MIMPI SENJA |
- Naib Ketua UMNO Bhg Ulu Selangor + penyokong tinggalkan Umno ... harap tak akan ada U-turn lah lepas ni
- Himpunan Belia 2012 : Hampa tengok, 2 orang 'belia' ni pun tak mau kalah ...
- Umno BN hilang moral - DSAI
- Penyenaraian Felda - 105,382 ekar tanah Rezab Melayu akan lenyap
- Awat Shabery, salah ker melawat orang sakit?
- Plat WWW 1 milik Sultan Johor dengan harga RM520 ribu,
- PR Johor cadang tawar RM1,000 pada belia yang nak kahwin
Posted: 28 May 2012 10:54 PM PDT |
Himpunan Belia 2012 : Hampa tengok, 2 orang 'belia' ni pun tak mau kalah ... Posted: 28 May 2012 09:11 PM PDT Kadang-kadang Puteri naik heran...dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tak "peka" dengan sikap UMNO haprak.... Umpama kerbau yang dicucuk hidung...umpama robot yang disetkan suisnya....ikut telunjuk..tak mengira halal haram...seolah-olah apa yang dibuat oleh pemimpin UMNO busuk...yang haram bertukar halal.... Himpunan Sejuta Belia.....bukan main gah...canang pelusuk alam..nak sajikan pengisian rohani...tapi apa yang terjadi....program maksiat menjadi agenda....anak-anak muda didedahkan dengan budaya barat. yang menyimpang jauh dari ajaran Islam...apakah ini nilai pengisian rohani dimata pemimpin UMNO haprak! Anak muda rosak di tangan UMNO..anak muda akan hilang pedoman bila bersama UMNO...anak muda akan jauh dari agama bila berkawan dengan UMNO...yang nyata dan perlu lagi bersuluh...pemimpin no 1 UMNO sanggup turun padang bersama-sama menunjukkan taring kehebatan melakukan perkara mungkar...pemimpin-pemimpin UMNO busuk yang lain....tak segan silu..bersama-sama terkinja-kinja dengan anak-anak muda ...kononnya nak tunjuk kebersamaan.... Makcik-makcik...pakcik-pakcik kat kampung..yang selalunya asyik...angguk-angguk...geleng-geleng..iya-iya...saya-saya...kiri kanan ikut saja....bukalah mata luas-luas...kalau macam tu perangai pemimpin yang menerajui Malaysia..jamin ka anak-anak makcik selamat...bukan selamat kat dunia saja...fikir sama selamatkah diakhirat kelak.... Bila anak-anak muda ke perhimpunan bersih.....mereka dibelasah..mereka diseret macam penjenayah...bila anak muda pergi kuliah agama...mereka dicop pelampau..mereka dituduh sesat...bila anak muda bangun membantah kerakusan UMNO..mereka dikatakan tidak kenang budi..terpedaya dengan pembangkang dan sebagainya...tapi bila anak muda dilalaikan dengan program maksiat....didedahkan dengan pergaulan bebas...mendedahkan aurat....minum arak....tak ada pun suara-suara UMNO haprak yang menyalak menyalahkan pemimpin UMNO...seumpama direstu....lagi pun apa nak susah..kalau termengandung..sekolah mengandung sedia menanti pendaftarannya....tak gitu.... Tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera....kalau begini rupanya pemimpin kita...fikirkanlah...apa akan terjadi kepada masa depan anak-anak muda kita.....mau tak mau..suka tak suka....PRU 13 ni...buatlah sesuatu...rasanya tak perlulah Puteri sebut...faham dah kut........ Bagi Puteri..tidak akan sesekali redha UMNO haprak menjadi pembimbing anak-anak Puteri.....bak kata orang Baling....tak kelapaa....... Harakah |
Posted: 28 May 2012 08:35 PM PDT (Oleh Amiruddin Ahmad) KUALA LUMPUR 29 Mei: Kemaraan Pakatan Rakyat (PR) ke Pahang tidak mampu dibendung oleh Umno BN. Buktinya di pekan terpencil Tong Kiat, Maran menyaksikan kunjungan Ketua Umum KEADILAN disambut lebih 3,000 masyarakat Cina yang datang mendengar ceramah beliau Ahad lalu. Kehadiran rakyat yang tidak disangka itu menunjukkan momentum perubahan semakin menyerlah biar pun di kawasan yang sukar untuk mendapat maklumat dari media alternatif. Dalam ceramahnya, Anwar mengecam sikap Umno BN yang tidak langsung menghormati demokrasi serta menggunakan taktik provokasi dan kesamsengan bagi mempertahankan kuasa. "Budaya mengutuk Tok Guru Nik Aziz tidak patut. Seorang alim digelar bapa kafir, ini adalah budaya yang amat jijik. Adakah Nik Aziz ambil tanah, ambil duit lembu? "Membaling batu dan mengganggu ceramah Pakatan juga budaya tidak bermoral. Apa akan terjadi kalau dilakukan terhadap kediaman Najib, perbuatan (sama) di hadapan rumah Datuk Ambiga? "Bagaimanakah kalau ahli PAS, KEADILAN dan DAP bertindak balas ? Di mana moralnya ahli Umno? Kita menyokong Ambiga atas sebab pilihan raya dan mahukannya dibersihkan, " katanya disambut sorakan hadirin. Anwar turut menjelaskan PTPTN boleh dihapus sekiranya Umno BN tidak lagi memerintah. Menurutnya, debat Khairy dan Rafizi mengenai PTPTN menampakkan hasrat sebenar BN yang tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma serta mementingkan golongan tertentu dari membaiki kehidupan rakyat. "Hutang lembu, hutang MAS bagaimana? Kalau rakyat kampung dan orang bawahan berhutang, kena bayar. Kita perintah Selangor dan kita mampu membayar untuk kepentingan rakyat. Kita yakin dapat melakukannya (pendidikan percuma) jika rakyat memilih Pakatan Rakyat memerintah pusat, " katanya. Anwar turut mengulangi janji PR untuk membanteras rasuah, pembaharuan sistem kehakiman dan melahirkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30989 |
Penyenaraian Felda - 105,382 ekar tanah Rezab Melayu akan lenyap Posted: 28 May 2012 05:08 PM PDT KUALA LUMPUR- Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya. Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian. Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. "PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara. "Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya. Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau. Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? "Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya. PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini. "Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya. --Harakahdaily |
Awat Shabery, salah ker melawat orang sakit? Posted: 28 May 2012 05:38 AM PDT Shabery pertikai niat pemimpin PKR lawat mangsa Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan niat dua pemimpin pembangkang yang hari ini melawat mangsa kemalangan perlumbaan drag yang dianjurkan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. Beliau tertanya-tanya sekiranya ia hanya bertujuan cuba meraih populariti politik daripada kes kemalangan itu. "Cuma kalau dibuat dengan tujuan politik untuk menunjukkan himpunan ini tak bagus misalnya, rakyat akan tahulah. "Kalau dia benar-benar ikhlas sepatutnya dia turut melawat polis dan wartawan yang cedera akibat dipukul peserta perhimpunan Bersih baru-baru ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini. Terdahulu hari ini, dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan N. Surendran melawat mangsa kemalangan itu di Hospital Putrajaya, dan meminta penyiasatan penuh dijalankan dan sedia menawarkan bantuan guaman kepada mangsa sekiranya diperlukan. Dalam kejadian yang berlaku tengah malam semalam di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 di sini, seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena himpunan itu cedera, termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas. Tiga mangsa yang masih dirawat di hospital itu ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, Ami Nakim, 27, dan Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, manakala seorang lagi telah dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah. Ahmad Shabery berkata pihaknya bersedia mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam penganjur perlumbaan itu sekiranya mereka didapati bersalah dalam hal itu. - Bernama |
Plat WWW 1 milik Sultan Johor dengan harga RM520 ribu, Posted: 28 May 2012 01:18 AM PDT Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'. Disiarkan di lamanweb rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000. Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod 'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100. Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru. Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya. Malaysiakini |
PR Johor cadang tawar RM1,000 pada belia yang nak kahwin Posted: 28 May 2012 01:12 AM PDT Blog Ibn75.wordpress.com KULAIJAYA – Sebagai usaha untuk mendekati pengundi muda, cadangan pemberian RM1000 untuk insentif perkahwinan pertama bakal diterjemahkan sekiranya rakyat Johor memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) kelak. Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pengundi muda di Johor antara golongan yang paling ramai mendaftar sebagai pemilih baru apabila sejumlah 380,000 telahpun dikenalpasti. "Tanggungjawab kita adalah untuk dekati mereka yang berumur 25 hingga 40 tahun. Ini (Kerja) bukan tanggungjawab (Badan) perhubungan (PAS Negeri Johor), bukan kerja (Dewan) Muslimat. Dekati mereka hingga yakin kepada kita," tegasnya lagi. "Kita membuat tawaran kepada anak muda seperti RM1000 insentif perkahwinan pertama, Wifi percuma di bandar-bandar, Tabung Belia Niaga, RM1000 insentif apabila masuk universiti (IPT), Tabung anak emas Johor dengan pemberian RM100 bagi setiap anak yang dilahirkan dan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada golongan ini apabila berjaya kuasai Nusajaya," katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 dekat sini, baru-baru ini. Sementara itu, pada majlis itu juga Suhaizan menyarankan kepada ahlinya supaya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dengan melipatgandakan amalan rutin sebagai pejuang Islam. "Bila nak kuasai 'ghairah' ke Nusajaya maka saya sarankan tingkatkan hubungan dengan Allah supaya dapat reda Allah. Jangan lupa asas ini. Kita adalah pejuang," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan