Isnin, 26 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Gambar2 18SX

Posted: 26 Mar 2012 07:42 AM PDT


Lagi gambar gambar DI SINI

Felda Global rugi RM27 juta pada 2010 - PAS

Posted: 26 Mar 2012 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pas mengemukakan bukti berhubung dakwaan pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, apa yang dibentangkan di Parlimen oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan masih tidak telus.

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi. Kami sudah kata yang kita ada dokumen mengenai kerugian yang dihadapi FGVH dan hari ini kita akan dedahkan salah satu daripadanya, yang FGVH mengalami kerugian yang banyak hasil pelaburan di luar negara," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut meminta Ahmad memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada RM4.5 bilion pada 2001 kepada RM1.2 bilion pada 2005.


Pas membuat pendedahan kerugian FGVH hasil laporan audit oleh Pricewaterhousecoopers mengenai laporan penyata kewangan Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) sehingga 31 Disember 2010.

Penasihat Ekonomi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan FGVNA mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu dikena pasti akibat anak-anak syarikat di Amerika Utara belum membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488 yang tertunggak lebih setahun.

"Felda melabur melebihi RM1 bilion dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya.

Menurutnya, susulan krisis yang dihadapi FGVNA tidak mengisytiharkan dividen dalam tahun 2009 dan 2010.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH sebanyak 80,000 unit saham biasa kelas B pada harga yang mahal iaitu RM1,567.50 sesaham.

"Pembelian saham itu melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM125,400,000. Persoalannya kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya 'market leader' dalam bidang ini?" soalnya.

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada juga amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan.

Katanya, Pas mempunyai beberapa lagi bukti kerugian FGVH di luar negara termasuk di India dan Kalimantan, Indonesia.

Hina Guan Eng Ambiga : 5 didakwa

Posted: 26 Mar 2012 03:20 AM PDT

26 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga.

Muhammad Nizam Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32, Mohd Norizam Che Othman, 31, Shahir Saarani, 30, dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36, didakwa bersama lima lagi yang masih bebas melakukan kesalahan dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan seperti "Lim Guan Eng Racist", "Lim Guan Eng Anti Melayu" dan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas".

Muhammad Nizam dan Hamzah, kedua-duannya penganggur, Mohd Norizam dan Shahir, kedua-duanya mekanik, dan Mohd Jamil, seorang peniaga, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 3.40 pagi 4 Februari lalu.


Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri, manakala peguam Rezal Mazli Abdul Muin, mewakili kesemua tertuduh. – Bernama

Kadir Sheikh Fadzir sertai Pakatan?

Posted: 26 Mar 2012 01:41 AM PDT

Abdul Kadir tidak sertai PR, kembali berpolitik melalui NGO
Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini menyatakan beliau akan kembali aktif semula dalam politik namun tidak menyatakan sama ada akan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Abdul Kadir sebaliknya berkata untuk jangka masa terdekat ini, beliau hanya akan menggunakan saluran badan bukan kerajaan (NGO) setelah mengumumkan keluar Umno awal minggu lalu.

"Saya isytiharkan hari ini saya berhenti dari bersara dan kembali aktif untuk membawa kembali perjuangan asal Umno yang di bawa pemimpin terdahulu.

"Keputusan yang berat dan bukanlah sesuatu yang mudah kerana setakat hari ini saya telah 56 tahun menjadi ahli Umno..


"Penghidupan saya abdikan kepada Umno, negara, dan perjuangannya," katanya ketika sidang media di sini.

Menurut Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu, beliau melihat berlakunya korupsi dan pembaziran serta kronisme mega berlaku dalam Umno yang berbeza daripada perjuangan tokoh pengasas terdahulu Umno.

"Saya tidak ada masalah dengan Najib dan Muhyiddin, tapi keadaan sekarang menyimpang begitu jauh daripada niat murni pengasas negara dan Umno terdahulu.

"Selepas 56 tahun, rakyat makin renggang oleh sebab sentimen keagamaan dan perkauman.

Menurut bekas Menteri Penerangan ini lagi, kerajaan sekarang juga mengamalkan sekatan terhadap media arus perdana demi kepentingan mereka sahaja.

"Hampir 100 peratus media arus perdana dikongkong satu suara sahaja," tegasnya kesal dengan tindakan sedemikian.

Tambahnya lagi, beliau akan terus berjuang bersama-sama Amanah bagi mengembalikan perjuangan Umno lama yang menurutnya bersih, adil dan lebih menyayangi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

"Sekarang ini saya berjuang melalui Amanah, untuk kembalikan perjuangan Umno lama," katanya.

Abdul Khadir turut mendedahkan, beliau turut dipelawa untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) bagi meneruskan perjuangan politiknya.

"Ramai pemimpin dari Pakatan Rakyat, PAS, DAP, sahabat lama, kebetulan kawan-kawan saya dari dulu, ada berjumpa dalam pelbagai majlis, ramai yang pujuk, tetapi saya akan buat keputusan sendiri, bukan berdasarkan pujukan.

"Saya lebih berminat perjuangkan isu yang saya rasa tak kena, sebab itu kami tubuh Amanah," katanya lagi.

Beliau turut tidak menolak untuk menukar peranan Amanah daripada hanya sebagai NGO kepada sebuah parti politik.

"Ramai ahli Amanah bercadang untuk tukar Amanah jadi parti politik, tapi itu belum diputuskan.

Beliau juga mengharapkan pemimpin sekarang agar sedar dan melaksanakan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, dan mengubah perkara negatif yang wujud dalam parti agar rakyat mendapat manfaat.

"Kalau pemimpin sekarang ikhlas untuk berubah, mereka perlu laksanakan, saya tidak merujuk kepada sesiapa, saya hanya harapkan kerajaan fokus kepada benda yang perlu berubah, dan ubahlah, tak perlu cakap perkara yang sudah-sudah, kita bawa pembaharuan, benda-benda hodoh tu kita buanglah," katanya lagi. -  TMI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AMK PERLU KEMBALI BERBISA

Posted: 26 Mar 2012 01:03 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Umum semakin tiba.  Boleh jadi bulan Jun ini kerana Najib tidak boleh melewat-lewatkan lagi tarikh untuk membubarkan Parlimen kerana semakin dilewatkan maka semakin `longgar dan terlondeh' kain Umno. 

Sekarang ini pun tidak cukup pentas dan tanah Najib mengelilingi setiap pelusuk negeri untuk menepis berbagai isu hangat yang ternyata membusukkan imej Umno yang Mahathir Kutty pernah sebut Umno telah busuk hingga ke usus itu.  Walaupun Umno dibantu oleh media pencacai saban hari untuk menepis dakwaan Pembangkang, namun Najib merasa ianya tidak mencukupi kerana rakyat sekarang bukan seperti di zaman 70-80an yang mudah diperbodohkan oleh media kawalan Umno.  Media-media alternatif yang lain seperti Blog, Facebook dan Twitter serta dibantu oleh siri penerangan berterusan dari Pembangkang menjadikan rakyat semakin cerdik menilai sesuatu isu.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, PRU ke 13 kali ini adalah penentuan samada perlu dibenarkan Umno/Bn meneruskan pemerintahan yang menyusahkan rakyat atau perlu kerajaan ini diambil alih segera melalui Pilihanraya.  Bukan suatu yang mudah kerana tanpa strategi dan usaha semua pihak yang mahu melakukan perubahan maka cita-cita untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya sukar untuk dicapai.  Sasaran 30 % sekurang-kurangnya kita mampu menarik ahli-ahli Umno untuk bersama Pakatan Rakyat mesti dilaksanakan.

Saya masih ingat di era reformasi tahun 1998/99, golongan yang paling ke depan untuk menjatuhkan rejim ini adalah golongan muda.  Setelah KEADILAN diwujudkan, suara anak muda tetap berada di hadapan dari kalangan Pemuda KEADILAN diwaktu itu.  Pentas-pentas ceramah kebanyakannya diatur oleh golongan ini, manakala golongan lain di dalam parti sekadar penyokong dan pemberi semangat dan nasihat kepada golongan muda.  Pentas Pemuda, Sumpah Keramat Pemuda adalah di antara satu program yang berjaya menggerunkan Umno waktu itu.  

Berbeza dewasa ini, golongan muda masih ramai yang bersemangat untuk bersama kita.  Malangnya, mungkin kita mempunyai ramai penyokong muda yang bersemangat tinggi tetapi kita kekeringan bakat kepimpinan dari golongan ini.  Tidak semua, masih terdapat beberapa negeri yang mempunyai Ketua AMK yang aktif dengan berbagai program selain dari program rutin seperti mengedar risalah dan menampal poster.  Masih juga terdapat beberapa pimpinan AMK yang lantang bersuara samada di atas pentas ceramah mahupun perdebatan atau berani tampil menjawab beberapa isu penting berkaitan parti.  Mereka akan berada di hadapan sebagai benteng melindungi parti mereka dari serangan musuh samada secara fizikal mahupun serangan propaganda.  Itulah pemimpin muda yang perlu diperbanyakkan.

Tidak kurang juga pimpinan AMK yang hanya memegang jawatan sekadar memenuhi keperluan.  Mereka seakan-akan bankrap idea untuk merancang apa yang patut mereka lakukan untuk membuktikan bahawa mereka adalah Ketua AMK sejati.  Mungkin ada Ketua AMK yang `culas' untuk menghadiri Mesyuarat Parti samada di peringkat Cabang mahu pun Negeri.  Mungkin ada Ketua AMK Negeri yang tidak pernah melihat Minit Mesyuarat AMK Cabang.  Alasan kononnya Cabang tidak pernah bermesyuarat.  Jika ditanya pula kepada Cabang, mereka mungkin akan menjawab, "bagaimana kami mahu bermesyuarat jika bos kami di atas pun suka ponteng mesyuarat? 

Kita akui, ada di antara pimpinan AMK yang tidak gemar kepada publisiti dan mahu dilihat berperanan di belakang tabir.  Mereka sememangnya membuat kerja untuk parti tetapi tidak mahu menonjol.  Anggapan itu salah kerana mahu atau tidak, suka atau tidak, pemimpin harus ke hadapan.  Pedulikan mereka yang mengecop sebagai `kaki bodek' atau `ampu' atau pun digelar `gila publisiti', apa yang penting nawaitu kita mesti betul dan ikhlas.  Selaku pemimpin muda, kita selayaknya ke hadapan kerana golongan muda banyak kelebihannya dari golongan berusia.

Seandainya selaku pimpinan muda kita banyak mendengar kata-kata orang bawahan daripada kita mengemukakan pandangan dan pendapat kita, maka kita gagal sebenarnya dari segi kepimpinan.  Bukan suara bawahan itu tidak penting, suara mereka yang rasional mesti diambil kira.  Pimpinan muda di peringkat Cabang harus punyai idea untuk mempelbagaikan program dan aktiviti, begitu juga pimpinan muda di peringkat Negeri harus mengatur dan merencanakan program di seluruh Cabang di dalam negeri. 

Dikhabarkan ada pimpinan muda peringkat Negeri yang sudah merasa `fade-up' memegang jawatan.  Bukan kerana hilang kepercayaan kepada parti sendiri tetapi mulai merasa kelemahan diri sendiri yang tidak mampu menjadi ketua yang baik.  Bayangkan jika ahli-ahli sendiri pun masih tidak kenal siapa pemimpin mereka, tidakkah itu sebagai tanda hilang kewibawaan sebagai pemimpin?  Maka, amat bijak jika mereka menyerahkan jawatan itu kembali dan pimpinan teratas akan mencari tokoh muda yang benar-benar mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan berwawasan.  

Syabas kepada beberapa Ketua AMK Negeri yang sering ke hadapan dengan berbagai program dan aktiviti yang terancang di samping bersedia bertempur dengan pihak musuh, bukannya bertempur sesama sendiri.  Di antara beberapa tokoh muda yang lain, saya amat tertarik dengan kepimpinan Sdr Rebin Berham sewaktu beliau memegang jawatan Ketua AMK Negeri Sembilan dan kini kepimpinannya diwarisi oleh Sdr Nazri Yunus yang juga menampakkan kehebatan seorang pemimpin muda yang berpotensi.  Kepimpinan di Selangor, P.Pinang dan Johor juga menampakkan kepimpinan muda yang berbakat.  Semoga AMK akan kekal mewarisi kehebatannya seperti dahulu./wfauzdin.blogspot.com

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


usinmeluat ; Menteri-Menterana dok kalut jamban sapa paling besaq..bilik ayaq sapa paling mahai...

Posted: 26 Mar 2012 07:28 PM PDT

ini bukan gambaq "jamban" yg kalut diperkatakan oleh Menteri-Mentarana negeri Pasir Berdegung Darul Ahsan,...huhuhu

Meluat aku...begini ceritanya..

Alkisah maka tersebutlah kisah..apabila menteri-menteri negeri Pasir Berdegung Darul Ahsan..bertikam lidah berkenaan harga membina "jamban" dibilik tidur masing2...gendang gendut ini berlaku apabila menteri Nimza Ila bising2 setelah bekas menteri Nasah Ila mencarut tentang isu peribadi menteri Nimza...

adoiii..itu Dewan Undangan Negeri utk berbahas mengenai kepentingan rakyat..rakyat xmau taw jamban sapa paling besaq..bilik ayaq sapa paling mahai..meluat aku...

MB Pasir Berdegung Darul Ahsan sudah berfatwa bahawa "harga" jamban dibilik ayaq bekas Menteri Nasah Ila ikut prosuder la...

kepada menteri Nimza Ila,menteri Hamilah Ila dan menteri Reivax Ramukayaj..diminta bersabar dengan kerenah bekas menteri Nasah Ila..biasa la...adat politik...paham2 sajala...

Jangan terikut dengan perangai Menteri Nasah Ila yg dilanda ketakutan sindrom Murtad 1Malaysia...huhuhu

bumiperak

bumiperak


Peristiwa sensasi minggu ini

Posted: 26 Mar 2012 10:42 PM PDT

19 Mac 2012 KUALA LUMPUR Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya selaku ahli UMNO.

"Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan.  

Abdul Kadir menjadi ahli UMNO dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak tahun 1956 dan pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan. Abdul Kadir pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 24 tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah. Beliau menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

24 Mac 2012 KAJANG Kehadiran tidak dijangkakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dalam perhimpunan berhubung isu-isu pendidikan Cina mengundang ejekan daripada pesertanya. Majlis yang dihadiri lebih 7000 peserta "Perhimpunan 325" itu dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zong ekoran tidak puas hati dengan kekurangan guru berpendidikan Cina.

Pergelutan juga berlaku apabila seorang lelaki pertengahan umur dan pengawal peribadi Wee cuba mendekati ketua Pemuda MCA itu setibanya dia pada jam 11 pagi kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah itu.

Wee telah dibawa keluar dari perhimpunan itu diadakan di Kolej New Era Kajang dengan kawalan ketat polis dengan cemhan dan ejekan.

Rumah 2 personaliti dirompak bukti malaysia tak selamat

Posted: 26 Mar 2012 07:46 AM PDT

TANJUNG MALIM 24 Mac – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.

Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.

"Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher. Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

PETALING JAYA 25 Mac:PETALING JAYA 25 Mac: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora'Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan. Kembar kepada Ekin iaitu Nora'Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

"Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000. Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.

Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.(mstaronline)

Anak Bapa

Anak Bapa


Isu Pengharaman Pembelian Minyak Mentah Iran: Kemunafikan UMNO Terserlah

Posted: 26 Mar 2012 05:16 PM PDT


Negara-negara yang paling benci terhadap Iran ialah Amerika dan Israel. Kebencian ini dipertontonkan di muka dunia sejak Ayatollah Ruhollah Khomeini beserta rakyat Iran berjaya menumbangkan kerajaan Shah Mohammad Reza Pahlavi, kerajaan boneka Amerika, pada Disember 1979. Sejak itu permusuhan mereka terhadap Iran tak pernah kunjung padam.


Kejayaan Iran memajukan industri teknologi nuklear menjadikan negara-negara tersebut bertambah bimbang dan sakit hati. Pelbagai usaha telah mereka lakukan samada secara bersendirian atau dengan memperalatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menekan Iran supaya tunduk kepada kehendak mereka.


Selain daripada melancarkan sekatan dagangan ke atas Iran, Amerika dan sekutunya telah melakukan pelbagai sabotaj ketenteraan terhadap Iran termasuk menggunakan Iraq untuk melancarkan perang proksi ke atas Iran di era Saddam Hussein dahulu yang menyebabkan kematian dan kesengsaraan besar ke atas umat Islam kedua-dua negara.


Hujah rasmi mereka adalah mudah, Iran membahayakan kestabilan rantau tersebut dengan pembangunan program senjata nuklear mereka. Walaupun dakwaan ini tidak mempunyai bukti yang kukuh, sebagaimana bukti tentang program senjata biologi dan kimia Iraq dahulu, ditambah pula dengan penafian berulang kali daripada kerajaan Iran betapa teknologi nuklear yang mereka sedang bangunkan adalah untuk tujuan keamanan, Amerika dan Israel tetap berkeras bahawa Iran sedang membangunkan senjata nuklear secara rahsia.


Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sendiri mengakui bahawa tidak ada sebarang bukti kukuh untuk mensabitkan Iran dengan pembangunan teknologi senjata nuklear dan setakat ini siasatan yang mereka lakukan menunjukkan bahawa Iran mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.


Teknologi nuklear bukan hak mutlak mana-mana negara tak kira samada Amerika atau Israel. Negara mana pun berhak memajukannya. Malahan pembangunan teknologi senjata nuklear sendiri adalah bukan hak mutlak Amerika dan Israel. Di Israel hari ini dilaporkan terdapat banyak peledak senjata nuklear (nuclear warheads) yang tidak pernah dipantau oleh IAEA. Ini belum lagi dikira senjata yang serupa di Amerika dan Rusia. Tetapi tiada sebarang tindakan dibuat untuk mengawal negara-negara ini.


Sekarang mereka pula nak membuli negara yang sedang berjinak dengan teknologi berkaitan. Siapa yang beri hak kepada mereka untuk berbuat demikian? Keselamatan dunia hanya boleh dicapai dengan muafakat dan berbaik-baik sesama negara dan bukan tindakan membuli dan tunjuk samseng. Keadaan akan menjadi lebih gawat lagi apabila negara-negara "berkecuali" lain turut serta menyokong Amerika dan Israel membuli Iran.


Ini adalah hakikatnya apa yang sedang berlaku hari ini. Langkah terbaru Amerika dan sekutunya memboikot perdagangan dengan Iran telah turut disambut dengan mesra oleh Malaysia dengan pengharaman pembelian minyak mentah Iran. Walaupun suatu ketika dahulu apabila didakwa perkara ini, Najib menafikannya tetapi kini mereka mengesahkannya.


Apa hujah tindakan ini? Sebab Amerika suruh? Atau Israel paksa? Di tanah air, mereka berdegar-degar bercakap mengenai perjuangan rakyat Palestin dan kekejaman Israel tetapi dalam nafas yang sama mereka cuba mensabotaj ekonomi negara Islam yang paling kuat menyokong Palestin dan musuh utama Israel.


Jelas kemunafikan Najib dan UMNO dalam isu berkaitan Israel. Mereka sebenarnya hamba yang setia kepada tuan Amerika (baca Zionis Israel) mereka. Mereka sanggup berbelanja jutaan ringgit semata-mata nak buat temujanji dengan Presiden Amerika. Mereka sanggup mengadakan pertemuan dengan pimpinan Israel dan berbalas surat dengan mereka bagi menjaga hati tuan-tuan mereka di saat umat Islam Palestin ditindas dan dizalimi. Ketika Malaysia menjadi anggota Majlis Keselamatan PBB dahulu mereka menyokong Amerika dengan mengundi menyokong serangan ke atas Iraq. Malah dagangan kerajaan UMNO/BN dengan Israel telah berterusan sejak sekian lama sehingga hari ini.


Di Malaysia, UMNO mengambil APCO, syarikat pakar "komunikasi korporat" yang dipelopori oleh pemimpin Zionis Israel untuk membantu mereka mengekalkan kuasa. Rakyat pula dihidangkan dengan fitnah dan berita palsu saban hari bahawa Dato' Seri Anwar dan pimpinan PR adalah agen Israel sebenar. Demonstrasi tajaan UMNO diadakan berulang kali untuk kononnya membantah sikap pemimpin PR.


Rakyat kena bijak dalam isu ini. Fakta yang ada jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN memang talibarut Amerika dan Israel. Jangan terpedaya dengan kemunafikan mereka. Mereka telah sering menipu rakyat dalam semua hal. Apakah yang menghalang mereka daripada menipu kita lagi dalam isu Palestin dan Israel?


Anak Bapa: Dah lama tak percayakan UMNO dan BN. Sokong ABU (Asalkan Bukan UMNO).

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


‘Free’ money from Proton ‘scam’ sale?

Posted: 26 Mar 2012 08:56 PM PDT

Umno and Barisan Nasional "can talk big" for all they want but the era of paying your way through to win elections is over.
Umno is like Jack Sparrow (as in the movie "Pirates of the Carribean") – a pirate to the core.
Yesterday – Malay supremacy, today champion of Islam. Yesterday, Umno was a royal basher, today they are royal bootlickers.
Umno president Najib Tun Razak should stop the charade.
It's not like Umno and Barisan Nasional people are gifted with extraordinary talent that reserves them the right to govern the country.
Who can argue against facts?
The top three states which drew the highest level of foreign direct investment are Pakatan Rakyat-led states.
That the Pakatan governments can achieve these good things in just under one term, which no other Barisan Nasional-led states have ever achieved, is an incontestable testimony that the Pakatan people are more talented.
Read More / Baca Lagi >>

PRU: Sama ada Jun atau September?

