Rabu, 25 April 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Khalid Samad - Ahli Parlimen Shah Alam - didakwa di Mahkamah Rendah Syariah

Posted: 25 Apr 2012 09:17 PM PDT



KLANG - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini berhubung kesalahan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah surau Taman Seri Sementa, Kapar dekat sini, 16 Ogos lalu.
 
Bagaimanapun, Khalid mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu, yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Norafizi Fitri Ab Manaf.
 
Mahkamah juga membebaskan Khalid dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. - Sinar

Filem Altantuya, Scorpene akan siap dengan kerjasama Najib - Mat Sabu

Posted: 25 Apr 2012 07:41 PM PDT

KUALA LUMPUR- "Filem Altantuya" akan turut siap jika "kerjasama" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya "filem Scorpene", kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu "kerjasama" yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut.

"Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan 'filem Scorpene'," katanya.

Jika sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan "filem Scorpene" disiapkan, Mohamad yakin "filem Altantuya" juga akan turut disiapkan sekaligus.


"Saya pernah kata, kalau mahu 'filem Altantuya' yang tiada kesudahan itu disiapkan, pastikan Pakatan Rakyat (PR) menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

"Nampaknya mungkin filem itu akan siap lebih awal lagi dengan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh Najib dan kerajaan terhadap perbicaraan di mahkamah Perancis yang akan membicarakan kes bayaran komisen tidak sah dalam penjualan kapal selam itu.

"Jika PR dipilih menjadi kerajaan, saya percaya Najib akan menerima anugerah kerana kehebatan filem Altantuya itu," kata beliau.

Sebelum ini, banyak media luar negara yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan urusniaga kapal selam Scorpene.

Najib sebelum ini enggan menjawab soalan wartawan mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis itu dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pula berkeras tidak mahu hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan itu.

"Sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan rakyat sudah mula mempersoalkan apa yang mereka takut sangat sehingga seolah-olah lari lintang pukang dari kes yang dibicarakan itu," kata Mohamad.

Beliau yakin, jika tidak ada sebarang perkara yang ditakuti, sudah tentu "berdegar-degar" Najib menjawab panjang lebar soalan wartawan mengenai perkara itu seperti yang biasa dilakukannya dan menteri penggantinya di Kementerian Pertahanan pula tidaklah terlalu ketara mahu melarikan diri perbicaraan di mahkamah Perancis itu.

"Orang Melayu kata berani kerana benar, takut kerana salah," kata Mohamad.

Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa, siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia antara lain melibatkan transaksi dengan syarikat berpangkalan di Hong Kong, iaituTerasasi (Hong Kong) Ltd.

Antara pegawai penting syarikat tersebut ialah Abdul Razak Baginda, yang dilihat sebagai orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu juga mendakwa, siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) itu disalurkan melalui Terasasi kepada Najib, yang menjadi Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri ketika dua kapal selam Scorpene itu dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

-Harakahdaily

ARTIS : Akma AF3 segerakan pernikahan

Posted: 25 Apr 2012 07:21 AM PDT


PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Akma berkata langkah untuk menyegerakan pernikahannya yang dijadualkan pada hujung Jun depan bukan kerana serik akibat pernah putus tunang.
Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27, berkata keputusan itu dibuat kerana segala perancangan dan persiapan ke arah itu dilihat dengan berjalan lancar.
"Saya mahu menyegerakan majlis pernikahan pada hujung Jun depan bukan sebab saya berasa serik apabila perancangan untuk bertunang sebelum ini pernah terbatal.
"Secara kebetulan, perjalanan majlis merisik pada Mac lalu berjalan dengan baik sekali sehingga kami memutuskan untuk bertunang pada 6 Mei ini dan bernikah pula pada hujung Jun depan," katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Rabu.
Akma mengenali lelaki bernama Farih kira-kira lima tahun lalu. Hubungan mereka mula rapat sejak lelaki itu pulang dari Melbourne, Australia selepas menamatkan pengajian di negara tersebut kira-kira setahun yang lalu.
Berkongsi mengenai bakal tunangnya yang bekerja sebagai eksekutif di Petronas itu Akma berkata, faktor usia yang hanya berbeza setahun tidak menjadi masalah buatnya kerana kematangan dan sikap bertanggungjawab lelaki itu.

"Walaupun jarak usia kami hanya berselang setahun, saya dapati dia (Farih) seorang yang matang melebihi umurnya. Sifatnya yang rapat dengan keluarga memberikan keyakinan untuk saya memilih dia sebagai calon suami.
"Menariknya, dia juga seorang yang kelakar dan bijak mengambil hati keluarga saya," katanya yang mendapat tajaan ketiga-tiga majlis itu daripada Butik Chantik.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Akma kini mengajar kursus vokal di One Music Academy Malaysia di Subang sejak tiga bulan lalu.
"Saya mengajar secara separuh masa kerana memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pensyarah vokal. Naluri saya memang suka mengajar.
"Pendapatan saya mengajar ini dapat menambahkan lagi sumber kewangan saya," katanya yang kini terlibat dalam Karnival Mesra Belia Satu Felda Satu Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada setiap hujung minggu. -mStar

Isu Shafie - Zahida : YB Zuraida terima surat peguam dari Zahida

Posted: 25 Apr 2012 04:21 AM PDT

NONEKetua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno.

Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.

"Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan.

"Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini. - Malaysiakini

dollah yankee

dollah yankee


'TIBAI' pulak dahhh...Kah..Kah..Kah..macam-macam laaa umno ni!

Posted: 25 Apr 2012 06:07 AM PDT





dollah yankee -
Ibrahim Ali dalam progam yang bertajuk 'TIBAI', 
Ini suasana hari kedua berturut-turut serangan dari umno/BN yang telah guna Ibrahim Ali  untuk menyerang dan mematikan Anwar Ibrahim

Nasib baik tak boleh guna pistol nak tembak Anwar...kalau boleh laa...dah lama dahh Anwar ni mati. 
Apa laa yang dah dijanjikan kepada Ibrahim Ali ni jika PRU-13 nanti Anwar telah gagal untuk takluk Putrajaya,gagal untuk jadi PM kita ya??

gambar kredit kepada blog addin

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Adakah berdosa besar jika tidak bersama UMNO?

Posted: 25 Apr 2012 09:04 PM PDT

Masih ada saki baki penulis di dalam maya ini yang mengkritik keras tindakan saya menyertai DAP. Bermacam-macam tuduhan dilemparkan terhadap diri saya dan beberapa orang bekas ahli UMNO yang bertindak menyertai parti ini, kononnya kami telah menjual bangsa dan  agama kami. Saya ulangi saya tidak mengurangkan Melayu saya dan tidak  mengurangkan kepercayaan saya terhadap agama saya.
Saya hairan kenapa mereka ini menggunakan isu agama dan bangsa sebagai isu terhadap diri saya, sedangkan salah satu sebab saya keluar daripada UMNO itu ialah kerana parti itu menggunakan isu agama secara keterlaluan dan sebaliknya apa yang dilakukan oleh pemimpin parti itu semuanya bertentangan dengan agama dan bangsa. Bagi mereka agama itu menjadi tempelan sahaja sedangkan Islam itu sepatutnya menjadi cara hidup mereka (ad-din).
Read More / Baca Lagi >>

Umno Youth’s ‘Patriot’ opts out of Bersih 3.0

Posted: 25 Apr 2012 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, April 26 — Umno Youth's "Patriot" movement will not take to the streets this Saturday to counter Bersih 3.0, its chief Khairy Jamaluddin has said.
"No, not this time," the fiery youth leader told reporters last night, after participating in a debate with Bersih co-chair Datuk Ambiga Sreenavasan here.

Khairy makes a point at the debate on April 25, 2012. He said his 'Patriot' movement will give Bersih's rally on Saturday a miss. — Picture by Jack Ooi
But while he said he "respects" the group's right to stage its protest, he continuously insisted that their reasons to rally have been "misrepresented" by the group's leaders. Khairy had led his group of some 150 "Patriots" last July 9 in a counter-rally against Bersih 2.0's second march for free and fair elections on the streets of the capital.
But the youth leader found himself caught in the middle of the chemical bombardment that riot police rained down on protestors and was later arrested when the event went into full swing.
His arrest slowly saw the "Patriot" movement fizzle out and disperse even as Bersih's crowd of thousands continued with their march.
This year, Bersih expects an even bigger crowd to throng the city for its "sit-in" protest, owing to the government's alleged failure to reform the election system.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH: 3.1 juta undi di bukan alamat IC

Posted: 25 Apr 2012 08:50 PM PDT

Kewujudan lebih 3.1 juta pengundi berdaftar di kawasan selain daripada alamat di kad pengenalan mereka amat merisaukan, kata Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga.

NONE"Maklumat ini diserahkan kepada SPR oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2002 dan SPR (sehingga kini masih) tidak berbuat apa-apa dengannya," katanya.

Jumlah besar itu, kata Ambiga lagi, menyalahi Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan seorang pengundi perlu menjadi penduduk dalam kawasan mengundinya.

Perkara itu dilontarkan menjelang tiga hari sebelum perhimpunan BERSIH melalui debatnya dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin di Petaling Jaya semalam.

Bercakap kepada lebih 600 ratus orang, Ambiga yang berpakaian serba hitam dan kelihatan serius sewaktu berhujah menegaskan sehingga kini SPR masih gagal membersihkan daftar pengundi.

Mengapa Umno BN perlu jadi pembangkang selepas PRU13?

Posted: 25 Apr 2012 08:49 PM PDT

Berulang-ulang kali kita mendengar daripada kem Barisan Nasional bahawa mereka memerlukan majoriti yang besar untuk menjadi sebuah kerajaan yang 'kuat'. Mengapa? Kerana ia akan membolehkan mereka berbuat sesuka hari sebagaimana yang telah dilakukan sejak beberapa dekad lalu.

Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia kita dapat melihat apa yang akan terjadi jika sebuah kerajaan itu terlampau besar dan 'kuat'. Stalin, Hitler, Mao Zedong dan yang seangkatan dengannya juga telah berdakwah tentang bertapa pentingnya sebuah kerajaan yang 'kuat' dan kita tahu bagaimana keadaan dalam negara tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS Wilayah sedia sambut tetamu Bersih 3.0

Posted: 25 Apr 2012 08:46 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mungkin perhimpunan aman Bersih 3.0 adalah jalan terakhir buat rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari sebarang penipuan dan penodaan terhadap nilai demokrasi negara.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kehadiran semua peserta perhimpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' ke Dataran Merdeka pada 28 April ini.

DPPWP menganggap kehadiran semua tetamu yang hadir sama ada peserta Bersih 3.0, wakil-wakil media, pemerhati dan NGO antarabangsa serta pemimpin parti politik bakal memeriahkan suasana ibukota Kuala Lumpur pada tarikh tersebut, kata Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, DPPWP amat kagum dengan kesungguhan rakyat dari pelbagai peringkat yang berusaha hadir ke Dataran Merdeka pada tarikh tersebut.

"Meskipun sendat dengan pelbagai jadual kehidupan, mereka sanggup mengosongkan tarikh bagi memberi laluan kepada perhimpunan gergasi ini.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada sebab DBKL nafi hak rakyat - Mapim

Posted: 25 Apr 2012 08:44 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kerjasama untuk memberi hak demokrasi kepada rakyat untuk berkumpul di Dataran Merdeka.


"Tidak ada sebab kenapa DBKL harus bersikap keras untuk menafikan hak rakyat berkumpul di tempat bersejarah itu untuk menyatakan sikap mereka terhadap masa depan negara," kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily.

Katanya, jika benar DBKL perlu memastikan agar perhimpun itu berlaku dengan tertib, maka sepatutnya perbincangan untuk mengatur agar peserta perhimpunan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak ditetapkan bersama.

Read More / Baca Lagi >>

Polis mungkin langgar undang-undang tolak lokasi Bersih

Posted: 25 Apr 2012 08:42 PM PDT

Pihak polis dan DBKL telah menolak penggunaan Dataran Merdeka sebagai lokasi Bersih 3.0. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 26 April — Pihak polis mungkin telah melanggar peruntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011, yang mula dikuatkuasakan Isnin, apabila menolak permohonan Bersih mengadakan perhimpunan duduk bantah di Dataran Merdeka Sabtu ini.Read More / Baca Lagi >>

Bersih: We meet at Dataran!

Posted: 25 Apr 2012 08:03 AM PDT

Occupy Dataran Berpindah Ke Lokasi Baru

Posted: 25 Apr 2012 07:59 AM PDT

50,000 muslimat PAS dijangka sertai Bersih 3.0

Posted: 25 Apr 2012 02:07 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggarkan tidak kurang 50,000 ahli dari seluruh Malaysia akan menyertai Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, DMPP mensasarkan 1,000 orang bagi setiap Dun dan surat pemberitahuan telah dikeluarkan oleh pusat ke setiap negeri dan kawasan.
Read More / Baca Lagi >>

Kaum India tanpa IC dianggap orang asing

Posted: 25 Apr 2012 02:05 AM PDT

NONEKerajaan secara sistematik menghilangkan kerakyatan masyarakat India dengan menggolongkan mereka sebagai orang asing, dakwa Naib Presiden PKR N Surendran.

Seramai 300,000 masyarakat India didakwa tidak mempunyai kad pengenalan biru MyKad, surat beranak atau kedua-duanya sekali, dakwa Surendran dalam sidang media di Petaling Jaya.

Mengetengahkan permohonan seorang wanita Periakkah Nagan pada 2011, Surendran mendakwa, Jabatan Perkhidmatan Negara (JPN) menafikan pengelasannya bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Pas syor calon semua kerusi Parlimen, Dun Perlis

Posted: 25 Apr 2012 02:04 AM PDT


Hashim-Jasin
KANGAR - Pas Perlis menghantar senarai nama bakal calon bagi semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu kepada Pas Pusat sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Pesuruhjaya Pas negeri Hashim Jasin berkata, tindakan mereka menyenaraikan nama di semua kerusi adalah sebagai persiapan "kalau-kalau terjadi sesuatu" dalam soal calon di kalangan parti-parti pembangkang di negeri ini, yang memerlukan pengisian dibuat di kalangan calon-calon Pas.
Bercakap kepada Bernama di sini, Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, berkata DAP mungkin sedang berbincang dengan PKR dalam pengagihan kerusi dan Pas hanya membuat persiapan yang perlu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemansuhan ISA, Kerakyatan Warga Asing dan Hujjah Merapu

Posted: 25 Apr 2012 02:03 AM PDT

Memberi ceramah di seluruh Negara pada setiap malam ada juga akibat buruknya. Saya tidak berkesempatan untuk melakukan kerja penulisan dan blogging oleh kerana sentiasa berada di Parlimen atau di atas jalan raya. Namun begitu, Alhamdulillah, hari ini ada kelegaan sedikit apabila kembali dari Padang Terap maka dikosongkan program untuk hari ini, kecuali pada sebelah malam, maka siang ini dapat jugalah saya cuba menulis.

Read More / Baca Lagi >>

Kes Scorpene: Zahid ‘Cakap Tak Serupa Bikin’

Posted: 25 Apr 2012 02:02 AM PDT


 
SHAH ALAM, 25 APR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini disaran agar mengotakan kata-kata beliau yang sebelum ini mendakwa bersedia berkerjasama untuk menegakkan keadilan berhubung isu yang membabitkan isu komisen kapal selam scorpene.
Menurut Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard yang merupakan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, Zahid telah mengeluarkan kenyataan tersebut apabila isu ini dibangkitkan pada tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Abim seru 'pencinta kebenaran' sertai BERSIH 3.0

Posted: 25 Apr 2012 01:59 AM PDT

Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa terus bertahan di Dataran Merdeka

Posted: 25 Apr 2012 01:58 AM PDT


KUALA LUMPUR: Biarpun beberapa kali dirempuh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semangat anak-anak muda yang berkhemah di Dataran Merdeka tidak patah, yang kini sudah masuk hari ke-12.

Dilarang mendirikan khemah, kini mereka duduk berpayung dari terikan matahari di sebuah sudut di Dataran Merdeka.

Jika sebelum ini mereka berkumpul di sudut berdekatan air pancut, selepas ditutup dengan pita kuning DBKL, mahasiswa ini beralih ke arah padang.

Seorang mahasiswa yang telah berada di sana sejak 12 hari lalu, Alif Asyraf, berkata mereka cuba bertahan untuk terus berada di dataran tersebut hingga menjelang himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0 ke Lebuh Raya Demokrasi

Posted: 25 Apr 2012 01:58 AM PDT

Oleh Abd Shukur Harun
Hanya tinggal dua hari saja lagi menuju 28 April, Dataran Merdeka dan sekitarnya, di tengah jantung Ibu Kota akan bermandi cahaya kuning, dengan kedatangan ratusan ribu rakyat prihatin untuk menuju 'Lebuh Raya Demokrasi' melalui Himpunan Bersih 3.0.


Kita masih ingat, dengan puisi Unggun Bersih Sasterawan Negara A. Said dan puluhan ribu orang yang berhimpun pada 9 Julai tahun lalu, tembok tebal rasa takut rakyat sudah diruntuhkan. Rasa takut sudah mengakhiri zamannya dan digantikan dengan keberanian.
Read More / Baca Lagi >>

Interfaith group: Support Bersih 3.0, all religions demand fair play and transparency

Posted: 25 Apr 2012 01:56 AM PDT

Interfaith group: Support Bersih 3.0, all religions demand fair play and transparencyThe Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) supports Bersih's right to assemble peacefully at Dataran Merdeka on 28th April, 2012. lt is their Constitutional right to Assemble Peacefully which is guaranteed in our Federal Constitution by Article 10(1Xb) which provided "all citizens have the riqht to assemble peacefullv and without arms".
Bersih's demands for clean and fair elections should be supported by all including their call for electoral reform which is also in accord with Universal religious values.
All religions demand fairplay
All religions support amongst others, principles of Justice, fairplay, transparency and that no undue advantage is enjoyed by any party to the exclusion of the other.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 2008: BN capai majoriti mudah dengan 19% undi

Posted: 25 Apr 2012 01:55 AM PDT

"Anda bukan ditakdirkan miskin, tetapi anda direka untuk menjadi miskin oleh sistem ini."  Kata-kata ini dipetik oleh pengasas Tindak Malaysia, PY Wong ketika mendedahkan bahawa Barisan Nasional hanya memerlukan 19% daripada jumlah undi untuk memenangi kerusi Dewan Rakyat dengan majoriti mudah dalam PRU 12 pada tahun 2008.

Demikianlah masalah "Malapportionment" (kegagalan pengagihan), yang ditemui dalam kajian Ng Chak Ngoon.  BN hanya memerlukan 19% daripada jumlah undi untuk memenangi 50.4% kerusi pertama dalam PRU 12, dan 19% ini tertumpu di kawasan kampung.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah pertahan kerusi Lembah Pantai

Posted: 25 Apr 2012 01:54 AM PDT


Nurul Izzah pertahan kerusi Lembah Pantai
PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan bertanding mempertahankan kerusi Lembah Pantai jika diberi peluang oleh partinya, sekali gus menafikan desas-desus mahu beralih ke bahagian Permatang Pauh.
Wakil rakyat penggal pertama ini menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputuan muktamad tentang kerusi yang harus ditandinginya.
Nurul Izzah berkata, beliau bertanding di Lembah Pantai empat tahun lalu atas keputusan parti, dan dengan itu, "akan akur kepada sebarang keputusan parti" kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan sampai SPR digelar 'Sorok Pengundi Ragu'

Posted: 25 Apr 2012 01:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menyokong penubuhan suruhanjaya diraja bagi menangani isu pengundi ragu atau hanya akan digelar sebagai "Sorok Pengundi Ragu".

Menurutnya, jika SPR benar-benar jujur terhadap isu kewujudan lebih 40,000 pengundi ragu, mereka seharusnya turut sama mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara itu.

"SPR sepatutnya merebut kesempatan untuk membuktikan bahawa daftar pemilih yang ada kini dan segala tindak tanduknya adalah bersih dari sebarang penyelewengan dengan menyatakan persetujuan dan kesediaannya menghadapi suruhanjaya diraja itu.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 3.0: MP, Adun PR Perlu Kenal Pasti Pengundi

Posted: 25 Apr 2012 01:45 AM PDT

 
PETALING JAYA, 25 APRIL: Semua Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor digesa supaya bekerja dengan lebih keras bagi memastikan daftar pemilih di kawasan masing-masing berada di tahap terbaik sebelum Pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) berlangsung bila-bila masa dari sekarang.
Ini di sebabkan terdapat banyak kes daftar pemilih bertindih dan meragukan berlaku hampir di seluruh negara terutamanya di negeri-negri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti di Selangor.
Gesaan ini disuarakan oleh Penganalisis Politik, Dr Ong Kian Ming yang melihat hanya pembersihan daftar pemilih yang telus mampu mengukuhkan cengkaman gabungan Pakatan di negeri ini.
Read More / Baca Lagi >>

4 aktivis Dataran dakwa ''dikasari" DBKL

Posted: 25 Apr 2012 01:44 AM PDT

Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa telah mengkasari empat individu, termasuk dua orang pelajar, yang ditahan semasa DBKL menyerbu perkhemahan mereka di Dataran Merdeka petang semalam, demikian menurut laporan polis.
Dalam laporan polisnya, Ekhsan Bukharee Badarulhisham, 20, mendakwa sekurang-kurangnya lima anggota DBKL mengkasarinya dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 tengahari.
Ekhsan mendakwa dia cuba meleraikan satu pergelutan, tetapi ditarik oleh lima atau enam anggota DBKL, diheret ke jalan raya dengan kasar, dan dicampak ke atas jalan.

Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah

Posted: 25 Apr 2012 01:41 AM PDT

 
PETALING JAYA, 25 APRIl: Kegagalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mahupun wakilnya untuk hadir sebagai panelis dalam Forum BERSIH 3.0 anjuran Tindak Malaysia nyata mengecewakan pelbagai pihak.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0, Dr Wong Chin Huat berkata pihak SPR sepatutnya hadir bagi membuktikan keyakinan kepada orang ramai terhadap mereka memandangkan sebelum ini banyak pendedahan keraguan di dalam sistem pilihanraya di negara ini.
"Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Tan Sri Abdul Aziz percaya apa yang dilakukan itu sah seharusnya di datang ke sini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN : Aktivis Mahasiswa Bertahan, Dikunjungi Wanita Misteri

Posted: 25 Apr 2012 01:40 AM PDT

 
KUALA LUMPUR, 25 APR: Aktivis Mahasiswa yang mahukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan masih bertahan di Dataran Merdeka untuk hari yang ke 12 hari ini meskipun berada dalam keadaan terpaksa berpanas dan berhujan.
Dalam tinjauan TVS pagi ini, mendapati kanopi yang sebelumnya didirikan bagi tujuan Konsert Diraja Sabtu lalu telah dijadikan tempat berteduh mahasiswa terbabit juga telah diturunkan oleh kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tindakan tersebut menyebabkan kumpulan mahasiswa terbabit memindahkan barang-barang mereka kira-kira 15 meter dari kanopi yang dibuka dan menggunakan sekaki payung yang lazimnya digunakan oleh peniaga bagi mengelakkan panas dan hujan.
Read More / Baca Lagi >>