MIMPI SENJA |
- Khalid Samad - Ahli Parlimen Shah Alam - didakwa di Mahkamah Rendah Syariah
- Filem Altantuya, Scorpene akan siap dengan kerjasama Najib - Mat Sabu
- ARTIS : Akma AF3 segerakan pernikahan
- Isu Shafie - Zahida : YB Zuraida terima surat peguam dari Zahida
Khalid Samad - Ahli Parlimen Shah Alam - didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Posted: 25 Apr 2012 09:17 PM PDT KLANG - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini berhubung kesalahan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah surau Taman Seri Sementa, Kapar dekat sini, 16 Ogos lalu. Bagaimanapun, Khalid mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu, yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Norafizi Fitri Ab Manaf. Mahkamah juga membebaskan Khalid dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. - Sinar |
Filem Altantuya, Scorpene akan siap dengan kerjasama Najib - Mat Sabu Posted: 25 Apr 2012 07:41 PM PDT KUALA LUMPUR- "Filem Altantuya" akan turut siap jika "kerjasama" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya "filem Scorpene", kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu "kerjasama" yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut. "Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan 'filem Scorpene'," katanya. Jika sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan "filem Scorpene" disiapkan, Mohamad yakin "filem Altantuya" juga akan turut disiapkan sekaligus. "Saya pernah kata, kalau mahu 'filem Altantuya' yang tiada kesudahan itu disiapkan, pastikan Pakatan Rakyat (PR) menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang. "Nampaknya mungkin filem itu akan siap lebih awal lagi dengan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh Najib dan kerajaan terhadap perbicaraan di mahkamah Perancis yang akan membicarakan kes bayaran komisen tidak sah dalam penjualan kapal selam itu. "Jika PR dipilih menjadi kerajaan, saya percaya Najib akan menerima anugerah kerana kehebatan filem Altantuya itu," kata beliau. Sebelum ini, banyak media luar negara yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan urusniaga kapal selam Scorpene. Najib sebelum ini enggan menjawab soalan wartawan mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis itu dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pula berkeras tidak mahu hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan itu. "Sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan rakyat sudah mula mempersoalkan apa yang mereka takut sangat sehingga seolah-olah lari lintang pukang dari kes yang dibicarakan itu," kata Mohamad. Beliau yakin, jika tidak ada sebarang perkara yang ditakuti, sudah tentu "berdegar-degar" Najib menjawab panjang lebar soalan wartawan mengenai perkara itu seperti yang biasa dilakukannya dan menteri penggantinya di Kementerian Pertahanan pula tidaklah terlalu ketara mahu melarikan diri perbicaraan di mahkamah Perancis itu. "Orang Melayu kata berani kerana benar, takut kerana salah," kata Mohamad. Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa, siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia antara lain melibatkan transaksi dengan syarikat berpangkalan di Hong Kong, iaituTerasasi (Hong Kong) Ltd. Antara pegawai penting syarikat tersebut ialah Abdul Razak Baginda, yang dilihat sebagai orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Laporan itu juga mendakwa, siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) itu disalurkan melalui Terasasi kepada Najib, yang menjadi Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri ketika dua kapal selam Scorpene itu dibeli daripada Thales International atau Thint Asia. -Harakahdaily |
ARTIS : Akma AF3 segerakan pernikahan Posted: 25 Apr 2012 07:21 AM PDT PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Akma berkata langkah untuk menyegerakan pernikahannya yang dijadualkan pada hujung Jun depan bukan kerana serik akibat pernah putus tunang. Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27, berkata keputusan itu dibuat kerana segala perancangan dan persiapan ke arah itu dilihat dengan berjalan lancar. "Saya mahu menyegerakan majlis pernikahan pada hujung Jun depan bukan sebab saya berasa serik apabila perancangan untuk bertunang sebelum ini pernah terbatal. "Secara kebetulan, perjalanan majlis merisik pada Mac lalu berjalan dengan baik sekali sehingga kami memutuskan untuk bertunang pada 6 Mei ini dan bernikah pula pada hujung Jun depan," katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Rabu. Akma mengenali lelaki bernama Farih kira-kira lima tahun lalu. Hubungan mereka mula rapat sejak lelaki itu pulang dari Melbourne, Australia selepas menamatkan pengajian di negara tersebut kira-kira setahun yang lalu. Berkongsi mengenai bakal tunangnya yang bekerja sebagai eksekutif di Petronas itu Akma berkata, faktor usia yang hanya berbeza setahun tidak menjadi masalah buatnya kerana kematangan dan sikap bertanggungjawab lelaki itu. "Walaupun jarak usia kami hanya berselang setahun, saya dapati dia (Farih) seorang yang matang melebihi umurnya. Sifatnya yang rapat dengan keluarga memberikan keyakinan untuk saya memilih dia sebagai calon suami. "Menariknya, dia juga seorang yang kelakar dan bijak mengambil hati keluarga saya," katanya yang mendapat tajaan ketiga-tiga majlis itu daripada Butik Chantik. Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Akma kini mengajar kursus vokal di One Music Academy Malaysia di Subang sejak tiga bulan lalu. "Saya mengajar secara separuh masa kerana memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pensyarah vokal. Naluri saya memang suka mengajar. "Pendapatan saya mengajar ini dapat menambahkan lagi sumber kewangan saya," katanya yang kini terlibat dalam Karnival Mesra Belia Satu Felda Satu Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada setiap hujung minggu. -mStar |
Isu Shafie - Zahida : YB Zuraida terima surat peguam dari Zahida Posted: 25 Apr 2012 04:21 AM PDT Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno. Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan. "Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya. "Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang. Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini. Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada. "Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan. "Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini. - Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
7You might agree that these are all pretty simple and that's what's so good about them If you are given an example for a specific tactic you'll be surprised at the ideas that will coming out at youThe last half of this verse tells you that this man will be allowed to take peace from the entire earth - not just from a few countries
Here are some thoughts for finding and experiencing joy in your life For an added bonus, turn the phone off!Spend some quality one-on-one time Just hang out together If you act on the above ten guidelines on a consistent basis, you should have a thriving practice within a few years If all you do is apply rules, you may be able to get through e-mail in half the time it took before
Julio Jones Youth Jersey
Charles Tillman Authentic Jersey
After years of high heels and business clothes, she is currently enjoying working from home in her pajamas One of the most important aspects is reflected in the degrees of a circle or mapping system that Bradley said academics have 'no apparent reason' for the fact of its existence First, try the squirt bottle method Understand how to take your outline deal and put it into a final enforceable contract
Cheap Nike NFL Jerseys
Catat Ulasan