WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
JUARA PIALA FA - KELANTAN JUARA, TOK PA TUMPANG PUBLISITI Posted: 19 May 2012 10:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TAHNIAH kepada pasukan Bola Sepak Kelantan (Red Warrior) yang sebentar tadi dinobatkan sebagai Juara Piala FA menewaskan Sime Darby 1 - 0 hasil jaringan Penalti oleh M. Ghaddar. Kemenangan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Aziz. Seperti dijangka seluruh stadium majoritinya dipenuhi oleh para penyokong Negeri Serambi Mekah dan melihat kepada corak permainan Sime Darby ternyata pasukan berstatus Kelab itu hanya mahukan keputusan seri tanpa jaringan yang memungkinkan kemenangan dari sepakan Penalti. Corak bertahan sepanjang perlawanan oleh pasukan berkenaan sedikit sebanyak menyukarkan gerakan penyerang-penyerang dari Kelantan. Akhirnya, keputusan yang diharapkan oleh Sime Darby hasil dari sepakan Penalti menjelma juga tetapi bukan untuk pasukan Sime Darby sebaliknya tuah milik Kelantan. Apa pun, Kelantan sememangnya layak bergelar Juara. Di sebalik puluhan ribu para penyokong Merah beserta berbagai sepanduk dan banner, kelihatan juga banyak sepanduk yang menuntut pembayaran royalti yang sehingga kini rakyat Kelantan dinafikan. Kelihatan juga bendera Bulan berkibaran membawa erti politik rakyat Kelantan tidak boleh dipadamkan di mana jua. Tahniah Kelantan. Tahniah Tan Sri Anuar Musa yang berjaya meningkatkan prestasi Bola Sepak Kelantan. Cuma tertanya-tanya, mengapa terpacul wajah Tok Pa (Mustapha Mohamed) di pentas utama sewaktu majlis penyampaian hadiah? Atas kapasiti apa beliau di situ? Selaku bakal MB Kelantan kah? Sepatutnya beliau malu kepada Tan Sri Anuar Musa yang sepatutnya dijulang, tetapi beliau berada di bangku penonton sahaja./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan