DIBERITAKAN kononnya terdapat jemaah sebuah madrasah di Pandan Indah merasa tidak selesa apabila di dalam Khutbah Jumaat di madrasah tersebut Khatib berkhutbah menyokong dan mengalu-alukan pemansuhan PTPTN dan menyokong pendidikan percuma ke Universiti buat pelajar-pelajar di negara ini. Baca di SINI.
Tidak diketahui betapa bebalnya jemaah berkenaan jika benarlah laporanyang disebutkan itu. Ertinya, jemaah berkenaan amat menyokong para pelajar dikenakan pinjaman apabila melanjutkan pelajaran ke Universiti termasuk pelajar-pelajar miskin. Kononnya jemaah berkenaan tidak selesa disebabkan terdapat unsur-unsur politik di dalam khutbah tersebut. Sekali lagi bebalnya jemaah yang merungut itu kerana menganggap politik dan Islam itu terpisah. Ajaran atau fahaman siapakah gerangannya jemaah sebebal itu? Tidak lain tidak bukan jemaah berkenaan adalah dari spesis Umporno, sekutu bagi Apco yang sememangnya tidak mahu umat Islam bebas dari berhutang.
Jemaah berkenaan mungkin selesa jika si Khatib hanya berbicara tentang slogan 1 Malaysia, Wasatiyyah atau pun Khatib berkhutbah tentang buah-buahan tempatan. Maka, tidak hairanlah puak-puak ini akan menyokong parti sekular Umporno sehingga ke akhir hayat. Bagi mereka, umat Islam mesti diajar tentang berhutang hatta untuk mendapatkan ilmu. Sekiranya semua pelajar mempunyai hutang, mudah buat mereka untuk menjual maruah para pelajar ini dan mudah untuk mereka mengugut siberhutang. Sebab itulah mereka bertungkus lumus untuk mempertahankan PTPTN kerana bagi mereka tanpa hutang para pelajar tidak boleh maju.
Lihatlah, bagaimana busuknya perut puak-puak Umporno yang sanggup melihat anak bangsa sendiri bergelumang dengan hutang. Jika para peneroka felda sudah semestinya dikelilingi hutang berpuluh tahun, mereka mahu para pelajar juga hidup menanggung hutang. Selepas itu, mereka juga yang mengeluh mengapa kehidupan umat Melayu dan Islam tidak pernah menjadi kaum yang kaya bebas dari hutang. Sudah lah bangsa Melayu ketinggalan dari segi kemajuan dan ketinggalan dari segi ekonomi, bangsa Melayu dipaksa untuk berhutang. Malang sungguh.
Tiada pilihan lain, parti sekutu Apco musuh umat Islam ini wajib ditumbangkan di dalam PRU ke 13 nanti. Inilah parti yang khianat terhadap bangsa dan ugama sendiri. Parti yang berjaya melupuskan hutang kroni ratusan juta ringgit dan menganugerahkan kepada kroni RM250 Juta untuk membeli kondo dan harta lainnya. Tetapi, mereka sanggup menyokong PTPTN yang jelas menghisap darah anak bangsa sendiri. Ayuh, tumbangkan rejim ini./wfauzdin.blogspot.com
Gara-garataksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh PerdanaMenteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak , akhirnya agama Islam itusendiri jadi carca merba di buatnya.
Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkanuntuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlumereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang.
Jika merekaterus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa.
Terbaru, PahangDaily berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan "1Malaysia" diParlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.
Sungguhmengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kuburIslam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa adaperasaan bersalah oleh pihak terbabit.
Selama ini,ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidakperasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat disepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kuburorang Asli.
Namun, apayang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanahperkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa.
Soalnyasekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?.
Tidak timbulpersoalan mereka (orang Islam) itu adalah orang Asli atau tidak. Apa yangpenting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisahtertera "Kechik Binti Muda"(foto bawah) yang letakbersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).
Malahterdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Umummengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh wargaKemboja yang diimport sebagai "pengundi tetap" Najib diParlimen Pekan.
Makanya,kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang MelayuIslam Kemboja. Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?.
Mana perginyaJabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & AdatResam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini.
Ternyata apayang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islamsebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak.
Aku tak pelik kalau kerajaan tak mau kasi pendidikan percuma kepada rakyat tapi aku amat pelik bila ada rakyat tak mau pendidikan percuma dari kerajaan.
Usin Waferhuhuhu rakyat yg xmau pendidikan percuma tue bukan pa bro...apa yg bermain dikepala lutut depa..pendidikan percuma memaksa depa baca buku tebal2..dh la xda gambaq..apakata diberi pendidikan seks secara percuma..huhuhu..org mati pucuk pon berebut2 nk amik balik SPM..huhuhu..paper julai pon paper julai la..janji stim huhuhu
Usin Waferhuhuhu..la xpercaya ka..xcaya beli Harian Metro..hari2 cerita sexs..Kosmo pon dh terikut2..tggu Sinar Harian ja belum lagi sbb xmakan viagra lagi..yg akuheran ...The Star xpulak nk follow..gamaknya Ginseng xpower kot huhuhu...
Malaysian election watchdog Bersih 2.0 (Bersih) announced that 28 April 2012 is the date for a third gathering for clean and fair elections, but already a succession of politicians and officials have criticised the move. So far, though, Prime Minister Najib Abdul Razak has kept mum. Minister in the Prime Minister's department (and de facto Law Minister) Nazri Abdul Aziz was the first to attack the sit down protest plans, saying that the proposed venue Merdeka Square had "not been gazetted as an area for peaceful gatherings". One politician from the ruling Barisan Nasional (BN) labelled it a "ploy" by the Opposition, and Electoral Commission (EC) deputy chairman Wira Wan Ahmad Wan Omar said Bersih's plans were "rushed, hasty and troublesome to people." The Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reforms, formed in response to the second Bersih gathering in July 2011, had only just released a report, Wan Ahmad said, and the EC had yet to study the report's 22 recommendations.
KOTA BHARU, 14 April: PAS melahirkan kebimbangannya terhadap langkah memberikan taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing secara berleluasa tanpa dibendung akan mengundang huru-hara terutama semasa pilihan raya berlangsung.
Justeru Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan yang juga pengamal undang-undang menegaskan Kerajaan Pusat perlu bertanggungjawab dengan apa yang bakal berlaku.
(Takiyudin menyampaikan hadiah dalam Pertandingan Kerajinan Tangan Wanita Dun Bunut Payong)
Selepas saya dedahkan arahan PPD Kinta keatas 58 guru sekolah menengah yang dipaksa datang ke majlis Umno/BN di kediaman Menteri Besor tu. Rupa-rupanya terdapat 80 buah bas mengangkut murid-murid sekolah ke majlis yang sama.
Apa kena mengena budak-budak sekolah tu dengan projek orang muda Umno/BN itu? Bila ditanyakan kat budak-budak tu, masing-masing kata dapat RM10/-, kami datanglah!
Ya lah! Akal budak! Deme bukan kisah apa ke bendanya.Dapat RM10/ tu banyak bagi mereka; dah boleh beli sekotak rokok! Dah boleh duduk kat cyber-cafe berjam-jam.
KUALA LUMPUR, 14 April: Penulis blog, Anak Sungai Derhaka menyebut gara-gara taksub dengan konsep '1Malaysia" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya agama Islam itu sendiri menjadi carca merba.
Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.
Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.
1. KEADILAN memandang serius kenyataan PM Najib bahawasanya kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA dan 22,468 pekerja FELDA akan mendapat durian runtuh terbesar yang mereka tidak pernah impikan sehingga mereka akan "tersandar, rebah dalam kejutan" hasil tawaran awam permulaan atau "initial public offering" (IPO) FELDA Global Venture Holdings (FGVH) yang dijangka selesai penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada lewat Mei atau awal Jun 2012.
2. Dengan "gula-gula" pilihanraya semanis ini, kami menjangkakan para peneroka dan pekerja FELDA akan menerima saham FGVH secara percuma di samping sejumlah wang tunai sagu hati insentif penyenaraian tersebut. Read More / Baca Lagi >>
KOTA KINABALU - PKR bersedia melepaskan beberapa kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Parti Maju Sabah (Sapp) bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN). "Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Sapp.
KUALA LUMPUR 14 APR : Kebangkitan mahasiswa mengadakan demonstrasi menuntut kerajaan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini disifatkan satu kebangkitan yang bakal memberi impak besar kepada negara. Menurut Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Subang, Manivanan Gowin, kebangkitan rakyat kebiasaannya bermula daripada kebangkitan golongan terpelajar.
KUALA LUMPUR 14 APR : Demonstrasi mansuh Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyaksikan upacara kalungan bunga di letak ke atas potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Upacara tersebut dilakukan di hadapan lebih 500 mahasiswa yang berhimpun di hadapan Kompleks Membeli Sogo di sini petang tadi. Read More / Baca Lagi >>
(Mahasiswa berkhemah menuntut kerajaan memenuhi tuntutan mereka)
KUALA LUMPUR, 14 April: Sekumpulan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma di negara bertindak memasang khemah di Dataran Merdeka, sementara menunggu perhimpunan Bersih 3.0, 28 April ini.
Mereka juga bernekad tidak akan berganjak dari Dataran sehingga pihak kerajaan turun padang menemui mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, arahan supaya pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera di stesen komuter merupakan tindakan "kebudak-budakan." Katanya lagi, tindakan itu juga akan menjadi bahan ketawa pengamat politik luar kerana menunjukkan "kerendahan pemikiran parti politik menghina minda rakyat."
"Rakyat pasti tidak dapat menerima kegelojohan parti politik yang memenuhi bendera ditempat awam bertujuan berkempen kerana ia seperti tindakan kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan. Read More / Baca Lagi >>
Seramai kira-kira 500 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan. Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo. Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Read More / Baca Lagi >>
Kira-kira 500 orang siswa turun berarak di sekitar Dataran Merdeka untuk menuntut agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dimansuhkan. Bermula dengan perhimpunan di Masjid Jamek dengan kira-kira 300 orang pada jam 2 petang, bilangan peserta bertambah kepada 500 orang pada jam 2.30 petang, berarak ke pusat beli belah Sogo.
Sebelum ini, kumpulan siswa merancang untuk berhimpun di Dataran Merdeka, tetapi lokasi tersebut telah disekat jalannya. Mereka mengangkat banner "Education is not for sale", melaungkan slogan "Tumbang BN", "Mansuh PTPTN", "Percuma Ilmu" dan sebagainya.
Pada jam kira-kira 3.50 petang, kumpulan siswa ini berjaya menembusi sekatan dan tiba di Dataran Merdeka. Pihak penganjur, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) meminta agar semua peserta duduk dan "occupy" Dataran Merdeka.
Kesemua 180 masjid di daerah Batu Pahat, Johor diarahkan menghantar lima wakil, termasuk imam, bilal dan noja bagi menghadiri program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu.
Arahan itu dibuat melalui surat rasmi daripada pejabat kadi daerah bertarikh 2 April yang turut meminta pihak masjid memberikan wang RM50 kepada individu yang mewakili masjid masing-masing.
Salinannya kini beredar di laman blog dan Facebook oleh pihak yang mempertikaikan arahan tersebut yang didakwa menggunakan masjid dan kewangannya untuk kepentingan politik kepartian.
Dalam tinjauan ke Batu Pahat pada tarikh itu, Najib dilapor tiba seawal jam 9.15 pagi untuk bersarapan di sebuah kopitiam sebelum meninjau kawasan pasar dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.
Beliau antaranya diiringi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakarshi. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 13 April — Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri. Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama dari gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik. Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.