunjukkan isyarat tangan yang lucah semata-mata kerana dia tidak setuju dengan pendirian pihak lawannya?  Adakah ini satu tabiat yang mencerminkan "kehalusan" budaya timur?

Insiden yang dialami oleh masyarakat Malaysia masakini dan lalu menunjukkan wujudnya faktor kuasa yang bermain dalam kancah politik dan budaya.  Dengan kata lain, budaya lazimnya ditakrif oleh mereka yang mempunyai kedudukan kuasa (politik) dalam masyarakat yang akhirnya menentukan apa yang "positif" dan apa yang "sebaliknya" dalam "budaya timur" kita ini.

Penakrifan sesuatu amalan dan ciri budaya sepatutnya berlandaskan nilai dan prinsip yang universal dan bukannya dalam ruang lingkup sempit yang hanya melayani kehendak dan kepentingan politik golongan berkenaan.  Keadilan sudah tentunya salah satu nilai yang perlu disanjungi.

Jadi, apakah perlu kita berasa terkejut apabila, contohnya, tarian poco-poco diharamkan dengan begitu pantas manakala pemimpin agama berpeluk tubuh bila berhadapan dengan gejala rasuah yang merasuk masyarakat kita masakini?  Atau, apabila mereka berdiam diri terhadap dakwaan BERSIH 3.0 bahawa wujudnya ketidak-bersihan prosedur pilihanraya setakat ini?

Seperti askar yang menunjukkan buntut mereka di mata dunia, perbuatan membelakangi amalan dan nilai universal yang murni tidak akan dapat menaikkan taraf masyarakat kita sebagai masyarakat yang bertamadun lagi demokratik.

*Dr Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati politik dan budaya.

MAMAT NI SEBENARNYA DAH EXPIRED

Posted: 28 May 2012 02:26 PM PDT

Meskipun debat "Perdana Menteri - Ketua Pembangkang Parlimen" semakin dinanti-nantikan, tatkala langkah PRU 13 yang menghampiri, namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim hari ini menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju untuk mengadakan debat politik antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Kalau kita berdebat 50 jam pun, kita tidak dapat apa-apa.  Tetapi kalau kita sumbang kepada rakyat, rumahnya, jambatannya, jalannya, ini lebih baik daripada lain," kata Rais Yatim (gambar kiri).  Malah, beliau menyifatkan debat antara Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam isu PTPTN yang diadakan sebelum ini sebagai "mainan politik".

Beliau berkata sedemikian ketika ditanya wartawan MerdekaReview, yang mengajukan soalan apakah debat Rafizi Ramli dan Khairy Jamaludin tidak memberi makna?  Untuk Rais Yatim, debat tersebut hanya "mainan politik, dua-dua pun mainan politik."

"Saya mengatakan mainan politik yang mungkin disalahtafsir oleh pihak-pihak tertentu.  Bagi BN, mereka akan mengatakan kita menang.  Bagi pihak pembangkang, juaranya hebat."  ulas selanjutnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan dalam program "1Malaysia Prihatin: Sentuhan Mengubah Kehidupan di Indian Settlement di Ladang Kam Seng, Batu 8, Gombak Utara", hari ini.

Minggu lalu, penonton menyahut cadangan moderator debat antara Rafizi dengan Khairy dalam isu PTPTN, iaitu Dr. Maszlee Malik yang mahu melihat perdebatan antara PM Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim.  Malah Timbalan Menteri Pelajaran Saifuddin Abdullah juga bersetuju dengan cadangan tersebut, pada masa yang sama berpendapat debat antara Najib dengan Anwar akan mencipta sejarah tanah air.
*Lu Wei Hoong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal.

TAWARAN UNTUK GENERASI KEDUA FELDA LEBIH BAIK DARI DASAR Bn

Posted: 28 May 2012 06:05 AM PDT




Oleh:AMIRUDDIN AHMAD

Bersempena dengan lawatan Najib ke Jengka dan mengumumkan "Durian Runtuh"ANAK telah melancarkan program dengan lebih releven dari pemberian saham yang akan mengakibatkan kerugian kepada peneroka.ANAK yang menyedari bahawa kerugian dan kekurangan ini boleh dilakukan sekiranya pihak kerajaan yang memerah keringat susah payah peneroka dapat mememikirkan  sesuatu idea yang lebih bernas selain dari mengwar-warkan durian runtuh kepada peneroka dan  memaksa peneroka menandatangani borang pinjaman wang bank.

Tawaran yang kenali sebagai Tawaran bagi anak generasi ke 2 ini adalah berhasrat kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat , dan cadangan ini adalah kerana kerajaan Bn tidak mempunyai jawapan konkrit dan hak anak peneroka tidak dibela oleh kerajaan Bn.

Menurut Presiden ANAK Sdr Mazlan Aliman , Pakatan mempunyai cadangan dan syor yang lebih baik dari Bn kerana ianya bukan sahaja mempunyai cadangan bagi membangunkan negara melalui pelan yang dirancang akan tetapi pelan jangka panjang buat generasi keduanya .ANAK mempunyai beberapa pelan yang akan memberi lebih banyak faedah kepada generasi kedua felda antaranya menubuhkan universiti felda khas untuk anak-anak felda dan melatih dalam bidang biotek,pertanian yang boleh melahirkan cerdik pandai dikalangan anak-anak peneroka.Hampir rm100 juta dibelanjakan diberikan kepada anak-anak  peneroka untuk belajar di universiti lim Kwok Wing dan ini boleh dialihkan kepada Universiti yang ditubuhkan.

Mewujudkan teknopelan, projek tanam semula diberikan kepada koperasi felda, dan jika ada kelemahan dibaiki dan bekalkan input pertanian dan wujudnya koperasi di peringkat induk , dan koperasi ada pendapatan begitu juga dengan koperasi di blok-blok .Anak-anak peneroka dapat menjadi usahawan melalui pengirisan kebun kebun mereka. Setiap tahun, kontrak tanam semula sebanyak rm400 juta di kuasai oleh orang-orang tertentu .kegagalan  tanaman semula adalah berpunca dari sikap sebegini.Hampi 90% kontrak ini dikuasai oleh orang Umno dan pegawai felda lah yang kena maki dengan peneroka.Pegawai felda pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana dikusai oleh orang-orang tertentu.

Pakatan , menurut Mazlan mempunyai pandangan untuk membina rumah untuk generasi keduanya kerana berpandangan boleh berbuat demikian kerana felda mempunyai keuntungan yang besar.kerajaan Bn tidak pernah memikirkan keadaan ini.Selain itu juga , tanah seluas 360,000 hektar sebanyak 5 ekar, boleh diberikan kepada pelan generasi ke dua.
"Saya lebih senang berjuang untuk membina rumah kepada penyokong-penyokong Umno kerana kebanyakkan anak-anak ahli pas dan PKR sudah memiliki rumah-rumah sendiri di felda-felda.Hanya anak-anak Umno sahaja yang masih menumpang rumah-rumah orang tua mereka" jelas Sdr mazlan lagi.


Dalam masa yang sama juga Sdr mazlan menjelaskan bahawa ANAK tidak akan menghalang sedikit pun peneroka menerima "Durian Runtuh" kerana sudah wujud poster dan kertas-kertas laying yang mendakwa ANAK menghalang peneroka mendapatkan "Durian Runtuh" yang di war-warkan oleh Najib.


Menurut Mazlan lagi Selama ini pun Felda Global Venture mengalami kerugian di luar negara sebanyak 4 billion ringgit .Namun , peneroka tidak pernah menyedarinya  dan 54  kwasan felda inilah yang menjadi kawasan dan peti undi tetap bagi Bn.

Menurut Mazlan lagi , pinjaman yang ditawarkan kepada peneroka dan diberikan dalam bahasa inggeris kepada peneroka dan pinjaman ini juga melibatkan 5% dalam pinjman mereka."Saya bersedia menanggung dan bersedia menanggung kerugian,caj,penalty,kos undang,dan apa duit perbelanjaan dikenakan didakwa atau kena bayar walau apa juga kena bayar atau orang perseorangan yang bertanggungjawab ke atas saya"

Selama ini pun kerugian dan kehilangan di felda Sg buaya di bawah mohd mohamad taib, labu johson dan  sedayan isa samad,felda cahaya baru dibawah muhyiddin yassin. bila kita bg pandangan peneroka kata ianya takka pemimpin melayu nak tipu melayu, lagi pula menteri besar, bila dah kena tipu peneroka kata nak buat macam mana dah kena tipu, percaya qada dan qadar saja la…

dollah yankee

dollah yankee


Semua pelan ada motif,kecuali bunuh orang

Posted: 28 May 2012 04:39 AM PDT

Gurkah-gurkah politik di'port' kata semua benda yang dirancang itu mesti ada motifnya kecuali kes bunuh Altantunya yang mana motifnya tidak penting. 


Jamal Md Junuih, chairman 'bersih 4.0' boleh untung dan boleh dapat wang berjuta-juta ringgit hasil daripada idea projek 'menipu' cabutan bertuah dua biji kereta spot. Dan nampaknya peniaga-peniaga kecil yang bersama-sama dengan Jamal Md.Junuih dalam projek Bersih 4.0 itu sudah kena main hidup-hidup, tetapi memandangkan yang mereka itu semuanya bangang, gurkah-gurkah ini tak dapek lah nak menolongnya... Kah..Kah..Kah..


Gurkah-gurkah ini juga sudah nampak yang Jamal ini benar-benar telah menggunakan Bersih 4.0 dan peniaga-peniaga kecil lain yang menyokongnya ini sebagai lembu tunggangan nya untuk mengaut berjuta-juta ringgit untuk restoran ikan bakar milik nya. (mungkin juga untuk ambil balik ganti rugi selepas dua restorannya yang lain telah ditutup atau bankrap).


Untuk membolehkan 'anda yang bangang' menyertai cabutan bertuah ini, anda perlu dan di mestikan 'meng'tekedarah di restoran ikan bakar itu sekurang-kurang 50 ringgit untuk satu resit. 


Setelah mengira-ngira tolak, campur, bahagi dan darab segala kos operasi dan kos harga dua buah kereta spot itu, Jamal ini dikatakan akan mendapat berjuta ringgit.


dollah yankee -
Memang dasar penyangak ...



~penarik beca

~penarik beca


Himpunan belia rekod kehadiran 2 juta tapi Tun M kata kerajaan Najib masih lemah

Posted: 28 May 2012 12:14 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Plagiat lagu UBAH: Dah tak ada modal kah, wahai pecacai UMNO?

Posted: 28 May 2012 07:03 PM PDT


KUALA LUMPUR, 28 MEI: Lagu UBAH versi asal yang telah dilancarkan oleh DAP pada 17 April lalu telah 'diciplak' dan diubah suai mengecam dan memburukkan Pakatan Rakyat, dipercayai dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan dengan UMNO..
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata, lagu kempen pilihan raya DAP itu telah diubahsuai dengan cara yang tidak bertanggungjawab  dan tidak professional dengan menukar mesej perpaduan dan harmoni kepada propaganda untuk gadaikan Malaysia, menggambarkan seolah-olah DAP anti-Melayu.
Beliau menjelaskan, pihaknya telah membuat laporan kepada Youtube dan akan membuat laporan polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.
Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi global, risiko PRU13 lambat

Posted: 28 May 2012 07:02 PM PDT

Karim Raslan

Menurut sembang politik di kedai kopi terdapat tiga jendela waktu yang dikira sesuai untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu sebelum Ramadan (akhir Jun/awal Julai), selepas raya- September dan sesudah Tahun Baru Cina 2013.

Justeru, Perdana Menteri ada fleksibiliti tinggi dalam memilih antara jendela waktu ini.

Namun, situasi ekonomi global yang tidak menentu menyulitkan pilihan ini. Kemenangan pemimpin sosialis Perancis, Francois Hollande dalam Pilihan Raya Presiden, kemelesetan di Greece dan kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat serta perkembangan ekonomi China yang semakin perlahan bermakna kita juga pasti akan merasa tempiasnya.

Read More / Baca Lagi >>

Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan

Posted: 28 May 2012 06:53 PM PDT

"Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba yang selama ini mereka telah perolehi, bukan?Sebenarnya ini adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.

Adakah mahu dibuang duit haram itu?  Bolehkah pula digunakan?  Atau bagaimana caranya untuk melupuskannya?

Tentu ramai sudah mendapat jawapan hasil dari diskusi dan ceramah mengenai hal ini.  Ya, wang haram yang terhasil dari 'bunga' atau interest dari institusi kewangan konvensional tidak boleh dimanfaatkan oleh kita.  Contohnya, jika si A memperolehi duit riba hasil dari perbankan konvensional, maka duit itu tidak boleh dimanfaatkan olehnya dan ahli keluarganya.  
 
Read More / Baca Lagi >>

Rekod Malaysia: 3 Himpunan 167 cedera

Posted: 28 May 2012 06:52 PM PDT

"Himpunan Jutaan Belia: 17 cedera kemalangan acara dragSelama 5 hari Putrajaya di limpahi manusia yang diketegorikan belia  ke Himpunan jutaan belia 2012. Himpunan ini telah mendapat sokogan penuh kerajaan sendiri dengan lebih 200 aktiviti diatur sepanjang laluan Pesiaran Perdana. Namun begitu himpunan ini telah dicemari dengan isu pembatalan ceramah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC dan kemalangan rempuhan kereta kearah penonton semasa perlumbaan Drag di Lebuh Wadi Ehsan.

Peristiwa malang tersebut terjadi di Lebuh Wadi Ehsan yang juga bertentangan dengan bangunan PICC, hanya dipisahkan dengan tasik dan kelab kuda sahaja. Akibatnya seramai 22 cedera dan 3 lagi parah selepas sebuah kereta hilang kawalan ketika perlumbaan drag tersebut dengan merempuh kearah penonton.
 
Read More / Baca Lagi >>

Aksi UMNO Mengambil Kesempatan Dari Tragedi Drag

Posted: 28 May 2012 06:49 PM PDT

" Tidak sampai 24jam selepas kemalangan ''Drag'' yang lepas , Menteri KBS Ahmad Shabey Cheek, mendapat idea bagaimana untuk sekali lagi untuk belanja sakan hasil negara untuk mohon Kabinet diminta percepatkan kelulusan litar perlumbaan 'Drag' Aku tak fikir satu menteri yang cerdik akan mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan mengsa yang masih dirawat sedang bersabung nyawa di ICU. Himpunan Jutaan Belia: 22 cedera, 3 parah kereta drag terbabas  Apa agaknya komen mamat ni dan kerajaan kalau 22 mangsa terbunuh malam itu?

Sebagai Menteri yang bertanggungjawap dan ingin memajukan industri sukan permotoran negara, beliau  tahu sukan ini semakin popular dan merbahaya , Beliau harus mengakui dan bertanggungjawap sebagai Menteri KBS di atas insiden yang berlaku. Mamat ni seorang Menteri yang pengecut dan bacul juga kerana Menteri persoal niat Nurul Izzah, Surendran lawat mangsa kereta drag di hospital. Harapan beliau dengan kunjungan nya mendahului Nurul Izzah dapat ''menyuap'' mulut keluarga mangsa agar tidak menyaman Kerajaan ke atas kes ini akan terganggu. 

Read More / Baca Lagi >>

Hang Samseng : Sepanduk lucah, PKR kecewa tindakan biadab pihak tertentu

Posted: 28 May 2012 06:41 PM PDT


Sepanduk lucah, PKR kecewa tindakan biadab pihak tertentu
Kain rentang bertulisan lucah dan tidak bermoral dipasang pihak tertentu ketika
kehadiran Anwar ke bandar ini semalam.
 
MARAN - Ceramah Perdana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Maran semalam diperlekehkan pihak tertentu yang memasang kain rentang bertulisan lucah dan tidak bermoral.
Dua kain rentang bertulisan ayat lucah dan menghina itu dipasang berdekatan lampu isyarat berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran sempena kehadiran pemimpin pembangkang bagi menyampaikan ceramah di Markas Pas Bandar Maran.
Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Maran, Bustamin Bakar berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menunjukkan tahap mentaliti pihak berkenaan sehingga sanggup menyediakan kain rentang sedemikian.
Read More / Baca Lagi >>

Xavier : Pakatan Membawa Komuniti India Keluar Dari Estet

Posted: 28 May 2012 06:31 PM PDT

SHAH ALAM, 28 MEI : Dalam jangkamasa lima ke 10 tahun akan datang, label "warga estet" tidak boleh lagi dipakai untuk rakyat Malaysia berketurunan India yang menetap di Selangor.
Ini kerana, jika usaha Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat berterusan, taraf kehidupan masyarakat India kelas bawahan akan meningkat sampai mereka berhijrah keluar dari ladang-ladang kelapa sawit dan getah.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata perubahan dalam kehidupan masyarakat India amat ketara sejak Pakatan mengambil tampok pentadbiran negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Rashdan quits MAS

Posted: 28 May 2012 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, May 29 — MAS executive director and deputy chief executive Mohammed Rashdan Mohd Yusof has resigned from his posts, nine months after being appointed to the loss-making flag carrier when a share swap was announced with rival AirAsia.
The SunDaily reported it learnt Rashdan (picture) submitted his resignation letter to MAS chairman Tan Sri Md Nor Yusof yesterday afternoon. A MAS source confirmed the report.
"It was inevitable that he resigned," the MAS source told The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Najib's sweeping reforms: Winds of change or hot air?

Posted: 28 May 2012 06:28 PM PDT

Najib's sweeping reforms: Winds of change or hot air?Since Malaysia Day last September, the administration of Prime Minister Najib Tun Razak has undertaken a whirlwind of legislative and policy reforms _ making Mr Najib arguably the most reformist Malaysian prime minister ever.
Political pundits remark that the rushed reforms which were undertaken without consultation with key stakeholders are a sign that a general election is imminent, perhaps to be held in less than two months.
Over the course of the last six months there have been a record number of legislative reforms including: repeal of the infamous Internal Security Act; amendments to the University and University Colleges Act and the Printing Presses and Publications Act; announcement of a minimum wage policy as well as the passing of the Security Offences Bill and Peaceful Assembly Act.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Razak EXPOSED: The meaning of a word & the measure of a man

Posted: 28 May 2012 06:27 PM PDT

Najib Razak EXPOSED: The meaning of a word & the measure of a man
"The measure of a man is what he does with power" – Plato
By all counts, Prime Minister Najib Razak gave a sterling performance when he spoke to the Malaysian community in London a few weeks ago. He said all the right things about democracy and his own commitment to making Malaysia a better country. As the most articulate and erudite prime minister we have ever had, he can be impressive and inspiring.
He said, for example, that what mattered most in a democracy was the choice of the people and agreed that the people should have the choice to choose their own government. He also said his government wants to engage the people, listen to the people and do what is best for them while acknowledging that the era of "the government knows best is over."
It's always thrilling to hear a Malaysian prime minister articulate such powerful sentiments, sentiments that speak to our deepest hopes; not surprisingly, many cheered him on.
But what is the meaning of democracy and what is the measure of the man?
Read More / Baca Lagi >>

Pas Tetap Dengan Pendirian “Perjuangkan Islam Dapat Pahala”

Posted: 28 May 2012 06:26 PM PDT

SHAH ALAM 28 MEI : Pemimpin Pas hari ini berkata bahawa parti itu tidak ada sebab untuk menarik balik pendiriannya bahawa sesiapa yang menyokong parti itu akan mendapat pahala.
Mereka berkata ini kerana PAS memperjuangkan Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Ahli Majlis Syura Ulama Pas Ahmad Awang berkata badan itu telah memutuskan pendirian itu berdasarkan kaedah-kaedah syarak di dalam Al-Quran yang mengatakan sesiapa yang memperjuangkan Islam maka ganjaran pahala akan diberikan.
"Maka, jika dilihat dalam konteks negara Malaysia, kita boleh melaksanakan tugas itu melalui pilihanraya, jika mahu menyokong mestilah dengan cara mengundi."
Read More / Baca Lagi >>

Bukti Tok Pa pengkhianat kepada rakyat Kelantan

Posted: 28 May 2012 04:27 PM PDT


 Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta kepada Projek ini.
Sudah mengaku pernah menyekat sekatan ekonomi terhadap Negeri Kelantan, kini berada barisa paling hadapan apabila Kerajaan Negeri Kelantan ingin melaksanakan Projek lebuhraya tanpa TOL. Sejak RMK ke 5 lagi projek Lebuhraya untuk rakyat ini dirancang namun tidak berjaya kerana Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang zalim.

Sudahlah mempunyai Kerajaan yang zalim, ada juga rakyat Kelantan yang sanggup menjadi lembu dicucuk hidung yang menyekat dan menyindir projek ini. Sedang ini projek untuk rakyat, untuk kesenangan rakyat. Tok Pa yang menyindir bahawa projek ini hanya gimik politik. Inilah pengkhianat kepada rakyat Kelantan yang tidak mahu melihat rakyat Kelantan selesa.
Read More / Baca Lagi >>

BR1M kedua: Tanda BN tak yakin, terdesak meraih undi..!!!

Posted: 28 May 2012 04:14 PM PDT


Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) belum yakin dengan sokongan rakyat terhadap perikatan itu sehingga terpaksa mengharapkan pada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua.

Menurut Salahuddin lagi, syor agar BR1M kali kedua disediakan adalah salah satu cara untuk meraih undi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beberapa pemimpin BN berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan sangat diperlukan dalam keadaan semasa ekoran kenaikan kos sara hidup.
Read More / Baca Lagi >>

AS sedia serang Syria...!!!

Posted: 28 May 2012 04:10 PM PDT

SEJUMLAH orang menghadiri majlis pengebumian mangsa-mangsa serangan tentera Syria di Houla pada Sabtu lalu.


WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menyediakan pilihan ketenteraan bagi menamatkan keganasaan di Syria.
Seorang pegawai kanan tentera AS, Jeneral Martin Dempsey memberitahu, pilihan itu akan dilakukan jika tekanan diplomatik gagal menamatkan pertempuran di negara tersebut.
"Justeru, saya akan menyediakan pilihan ketenteraan jika diminta untuk berbuat demikian," katanya kepada program terbitan stesen televisyen CBS, This Morning semalam.
Beliau membuat komen itu selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengutuk penggunaan kereta kebal dan meriam dalam satu serangan tentera Syria di bandar Houla.
Dalam serangan itu, seramai 108 orang dilaporkan terbunuh.
Read More / Baca Lagi >>

Mavi Marmara: Turki dakwa 4 pegawai Israel

Posted: 28 May 2012 04:09 PM PDT


kapal
Kapal misi kemanusiaan Mavi Marmara diserang oleh tentera Israel dua tahun lalu.
 
ISTANBUL - Mahkamah Turki hari ini mengenakan tuduhan secara rasmi ke atas empat pegawai kanan tentera Israel berhubung insiden rejim itu menyerang kapal misi kemanusiaan Mavi Marmara dua tahun lalu menyebabkan sembilan aktivis negara itu terbunuh.
Misi kemanusiaan itu dalam perjalanan ke Gaza untuk membantu rakyat Palesitn.
Bekas ketua staf tentera, Gabi Ashkenazi dan bekas ketua risikan tentera, Mejar Jeneral Amos Yadlin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Eliezer Marimm dan ketua risikan tentera udara, Brig Jeneral Avishai Levi akan dibicarakan tanpa kehadiran mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada rumah: Kerajaan gagal bela penjawat awam

Posted: 28 May 2012 04:07 PM PDT


KUALA LUMPUR, 28 Mei: Kegagalan kira-kira 60 peratus penjawat awam berpendapatan bawah RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri membuktikan kerajaan Umno BN gagal menjaga kebajikan rakyat.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata, kerajaan seharusnya memikirkan program yang memberikan keselesaan jangka panjang kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Selama 54 tahun BN memerintah, ini yang mereka tinggalkan untuk rakyat, penjawat awam masih belum mampu memiliki rumah sendiri.

"Sepatutnya soal pemilikan rumah harus diberi keutamaan oleh kerajaan, bukan menghabiskan duit untuk projek-projek mega atau program untuk kesan jangka pendek sahaja malah tak mencapai sasaran pun. Rakyat biasa merintih tak ada rumah sendiri," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hanif - BN's star witness rather than independent head of Bersih inquiry

Posted: 28 May 2012 04:07 PM PDT

Hanif - BN's star witness rather than independent head of Bersih inquiryIt is totally bizarre – former Inspector-General of Police Tun Hanif Omar's insistence to head the "independent advisory panel" into Bersih 3.0 violence when he should have recused himself and even advised the other panel members to withdraw or better still, the Cabinet should have scrapped the panel altogether and given full support to the Suhakam public inquiry into the human rights violations at the Bersih 3.0 rally on April 28.
The very fact that the Hanif panel had cancelled a earlier planned press conference after its first meeting today and decided instead to merely release a media statement is eloquent proof that Hanif and the panel members are fully aware that they do not enjoy public confidence that they will be able to act fairly, independently and impartially in the inquiry into the Bersih 3.0 violence, regardless of whether the victims were police personnel, media representatives or peaceful protestors.
Hanif already biased
Read More / Baca Lagi >>

Post Mortem Himpunan Jutaan Belia 2012

Posted: 28 May 2012 04:05 PM PDT

Rata-rata pihak menyuarakan bantahan dan kebencian dengan sikap bersahaja kerajaan Malaysia menghalal raikan konsert artis-artis K-Pop dan Jepun ke Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.

Saya tidak mahu bercakap terlalu panjang. Bukan tampil membuat kenyataan rasmi bantahan wakil Ma'ruf Club. Secara dasarnya, kami pasukan penggerak Amar Ma'ruf Nahi Munkar memang bencikan sikap bersahaja pihak penganjur merelakan budaya hedonisme kurang sihat ini, lebih-lebih lagi apabila memfokuskannya kepada kami anak muda harapan negara.

YA, MEMANG KAMI BANTAH HIMPUNAN BELIA NEGARA!

Tidak dinafikan memang banyak aktiviti yang bermanfaat dalam Himpunan Belia Negara, contohnya pengisian kerohanian, booth-booth kerjaya dan pengajian tinggi, jambori, kolokium, ceramah motivasi, pertandingan-pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran. Sempat juga beberapa sahabat saya berkunjung ke sana, mereka kongsikan pengalaman melawat mega karnival. Saya tidak pergi, saya mengambil pendekatan menjauhi perkara yang lebih besar keburukan berbanding kebaikan.

