RAKYAT MARHAEN |
- Adakah berdosa besar jika tidak bersama UMNO?
- Umno Youth’s ‘Patriot’ opts out of Bersih 3.0
- BERSIH: 3.1 juta undi di bukan alamat IC
- Mengapa Umno BN perlu jadi pembangkang selepas PRU13?
- Pemuda PAS Wilayah sedia sambut tetamu Bersih 3.0
- Tiada sebab DBKL nafi hak rakyat - Mapim
- Polis mungkin langgar undang-undang tolak lokasi Bersih
- Bersih: We meet at Dataran!
- Occupy Dataran Berpindah Ke Lokasi Baru
- 50,000 muslimat PAS dijangka sertai Bersih 3.0
- Kaum India tanpa IC dianggap orang asing
- Pas syor calon semua kerusi Parlimen, Dun Perlis
- Pemansuhan ISA, Kerakyatan Warga Asing dan Hujjah Merapu
- Kes Scorpene: Zahid ‘Cakap Tak Serupa Bikin’
- Abim seru 'pencinta kebenaran' sertai BERSIH 3.0
- Mahasiswa terus bertahan di Dataran Merdeka
- Bersih 3.0 ke Lebuh Raya Demokrasi
- Interfaith group: Support Bersih 3.0, all religions demand fair play and transparency
- PRU 2008: BN capai majoriti mudah dengan 19% undi
- Nurul Izzah pertahan kerusi Lembah Pantai
- Jangan sampai SPR digelar 'Sorok Pengundi Ragu'
- BERSIH 3.0: MP, Adun PR Perlu Kenal Pasti Pengundi
- 4 aktivis Dataran dakwa ''dikasari" DBKL
- BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah
- PTPTN : Aktivis Mahasiswa Bertahan, Dikunjungi Wanita Misteri
Adakah berdosa besar jika tidak bersama UMNO? Posted: 25 Apr 2012 09:04 PM PDT Masih ada saki baki penulis di dalam maya ini yang mengkritik keras tindakan saya menyertai DAP. Bermacam-macam tuduhan dilemparkan terhadap diri saya dan beberapa orang bekas ahli UMNO yang bertindak menyertai parti ini, kononnya kami telah menjual bangsa dan agama kami. Saya ulangi saya tidak mengurangkan Melayu saya dan tidak mengurangkan kepercayaan saya terhadap agama saya. Saya hairan kenapa mereka ini menggunakan isu agama dan bangsa sebagai isu terhadap diri saya, sedangkan salah satu sebab saya keluar daripada UMNO itu ialah kerana parti itu menggunakan isu agama secara keterlaluan dan sebaliknya apa yang dilakukan oleh pemimpin parti itu semuanya bertentangan dengan agama dan bangsa. Bagi mereka agama itu menjadi tempelan sahaja sedangkan Islam itu sepatutnya menjadi cara hidup mereka (ad-din). |
Umno Youth’s ‘Patriot’ opts out of Bersih 3.0 Posted: 25 Apr 2012 09:01 PM PDT KUALA LUMPUR, April 26 — Umno Youth's "Patriot" movement will not take to the streets this Saturday to counter Bersih 3.0, its chief Khairy Jamaluddin has said. Read More / Baca Lagi >>"No, not this time," the fiery youth leader told reporters last night, after participating in a debate with Bersih co-chair Datuk Ambiga Sreenavasan here. But while he said he "respects" the group's right to stage its protest, he continuously insisted that their reasons to rally have been "misrepresented" by the group's leaders. Khairy had led his group of some 150 "Patriots" last July 9 in a counter-rally against Bersih 2.0's second march for free and fair elections on the streets of the capital. But the youth leader found himself caught in the middle of the chemical bombardment that riot police rained down on protestors and was later arrested when the event went into full swing. His arrest slowly saw the "Patriot" movement fizzle out and disperse even as Bersih's crowd of thousands continued with their march. This year, Bersih expects an even bigger crowd to throng the city for its "sit-in" protest, owing to the government's alleged failure to reform the election system. |
BERSIH: 3.1 juta undi di bukan alamat IC Posted: 25 Apr 2012 08:50 PM PDT Kewujudan lebih 3.1 juta pengundi berdaftar di kawasan selain daripada alamat di kad pengenalan mereka amat merisaukan, kata Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga. "Maklumat ini diserahkan kepada SPR oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2002 dan SPR (sehingga kini masih) tidak berbuat apa-apa dengannya," katanya. Jumlah besar itu, kata Ambiga lagi, menyalahi Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan seorang pengundi perlu menjadi penduduk dalam kawasan mengundinya. Perkara itu dilontarkan menjelang tiga hari sebelum perhimpunan BERSIH melalui debatnya dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin di Petaling Jaya semalam. Bercakap kepada lebih 600 ratus orang, Ambiga yang berpakaian serba hitam dan kelihatan serius sewaktu berhujah menegaskan sehingga kini SPR masih gagal membersihkan daftar pengundi. |
Mengapa Umno BN perlu jadi pembangkang selepas PRU13? Posted: 25 Apr 2012 08:49 PM PDT Berulang-ulang kali kita mendengar daripada kem Barisan Nasional bahawa mereka memerlukan majoriti yang besar untuk menjadi sebuah kerajaan yang 'kuat'. Mengapa? Kerana ia akan membolehkan mereka berbuat sesuka hari sebagaimana yang telah dilakukan sejak beberapa dekad lalu. Read More / Baca Lagi >>Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia kita dapat melihat apa yang akan terjadi jika sebuah kerajaan itu terlampau besar dan 'kuat'. Stalin, Hitler, Mao Zedong dan yang seangkatan dengannya juga telah berdakwah tentang bertapa pentingnya sebuah kerajaan yang 'kuat' dan kita tahu bagaimana keadaan dalam negara tersebut. |
Pemuda PAS Wilayah sedia sambut tetamu Bersih 3.0 Posted: 25 Apr 2012 08:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Mungkin perhimpunan aman Bersih 3.0 adalah jalan terakhir buat rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari sebarang penipuan dan penodaan terhadap nilai demokrasi negara. Read More / Baca Lagi >>Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kehadiran semua peserta perhimpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' ke Dataran Merdeka pada 28 April ini. DPPWP menganggap kehadiran semua tetamu yang hadir sama ada peserta Bersih 3.0, wakil-wakil media, pemerhati dan NGO antarabangsa serta pemimpin parti politik bakal memeriahkan suasana ibukota Kuala Lumpur pada tarikh tersebut, kata Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. Katanya, DPPWP amat kagum dengan kesungguhan rakyat dari pelbagai peringkat yang berusaha hadir ke Dataran Merdeka pada tarikh tersebut. "Meskipun sendat dengan pelbagai jadual kehidupan, mereka sanggup mengosongkan tarikh bagi memberi laluan kepada perhimpunan gergasi ini. |
Tiada sebab DBKL nafi hak rakyat - Mapim Posted: 25 Apr 2012 08:44 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kerjasama untuk memberi hak demokrasi kepada rakyat untuk berkumpul di Dataran Merdeka. Read More / Baca Lagi >>"Tidak ada sebab kenapa DBKL harus bersikap keras untuk menafikan hak rakyat berkumpul di tempat bersejarah itu untuk menyatakan sikap mereka terhadap masa depan negara," kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily. Katanya, jika benar DBKL perlu memastikan agar perhimpun itu berlaku dengan tertib, maka sepatutnya perbincangan untuk mengatur agar peserta perhimpunan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak ditetapkan bersama. |
Polis mungkin langgar undang-undang tolak lokasi Bersih Posted: 25 Apr 2012 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 April — Pihak polis mungkin telah melanggar peruntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011, yang mula dikuatkuasakan Isnin, apabila menolak permohonan Bersih mengadakan perhimpunan duduk bantah di Dataran Merdeka Sabtu ini. |
Posted: 25 Apr 2012 08:03 AM PDT |
Occupy Dataran Berpindah Ke Lokasi Baru Posted: 25 Apr 2012 07:59 AM PDT |
50,000 muslimat PAS dijangka sertai Bersih 3.0 Posted: 25 Apr 2012 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggarkan tidak kurang 50,000 ahli dari seluruh Malaysia akan menyertai Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Read More / Baca Lagi >>Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, DMPP mensasarkan 1,000 orang bagi setiap Dun dan surat pemberitahuan telah dikeluarkan oleh pusat ke setiap negeri dan kawasan. |
Kaum India tanpa IC dianggap orang asing Posted: 25 Apr 2012 02:05 AM PDT Kerajaan secara sistematik menghilangkan kerakyatan masyarakat India dengan menggolongkan mereka sebagai orang asing, dakwa Naib Presiden PKR N Surendran. Seramai 300,000 masyarakat India didakwa tidak mempunyai kad pengenalan biru MyKad, surat beranak atau kedua-duanya sekali, dakwa Surendran dalam sidang media di Petaling Jaya. Mengetengahkan permohonan seorang wanita Periakkah Nagan pada 2011, Surendran mendakwa, Jabatan Perkhidmatan Negara (JPN) menafikan pengelasannya bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan. Read More / Baca Lagi >> |
Pas syor calon semua kerusi Parlimen, Dun Perlis Posted: 25 Apr 2012 02:04 AM PDT Pesuruhjaya Pas negeri Hashim Jasin berkata, tindakan mereka menyenaraikan nama di semua kerusi adalah sebagai persiapan "kalau-kalau terjadi sesuatu" dalam soal calon di kalangan parti-parti pembangkang di negeri ini, yang memerlukan pengisian dibuat di kalangan calon-calon Pas. Bercakap kepada Bernama di sini, Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, berkata DAP mungkin sedang berbincang dengan PKR dalam pengagihan kerusi dan Pas hanya membuat persiapan yang perlu. |
Pemansuhan ISA, Kerakyatan Warga Asing dan Hujjah Merapu Posted: 25 Apr 2012 02:03 AM PDT Memberi ceramah di seluruh Negara pada setiap malam ada juga akibat buruknya. Saya tidak berkesempatan untuk melakukan kerja penulisan dan blogging oleh kerana sentiasa berada di Parlimen atau di atas jalan raya. Namun begitu, Alhamdulillah, hari ini ada kelegaan sedikit apabila kembali dari Padang Terap maka dikosongkan program untuk hari ini, kecuali pada sebelah malam, maka siang ini dapat jugalah saya cuba menulis. Read More / Baca Lagi >> |
Kes Scorpene: Zahid ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ Posted: 25 Apr 2012 02:02 AM PDT SHAH ALAM, 25 APR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini disaran agar mengotakan kata-kata beliau yang sebelum ini mendakwa bersedia berkerjasama untuk menegakkan keadilan berhubung isu yang membabitkan isu komisen kapal selam scorpene. Menurut Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard yang merupakan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, Zahid telah mengeluarkan kenyataan tersebut apabila isu ini dibangkitkan pada tahun lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Abim seru 'pencinta kebenaran' sertai BERSIH 3.0 Posted: 25 Apr 2012 01:59 AM PDT Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April. Read More / Baca Lagi >>Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu. |
Mahasiswa terus bertahan di Dataran Merdeka Posted: 25 Apr 2012 01:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Biarpun beberapa kali dirempuh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semangat anak-anak muda yang berkhemah di Dataran Merdeka tidak patah, yang kini sudah masuk hari ke-12. Read More / Baca Lagi >>Dilarang mendirikan khemah, kini mereka duduk berpayung dari terikan matahari di sebuah sudut di Dataran Merdeka. Jika sebelum ini mereka berkumpul di sudut berdekatan air pancut, selepas ditutup dengan pita kuning DBKL, mahasiswa ini beralih ke arah padang. Seorang mahasiswa yang telah berada di sana sejak 12 hari lalu, Alif Asyraf, berkata mereka cuba bertahan untuk terus berada di dataran tersebut hingga menjelang himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini. |
Bersih 3.0 ke Lebuh Raya Demokrasi Posted: 25 Apr 2012 01:58 AM PDT Oleh Abd Shukur Harun Hanya tinggal dua hari saja lagi menuju 28 April, Dataran Merdeka dan sekitarnya, di tengah jantung Ibu Kota akan bermandi cahaya kuning, dengan kedatangan ratusan ribu rakyat prihatin untuk menuju 'Lebuh Raya Demokrasi' melalui Himpunan Bersih 3.0. Kita masih ingat, dengan puisi Unggun Bersih Sasterawan Negara A. Said dan puluhan ribu orang yang berhimpun pada 9 Julai tahun lalu, tembok tebal rasa takut rakyat sudah diruntuhkan. Rasa takut sudah mengakhiri zamannya dan digantikan dengan keberanian. Read More / Baca Lagi >> |
Interfaith group: Support Bersih 3.0, all religions demand fair play and transparency Posted: 25 Apr 2012 01:56 AM PDT The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) supports Bersih's right to assemble peacefully at Dataran Merdeka on 28th April, 2012. lt is their Constitutional right to Assemble Peacefully which is guaranteed in our Federal Constitution by Article 10(1Xb) which provided "all citizens have the riqht to assemble peacefullv and without arms". Bersih's demands for clean and fair elections should be supported by all including their call for electoral reform which is also in accord with Universal religious values. All religions demand fairplay All religions support amongst others, principles of Justice, fairplay, transparency and that no undue advantage is enjoyed by any party to the exclusion of the other. |
PRU 2008: BN capai majoriti mudah dengan 19% undi Posted: 25 Apr 2012 01:55 AM PDT "Anda bukan ditakdirkan miskin, tetapi anda direka untuk menjadi miskin oleh sistem ini." Kata-kata ini dipetik oleh pengasas Tindak Malaysia, PY Wong ketika mendedahkan bahawa Barisan Nasional hanya memerlukan 19% daripada jumlah undi untuk memenangi kerusi Dewan Rakyat dengan majoriti mudah dalam PRU 12 pada tahun 2008. Demikianlah masalah "Malapportionment" (kegagalan pengagihan), yang ditemui dalam kajian Ng Chak Ngoon. BN hanya memerlukan 19% daripada jumlah undi untuk memenangi 50.4% kerusi pertama dalam PRU 12, dan 19% ini tertumpu di kawasan kampung. Read More / Baca Lagi >> |
