WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
NURUL IZZAH, BERANI KERANA BENAR... Posted: 07 Mar 2012 02:35 PM PST PADA 17hb Mac ini, aku diberitahu KEADILAN Cabang Paya Besar, Kuantan sekali lagi akan mengadakan program ceramah di Felda Lepar Hilir, Kuantan. Lokasi yang sama dengan tempat kejadian `bapok siam' yang cuba menyerang MP wanita iaitu YB Nurul Izzah pada 26 Feb yang lalu. Ertinya, KEADILAN Pahang tidak pernah takut berdepan dengan ugutan puak-puak yang merasa hayat parti mereka sudah sampai ke penghujung. Bahkan, sejurus selepas kejadian Nurul Izzah cuba diserang pada malam tersebut, keesokannya dan beberapa hari berikutnya `bapok siam' yang sudah dikenali, diketahui alamat serta no telefonnya itu mula di`buru' oleh beberapa pihak. Malangnya, si bacul ini mernghilangkan diri dan dikatakan sehingga sekarang tiada siapa yang tahu bila `bapok siam' ini akan balik ke rumahnya. Bukan mahu cari gaduh, puak kita cari beliau kerana mahu tahu apa masalahnya kepada beliau dan Umno jika Nurul Izzah berceramah di situ? Umno takut apa? Kalau berdebat pun takut, mahu siarkan di dalam TV3 kenyataan pemimpin kita untuk menjawab hujah pemimpin Umno pun takut, masakan untuk memberi ruang ceramah pun Umno takut? Tapi kali ini kita bersedia. Kita bersedia untuk menentukan Nurul Izzah di dalam keadaan selamat pada 17hb ini nanti. Kita tidak `menjemput' puak-puak samseng taik minyak itu untuk hadir sekali lagi pada 17hb ini, tetapi jika puak-puak itu datang juga kita tidak akan menghalaunya. Baik dilayan dengan baik, buruk pula akan dilayan dengan buruk juga, Orang ramai dijemput hadir pada 17hb Mac ini di Lepar Hilir. Kita akan bersedia dengan puak-puak pengecut itu. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan