Abdul Hadi Awang
KUALA LIPIS - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tentang ganjaran yang bakal diterima peneroka Felda tidak lama lagi dilihat sebagai pemberian rasuah politik pusingan kedua kepada rakyat.
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang berkata, melihat kepada pengumuman itu di ketika negara sedang menunggu detik pilihan raya, jelas menandakan tarikh pilihan raya umum sudah terlalu hampir.
"Rasuah politik pusingan pertama sudah pun berjalan sejak akhir tahun lalu iaitu BR1M berjumlah RM500 yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah dan RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar-pelajar universiti.