Tengku Razaleigh Hamzah
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah me­nyatakan hasratnya untuk menyertai parti lain kecuali terus kekal berjuang dalam Umno bagi membela nasib hidup rakyat di kawasan tersebut.

Justeru, mereka yang cuba me­nolak perjuangan Tengku Razaleigh dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan hanya untuk melepas geram berikutan pemimpin itu tidak melayan permintaan bagi kepen­tingan kumpulan berkenaan.

Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah berkata, sejarah perjuangan Tengku Razaleigh juga tidak pernah diper­tikaikan mana-mana pihak dan telah banyak berjasa bukan sahaja kepada penduduk Gua Musang, tetapi juga Kelantan dan negara ini.