Benarkah keburukan lebih besar berbanding kebaikan?

Mudah sahaja. Anda tanyakan pada diri sendiri. Sejauh mana aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti kerohanian dan pendidikan digembar-gemburkan dan menjadi main highlight dalam promosi Himpunan Belia Negara? Berapa banyak peruntukan diberikan untuk tujuan-tujuan tersebut? Apakah relevannya mencampur-adukkan pentas dengan persembahan nasyid pada siangnya, dan persembahan maksiat pada malamnya? Berapa banyak aktiviti pendidikan dan kerohanian yang dikunjungi Perdana Menteri dan diwar-warkan di media?

Saya nak tanya sendiri kepada pihak penganjur. Apa jenis belia yang anda mahu hasilkan manifestasi daripada Himpunan Jutaan Belia tahun ini? Belia sekularkah? Belia harapan negarakah?

Maaf pihak penganjur, kami bukan bermaksud apa-apa. Jujurnya, anda telah merosakkan anak muda. Orang ramai memandang serong kepada anak muda. Kata mereka, "Agaknya tiada masalah kalau anak muda hari ini siangnya diisi dengan motivasi, nasyid dan kerohanian, malamnya diisi dengan maksiat dan persembahan artis separa telanjang. Begini ialah model pemimpin negara akan datang."


Habis busuk nama Islam! Habis busuk nama anak muda Malaysia! Kononnya Islam agama rasmi Persekutuan. Kononnya Kepercayaan kepada Tuhan, kononnya keluhuran perlembagaan, kononnya kedaulatan undang-undang, kononnya kesopanan dan kesusilaan menjadi intipati Rukunegara yang disanjung-sanjung. Mana perginya keunikan identiti Malaysia yang disanjung-sanjung seluruh dunia hari ini? Habis sepah dibuang dan dicampak-campakkan oleh pemimpin negara Malaysia sendiri!

Ya kami memang marah dan benci! Kami sangat sayangkan kerajaan kami, hanya cuma kami cukup marah dan benci dengan sikap kerajaan yang tidak pernah sayangkan kami.

Saya nak nasihatkan kepada pihak kerajaan yang menganjur, lain kali kalau nak anjurkan Himpunan Belia Negara, bawa-bawalah berbincang dengan kami anak muda. Bawa-bawalah berbincang dengan kami mahasiswa. Kami lebih memahami jiwa anak muda, kami lebih kreatif, kami lebih tahu bagaimana nak corakkan generasi pemimpin negara suatu masa nanti.

Jangan salahkan kami kalau anda 'hilang kuasa' di Putrajaya 'suatu hari' nanti.

Jangan salahkan kami kalau Tuhan timpakan malapetaka terhadap dosa-dosa anda. Naudzubillahi min zalik.

Kami terus mendoakan...Amin.

Presiden Ma'ruf Club IIUM

Children among dead in Qatar mall blaze

Posted: 28 May 2012 03:54 PM PDT

Ust Azhar Idrus Feat Ali Xpdc - Lagu Perjuangan

Posted: 28 May 2012 03:54 PM PDT

Ustaz Azhar Idrus: Serangan ke atas umat Islam

Posted: 28 May 2012 03:53 PM PDT

Ustaz Azhar Idrus: Tayangan amalan manusia

Posted: 28 May 2012 03:53 PM PDT

Ahli-Ahli Majlis MPPP seru polis, bomba dan JAS ambil tindakan terhadap Perkasa

Posted: 28 May 2012 03:52 PM PDT

Shamsul Iskandar: Kemenangan Kali Ini Merupakan Kemenangan Rakyat

Posted: 28 May 2012 03:51 PM PDT

Najib kata peniaga rugi, tapi apa cerita sebenarnya?

Posted: 28 May 2012 03:50 PM PDT