GoMalaysian |
- Dua Indiktor Untuk Pembubaran Palimen
- [VIDEO] Ubah - Lagu Tema Pakatan Rakyat (DAP) PRU13
- Kerajaan tangguh lagi Rang Undang-Undang GST
- Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Bertanding Di Johor
Dua Indiktor Untuk Pembubaran Palimen Posted: 19 Apr 2012 06:50 PM PDT Menurut Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu percakapan dengan saya, beliau yakin parlimen akan dibubarkan tidak selepas Jun. Alasan Tengku Razaleigh waktu terbaik ialah pada sebelum Jun sebab kalau selepas Jun Umno bermasalah. Masalah besar Umno menurutnya kerana Umno sudah ketiadaan wang... www.msomelayu.blogspot.com Saya masih belum membuat ramalan berhubung bila parlimen bakal dibubarkan dan bila pula tarikh pilihan raya umum ke-13 akan dilaksanakan. Sebelum ini sudah ada berbagai-bagai pihak membuat ramalan mengenai pilihan raya. Tarikh atau ketika popular ialah Mac. Ternyata Mac sudah pun berlalu pergi. Kini tarikh baru diberikan iaitu pada Jun. Apakah alasan Jun ini? Menurut Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu percakapan dengan saya, beliau yakin parlimen akan dibubarkan tidak selepas Jun. Alasan Tengku Razaleigh waktu terbaik ialah pada sebelum Jun sebab kalau selepas Jun Umno bermasalah. Masalah besar Umno menurutnya kerana Umno sudah ketiadaan wang. Memang Umno sudah membahagi-bahagikan wang kepada rakyat dalam bentuk-bentuk yang disihirkan untuk tidak dilihat ianya rasuah politik. Tetapi semua pemberian itu termasuk BR1M bukan ikhlas melainkan ia rasuah politik. Kalau pun yang masih belum dibahagikan tetapi sudah dijanji ialah kepada peneroka Felda diramalkan setiap peneroka bakal menerima RM1,000 seorang. Penjawat awam juga sudah mulai menerima habuan masing-masing. Bonos yang dijanjikan sudah dimaksukkan ke dalam akauan. Ada yang menerima di antara RM500 hingga RM1,000. Berdasarkan itu Tengku Razalegih mengira Umno sudah kekeringan wang? Soalnya apakah semudah itu Umno akan kehilangan sumber? Untuk mendapat kuasa kemudian dengan kuasa boleh mendapatkan wang membayar balik perbelanjaan pilihan raya atau untuk berbelanja apa-apa saja termasuk membayar artis jutaan ringgit, banyak pelabor yang ingin menanam budi. Umno sebagai parti yang sudah ada banyak konteks kewangan mudah mendapat wang. Pelabor, korporat syarikat GLC dan sebagainya akan melempat duit kepada UBN. Wang kali ini adalah kekuatan utama Umno. Kalau sebelum ini wang dikombinasi dengan wibawa Umno, tetapi bukan kali ini. Umno sudah tidak ada wibawa kini. Justeru parti itu akan menggunakan wang sebanyak mungkin. Kalau dalam pilihan raya lalu melibatkan perbelajaan ratusan billion kali ini mungkin ribuan billion. Selain wang Umno juga akan menggunakan kekerasan hatta nyawa demi kemenangan. Dalam keadaan terdesak dan perjuangan ini di antara hidup dan mati Umno akan membayar dengan darah. Itu sebab Umno meletakkan syarat dan matlamatnya untuk bangsa. Najib pernah bersumpah akan mempertahankan Putrajaya hingga ke akhir hayat. Semua kata-kata dan slogan perjuangan itu menunjukkan Umno akan menjadi gila lebih gila dari gila-gila sebelum ini. Penggunaan kekerasan ini sudah pun bermula, beberapa siri menganggu majlis Pakatan Rakyat adalah buktinya. Dari sekecil perkara hingga sampai sebesar perkara dilakukan Umno. Sebelum ini mana ada idea Umno untuk mengibarkan bendera BN di setesen komuter tetapi kali ini dilakukan. Ini menunjukkan keterdesakan parti itu. Mengenai keganasan yang berlaku di seluruh negara, kecuali Sabah dan Sarawak, ada orang cuba menafikan itu bukan atas arahan Umno. Saya hendak tanya secara logik kalau bukan Umno masakan para samseng bertindak sendiri, jauh sekali arahan beruk dan lotong. Persoalan sekarang bila Parlimen akan dibubarkan dan bilakah tarikh PRU 13. Ada dua indikator yang saya lihat akan digunakan untuk membubar Parlimen. Indikator ini akan diguna pakai oleh Najib sebab beliau berkuasa dalam soal menentukan parlimen dibubarkan dan bila tarikh pilihan raya umum akan diadakan. Pertama, ialah himpunan Bersih, Duduk dan Bantah yang akan diadakan pada 28 April ini. Peristiwa ini akan dijadikan penanda aras sejauh mana sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Umno beriya dan bersungguh benar mengagalkan himpunan ini. Sekiranya himpunan ini gagal mengundang lebih 100,000 demostran ia menggembirakan Umno. Kerana itu Umno cuba tidak memberi publisiti kepada himpunan kali ini agar ia tidak diberikan saqmbutan ghairah. Provokasi seperti himpunan Bersih 2.0 sebelum ini tidak dilakukan. Hari ini mana adalah istilah himpunan Bersih sebagai haram. Mana ada lagi report polis oleh Ngo atau perrtubuhan-pertubuhan sengket. Begitu juga dengan polis tidak diam membisu dan tidak ada sepatah arang pun komen kepada himpunan Bersih. Ada dua sebab kenapa ini wujud. Pertama kerana UBN (kerajaan) ingin menguji akta himpuan aman yang dilulus baru-baru ini apakah ia berkesan atau tidak. Umno tidak mengancau dan membuat provoikasi agar ia berlangsung dalam keadaan aman. Dengan itu ia akan mengesahkan bahawa akta itu berjaya. Kedua, kerana pengalaman dialami pada Bersih 2.0 cukup memberi pengajaran. Disebabkan tindakan polis kelihatan nampak tegas dan menguar-uarkan kepada umum himpunan itu haram menyebabkan ia memberi suasana lain. Rakyat bingkas tidak mempedulikan amaran polis. Provokasi polis menyebabkan Bersih 2.0 berjaya. Tindakan dan tektik polis itu sebagai reverse saikologi. Ia nampak berjaya hari ini bila mana mana mood rakyat kepada Bersih 3.0 kali ini nampak tidak begitu bersungguh. Sehingga ke hari ini suasana Bersih masih belum wujud di mana-mana. Wap Bersih belum memandikan tubuh rakyat. Kelanggoran polis kali ini nampak jelas sekali bila mana t shirt Bersih berwarna kuning boleh dijual di mana-mana tidak seperti dulu peniaga pun dikejar sampai ke dalam reban ayam. Sekiranya Bersih 3.0 ini hangat dan lebih 100,000 apa lagi mencecah 500,000 seperti mana diharapkan kemungkinan pilihan raya ke 13 akan dilambatkan. Apa lagi kalau perayaan Umno pada 1 hingga 13 Mei lesu dan tidak bermaya kemungkinan ia akan dibawa hingga ke tahun depan. Indikator kedua yang akan diguna pakai Umno ialah majlis sambutan Umno pada 11 Mei yang akan bermula pada 1 Mei. Umno akan mengadakan bermacam-macam majlis dan prgoram untuk menarik sokongan rakyat. Kemuncak sambutan ini ialah di stadium Bukit Jalil. Umno mensasarkan suku ahlinya (1 juta) hadir pada majlis berkenaan. Sekiranya angka itu dapat dicapai dan angka di Bersih kurang 100,000 kemungkinan besar parlimen akan dibubarkan pada pertengah Mei dan pilihan raya akan diadakan pada Jun. Tarikh yang disebutkan pembubaran parlimen ialah antara 16 hingga 23 Mei manakala hari mengundi ialah pada 9 atau 18 Jun. Sama-sama kita tunggu kepada kedua-dua majlis dan himpunan berkenaan. Kedua himpunan itu adalah perang saraf terakhir bagi kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan UBN. http://www.msomelayu.blogspot.com/2012/04/firasat-terbuka.html |
[VIDEO] Ubah - Lagu Tema Pakatan Rakyat (DAP) PRU13 Posted: 19 Apr 2012 05:39 AM PDT |
Kerajaan tangguh lagi Rang Undang-Undang GST Posted: 19 Apr 2012 01:00 AM PDT Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin memohon kepada Speaker untuk menarik balik pembentangan usul tersebut... Free Malaysia Today Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin memohon kepada Speaker untuk menarik balik pembentangan usul tersebut. Sekitar Dewan Rakyat KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menangguhkan lagi bacaan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) buat kali ketiga selepas pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat sejak tahun 2009. Dewan Rakyat pada hari persidangannya yang terakhir ini sepatutnya dijadulkan mendengar pembentangan usul itu untuk bacaan kali kedua, namun Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin memohon kepada Speaker untuk menarik balik pembentangan usul tersebut. "Saya memohon Dewan Rakyat menarik balik rang undang-undang tersebut daripada senarai aturan mesyuarat hari ini dan ia akan ditangguhkan sehingga tarikh baru yang ditetapkan kemudian," katanya. Kerajaan merancang melaksanakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan ketika ini dengan mengenakan cukai sebanyak empat peratus pada setiap barangan. Melalui pelaksanaan GST kerajaan menjangkakan perolehan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun selepas tahun pertama pengenalannya sekaligus dapat mengurangkan defisit negara. Difahamkan, RUU GST itu ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) bagi mendapatkan pandangan serta memberi penerangan secara mendalam kepada rakyat sebelum ianya diterima dan boleh dilaksanakan. |
Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Bertanding Di Johor Posted: 18 Apr 2012 07:21 PM PDT Benarkah khabar angin ni? Kalau betul, PRU13 sememangnya SENGIT!!! Harakahdaily KUALA LUMPUR, 18 April:Walaupun masih di peringkat khabar angin, Barisan Nasional (BN) terutama MCA sudah menggeletar apabila pemimpin popular PAS dan DAP akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini, PAS mengumumkan naib presidennya, Salahudin Ayub akan bertanding di Johor, kini akhbar Cina mula memainkan isu pemimpin kanan DAP pula akan bertanding di Johor. Akhbar Sin Chew pada 16 April melaporkan bahawa terdapat desas-desus penasihat DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang (gambar kiri)akan bertanding di Johor sebagai langkah strategik untuk menumbangkan kubu kuat Barisan Nasional di negeri selatan itu. Selain itu, laman web The Malaysian Times turut melaporkan perkara yang sama bahawa Lim kemungkinan besar bertanding di Kulai atau Labis, kedua-dua kerusi MCA yang kini disandang bekas presiden MCA Ong Ka Ting dan anak presiden kepada presiden MCA kini, Chua Tee Yong. Bukan itu sahaja, ahli parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan yang digeruni di parlimen dan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching turut dikatakan akan bertanding di Johor atas faktor keluarga. Suami Fong adalah setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon manakala Teo sememangnya berasal dari Batu Pahat. Perkembangan ini telah menakutkan MCA dan sebagai langkah awal, MCA Perak telah mengganggap khabar angin itu seolah-olah betul dan mengeluarkan kenyataan mengecam hasrat para pemimpin DAP terbabit walaupun tiada kenyataan rasmi daripada mereka untuk mengesahkan bahawa mereka akan bertanding di Johor. "Laporan di Sin Chew Daily (16 Apr 2012) bahawa pemimpin DAP Lim Kit Siang telah berkata bahawa beliau akan bertanding kerusi di Johor pada pilihan raya umum yang akan datang dan DAP secara semula jadinya mempunyai sokongan berterusan daripada rakyat tanpa mengira keadaan adalah bukti keangkuhan mereka. "Mereka telah mengambil ringan sokongan pengundi dan menganggap pemikiran rakyat sebagai permainan kanak-kanak. Ia adalah jelas bahawa DAP merasakan bahawa rakyat berkewajipan untuk menyokong mereka dalam mana-mana bahagian yang mereka bertanding dalam pilihan raya umum," kata Setiausaha MCA Perak Datuk Tan Chin Meng dalam satu kenyataan. Tan turut menyelar DAP, yang dikatakan lupa diri selepas kejayaan pada pilihanraya umum ke-12, dan mula menunjukkan belang dengan menganggap diri mereka boleh menang mudah di mana-mana kerusi yang mereka ingin bertanding. Tan berkata pemimpin DAP yang digembar-gemburkan ingin bertanding di Johor tidak pernah menyumbangkan apa-apa di negeri itu tidak layak bertanding di Johor. "Saya berharap rakyat Johor akan berfikir tentang ini dengan sebaiknya. Pengundi hari ini lebih bijak. Rakyat akan memberikan sokongan kepada mereka yang pernah berkhidmat pada negeri dan bukannya kepada selebriti ahli politik yang hanya bertindak apabila ada isu hangat," kata beliau. Para penganalisa politik Harakahdaily berpendapat langkah yang diambil DAP itu adalah amat wajar diteliti kerana Umno Johor mula goyah dengan kepulangan naib presiden PAS Salahuddin Ayub, yang mengesahkan akan bertanding di Johor kali ini. "Jika ada dua tiga lagi jeneral perang daripada PAS dan PKR turut mengikuti jejak DAP untuk bertarung di Johor, BN akan terasa betul-betul terancam pada PRU13 kerana sekiranya Johor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kemungkinan besar Putrajaya juga akan terlepas daripada tangan Umno," kata mereka. |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan