bumiperak |
Posted: 26 Mar 2012 10:42 PM PDT 19 Mac 2012 KUALA LUMPUR Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya selaku ahli UMNO. "Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan. Abdul Kadir menjadi ahli UMNO dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak tahun 1956 dan pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan. Abdul Kadir pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 24 tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah. Beliau menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. 24 Mac 2012 KAJANG Kehadiran tidak dijangkakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dalam perhimpunan berhubung isu-isu pendidikan Cina mengundang ejekan daripada pesertanya. Majlis yang dihadiri lebih 7000 peserta "Perhimpunan 325" itu dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zong ekoran tidak puas hati dengan kekurangan guru berpendidikan Cina. Pergelutan juga berlaku apabila seorang lelaki pertengahan umur dan pengawal peribadi Wee cuba mendekati ketua Pemuda MCA itu setibanya dia pada jam 11 pagi kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah itu. Wee telah dibawa keluar dari perhimpunan itu diadakan di Kolej New Era Kajang dengan kawalan ketat polis dengan cemhan dan ejekan. |
Rumah 2 personaliti dirompak bukti malaysia tak selamat Posted: 26 Mar 2012 07:46 AM PDT Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat. Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan. "Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher. Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. PETALING JAYA 25 Mac:PETALING JAYA 25 Mac: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora'Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah. Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan. Kembar kepada Ekin iaitu Nora'Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas. "Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000. Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera. Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.(mstaronline) |
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan