Khamis, 19 April 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SPR SIBUK PASAL BENDERA BUAT APA ? BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH ITU DAHULU

Posted: 19 Apr 2012 09:11 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

DISAAT rakyat kecuh membincangkan soal Daftar Pemilih yang kotor, curang dan menjijikkan, SPR lebih suka bercakap pasal bendera parti.  Lebih memalukan, apabila bendera parti Umno/Bn dikibarkan di Stesyen Komuter sekitar Selangor, SPR mengulas dengan panjang lebar betapa SPR sekali lagi `tiada kuasa'.  Almaklumlah, yang berkibar itu bendera Umno/Bn maka tiadalah kuasa SPR.   

Pengerusi SPR menyatakan, " Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemasangan bendera BN di stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dibantah oleh PAS dan kumpulan NGO."  (Malaysiakini).  Kuasa yang ada pada SPR adalah memindahkan pengundi ke satu-satu kawasan sesuka hati walaupun tanpa persetujuan dan pengetahuan pengundi itu sendiri.  Kuasa SPR juga adalah menerima dan merekodkan nama pengundi yang pelik-pelik seperti nama "Balai Polis Kerinci", "Kampong Baru" bahkan nama yang tidak ada bin pun SPR punyai kuasa mengekalkannya.  SPR juga ada kuasa mengekalkan satu alamat dengan ratusan pengundi berbilang kaum.  Yang itu, SPR ada kuasa.

Mengapa teruk sangat Sistem Pilihanraya di negara kita?  Jawapannya mudah, ianya adalah kerana kita memiliki pegawai SPR yang teruk juga.  SPR nampaknya begitu teruja untuk melihat negara ini terus dipimpin oleh pemimpin yang pejam ata dengan isu lembu kondo (NFC), isu PKFZ, isu komisyen kapal selam, isu rasuah, penyelewengan balak dan banyak lagi yang mana rakyat sudah naik meluat dengan Umno/Bn sekarang ini.  Namun, SPR tidak merasa apa-apa. 

Justeru itu, jawapannya adalah BERSIH 3.0.  Kita tiada pilihan kerana negara kita masih gagal memiliki pegawai SPR yang jujur, telus dan amanah./wfauzdin.blogspot.com

AWAS !! PENYAKIT LEMBU GILA MEREBAK KE DATARAN MERDEKA

Posted: 19 Apr 2012 12:16 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS



APABILA terbaca laporan sekumpulan `lembu gila' mengamuk di Dataran Merdeka semalam, lega rasanya hati kerana peristiwa tersebut ada hikmahnya.  Jika BERSIH 2.0 dulu, amaran dan ugutan dari pihak berkuasa, ugutan dan ancaman dari geng-geng silat pulut serta PERKOSA menjadikan kita bertambah semangat untuk hadir berhimpun, kali ini dek kerana perbuatan lembu gila semalam kita semakin nekad untuk hadir pada 28 April ini nanti.  Baca di SINI.

Biarlah orang kata pertempuran sekarang adalah Melayu dengan Melayu, tetapi hakikatnya tidak.  Pertempuran hari ini adalah di antara manusia berotak lembu kondo dengan manusia yang mahu bebaskan Mahasiswa dari bebanan hutang serta mahu melihat Pilihanraya di negara ini BERSIH.  Puak-puak lembu sememangnya kita tahu teramat bodoh, mereka akan lakukan apa saja asalkan dapat upah makan rumput kering dari bapak lembu sedangkan bapak lembu dengan bini dan keluarga mereka akan makan garam di dalam kondo.

Tahniah kepada Unit Amal PAS yang sanggup menjaga para Mahasiswa di Dataran Merdeka.  Mungkin akan lebih ramai ke Dataran Merdeka untuk menanti kehadiran lembu-lembu gila ini menjelang hari kemuncak pada 28 April ini.  Kita mahu lihat setakat mana lembu-lembu gila ini boleh meragut rumput di Dataran Merdeka.  

Inilah hasilnya apabila mereka menyanjung pemimpin mereka yang korup dan penakut serta dayus.  Pemimpin mereka bacul untuk berdebat dengan fakta, pemimpin mereka dayus dengan bini dan pemimpin mereka diselaputi dengan amalan rasuah.  Maka, tidak hairanlah mereka lahirkan lembu-lembu gila yang boleh mereka cucuk hidungnya.  Di saat lembu-lembu gila ini sibuk meragut rumput kering yang diberi oleh bapak lembu, tanpa mereka sedari di kalangan bapak-bapak lembu ini berpoya-poya dengan artis sehingga menghabiskan wang ratusan ribu ringgit.  Mereka menjadi bodoh sebodoh-bodohnya apabila tidak menyedari seekor lembu betina bersama keluarganya menghabiskan wang RM250 juta untuk membeli `kandang' lembu moden.  

Kita bertemu pada 28hb ini nanti kerana kita mahu melihat rupa manusia berpewatakan lembu gila upahan ini di Dataran Merdeka nanti./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: