Khamis, 19 April 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Umno - Parti yang busuk sampai ke usus

Posted: 19 Apr 2012 09:13 PM PDT

Sakmongkol

20 APRIL — Kadang-kadang saya rasa jurublog yang menyokong Umno ini terdiri dari orang tongong. Mungkin itu sebabnya, Dr Mahathir kata yang tinggal dalam Umno orang bingung dan half-past six. Adakah munasabah jika saya hendak menentang Umno dan BN, saya tidak di beri bercakap mengenai Datuk Najib dan Dr Mahathir atau mana mana pimpinan Umno? Bukankah mereka ini semua manusia, kalau kentot pun, busuk juga?

Ini macam mengajak saya bergocoh tapi nak ikat tangan saya di belakang. Bolehlah kamu belasah orang yang tangan diikat di belakang. Geng dan gerombolan Umno ini apa yang tidak mereka kata kepada Nik Aziz, Haji Hadi, Guan Eng, Kit Siang dan Anwar Ibrahim? Saya rasa istilah dalam kamus perkataan jijik dan kotor pun sudah tidak ada. Kita kena buat kamus special untuk pendukong Umno.


Kalau nak ikut membontot orang, Dato Najiblah yang berada di depan sekali — bukankah dia jadi naib ketua Umno Malaysia dahulu dengan membontot di belakang Anwar?

Kita ini semua nak berlawan berhujjah. Menyampaikan buah fikiran dan pandangan kepada pembaca dan pengundi. Biarlah mereka yang melakukan pengadilan. Pendukong Umno dan penyokong Umno tulislah sepuas hati dalam blog mereka sendiri. Tentu mereka ada pembaca setia dan audiens. Tidak perlu bersusah payah membaca Sakmongkol. Mereka mengunjung juga ke blog Sakmongkol sebab mereka tahu, kalau pandangan mereka saya siarkan, mereka mendapat respectability. Dalam blog geng2 mereka, siapa nak membaca nya? Penuh dengan caci nista, maki wa hamun dan pandangan-pandangan yang dangkal. Kalau apa yang kita kemukakan kepada pembaca dan pengundi tidak betul, mereka akan menolak kita.

Kalau kita faham rukun berbeza pendapat, semua orang akan puas hati. Bila Umno kalah dalam PRU nanti mereka akan puas hati dan di kalangan Pakatan Rakyat yang menang, kita akan puas hati jugak.

Yang orang Umno takut sangat desakan kita mahukan daftar pengundi disemak dan di bersihkan kenapa? Bukankah kita mengkhianati negara jika kita beri Mykad segera kepada Mat Myanmar, Mat Nepal, Mat Bangla, Indon dan lain-lain PATI?

Sebab itu saya kata, apa perlunya kita membesarkan anggota RELA? Nak jaga keselamatan siapa? Semua PATI kita terima dengan tangan terbuka. Kita sambut dengan nyanyian dan tabur bunga rampai. Kita kata lagi selamat datang, ahlan wa sahlan. Sebab bila Sabah dan Sarawak tidak lagi jadi simpanan tetap, gerombolan Umno menjadikan FELDA dan PATI sebagai simpanan tetap. Umno hanya menang dengan cara menipu.

PM kata nak jadikan Malaysia demokrasi terbaik. Maka jangan sekat semua parti politik di beri masa udara untuk menyampaikan pandangan. BN ada semua alat sibaran am — TV dan radio dan entah apa lagi — mana mungkin tidak terdaya berlawan hujjah dengan pihak pembangkang?

Kita guna dakwat kekal untuk mengelak penipuan. Kalau tak, ada orang boleh undi 4-5 kali. Dan kita mantapkan kaedah undi pos. ini tuntutan yang valid dan sahih. Yang Umno berlagak macam parti yang reaksioner tidak mahu mengujudkan rukun demokrasi yang baik, kenapa?

Jadi Datuk Najib jangan ek lah nak bercakap mengenai demokrasi terbaik dalam dunia dan bongkak pula menyatakan pemansuhan ISA sebagai pengorbanan kepada rakyat. Bukankah kita ada institusi perundangan dan penghakiman dan kepolisian? Atau mungkinkah PM dari Umno ni pun turut sangsi tentang integrity institusi yang di ujudkan oleh kerajaan nya?

Saya hendak semua orang faham bahawa semua jawatan dan kedudukan politik bersifat TOL. PM duduk di Putrajaya atas aturan TOL. Lesen Pendudukan Sementara bukan hak milik kekal. Semua nya bergantung keatas sokongan rakyat dan rakyat berhak menilai semual setiap 5 tahun.

Pihak keselamatan mesti menjaga keselamatan rakyat bukan keselamatan Umno. Jika identity penyerang penuntut di kenali tangkap mereka dan dedahkan siapa mereka. Baru kita tahu siapa yang mendalangi serangan tersebut. Dimanakah pihak polis ketika samseng-samseng mengasari pelajar yang bermukim di Dataran Merdeka? Pelajar bermukim untuk menuntut pemansuhan PTPTN bukan nak buat bonfire. Ini kerja matlaon Umno dan agent provocateurs lain.

Apalah sangat pemansuhan PTPTN di bandingkan dengan kemaafan yang di berikan kepada Tajudin Ramli? Apalah sangat jumlah pembiayaan PTPTN di bandingkan dengan sabsidi yang di beri kepada syarikat pengendalian TOL, IPP dan sebagainya? Jika kita menyuruh pelajar-pelajar memulangkan balik pinjaman PTPTN, maka kita mesti juga menyuruh Mirzan Mahathir memulangkan kembali 1.8 billion duit Petronas yang di pakainya untuk menyelamatkan syarikat perkapalannya suatu ketika dahulu. Petronas bukannya lender of last resort dan harta peribadi keluarga Dr Mahathir.

Saya hendak ibu bapa, saudara mara dan sahabat handai pelajar-pelajar yang di kasari dan di pukul, ingat baik baik kezaliman ini. terjemahkan kemarahan anda semua dengan mengundi Umno dan BN keluar dari tampuk kuasa. Mengundi mereka bererti memberi lesen kepada mereka untuk membuli anak-anak kita. Budak-budak yang kena pukul ini tidak ada ibu-bapakah untuk di perlakukan sedemikian rupa?

Artikel saya sebelum ini menulis mengenai tebiat Dr Mahathir. Dialah orang yang paling takut jika Umno dan BN kalah. Bila Umno kalah kita akan bongkar segala onar dan mungkar yang di lakukan oleh Umno dan BN sejak 1981. TOL jalan raya, pelabuhan, IPP — semua wajib di bongkar supaya rakyat tahu.

Dan instincts saya mengidentifikasikan Dr Mahathir ternyata tepat. Sekarang ini dia sibuk berkempen online menggesa pengundi memilih Umno dan BN. Untuk apa Dr? Untuk memberi lesen kepada Umno terus merompak dan melanun rakyat Malaysia dan memperkudakan orang Melayu? Kita heran kenapa Dr Mahathir mahu mempertahankan parti yang rotten to the core dan parti yang mengetuai kerajaan yang korap dari yang paling tinggi hingga ke pemimpin peringkat cawangan? Kenapa kita mahu beri mandate kepada Umno dan BN?

Jika tidak kerana manipulasi persempadanan kawasan parlimen, Umno dan BN telah lama berkubur. Sekarang dalam saat hendak lemas dan nazak, Umno menggunakan segala kumpulan reaksioner untuk membuli rakyat. Maka benarlah seperti yang di nyatakan oleh Pendita Zaaba.

Rakyat Malaysia dan bangsa Melayu…mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah-pemerintah yang pada zaman dahulu itu, iaitu pemerintah-pemerintah dari bangsa mereka sendiri… — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SPR SIBUK PASAL BENDERA BUAT APA ? BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH ITU DAHULU

Posted: 19 Apr 2012 09:11 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

DISAAT rakyat kecuh membincangkan soal Daftar Pemilih yang kotor, curang dan menjijikkan, SPR lebih suka bercakap pasal bendera parti.  Lebih memalukan, apabila bendera parti Umno/Bn dikibarkan di Stesyen Komuter sekitar Selangor, SPR mengulas dengan panjang lebar betapa SPR sekali lagi `tiada kuasa'.  Almaklumlah, yang berkibar itu bendera Umno/Bn maka tiadalah kuasa SPR.   

Pengerusi SPR menyatakan, " Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemasangan bendera BN di stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dibantah oleh PAS dan kumpulan NGO."  (Malaysiakini).  Kuasa yang ada pada SPR adalah memindahkan pengundi ke satu-satu kawasan sesuka hati walaupun tanpa persetujuan dan pengetahuan pengundi itu sendiri.  Kuasa SPR juga adalah menerima dan merekodkan nama pengundi yang pelik-pelik seperti nama "Balai Polis Kerinci", "Kampong Baru" bahkan nama yang tidak ada bin pun SPR punyai kuasa mengekalkannya.  SPR juga ada kuasa mengekalkan satu alamat dengan ratusan pengundi berbilang kaum.  Yang itu, SPR ada kuasa.

Mengapa teruk sangat Sistem Pilihanraya di negara kita?  Jawapannya mudah, ianya adalah kerana kita memiliki pegawai SPR yang teruk juga.  SPR nampaknya begitu teruja untuk melihat negara ini terus dipimpin oleh pemimpin yang pejam ata dengan isu lembu kondo (NFC), isu PKFZ, isu komisyen kapal selam, isu rasuah, penyelewengan balak dan banyak lagi yang mana rakyat sudah naik meluat dengan Umno/Bn sekarang ini.  Namun, SPR tidak merasa apa-apa. 

Justeru itu, jawapannya adalah BERSIH 3.0.  Kita tiada pilihan kerana negara kita masih gagal memiliki pegawai SPR yang jujur, telus dan amanah./wfauzdin.blogspot.com

AWAS !! PENYAKIT LEMBU GILA MEREBAK KE DATARAN MERDEKA

Posted: 19 Apr 2012 12:16 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS



APABILA terbaca laporan sekumpulan `lembu gila' mengamuk di Dataran Merdeka semalam, lega rasanya hati kerana peristiwa tersebut ada hikmahnya.  Jika BERSIH 2.0 dulu, amaran dan ugutan dari pihak berkuasa, ugutan dan ancaman dari geng-geng silat pulut serta PERKOSA menjadikan kita bertambah semangat untuk hadir berhimpun, kali ini dek kerana perbuatan lembu gila semalam kita semakin nekad untuk hadir pada 28 April ini nanti.  Baca di SINI.

Biarlah orang kata pertempuran sekarang adalah Melayu dengan Melayu, tetapi hakikatnya tidak.  Pertempuran hari ini adalah di antara manusia berotak lembu kondo dengan manusia yang mahu bebaskan Mahasiswa dari bebanan hutang serta mahu melihat Pilihanraya di negara ini BERSIH.  Puak-puak lembu sememangnya kita tahu teramat bodoh, mereka akan lakukan apa saja asalkan dapat upah makan rumput kering dari bapak lembu sedangkan bapak lembu dengan bini dan keluarga mereka akan makan garam di dalam kondo.

Tahniah kepada Unit Amal PAS yang sanggup menjaga para Mahasiswa di Dataran Merdeka.  Mungkin akan lebih ramai ke Dataran Merdeka untuk menanti kehadiran lembu-lembu gila ini menjelang hari kemuncak pada 28 April ini.  Kita mahu lihat setakat mana lembu-lembu gila ini boleh meragut rumput di Dataran Merdeka.  

Inilah hasilnya apabila mereka menyanjung pemimpin mereka yang korup dan penakut serta dayus.  Pemimpin mereka bacul untuk berdebat dengan fakta, pemimpin mereka dayus dengan bini dan pemimpin mereka diselaputi dengan amalan rasuah.  Maka, tidak hairanlah mereka lahirkan lembu-lembu gila yang boleh mereka cucuk hidungnya.  Di saat lembu-lembu gila ini sibuk meragut rumput kering yang diberi oleh bapak lembu, tanpa mereka sedari di kalangan bapak-bapak lembu ini berpoya-poya dengan artis sehingga menghabiskan wang ratusan ribu ringgit.  Mereka menjadi bodoh sebodoh-bodohnya apabila tidak menyedari seekor lembu betina bersama keluarganya menghabiskan wang RM250 juta untuk membeli `kandang' lembu moden.  

Kita bertemu pada 28hb ini nanti kerana kita mahu melihat rupa manusia berpewatakan lembu gila upahan ini di Dataran Merdeka nanti./wfauzdin.blogspot.com

~penarik beca

~penarik beca


Adakah bukan Umno yang serang pelajar Melayu yang minta dihapus PTPTN?

Posted: 18 Apr 2012 09:28 PM PDT

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Kuasa bukannya hak milik kekal, ia hanya pinjaman

Posted: 19 Apr 2012 06:45 PM PDT

Anwar bertemu Mahasiswa di Dataran Merdeka (Video Inside)

Posted: 19 Apr 2012 06:27 PM PDT

Pemuda Pas mahu Malik letak jawatan YDP MAINPP

Posted: 19 Apr 2012 06:18 PM PDT

SPR: Kempen Pilihan Raya 10 hari saja cukup

Posted: 19 Apr 2012 06:12 PM PDT

Tiada penambahbaikan, PRU 13 paling kotor

Posted: 19 Apr 2012 05:15 AM PDT

Budaya samseng seolah-olah direstui pemerintah

Posted: 19 Apr 2012 05:07 AM PDT

Menteri pulangkan duit rakyat dan kami akan pulangkan duit PTPTN

Posted: 19 Apr 2012 04:54 AM PDT

Samseng Umno Dicabar Bertanggungjawab Serang Mahasiswa

Posted: 19 Apr 2012 04:47 AM PDT

P.Pinang Naikkan Pembelian Hartanah Asing

Posted: 19 Apr 2012 04:37 AM PDT

Serang Siswa: polis tahan seorang lelaki

Posted: 19 Apr 2012 04:23 AM PDT

Penipuan daftar pemilih demi Melayu?

Posted: 18 Apr 2012 11:02 PM PDT

Siswa yang diserang jangan minta simpati kata Khaled Nordin

Posted: 18 Apr 2012 10:40 PM PDT

Unit Amal turun ke Dataran Merdeka kawal siswa hingga 28 April

Posted: 18 Apr 2012 10:23 PM PDT

Mahasiswa Dataran Merdeka di serang samseng (video inside)

Posted: 18 Apr 2012 09:58 PM PDT

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TERKINI TERNOW - TANGKAPAN PERTAMA BERSIH

Posted: 19 Apr 2012 06:52 PM PDT



TANGKAPAN DI PULAU PINANG



seorang aktivis tan hong kai
yang ditangkap awal pagi pagi
sedang dipindahkan dari balai polis nibong tebal

awal tadi di balai polis nibong tebal
dia telah di ambil kenyataan bertulis
oleh pegawai polis benama yusmar

kini tan hong kai telah dipindahkan
kini dia dalam perjalanan
ke balai polis jalan patani

warga utara bersedia!




First BERSIH 3.0 Activist ARRESTED!

Dear all,

Tan Hong Kai, our first victim of BERSIH 3.0 was arrested for allegedly trespassing while putting up Bersih posters in USM.

1. Please protest and demand for the immediate release of Hong Kai by calling the Interrogating Office Yusmar @ 013 4260831 to demand for the release of Hong Kai.

2. Please protest to USM against the arrest of Hong Kai and demand that USM seeks for his release:
Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my


PECAH BERITA - TANGKAPAN PERTAMA BERSIH - TUKAR TIUB PEMECAH BERITA

Posted: 19 Apr 2012 06:21 PM PDT




TANGKAPAN PERTAMA BERSIH DI PULAU PINANG

seorang aktivis muda tan hong kai
telah ditangkap dan dibawa ke balai polis
sungai nibong ( 04-64-30-222)
pada pukul 4.15 pagi ini
kerana menampal poster DUDUK BANTAH BERSIH

aktivis ini sedang menampal poster
di kawasan universiti pulau pinang

pencinta demokrasi dari utara
sila hubungi sesama sendiri
untuk langkah seterusnya




KHAIRY JAMALUDDIN KUTUK SENATOR EZAM MAT NOR

Posted: 19 Apr 2012 12:06 PM PDT






YANG MANA SATU SAMSENG?




PEMUDA UMNO KUTUK SERANGAN KE ATAS MAHASISWA


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau andaian tidak berasas dengan mengaitkan UMNO berhubung serangan ke atas mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka di sini awal pagi tadi.

Katanya, Pemuda UMNO mengutuk serangan itu walaupun tidak bersetuju dengan tindakan mahasiswa berkenaan menyertai Perhimpunan Menyokong Pemansuhan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN).

"Kita harap pihak polis adakan siasatan secara menyeluruh supaya pihak tidak bertanggungjawab ini (penyerang) dibawa ke muka pengadilan dan UMNO tidak terus menjadi mangsa tuduhan sesetengah pihak," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi tadi, sekumpulan 30 individu tidak dikenali bertindak menyerang kumpulan mahasiswa terbabit yang berkhemah di Dataran Merdeka.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... JELAS KELIHATAN KJ SUDAH TIBAI EZAM... kah kah akh..

kah kah kah.... INI KERANA BERITA SUDAH TERSEBAR EZAM AKAN LAWAN KJ.... kah kah kah...

kah kah akh... SENATAK MAT EZAM ADA PASANG NIAT NAK JADI KETUA PEMUDA GEROMBOLAN...kah kah kah...

kah kah kah... MAT EZAM SUDAH RANCANG NAK JADI MB SELANGOR.... kah kah kah..

kah kah kah...TU PASAL KJ TIBAI.... kah kah kah..

kah kah kah...SAMSENG YANG SERANG DATARAN ADALAH GENG MAT EZAM.... kah kah kah..

woit...BIJAK KHAIRY JAMALUDDIN MASUK LUBANG.... kah kah kah


INI ANGKA KITA DI DATARAN MERDEKA



NOTA:
bila 500 ribu kita di dataran
samseng mana pun akan takut
sekarang ini pun mat mongol
sudah mula mengeram takut
tak heboh macam dulu kah kah kah


SEJARAH PERJUANGAN MEDIA - RADIO BANGSAR UITAMA DI LANCAR

Posted: 19 Apr 2012 02:30 AM PDT





RABU : SEJARAH PERJUANGAN MEDIA


tanpa heboh heboh
tanpa potong riben
tanpa bunga manggar

kelamrin jam 9.30 malam,
18/4/2012
sepuluh hari sebelum bersih
radio bangsar utama telah dilancarkan
dari datarn merdeka
di sebelah khemah anak anak muda
yang sedang berjuang menuntut penghapuskan huitan ptptn

setiap malam dari jam 9.00 - 10.00
radio bangsar utama atau RABU
akan dapat di dengar di intet
alamat radio ini:

radiobangsarutama.blogspot.com

warga
pendengar dan penyokong demokrasi
sila beri sokongan

sesiapa sahaja
dari mana sahaja
anak semua bangsa
yang ada program melawan
dan ingin di iklankan
sila hubungi RABU di:

radiobangsarutama@gmail.com

MALAM INI DI RABU
malam ini jam 9.00
rabu akan berkumandang lagi
malam ini temu bual dengan anak muda
untuk mendengar kesah serangan ke atas mereka

sila layari


GAMBAR GAMBAR PELANCARAN RABU












LIHAT KLIP SERANGAN SAMSENG GEROMBOLAN INIITU DI SINI

Posted: 19 Apr 2012 02:23 AM PDT



NOTA


sabentar tadi lip kena serang dihilangkan
ini muncuol kembali
lihat samseng gerombolan


ANAKL MUDEA DI SERANG DI DATARN MERDEKA




8 UNDANG UNTUK MENIPU PILIHANRAYA DI LULUS DALAM SEHARI

Posted: 19 Apr 2012 12:20 AM PDT




MALAM INI JAM 9 MALAM


malam ini jam 9.00
dari studio RABU - radio bangsar utama
akan ditemu bual:

- presiden MALAYSIA BANGKIT - Sdr Syahid Mohd Zaini
- presiden kumpulan aktivis mahasiswa independent - Sdr Hazik Abdullah

mereka kan menceritakan apa yang telah berlaku
di datarn merdeka malam kelmarin

jangan lupa mendengar amalm ini:

www.radiobangsarutama.blogspot.com





http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/





KOMENTAR TUKAR TIUB

ahli parlimern adalah pembuat dasar dan undang-undang
undang undang ini untuk kita semua

gerombolan united malays national organisation
telah meluluskan 8 undang-undang dalam sehari

kenapa?

semua untuk menipu di pilihanraya

CONTOH:


1 - hapuskan hak untuk parti politik membuat semakan nama
2 - hapuskan hak pengundi untuk di semak nama oleh parti merekak
3 - hapuskan pondok panas
4 - spr mumpunyai hak untuk tetapkan siapa boleh jadi paca
5 - spr mempunyai hak untuk menetapkan masa/jam berapa mula paca buat kerja

semua ini berniat busuk
semua ini untuk memastikan gerombolan menang

bila tidak ada pondok panas
maka tidak dapat dilihat muka
mat indon dan mat bangla yang datang mengundi
tak ada kawalan untuk pengudi hantu spr yang mengundi awal
tapi tak pakai dakwat
mereka akan datang berkali kali
dibeberapa tempat mengundi

tanpa pondok panas hantu pelbagai rupa datang
mengundi berkali kali


spr tetapkan masa UNTUK
adacara untuk halang paca pakatan

semua cara menipu ini diluluskan oleh parlimen
kerana itu undang undang ini dengan cepat diluluskan

maka persoalan timbul:

mengapa tak luluskan udang-undang kempen 21 hari?

undang undang berniat jahat lulus
undang undang berniat baik tak dicadangkan
inilah kerja gerombolan
kerana itu sabtu 28 april 500 ribu wajib turun
ke dataran merdeka
ini amaran kita


kita tak mahu di tipu lagi!

INI ANGKA KITA KE DATARAN MERDEKA



LAPAN UNDANG UNDANG DI LULUS DALAM SEHARI - minsider

PAKATAN SLAMS BN FOR RUSHING 8 LAWS IN ONE DAY

KUALA LUMPUR, April 19 — Federal opposition lawmakers are fuming with the ruling Barisan Nasional (BN) government over its plan to "bulldoze" through a whopping eight Bills in Parliament by tonight.

The angry parliamentarians pointed out to The Malaysian Insider via mobile text messages from the House this morning that these Bills include crucial amendments to laws involving the elections process, student participation in politics and media freedom.

"I lost count! We are appalled. This bulldozing is atrocious to say the least, it proves that our Parliament is nothing more than a mere rubber stamp," PKR vice-president Nurul Izzah Anwar wrote in her message to The Malaysian Insider.





ARAHAN TERBARU DARI PARTI AS

Posted: 18 Apr 2012 11:22 PM PDT




www.radiobangsarutama@blogspot.com









NOTA:


semua tiket bas dari teranganu ke kuala lumpur habis
semua tiket bas dari kota bahru ke kuala lumpur habis

tiket keretapi dari selatan - jaybee ke kuala lumpur habis

justeru,

warga yang ingin datang ke dataran merdeka
sila datang dengan kereta persendirian
datang lebih awal untuk mengelak kesesakan
datang seawal mungkin


sila ikuti tukar tiub
sila ikuti : RABU - radio bangsar utama
untuk laporan jelas tentang bersih

www.radiobangsarutama@blogspot.com






PAS ARAH SEMUA KE BERSIH 3.0
- harakah daily

KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing.

Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil.

Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil.

Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan.

Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak.


INI ANGKA YANG WAJIB TURUN

TERNOW ! TER KINI - TER BARU

Posted: 18 Apr 2012 09:35 PM PDT




SAMSENG MENYERANG PAGI INI





30 UNIT AMAL AKAN MULA BERKAWAL DI DATARAN MERDEKA


Bermula malam ini, seramai 30 orang daripada Unit Amal PAS akan mula berkawal di Dataran Merdeka bagi memastikan keselamatan pelajar yang di situ sejak Sabtu bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, jumlah itu akan ditambah sekiranya keadaan keselamatan masih tidak dapat dikawal.

"Saya datang pagi ini untuk dapatkan maklumat daripada mereka. Dan kita akan minta Unit Amal untuk jaga keselamatan di sini supaya tak ada gangguan macam semalam.

"Saya sangat dukacita dengan kejadian pagi tadi. Melihat kejadian macam ni, saya boleh katakan yang negara kita yang demokrasi kini dah tak selamat ," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Beliau turut menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar awal pagi tadi.



TERNOW - TER KINI - SERANG SAMSENG DI DATARAN MERDEKA

Posted: 18 Apr 2012 07:51 PM PDT





SAMSENG MENYERANG JAM 2 PAGI DATARAN MERDEKA







TUKAT TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS

Posted: 18 Apr 2012 07:17 PM PDT



3 BUAH KHEMAH TERUS BERTAHAN

berita terkini
lebih dari 30 orang
anak muda dan mahasiswa
masih bertahan walau pun telah diserang


tiga khemah masih terpasang
suasana am,an dan tenang


PENGUMUMAN
anak muda akan mengadakan didang akhbar
pada jam 11.00 pagi

PERMINTAAN
anak anak muda
meminta oarang ramai datang
meminta anak anak muda datang
meminta orang yang baik hati
menderma khemah lagi


TUNTUTAN ANAK MUDA




KENYATAAN SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA


Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.

Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.

Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.

Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.

Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.

SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.

Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yangs emakin hilang rasional mereka.

SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama , Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.

Terima kaseh.

GoMalaysian

GoMalaysian


Dua Indiktor Untuk Pembubaran Palimen

Posted: 19 Apr 2012 06:50 PM PDT

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu percakapan dengan saya, beliau yakin parlimen akan dibubarkan tidak selepas Jun. Alasan Tengku Razaleigh waktu terbaik ialah pada sebelum Jun sebab kalau selepas Jun Umno bermasalah. Masalah besar Umno menurutnya kerana Umno sudah ketiadaan wang...

Dua Indiktor Untuk Pembubaran Palimen

www.msomelayu.blogspot.com

Saya masih belum membuat ramalan berhubung bila parlimen bakal dibubarkan dan bila pula tarikh pilihan raya umum ke-13 akan dilaksanakan.

Sebelum ini sudah ada berbagai-bagai pihak membuat ramalan mengenai pilihan raya. Tarikh atau ketika popular ialah Mac. Ternyata Mac sudah pun berlalu pergi. Kini tarikh baru diberikan iaitu pada Jun. Apakah alasan Jun ini?

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu percakapan dengan saya, beliau yakin parlimen akan dibubarkan tidak selepas Jun. Alasan Tengku Razaleigh waktu terbaik ialah pada sebelum Jun sebab kalau selepas Jun Umno bermasalah. Masalah besar Umno menurutnya kerana Umno sudah ketiadaan wang.

Memang Umno sudah membahagi-bahagikan wang kepada rakyat dalam bentuk-bentuk yang disihirkan untuk tidak dilihat ianya rasuah politik. Tetapi semua pemberian itu termasuk BR1M bukan ikhlas melainkan ia rasuah politik. Kalau pun yang masih belum dibahagikan tetapi sudah dijanji ialah kepada peneroka Felda diramalkan setiap peneroka bakal menerima RM1,000 seorang.

Penjawat awam juga sudah mulai menerima habuan masing-masing. Bonos yang dijanjikan sudah dimaksukkan ke dalam akauan. Ada yang menerima di antara RM500 hingga RM1,000.

Berdasarkan itu Tengku Razalegih mengira Umno sudah kekeringan wang? Soalnya apakah semudah itu Umno akan kehilangan sumber? Untuk mendapat kuasa kemudian dengan kuasa boleh mendapatkan wang membayar balik perbelanjaan pilihan raya atau untuk berbelanja apa-apa saja termasuk membayar artis jutaan ringgit, banyak pelabor yang ingin menanam budi. Umno sebagai parti yang sudah ada banyak konteks kewangan mudah mendapat wang. Pelabor, korporat syarikat GLC dan sebagainya akan melempat duit kepada UBN.

Wang kali ini adalah kekuatan utama Umno. Kalau sebelum ini wang dikombinasi dengan wibawa Umno, tetapi bukan kali ini. Umno sudah tidak ada wibawa kini. Justeru parti itu akan menggunakan wang sebanyak mungkin. Kalau dalam pilihan raya lalu melibatkan perbelajaan ratusan billion kali ini mungkin ribuan billion. Selain wang Umno juga akan menggunakan kekerasan hatta nyawa demi kemenangan. Dalam keadaan terdesak dan perjuangan ini di antara hidup dan mati Umno akan membayar dengan darah.

Itu sebab Umno meletakkan syarat dan matlamatnya untuk bangsa. Najib pernah bersumpah akan mempertahankan Putrajaya hingga ke akhir hayat. Semua kata-kata dan slogan perjuangan itu menunjukkan Umno akan menjadi gila lebih gila dari gila-gila sebelum ini. Penggunaan kekerasan ini sudah pun bermula, beberapa siri menganggu majlis Pakatan Rakyat adalah buktinya. Dari sekecil perkara hingga sampai sebesar perkara dilakukan Umno. Sebelum ini mana ada idea Umno untuk mengibarkan bendera BN di setesen komuter tetapi kali ini dilakukan. Ini menunjukkan keterdesakan parti itu.

Mengenai keganasan yang berlaku di seluruh negara, kecuali Sabah dan Sarawak, ada orang cuba menafikan itu bukan atas arahan Umno. Saya hendak tanya secara logik kalau bukan Umno masakan para samseng bertindak sendiri, jauh sekali arahan beruk dan lotong.

Persoalan sekarang bila Parlimen akan dibubarkan dan bilakah tarikh PRU 13. Ada dua indikator yang saya lihat akan digunakan untuk membubar Parlimen. Indikator ini akan diguna pakai oleh Najib sebab beliau berkuasa dalam soal menentukan parlimen dibubarkan dan bila tarikh pilihan raya umum akan diadakan.

Pertama, ialah himpunan Bersih, Duduk dan Bantah yang akan diadakan pada 28 April ini. Peristiwa ini akan dijadikan penanda aras sejauh mana sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Umno beriya dan bersungguh benar mengagalkan himpunan ini. Sekiranya himpunan ini gagal mengundang lebih 100,000 demostran ia menggembirakan Umno.

Kerana itu Umno cuba tidak memberi publisiti kepada himpunan kali ini agar ia tidak diberikan saqmbutan ghairah. Provokasi seperti himpunan Bersih 2.0 sebelum ini tidak dilakukan. Hari ini mana adalah istilah himpunan Bersih sebagai haram. Mana ada lagi report polis oleh Ngo atau perrtubuhan-pertubuhan sengket. Begitu juga dengan polis tidak diam membisu dan tidak ada sepatah arang pun komen kepada himpunan Bersih.

Ada dua sebab kenapa ini wujud. Pertama kerana UBN (kerajaan) ingin menguji akta himpuan aman yang dilulus baru-baru ini apakah ia berkesan atau tidak. Umno tidak mengancau dan membuat provoikasi agar ia berlangsung dalam keadaan aman. Dengan itu ia akan mengesahkan bahawa akta itu berjaya.

Kedua, kerana pengalaman dialami pada Bersih 2.0 cukup memberi pengajaran. Disebabkan tindakan polis kelihatan nampak tegas dan menguar-uarkan kepada umum himpunan itu haram menyebabkan ia memberi suasana lain. Rakyat bingkas tidak mempedulikan amaran polis. Provokasi polis menyebabkan Bersih 2.0 berjaya.

Tindakan dan tektik polis itu sebagai reverse saikologi. Ia nampak berjaya hari ini bila mana mana mood rakyat kepada Bersih 3.0 kali ini nampak tidak begitu bersungguh. Sehingga ke hari ini suasana Bersih masih belum wujud di mana-mana. Wap Bersih belum memandikan tubuh rakyat. Kelanggoran polis kali ini nampak jelas sekali bila mana t shirt Bersih berwarna kuning boleh dijual di mana-mana tidak seperti dulu peniaga pun dikejar sampai ke dalam reban ayam.

Sekiranya Bersih 3.0 ini hangat dan lebih 100,000 apa lagi mencecah 500,000 seperti mana diharapkan kemungkinan pilihan raya ke 13 akan dilambatkan. Apa lagi kalau perayaan Umno pada 1 hingga 13 Mei lesu dan tidak bermaya kemungkinan ia akan dibawa hingga ke tahun depan.

Indikator kedua yang akan diguna pakai Umno ialah majlis sambutan Umno pada 11 Mei yang akan bermula pada 1 Mei. Umno akan mengadakan bermacam-macam majlis dan prgoram untuk menarik sokongan rakyat. Kemuncak sambutan ini ialah di stadium Bukit Jalil. Umno mensasarkan suku ahlinya (1 juta) hadir pada majlis berkenaan.

Sekiranya angka itu dapat dicapai dan angka di Bersih kurang 100,000 kemungkinan besar parlimen akan dibubarkan pada pertengah Mei dan pilihan raya akan diadakan pada Jun. Tarikh yang disebutkan pembubaran parlimen ialah antara 16 hingga 23 Mei manakala hari mengundi ialah pada 9 atau 18 Jun.

Sama-sama kita tunggu kepada kedua-dua majlis dan himpunan berkenaan. Kedua himpunan itu adalah perang saraf terakhir bagi kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan UBN.

http://www.msomelayu.blogspot.com/2012/04/firasat-terbuka.html

[VIDEO] Ubah - Lagu Tema Pakatan Rakyat (DAP) PRU13

Posted: 19 Apr 2012 05:39 AM PDT

Kerajaan tangguh lagi Rang Undang-Undang GST

Posted: 19 Apr 2012 01:00 AM PDT

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin memohon kepada Speaker untuk menarik balik pembentangan usul tersebut...

Kerajaan tangguh lagi Rang Undang-Undang GST

Free Malaysia Today

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin memohon kepada Speaker untuk menarik balik pembentangan usul tersebut.

Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menangguhkan lagi bacaan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) buat kali ketiga selepas pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat sejak tahun 2009.

Dewan Rakyat pada hari persidangannya yang terakhir ini sepatutnya dijadulkan mendengar pembentangan usul itu untuk bacaan kali kedua, namun Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin memohon kepada Speaker untuk menarik balik pembentangan usul tersebut.

"Saya memohon Dewan Rakyat menarik balik rang undang-undang tersebut daripada senarai aturan mesyuarat hari ini dan ia akan ditangguhkan sehingga tarikh baru yang ditetapkan kemudian," katanya.

Kerajaan merancang melaksanakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan ketika ini dengan mengenakan cukai sebanyak empat peratus pada setiap barangan.

Melalui pelaksanaan GST kerajaan menjangkakan perolehan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun selepas tahun pertama pengenalannya sekaligus dapat mengurangkan defisit negara.

Difahamkan, RUU GST itu ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) bagi mendapatkan pandangan serta memberi penerangan secara mendalam kepada rakyat sebelum ianya diterima dan boleh dilaksanakan.

Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Bertanding Di Johor

Posted: 18 Apr 2012 07:21 PM PDT

Benarkah khabar angin ni? Kalau betul, PRU13 sememangnya SENGIT!!!

BN resah pemimpin utama Pakatan tanding di Johor

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 April:Walaupun masih di peringkat khabar angin, Barisan Nasional (BN) terutama MCA sudah menggeletar apabila pemimpin popular PAS dan  DAP akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, PAS mengumumkan naib presidennya, Salahudin Ayub akan bertanding di Johor, kini akhbar Cina mula memainkan isu pemimpin kanan DAP pula akan bertanding di Johor.

Akhbar Sin Chew pada 16 April melaporkan bahawa terdapat desas-desus penasihat DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang (gambar kiri)akan bertanding di Johor sebagai langkah strategik untuk menumbangkan kubu kuat Barisan Nasional di negeri selatan itu.

Selain itu, laman web The Malaysian Times turut melaporkan perkara yang sama bahawa Lim kemungkinan besar bertanding di Kulai atau Labis, kedua-dua kerusi MCA yang kini disandang bekas presiden MCA Ong Ka Ting dan anak presiden kepada presiden MCA kini, Chua Tee Yong.

Bukan itu sahaja, ahli parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan yang digeruni di parlimen dan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching turut dikatakan akan bertanding di Johor atas faktor keluarga. Suami Fong adalah setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon manakala Teo sememangnya berasal dari Batu Pahat.

Perkembangan ini telah menakutkan MCA dan sebagai langkah awal, MCA Perak telah mengganggap khabar angin itu seolah-olah betul dan mengeluarkan kenyataan mengecam hasrat para pemimpin DAP terbabit walaupun tiada kenyataan rasmi daripada mereka untuk mengesahkan bahawa mereka akan bertanding di Johor.

"Laporan di Sin Chew Daily (16 Apr 2012) bahawa pemimpin DAP Lim Kit Siang telah berkata bahawa beliau akan bertanding kerusi di Johor pada pilihan raya umum yang akan datang dan DAP secara semula jadinya mempunyai sokongan berterusan daripada rakyat tanpa mengira keadaan adalah bukti keangkuhan mereka.

"Mereka telah mengambil ringan sokongan pengundi dan menganggap pemikiran rakyat sebagai permainan kanak-kanak. Ia adalah jelas bahawa DAP merasakan bahawa rakyat berkewajipan untuk menyokong mereka dalam mana-mana bahagian yang mereka bertanding dalam pilihan raya umum," kata Setiausaha MCA Perak Datuk Tan Chin Meng dalam satu kenyataan.

Tan turut menyelar DAP, yang dikatakan lupa diri selepas kejayaan pada pilihanraya umum ke-12, dan mula menunjukkan belang dengan menganggap diri mereka boleh menang mudah di mana-mana kerusi yang mereka ingin bertanding.

Tan berkata pemimpin DAP yang digembar-gemburkan ingin bertanding di Johor tidak pernah menyumbangkan apa-apa di negeri itu tidak layak bertanding di Johor.

"Saya berharap rakyat Johor akan berfikir tentang ini dengan sebaiknya. Pengundi hari ini lebih bijak. Rakyat akan memberikan sokongan kepada mereka yang pernah berkhidmat pada negeri dan bukannya kepada selebriti ahli politik yang hanya bertindak apabila ada isu hangat," kata beliau.

Para penganalisa politik Harakahdaily berpendapat langkah yang diambil DAP itu adalah amat wajar diteliti kerana Umno Johor mula goyah dengan kepulangan naib presiden PAS Salahuddin Ayub, yang mengesahkan akan bertanding di Johor kali ini.

"Jika ada dua tiga lagi jeneral perang daripada PAS dan PKR turut mengikuti jejak DAP untuk bertarung di Johor, BN akan terasa betul-betul terancam pada PRU13 kerana sekiranya Johor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kemungkinan besar Putrajaya juga akan terlepas daripada tangan Umno," kata mereka.