Posted: 26 Mar 2012 08:47 PM PDT

Jun atau September? Itulah persoalan yang sering ditanya setiap kali topik mengenai pilihan raya umum akan datang dibangkitkan.Dengan beberapa isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan, menyebabkan lebih ramai penganalisis politik percaya bahawa pilihan raya akan diadakan kemudian berbanding berlaku lebih awal.Kini September dikatakan sebagai bulan yang berkemungkinan untuk diadakan pilihan raya umum akan datang berikutan terdapat banyak hujah yang menentang spekulasi bahawa ia akan berlaku pada awal Jun.
Yang menjadi perdebatan adalah beberapa isu akan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Posted: 26 Mar 2012 08:42 PM PDT

MM2H Car Malaysia Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Melihatkan kepada harga kereta yang dijual kepada kelompok warga asing ini yang menjadi perserta program Malaysia MySecond Home (MM2H) ini, keihatan mereka lebih menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat Malaysia sendiri. Benarkah begitu?
Bukan niat kami untuk mengatakan program MM2H Malaysia ini gagal, tidak sama sekali. Cuma apa yang kami persoalkan ialah, perbezaan yang ketara melibatkan beberapa aspek yang ditawarkan kepada warga asing yang menyertai program MM2H Malaysia ini berbanding kepada rakyat Malaysia sendiri. Antara kelebihan yang diperolehi (warga asing) yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2h) ini yang berjaya menarik perhatian kami adalah :
Read More / Baca Lagi >>

Bantuan banjir Najib : You help me, I help you

Posted: 26 Mar 2012 08:32 PM PDT

Kelmarin Perdana Menteri Dato' Sri Najib menjengah kawasan yang mengalami banjir disekitar kawasan Hulu Langat dan Ampang. Baguslah, kerana Najib datang nak membantu mangsa banjir, tetapi yang kurang manisnya ialah Najib seolah-olah membantu dengan tidak ikhlas.

Lihatlah didalam gambar ini!. Keriangan Najib tepat sekali menggambarkan kebenaran kata-katanya selama ini,..iaitu  "I help you, you help me,  I give you, you give me"  Barangkali kalau Najib membantu barang-barang keperluan dapur seperti beras ,gula, dan tepung pun Najib akan melebelkan gambarnya di barang tersebut!!  Bersifat ikhlaskah pemimpin macam ini?

Oleh : rahimothman

'Orang reformasi tak boleh tipu rakyat'

Posted: 26 Mar 2012 08:24 PM PDT

Semenjak Merdeka, Selangor sentiasa berada di bawah kekuasaan BN atau dahulu dikenali sebagai PERIKATAN.
Pilihan raya umum ke-12 merubah sejarah politik negara. Buat pertama kalinya Selangor tumbang ke tangan pembangkang.
Anak jati Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang ke-14.
Selain daripada mempunyai hasil dan kekayaan yang terbesar, negeri ini juga adalah tempat letaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Seoul summit overshadowed by North Korea rocket launch

Posted: 26 Mar 2012 08:20 PM PDT

Women's Rights in Bangladesh

Posted: 26 Mar 2012 08:19 PM PDT

Lim Kit Siang: Rapat Rakyat Kuala Selangor

Posted: 26 Mar 2012 08:17 PM PDT

Tuan Guru Abdul Hadi Awang: Rapat Rakyat Kuala Selangor

Posted: 26 Mar 2012 08:16 PM PDT

Thank you for making someone cry

Posted: 26 Mar 2012 08:14 PM PDT

Thank you for making someone cry There are many ways to make someone cry.
Hit her or him and cause physical and emotional pain. Break her heart by letting her down. Disappoint her. Say untruthful things about her. Being unfair and unjust to her.
Yes many ways to bring unwelcome tears. In fact it takes just one person to cause untold harm to burst the tear bank.
But in Malaysia, in a small town, just the day before yesterday, a group of young men, UNIT AMAL of Pas (Islamic Party), did something so special, something not so common, to bring floods of unstoppable tears to someone dear to me!
Rescued by the 'enemy'
Here's the story in brief. A political rally was taking place when a group of youth on motor bikes came asking for trouble to an otherwise peaceful gathering. Then one of these hecklers found himself isolated from his group and was surrounded by some rally attendees who were not humoured by his trouble rousing. Clearly, the young biker found the trouble he came to look for but found it to be much more scary then he thought it would be. Clearly, he was in a lot of serious trouble and for sure he was about to be physically dealt with.
Read More / Baca Lagi >>

The true test of 1 Malaysia

Posted: 26 Mar 2012 08:13 PM PDT

The true test of 1 Malaysia Let's stop kidding ourselves for once. The RM 100 aid to schoolchildren, RM 500 aid to the poor, the RM 200 book vouchers, Kedai Rakyat, Klinik Malaysia and the like are just camouflaging the real issues.
1Malaysia will never work out in reality as long as Umno is in power. This corruption-riddled party thinks that the only way the country can punch above its weight in international affairs is to claim leadership of the Muslim World and Islam.
By the same warped sense of history, Umno thinks that it must move even heaven and hell itself to keep the non-Muslim and Muslim communities apart in order to claim the leadership of the Muslim world and Islam.
There's such a great and seemingly unbridgeable gulf today, as a result, between non-Muslims and Muslims in Malaysia that we might as well let Sabah and Sarawak go free and partition Peninsular Malaysia into two nations – one non-Muslim (west coast) and another Muslim (north and east coast) – as what happened in India in 1947.
Read More / Baca Lagi >>

Christians await Hasan Ali's bombshell video: Another political gimmick expected

Posted: 26 Mar 2012 08:12 PM PDT

Christians await Hasan Ali's bombshell video: Another political gimmick expected Wherever Hasan Ali goes it is a merry-go-round, not only for him but for all those around him especially so to the Christians. Come Monday next week, Malaysians will be waiting with bated breath for the video promised by Hasan Ali, that will show Christians trying to convert Muslims.
"I have promised to reveal a video on it. On Monday, you can see it for yourself," he told a press conference a day ago.
According to him there will be a video of a Malay husband and wife team confessing of being baptized and converted to Christianity, did he say one Malay couple or thousands of Malay couples? If it is one, then he doesn't know the difference between one and a thousand . If my memory serves me right, he said sometime ago during the height of the Damansara Utama Methodist Centre raid that thousands of Muslims were being converted by Christian churches, and to top it they were even using high-tech devices such as solar-powered bibles in their proselytizing efforts.
Read More / Baca Lagi >>

S'gor cabar Chin debat 'krisis air'

Posted: 26 Mar 2012 08:08 PM PDT

xavier jayakumar pc 190110 01Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar mencabar Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui mengadakan debat terbuka mengenai isu berlarutan bekalan air di Selangor.

"Kami mencabar Chin untuk debat terbuka dengan kerajaan Selangor supaya rakyat Malaysia, khususnya rakyat Selangor, dapat membuat penghakiman mereka sendiri berhubung isu air di Selangor," katanya ketika menggulung halehwal jawatankuasanya di sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Kerajaan negeri Selangor sedang 'berperang' dengan kerajaan pusat pimpinan BN yang merancang untuk mengambil alih pengurusan air di negeri itu, tetapi rundingan mengenainya sejak dua tahun lalu telah menemui jalan buntu.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan Hassan Ali satu tuduhan liar - Dr Halimah

Posted: 26 Mar 2012 08:07 PM PDT


SHAH ALAM, 27 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali (gambar) kesal dengan dakwaan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali mengenai pengubahsuaian pejabatnya.
Jelasnya, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpangi semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

"Untuk membuktikan kata ini, saya menjemput semua media melawat pejabat saya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata yang inginkan perhatian rakyat.

"Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali," kata beliau yang juga Adun Selat Klang ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor, petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Cerita dari gambar perihal PM 1Malaysia Dato Seri Najib..

Posted: 26 Mar 2012 08:05 PM PDT

Sumber yang aku ambik dari akhbar resmi negara iaitu BERNAMA.... Kisah sebenar hangpa cari sendiri, cuma apa yang aku nak tonjolkan inilah situasi yang berlaku kepada PM 1Malaysia...

Tidak ada niat walaupun sebesar biji sawi didalam perasaan minda aku nak menghina apa yang berlaku seperti didalam gambar ini.., apa yang aku nak kalian semua berfikir,, inikah nilai sebenar PM 1Malaysia yang dikatakan berjiwa rakyat....
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Pakatan Selangor dalam keadaan genting..!!!

Posted: 26 Mar 2012 08:04 PM PDT


Kalau kita baca kenyataan terbaru Najib Tun Razak, jelas terbayang di muka beliau betapa yakinnya mereka untuk menawan kembali negeri Selangor.

Dengan jelas dan terang beliau kata beliau yakin dapat menawan semula Selangor.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah sangat merisaukan.

Dengan bantuan SPR dan JPN, UMNO telah berjaya:
Read More / Baca Lagi >>

Belasungkawa buat almarhum Ustaz Wan Daud Wan Jusoh

Posted: 26 Mar 2012 08:00 PM PDT

Saya mulakan coretan belasungkawa buat al Marhum Ayahanda Ustaz Hj. Wan Daud bin Wan Jusoh dengan mengajak semua pembaca terlebih dahulu menghadiahkan surah Al Faatihah buat al marhum agar ruhnya ditempatkan dari kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Saya adalah menantu al marhum apabila dijodohkan oleh Allah SWT pada 9 April 1994 yang lalu dengan salah seorang anak perempuan al marhum  [ Wan Hamidah ] dari 23 orang keseluruhan anaknya. Pada waktu itu saya masih menuntut di University Al Azhar cawangan Tanta Mesir. Malah sebelum saya menyertai keluarga besar ini, sewaktu saya menuntut di Madrasah Ad Diniah al Bakriah Pasir Tumboh sekitar tahun 87' , saya telah biasa mendengar pidato hebat dan bernas dari al marhum saat mudanya.
Read More / Baca Lagi >>

Arahan Berkaitan Pilihanraya Mula Dikeluarkan Tanda PRU Semakin Dekat?

Posted: 26 Mar 2012 07:37 PM PDT

Unit Lawan Keganasan ULKBahang Pilihanraya Umum semakin terasa.  Ramai menjangkakan PRU kali ke 13 akan diadakan selewat-lewatnya bulan Jun ini nanti.  Kami dimaklumkan bahawa setiap kem tentera telah menerima surat pekeliling tentang persediaan menghadapi Pilihantaya Umum yang disebut di dalam surat itu akan diadakan `tidak beberapa lama lagi'.
Kem-kem tentera telah diberi arahan tertentu yang akan kami siarkan kemudian.  Apa yang perlu disebut di sini, terdapat arahan dari pihak atasan yang jelas melanggar arahan yang terkandung di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) sendiri.

Apa pun, KOBAT menyeru agar warga tentera terus menjadi seorang perajurit yang berani kerana benar, kesetiaan kepada Ikrar Kesatriaan mereka bukan kepada pihak tertentu yang hanya mempergunakan mereka untuk terus berkuasa.  Lakukan Perubahan.

Johor : Hilang Melayu Kerana UMNO

Posted: 26 Mar 2012 07:36 PM PDT

Bersedia Berdepan Dengan Sesiapa

Posted: 26 Mar 2012 07:34 PM PDT


PASIR GUDANG – Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas menyatakan secara tegas bahawa pihaknya tidak berasa gentar dengan sesiapa sahaja apabila terus diberi peluang untuk mengekalkan sebagai calon di kerusi DUN Permas.

Katanya lagi, sama ada pencalonannya sebagai wakil PAS di kawasan itu menjadi kenyataan atau tidak, bukanlah satu masalah yang berat sehingga membantutkan usahanya menangani permasalahan rakyat sekitar.

Read More / Baca Lagi >>

Mentalqinkan UMNO

Posted: 26 Mar 2012 07:31 PM PDT

Mari talqinkan UMNO.

Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan  walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya. 
Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap. 
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13!!! Peluang PR menang 24 kerusi Dun di Negeri Sembilan

Posted: 26 Mar 2012 07:04 PM PDT

Oleh : Tulahan

PRU 13 pastinya menjanjikan persaingan sengit BN dan PR di Negeri Sembilan. Pada PRU 12 , BN menang 21 kerusi Dun, PR menang 15 kerusi. Manakala BN menang 5 kerusi Parlimen, PR menang 3 kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Jadual Pengiraan Gaji DG41 - Inilah Jumlah Yang Hampa Akan Dapat Bulan April Nanti... Banyaknyer!!!

Posted: 26 Mar 2012 07:01 PM PDT


Hampa klik gambar untuk paparan jelas

Berikut merupakan anggaran gaji yang bakal diterima oleh penjawat awam bagi yang menjawat berada di Gred DG41. Gaji di atas adalah berdasarkan kiraan sebelum dan selepas kenaikan gaji 13% yang diumumkan PM Haji Najib baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bukti Kejayaan Unit Saraf Siber Umno..!!!

Posted: 26 Mar 2012 06:55 PM PDT

Oleh EX-BLOGGER UMNO

Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru yang dipimpin oleh Tun Faisal Ismail Aziz didapati meningkat dengan berganda sejak 2 tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang 'masyuk' berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (ringgit Malaysia).

Read More / Baca Lagi >>

Wasatiyyah BN dengan kemewahan melampau

Posted: 26 Mar 2012 06:50 PM PDT

PERTAMANYA sekali saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merupakan ucapan dasar kerajaan.
Walaupun demikian, kita perlu berpijak di medan rakyat dan medan kenyataan. Bukan hanya membaca di atas kertas dan di atas meja sahaja kerana perbincangan kita bukan sekadar di sini.

Perbahasan di sini akan turun pelaksanaannya kepada rakyat yang dikendalikan oleh kakitangan kerajaan yang merupakan satu-satunya jentera kerajaan yang terpenting. Menjadi kerajaan satu amanah
Read More / Baca Lagi >>