Sabtu, 19 Mei 2012

bumiperak

bumiperak


Bekas pelakon Gerak Khas berada di pentas PAS

Posted: 19 May 2012 07:00 PM PDT



Selepas Aishah, Dayangku Intan,,,,, Kini Giliran "Abby Abadi" Mengambil Tempat.. Jom Kita Turun Ramai-Ramai... ::.kikiki.::

Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang



Baguslah macam nie.ada perubahan yang baik.Inilah parti pas.Orang yang mahu berubah kepada kebaikan akan menyertai pas manakala orang yang nak kepada keburukan akan menyertai Umno.Ko orang orang fikir-fikir la sendiri..
Apa pun aku ucapkan tahniah Abby abadi kerana bersama-sama dengan parti islam..Siasahkini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JUARA PIALA FA - KELANTAN JUARA, TOK PA TUMPANG PUBLISITI

Posted: 19 May 2012 10:00 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH kepada pasukan Bola Sepak Kelantan (Red Warrior) yang sebentar tadi dinobatkan sebagai Juara Piala FA menewaskan Sime Darby 1 - 0 hasil jaringan Penalti oleh M. Ghaddar.  Kemenangan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Aziz.

Seperti dijangka seluruh stadium majoritinya dipenuhi oleh para penyokong Negeri Serambi Mekah dan melihat kepada corak permainan Sime Darby ternyata pasukan berstatus Kelab itu hanya mahukan keputusan seri tanpa jaringan yang memungkinkan kemenangan dari sepakan Penalti.  Corak bertahan sepanjang perlawanan oleh pasukan berkenaan sedikit sebanyak menyukarkan gerakan penyerang-penyerang dari Kelantan.

Akhirnya, keputusan yang diharapkan oleh Sime Darby hasil dari sepakan Penalti menjelma juga tetapi bukan untuk pasukan Sime Darby sebaliknya tuah milik Kelantan.  Apa pun, Kelantan sememangnya layak bergelar Juara.

Di sebalik puluhan ribu para penyokong Merah beserta berbagai sepanduk dan banner, kelihatan juga banyak sepanduk yang menuntut pembayaran royalti yang sehingga kini rakyat Kelantan dinafikan.  Kelihatan juga bendera Bulan berkibaran membawa erti politik rakyat Kelantan tidak boleh dipadamkan di mana jua.

Tahniah Kelantan.  Tahniah Tan Sri Anuar Musa yang berjaya meningkatkan prestasi Bola Sepak Kelantan.  Cuma tertanya-tanya, mengapa terpacul wajah Tok Pa (Mustapha Mohamed) di pentas utama sewaktu majlis penyampaian hadiah?  Atas kapasiti apa beliau di situ?  Selaku bakal MB Kelantan kah?  Sepatutnya beliau malu kepada Tan Sri Anuar Musa yang sepatutnya dijulang, tetapi beliau berada di bangku penonton sahaja./wfauzdin.blogspot.com


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ni yang buat Najib dan puak2 Umporno kecut teloq ni ....

Posted: 19 May 2012 10:30 PM PDT




(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)

GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.
 

Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.
 

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda. 

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.Kedah La

Budak-budak sekarang ...di laman rumah, atas buaian, di siang hari ... boleh depa buat projek!!! ...alahai

Posted: 19 May 2012 07:39 PM PDT

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Mei 2012
KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

"Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun," katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

"Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa," katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.


Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan. - Sinar Harian 
.
MS : Dah macam binatang 

Dengan mengucap Allahu Akbar .... ini lah yang dibalas Nya

Posted: 19 May 2012 08:54 AM PDT

Satu kisah yang benar dan dahsyat berlaku di wilayah Damsyiq baru-baru ini.

Diceritakan oleh satu sumber, selepas tentera rejim Basyar melepaskan tembakan kepada orang awam untuk menyuraikan perhimpunan rakyat Syria di kawasan Al-Mazzah di Damsyiq.

Salah seorang tentera upahan rejim Basyar dapat menangkap seorang pemuda Syria dan tentera tersebut memukul pemuda tadi dengan begitu teruk sekali.

Setiap kali tentera rejim tersebut membelasah pemuda tadi, pemuda itu melaungkan "Allahu Akbar" menyebabkan tentera tadi marah dan berkata: "Aku lagi besar!".

Pemuda tersebut tidak menghiraukan kata-kata tentera tadi dan terus melaungkan "Allahu Akbar", tetapi tentera tadi tetap berdegil mencabar Allah lalu berkata "Aku lagi besar wahai binatang!!"

Kemudian tentera itu menangkap pemuda tersebut dan menghumbannya ke dalam bas tahanan. Kemudian tentera tadi berdiri di dalam bas tahanan tersebut dengan angkuh dan sombong sambil menongkatkan dagunya di muncung senapangnya.

Dengan tiba-tiba bas yang dinaikinya berhenti secara mengejut dan menyebabkan tentera tadi tertekan senapangnya dan menembak dirinya sendiri.

Peluru senapangnya menembusi dagu tentera Basyar yang angkuh tadi sehingga menembusi kepalanya dan menyebabkan dia mati serta merta.

Lihatlah, Allah akan membalas serta merta mereka yang angkuh dengan Allah. Insya-Allah, pertolongan Allah akan sentiasa bersama rakyat Syria. - Sumber

Shafie Afdal, makan tak kenyang tidor tak lena ........

Posted: 19 May 2012 05:26 AM PDT


Oleh : AZEE SANDULONG @ sabahkini

AHLI Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Pusat, Hajjah Zuraida Kamaruddin berkata Skandal Seks Menteri Luar Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal dengan artis Zahida Rafiq yang membabitkan wang sejumlah RM1.5 juta bukan perkara kecil dan sepatutnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan undang-undang yang setimpal.

"Kita tahu Shafie Apdal sekarang makanpun tak kenyang, tidurpun tak lena kerana asyik memikirkan Skandal Seksnya dengan pelakon tersebut yang sudah nyata dan terang perkara ini akan mengubur dirinya di persada politik tanah air," kata Zuraida ketika menyampaikan Ceramah Perdana di Taman Miramas, kediaman Ketua Sri Kandi PKR Semporna, Nazmahwati Walli.
Katanya ahli-ahlipun UMNO sekarang sudah memandang serong terhadap Shafie kerana Skandal Seksnya terdedah kepada umum, terutama dari mana beliau memperolehi wang tunai untuk diberikan kepada Zahida sedangkan jawatannya sebagai Menteri KKLW tidak memungkinkan beliau memperoleh wang yang sebegitu banyak.

Kata Zuraida, sekalipun sebelum ini Shafie dan Zahida menafikan Skandal Seks mereka dan memfailkan saman terhadapnya, namun penjelasan bekas pemandu yang gajinya dibayar Shafie, Noor Azman Azemi dan keluarga Di Raja Kedah, Dayangku Intan telah menyerlahkan segala rahsia yang disembunyikan selama ini.

"Kita sudah dengar khabar bahawa Shafie akan digugurkan pada PRU Ke-13 dan BN Sabah mencalonkan muka baru kerana beliau telah mengotorkan imej UMNO/BN, terutama Skandal Top-Up," kata Zuraida yang menyambut baik keputusan Perdana Menteri menggugurkan Shafie.

Walaupun sudah 20 tahun menjadi ahli Parlimen Semporna dan Menteri Kabinet, namun Shafie gagal membangunkan Semporna, terutama kemudahan asas, melainkan yang dilaksanakan oleh pihak swasta atau agensi persekutuan yang tidak mempunyai kaitan dengan beliau.

"Tengok sahaja jalan masuk ke pekan Semporna, hanya sehala dan menyebabkan kesesakan dan kemiskinan penduduk kampung di pesisir pantai dan kepulauan. Kita terkejut kerana ramai terpaksa menjadikan peminta sedekah sebagai profesion untuk meneruskan kehidupan yang amat sukar di Semporna," ujar Zuraida yang kesal kerana BN gagal membangunkan Semporna.

Kata Zuraida, beliau hairan kerana jika untuk menaiktaraf jalan dan jambatan kayu di kawasan kampung di pesisir pantai dan kepulauan tiada peruntukan, tetapi ada pula wang RM1.5 juta untuk diberikan kepada Zahida.

"Pemimpin BN seperti Shafie ini wajib disingkir keran apa gunanya rakyat Semporna mengharapkan bantuan dan kepimpinannya lagi sedangkan beliau sudah tidak mampu menunjukkan contoh teladan yang baik," ujar Zuraida yang menggesa agar penduduk Semporna melakukan jihad menyingkirkan pemimpin yang tidak amanah seperti Shafie dan tiga Adun yang sedia ada.

Para pemimpin UMNO, kata Zuraida, kalau bercakap bukan main besar; kata mereka, sejak BN/UMNO memerintah Sabah ramai golongan bumiputera telah menjadi jutawan dan hanya 10 peratus orang bumiputera Sabah yang masih miskin.

Sehubungan itu, Zuraida menyarankan rakyat Semporna harus bangun serentak menukar kerajaan yang ada sekarang kerana melakukan penindasan terhad rakyat; terutama dalam isu Mini Estate Rumpai yang sudahpun dimeterai perjanjian (MOU) tapi projeknya hanya indah khabar dari rupa

Artis Hollywood era 70an, Donna Summer disahkan meninggal dunia

Posted: 19 May 2012 01:38 AM PDT

LOS ANGELES, 19 MEI 2012: Penyanyi era muzik disko 70-an, Donna Summer telah disahkan meninggal dunia kelmarin, Khamis (waktu tempatan). Menurut jurucakap kepada pemenang anugerah Grammy sebanyak lima kali itu berkata, Donna Summer menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga di Naples, Florida, pada awak pagi Khamis.

Namun, mereka enggan mendedahkan butiran mengenai kematian mendiang yang berusia 63vtahun itu. "Pada awal pagi ini (pagi Khamis), kita telah kehilangan Donna Summer Sudano, seorang wanita yang berbakat besar.

"Dalam kesedihan kita meratapi kematiannya, kita turut meraikan kehidupannya yang gemilang dan legasi muzik yang ditinggalkan," kata keluarga Summer dalam satu kenyataan.


Sepanjang kariernya, Summer mempunyai 32 single hit di carta Billboard, termasuk empat buah lagu yang berada pada kedudukan nombor satu.

Album terakhirnya, Crayons yang diterbitkan pada 2008 tampil dengan tiga lagu hit I'm a Fire, Stamp Your Feet and Fame. Dia juga pernah muncul pada program televisyen seperti America's Got Talent dan Platinum Hit pada tiga tahun lalu. Lagu terakhirnya adalah To Paris With Love yang dirakamkan pada 2010. - murai

TGNA kepada Umno : Kalau nak bersatu tukar dasar kepada Islam, terima PAS termasuk Pakatan

Posted: 19 May 2012 12:45 AM PDT

Muzakarah: Nik Aziz letak syarat, sebelum PRU

19 Mei 2012
Muzakarah: Nik Aziz letak syarat, sebelum PRU
Nik Aziz Nik Mat
KUALA TERENGGANU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama Umno diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
  
"Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.

  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan Umno sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.

Katanya, muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.
  
Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.
  
Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. - Bernama

Polis pukul saya guna pistol - Mohd Saufi

Posted: 18 May 2012 11:50 PM PDT

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 19 Mei: "Saya dipukul dengan pistol oleh polis yang beruniform. Akibatnya, saya mengalami kecederaan di dada dan berbekas hingga ke hari ini," kata Mohd Saufi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.Mohd Saufi yang ketika itu sedang berjalan pulang dari himpunan Duduk Bantah 28 April lalu, 'dikeroyok' sekumpulan anggota polis di hadapan bangunan Bank OCBC, Jalan Tun Perak, kira-kira jam lima petang.
"Saya dipijak dan ditumbuk hingga jatuh. Hidung saya berdarah dan mata luka," kata Saufi.
Beliau antara 19 mangsa keganasan polis  yang tampil dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Manakala Lee Teck Yai, 39, seorang ejen insuran yang berasal dari Kuala Lumpur, mendapat lima jahitan di belakang telinga, selain lebam di muka dan badan selepas ditolak oleh Polis dari tangga LRT Masjid Jamek.
"Kira-kira jam enam petang, saya hendak pulang ke Pandan Jaya. Saya lihat ada keganasan oleh Polis terhadap peserta himpunan, lalu saya merakam aksi tersebut.
"Anggota Polis yang nampak tindakan saya menyerbu untuk menahan. Mereka paksa saya ikut. Ketika sedang dibawa untuk ditahan, saya ditumbuk, ditendang dam ditolak hingga jatuh," jelas Lee.

Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais menjelaskan, tindakan ganas tersebut dirancang, berdasarkan pengesahan mangsa bahawa anggota Polis yang memukul mereka tidak mempunyai nama dan nombor anggota di uniform mereka.
"Mereka juga secara tersusun merampas kamera dan kad memori bertujuan menghilangkan bukti," tegas Hishamuddin.
Sehingga kini, Bersih bersama Suaram, Jawatankuasa Hak Asasi KLSCAH dan Lawyer For Liberty telah mendokumentasi 80 kes keganasan Polis terhadap peserta himpunan 'Duduk Bantah'
Mangsa keganasan Polis ketika himpunan 28 April lalu diminta menghubungi Sekretariat 'Laporan Keganasan Polis 428′ di talian 012-3496013 atau di emel info@bersih.org.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30606

Najib ni teruk la, takut Mahkamah Peranchis

Posted: 18 May 2012 11:38 PM PDT

Abdul Aziz Mustafa,19 Mei 2012

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Rakyat akan difahamkan mengenai ketakutan Perdana Menteri menghadapi mahkamah Perancis sama seperti mereka memahami isu lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya difahamkan bahawa ada kajian yang mendapati isu NFC menjejaskan imej Umno kerana ia memberi gambaran parti utama Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

"Saya yakin jika usaha memahamkan rakyat dijalankan dengan bersungguh-sungguh, imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) akan lebih teruk lagi kerana ketakutannya menghadapi inkuiri mahkamah Perancis bagi menyiasat urusniaga kapal selam Scopene antara Malaysia dan negara itu," katanya.

Mohamad berkata, para pengkaji menyifatkan Umno sebenarnya bergantung kepada imej Najib kerana imej parti itu disepakati telah lama tercemar dan hancur.

"Ketika Umno bergantung kepada imej Najib, kita bernasib baik kerana beliau sendiri yang memusnahkan imejnya dengan ketakutannya itu dan saya yakin rakyat akan melihat imej Perdana Menteri akan menjadi lebih buruk dari imej mereka yang dikaitkan dengan NFC.

"Ketakutan Najib itu adalah hadiah beliau yang sangat bernilai kepada rakyat yang berusaha menolak kuasa Umno," katanya yang yakin isu tersebut akan menjadi antara isu utama pilihan raya walaupun pilihan raya diadakan pada bulan Jun ini sekalipun.

Ketakutan Najib menghadapi mahkamah perancis itu juga mempunyai kesan yang jauh termasuk ke atas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Mohamad.

"Rakyat semakin bertanya, apakah yang hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri sehingga dia kelihatan takut sungguh untuk menghadapi inkuiri itu?

"Rakyat juga tertanya-tanya betulkan Perdana Menteri terlibat dengan rasuah dalam pembelian Scorpene dan adakah pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan dengan isu tersebut?" katanya yang yakin kesan isu tersebut lebih hebat lagi dari isu NFC.

Mohamad yakin, jika tidak ada benda yang hendak disembunyikan, Najib tentu tidak takut sama sekali dengan perbicaraan itu malah dengan senang hati dan berani sentiasa bersedia menghadapi inkuiri tersebut.

"Najib tak berani buat seperti senator Australia (Nick Xenophon) yang sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang negara ini kerana berada dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Itu sifat dan sikap orang yang yakin dia tidak bersalah dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Orang yang bersalah dan hendak menyembunyikan pekungnya tak mungkin berani buat seperti senator Australia itu," katanya.

Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi jawapan "tiada komen" bila ditanya mengenai siasatan mahkamah Perancis itu.

"Jawapan Muhyiddin itu memberikan makna yang sangat jelas dan menguatkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap ketakutan Najib menghadapi inkuiri tersebut," katanya sambil menyifatkan Muhyiddin memberikan jawapan yang sangat "straightforward" untuk difahami oleh rakyat.

Ketika ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."

Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen". - HD

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


GENERASI BERSIH DAN FENOMENA BERSIH

Posted: 19 May 2012 07:03 PM PDT



"selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dunia siber diselubungi suasana "tak kenal BERSIH 2.0 maka dikira ketinggalan zaman" - *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)


Jika sekiranya gerakan Reformasi 1998 dan PRU Ke-10 pada tahun 1999 dianggap sebagai petanda gelombang pertama fenomena media baharu, gerakan massa sekitar tahun 2007 khususnya gerakan BERSIH dan PRU Ke-12 pada tahun 2008 dapat dilihat sebagai permulaan gelombang kedua fenomena media baharu berikutan populariti media sosial seperti blog, Facebook dan YouTube

Empat tahun selepas BERSIH 2007, gerakan BERSIH 2.0 menyaksikan fenomena kemunculan Generasi Facebook ekoran populariti jaringan media sosial dalam kalangan warga siber serta suasana politik yang dinamik dan memberangsangkan pasca 8 Mac 2008. 

Kesan media sosial terhadap politik kebangsaan terserlah apabila Generasi Facebook mengemparkan bumi Malaysia dengan tuntutan
pembaharuan sistem pilihan raya dalam negara. Semasa kemuncak gerakan BERSIH 2.0, sebahagian besar halaman Facebook diselubungi kekuningan apabila ramai pengguna Facebook memasang lencana BERSIH 2.0 pada gambar profil masing-masing. Begitu juga semasa BERSIH 3.0.

15 tahun selepas melangkah masuk ke abad ke-21 ala Malaysia, kita sekali lagi menyaksikan betapa signifikannya peranan teknologi maklumat dan media baharu sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 dan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012. Kemuncak gelombang kedua fenomena media baharu begitu terserlah berikutan fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0 yang menyaksikan kelahiran generasi baru yang hebat yang diberikan gelaran Generasi BERSIH.

Kehebatan Generasi BERSIH bukan sahaja kelihatan dalam dunia siber di mana sebahagian besar Facebook diselubungi gelombang kuning. Yang paling menguja semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah keberanian yang ditonjolkan oleh para demonstran BERSIH 2.0 dalam dunia nyata biarpun BERSIH diisytiharkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pertubuhan haram, polis melakukan "penangkapan bersifat penangkalan" (preemptive arrest) ala McCarthyisme, dan suasana tertekan atau "keganasan putih" (white terror) ditonjolkan oleh akhbar arus perdana dan media elektronik menjelang hari perhimpunan BERSIH 2.0.

Apabila menelusuri dialektikal struktur penindasan rejim pemerintah dan kebangkitan sebahagian besar rakyat, keberanian dan keseronokan yang ditonjolkan oleh Generasi BERSIH biarpun terpaksa berdepan dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi gas pemedih mata dan meriam air, rejim pemerintah yang memain-
mainkan "politik ketakutan" (politics of fear), serta sekatan jalan yang dilakukan oleh pihak polis, adalah suatu fenomena perubahan sosio-politik yang mempunyai makna mendalam.

Gerakan BERSIH 2.0 dan 3.0 bukan sahaja menyaksikan puluhan ribu dan seterusnya ratusan ribu rakyat jelata khususnya Generasi Facebook dengan latar belakang yang pelbagai membanjiri beberapa lokasi sekitar ibu kota negara, kota-kota lain di Malaysia dan puluhan lokasi kota-kota besar di luar negara, bahkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dunia siber diselubungi suasana "tak kenal BERSIH 2.0 maka dikira ketinggalan zaman". Daripada murid sekolah hingga golongan profesional, ikon BERSIH 2.0 seperti Auntie Annie atau makcik Annie Ooi yang berusia 65 tahun dan sasterawan negara A. Samad Said yang berusia 76 tahun menjadi topik perbualan hangat. Banyak halaman Facebook masih diselaputi gelombang kuning beberapa minggu selepas perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0.

*ARTIKEL INI DIPETIK DAN DIEDIT DR MERDEKAREVIEW..TAJUK HAMPA CARI SENDIRI LA..LINK KOREK SENDIRI LA..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan

Posted: 19 May 2012 09:25 PM PDT



(Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Anuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).
Read More / Baca Lagi >>

Hero senaman punggong nak serang Khairy ?

Posted: 19 May 2012 09:21 PM PDT


Hati-hati Khairy Jamaludin ! khabarnya hero senaman punggong merangkap ketua bekas-bekas pesara tentera ini akan menyerang anda.

Mereka mahu mengadakan senaman punggung di depan rumah anda pula sebagai tanda protes kepada anda yang tidak menyokong perbuatan mereka.

Mereka anggap tindakan mereka menggoyang punggong di depan rumah Ambiga pengerusi "BERSIH3" itu tindakan yang bijak,..  sedangkan Khairy menganggap perbuatan mereka bodoh, memalukan  dan  nampak kebudak-budakan.
 
Read More / Baca Lagi >>

Brat Pack: Life in the fast lane for the children of the BN leaders

Posted: 19 May 2012 09:17 PM PDT

The UK has changed government 11 times since the date that Malaysia was given independence and in the same period France has had 20 Prime Ministers.
However, during that entire 55 years UMNO/BN has grasped onto power, while at the same time calling Malaysia a democracy.
The result has been predictable.  The few families in power have become ridiculously rich, while paying little attention to the often desperate needs of the rest of the people
So, it is hardly surprising that when BN's old men start talking about handing over control of government they are thinking in terms of inheritance not elections!
Read More / Baca Lagi >>

Azan dan sujud di Padang Kota bersama Ust Azhar Idrus

Posted: 19 May 2012 09:16 PM PDT



(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)

GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Budak-budak sekarang ...di laman rumah, atas buaian, di siang hari ... boleh depa buat projek!!! ...alahai

Posted: 19 May 2012 08:59 PM PDT

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Mei 2012
KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Ambiga wins hands down

Posted: 19 May 2012 08:48 PM PDT

Her guts have scared politicians, espcially those with much at stake, hence the dirty move to deter her from pursuing her agenda of pushing for free and fair elections.

Bersih 2.0 co-chairperson A Samad Said is asking a very pertinent question – why are the detractors not giving him a hard time and are hell bent on harassing his colleague S Ambiga?
"Why are they only targeting Ambiga, they should choose me too," asked the 77 year-old national laurette.
Samad or better known as Pak Samad has deduced  that the targetted protest against Ambiga could have a "racial or religious" connotation.
"If they continue to only target her, there may be a racial or religious slant which I think is not good," he had said.
Read More / Baca Lagi >>

Hujah2 Menyanggah Fatwa BERSIH

Posted: 19 May 2012 08:40 PM PDT

"Pemerintahan Islam mempunyai ciri asas yang terperinci seperti yang telah dihuraikan oleh para alim ulama.

Sudah pasti sebuah pemerintahan Islam yang sebenar tidak akan merangkum atau membenarkan berbagai jenis kezaliman, salah urus, penderhakaan terhadap syariat, penipuan dan rasuah yang buruk seperti sekarang.

Menyanggah fatwa 'Bersih'
Oleh USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN



ADA individu mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 baru-baru ini adalah satu perjuangan yang sia-sia, antara sebab dia kata begitu atas alasan;

Read More / Baca Lagi >>

Petanda Bala Besar Buat BN: 5 anggota polis rempuh pagar rumah Najib

Posted: 19 May 2012 08:39 PM PDT

"KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.Ini petanda baik. Mula-mula rempuh pagar, esok lusa rempuh rumah, lepas tu rempuh Najibpulak... (Sumber di sini)Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya. 
Read More / Baca Lagi >>

Datuk Fauzi Yang Saya Kenali..Hijrah terbaik bekas pegawai kanan bukit aman.

Posted: 19 May 2012 08:36 PM PDT

"Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1950, dan menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.

Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun dua tiga kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal, apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, dimana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit ceramah.

Read More / Baca Lagi >>

Abby Abadi Berada Di Pentas Ceramah Pas!!Alhamdulillah....

Posted: 19 May 2012 08:34 PM PDT


"Selepas Aishah, Dayangku Intan,,,,, Kini Giliran "Abby Abadi" Mengambil Tempat.. Jom Kita Turun Ramai-Ramai.
Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas

Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang


Baguslah macam nie.ada perubahan yang baik.Inilah parti pas.Orang yang mahu berubah kepada kebaikan akan menyertai pas manakala orang yang nak kepada keburukan akan menyertai Umno.Ko orang orang fikir-fikir la sendiri..Apa pun aku ucapkan tahniah Abby abadi kerana bersama-sama dengan parti islam..

Kalau sudah uzur, jangan buat kerja berat lagi....berehatlah

Posted: 19 May 2012 08:26 PM PDT

Pilihanraya dijangka sampai bila-bila masa sekarang. Ada yang membuat spekulasi yang ia akan diadakan pada bulan Jun dan ada yang merasakan ia akan diadakan pada bulan Julai. Tidak kurang pula yang merasakan PRU tidak perlu diadakan sekarang kerana tempoh tamatnya penggal ini adalah pada bulan April tahun hadapan. Orang yang boleh menentukan tarikh pilihanraya ini adalah PM Najib sahaja…bukan sesiapa yang lain.
Hanya Najib dirasakan belum lagi mendapat ilham untuk menentukan tarikh itu kerana kali ini bukannya senang untuk membubarkan Parlimen sebelum Najib merasakan sokongan orang ramai terhadap kerajaan belum pulih. Najib sehingga hari ini belum menampakkan keyakinan beliau yang BN sudah kembali pulih dari kegeringannya.
Read More / Baca Lagi >>

Muzakarah : berangan itu percuma, tak dikenakan bayaran pun

Posted: 19 May 2012 08:24 PM PDT

Muzakarah yang disebut-sebut diantara PAS dan UMNO sejak dua tiga hari ini mendapat perhatian juga. Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz berkata tidak ada masalah untuk bermuzakarah dengan beberapa syarat. Pertamanya UMNO mesti terbuka untuk menerima Islam sebagai landasan semua hal tentang negara ini. Syarat yang seterusnya ialah untuk membawa sekali parti-parti pembangkang yang bersama PAS dalam PR untuk mencari penyelesaian terhadap penyatuan umat Islam dan rakyat sekelian dalam negara kita ini.
Read More / Baca Lagi >>

Muzakarah platform terbaik, kata Mufti Perak

Posted: 19 May 2012 08:10 PM PDT


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria SHAH ALAM - Muzakarah antara Pas dan Umno perlu disegerakan dan tidak perlu ditangguhkan jika ia bertujuan demi kebaikan semua pihak terutama umat Islam.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, muzakarah adalah satu platform terbaik untuk meneliti dan menyelesaikan pelbagai masalah.

"Jangan melengah-lengahkan sesuatu yang baik. Jika tidak, ia mungkin akan melahirkan keadaan lebih parah. Segerakan perkara ini dan jangan tunggu hingga selepas pilihan raya," kata beliau yang pernah menggerakkan inisiatif kerjasama politik Pas-Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu.

Read More / Baca Lagi >>

Who’s next Nazri, docs and architects?

Posted: 19 May 2012 08:09 PM PDT

Two lawyers' associations give the law academy proposal the thumbs down while another backs the minister.
PETALING JAYA: The proposal to form a law academy has drawn flak, with one lawyers' association asking if the government will clamp down on other professional bodies as well.
Furthermore, Association of Women Lawyers president S Meera said the move would dilute and usurp the Malaysian Bar's independence.
She added that the government should learn to work with the Bar Council to probe the abuses that took place during the Bersih 3.0 rally instead of trying to control the legal fraternity.
"So will the government start controlling the medical, architecture and accounting fraternities should they voice an opinion which is against the government?" she asked.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua Wanita MCA Melaka Tak Menyesal Sertai BERSIH 3.0

Posted: 19 May 2012 08:08 PM PDT

Ketua Wanita MCA Melaka Kian Sit Har berkata beliau tidak mengesali tindakannya hadir dalam perhimpunan BERSIH 3.0 bersama 5,000 orang di Dataran Pahlawan di negeri itu pada 28 April lalu.

"Saya gembira dan bangga bahawa saya tidak melepaskan peluang untuk berdiri bersama anak muda," kata bekas senator BN itu kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Kehadiran ramai anak muda dalam perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan satu perkara yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini, kata Kian.Read More / Baca Lagi >>

Ulama muda Umno sedia bertanding PRU jika diberi peluang

Posted: 19 May 2012 08:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Ulama Muda Umno tidak menolak untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan jika parti memerlukan mereka, bagaimanapun menegaskan, pihaknya bukan jenis yang meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam.
"Kami tidak akan menolak. Kami bukanlah jenis yang meminta-minta, jika parti perlukan kami, kami sedia berkhidmat untuk memperjuangkan prinsip Islam," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13

Posted: 19 May 2012 10:46 AM PDT


Laporan-laporan terbaru Special Branch dan MIO telah membantutkan hasrat PM Najib Razak untuk membubarkan Parlimen yang hangat diperkatakan akan dibubarkan pada bila-bila masa. Setakat ini laporan yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat akan memenangi 95 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, yang mana situasi ini akan menyebabkan BN tumpas dengan majoriti mudah, dan kemungkinan berlaku 'Hung Parliament' ataupun Parlimen Tergantung.

Bulan Mac yang lalu, Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti selesa pada PRU13, maka ini akan member kesan perit untuk BN.Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas

Posted: 19 May 2012 10:42 AM PDT


Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas
Nik Aziz (kanan) ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas di Kuala Ibai
KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)  - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Dilindungi : Batu dan telur hinggap di acara Ambiga

Posted: 19 May 2012 10:39 AM PDT

Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga dihadiri sekumpulan pemarah yang tidak berpuas hati.

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event car type puncturedADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong berkata kumpulan pengacau itu menyerangnya dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew apabila mereka meninggalkan tempat acara itu.

"Batu dan telur mengenai kereta kami. Cermin depan anggota kami turut pecah," katanya.

Salah satu daripada tayar kenderaan Tey juga dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Merlimau.

BN’s offer: Money and madness

Posted: 19 May 2012 10:36 AM PDT

PM Najib is forced to shower the rakyat with crumbs of goodies to obtain votes because the people are fed-up with BN's underhand tactics.

The Malaysian political scenario has taken a turn towards madness in recent weeks. Consider these three instances:
1. Former Inspector-General of Police (IGP) Rahim Noor labelling Kelantan Menteri Besar and PAS spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat as "bapak kafir";
2. A Malay non-governmental organisation whose members held a mock funeral rite in front of Penang Chief Minister Lim Guan Eng's residence; and
3. Protesters making a nuisance of themselves in front of Bersih chairperson S Ambiga's house.
The three major races are being attacked and this definitely highlights the success of the 1Malaysia slogan.
Read More / Baca Lagi >>

KISAH ANAK DARA17 vs 70 - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 May 2012 10:21 AM PDT

Hukum Orang BISU Azan - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 May 2012 10:18 AM PDT

Hukum Orang Cacat BISU Jadi IMAM - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 May 2012 10:17 AM PDT

KARPET Kena Najis ANJING - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 May 2012 10:17 AM PDT

Hukum Sembahyang MAYAT Atas KUBUR - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 May 2012 10:15 AM PDT