Nurul Izzah pertahan kerusi Lembah Pantai Posted: 25 Apr 2012 01:54 AM PDT Wakil rakyat penggal pertama ini menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputuan muktamad tentang kerusi yang harus ditandinginya. Nurul Izzah berkata, beliau bertanding di Lembah Pantai empat tahun lalu atas keputusan parti, dan dengan itu, "akan akur kepada sebarang keputusan parti" kali ini. |
Jangan sampai SPR digelar 'Sorok Pengundi Ragu' Posted: 25 Apr 2012 01:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menyokong penubuhan suruhanjaya diraja bagi menangani isu pengundi ragu atau hanya akan digelar sebagai "Sorok Pengundi Ragu". Menurutnya, jika SPR benar-benar jujur terhadap isu kewujudan lebih 40,000 pengundi ragu, mereka seharusnya turut sama mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara itu. "SPR sepatutnya merebut kesempatan untuk membuktikan bahawa daftar pemilih yang ada kini dan segala tindak tanduknya adalah bersih dari sebarang penyelewengan dengan menyatakan persetujuan dan kesediaannya menghadapi suruhanjaya diraja itu. Read More / Baca Lagi >> |
BERSIH 3.0: MP, Adun PR Perlu Kenal Pasti Pengundi Posted: 25 Apr 2012 01:45 AM PDT PETALING JAYA, 25 APRIL: Semua Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor digesa supaya bekerja dengan lebih keras bagi memastikan daftar pemilih di kawasan masing-masing berada di tahap terbaik sebelum Pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) berlangsung bila-bila masa dari sekarang. Ini di sebabkan terdapat banyak kes daftar pemilih bertindih dan meragukan berlaku hampir di seluruh negara terutamanya di negeri-negri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti di Selangor. Gesaan ini disuarakan oleh Penganalisis Politik, Dr Ong Kian Ming yang melihat hanya pembersihan daftar pemilih yang telus mampu mengukuhkan cengkaman gabungan Pakatan di negeri ini. Read More / Baca Lagi >> |
4 aktivis Dataran dakwa ''dikasari" DBKL Posted: 25 Apr 2012 01:44 AM PDT Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa telah mengkasari empat individu, termasuk dua orang pelajar, yang ditahan semasa DBKL menyerbu perkhemahan mereka di Dataran Merdeka petang semalam, demikian menurut laporan polis. Dalam laporan polisnya, Ekhsan Bukharee Badarulhisham, 20, mendakwa sekurang-kurangnya lima anggota DBKL mengkasarinya dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Ekhsan mendakwa dia cuba meleraikan satu pergelutan, tetapi ditarik oleh lima atau enam anggota DBKL, diheret ke jalan raya dengan kasar, dan dicampak ke atas jalan. Read More / Baca Lagi >> |
BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah Posted: 25 Apr 2012 01:41 AM PDT PETALING JAYA, 25 APRIl: Kegagalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mahupun wakilnya untuk hadir sebagai panelis dalam Forum BERSIH 3.0 anjuran Tindak Malaysia nyata mengecewakan pelbagai pihak. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0, Dr Wong Chin Huat berkata pihak SPR sepatutnya hadir bagi membuktikan keyakinan kepada orang ramai terhadap mereka memandangkan sebelum ini banyak pendedahan keraguan di dalam sistem pilihanraya di negara ini. "Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Tan Sri Abdul Aziz percaya apa yang dilakukan itu sah seharusnya di datang ke sini," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
PTPTN : Aktivis Mahasiswa Bertahan, Dikunjungi Wanita Misteri Posted: 25 Apr 2012 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 APR: Aktivis Mahasiswa yang mahukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan masih bertahan di Dataran Merdeka untuk hari yang ke 12 hari ini meskipun berada dalam keadaan terpaksa berpanas dan berhujan. Dalam tinjauan TVS pagi ini, mendapati kanopi yang sebelumnya didirikan bagi tujuan Konsert Diraja Sabtu lalu telah dijadikan tempat berteduh mahasiswa terbabit juga telah diturunkan oleh kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tindakan tersebut menyebabkan kumpulan mahasiswa terbabit memindahkan barang-barang mereka kira-kira 15 meter dari kanopi yang dibuka dan menggunakan sekaki payung yang lazimnya digunakan oleh peniaga bagi mengelakkan panas dan hujan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan