WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
| KEMELUT PAS KEDAH DAN ISU FELDA - TITISAN AIR MATA PEJUANG ISLAM.... Posted: 05 Mar 2012 08:37 PM PST YB Salahuddin Ayub menghubungi saya sekitar jam 6 petang ini. Kebetulan, ada di rumah saya di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Saya tegur dia; demam ke? Kerana suaranya di hujung talian berbeza daripada biasa. Beliau memaklumkan YB Datuk Phahrolrazi dan YB Datuk Dr Ismail Salleh telah menerima keputusan PAS Pusat dengan nada tersekat-sekat, menangis teresak-esak. Alhamdulillah... tidak semena-mena mengalir deras air mata saya. Kegembiraan yang tidak terhingga. Saya sujud syukur dan membaca Al-Qur'an sambil menangis. /Mazlan Aliman, Harakah Daily Apa yang saya alami mungkin tidak sama seperti orang lain. Semenjak YAB Perdana Menteri mengumumkan cadangan penyenaraian Felda Global Venture dalam Bajet pada 7 Oktober 2011 lalu; jiwa saya sangat tersentuh. Marah, sedih dan sering terganggu emosi saya. Berbulan-bulan saya bersama rakan-rakan NGO yang saya ketuai, ANAK membuat pelbagai usaha. Ceramah, dialog, taklimat, laporan polis, serahan memorandum, laporan SPRM, bertemu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), serah memorandum kepada ANGKASA dan puluhan sidang media di merata negeri. Saya teringat nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Sg Buaya, Sendayan dan Labu Johnson. Hanya menang sorak tapi kampung tergadai. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Saya tidak mahu penderitaan mereka dirasai oleh warga Felda yang lain. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beri semangat yang kuat untuk saya dan ANAK menentang habis-habisan. Bukan sahaja dalam mesyuarat PAS Pusat tapi juga melalui perbincangan dan kadang kala beliau menelefon saya melalui Setiausaha Akhbarnya, Sdr Nasaie Ismail. Saya jumpa YBM Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin politik, rakan-rakan NGO, group pemikir, bekas-bekas pegawai kanan Felda dan ramai lagi. Mereka memberikan pandangan dan tindakan yang mesti dibuat. Dr Rosli Yaakob, Lawyer Hj Haris Abdullah, Datuk Ramli Buyong, Hj Razman Zakaria, Ust Aris Faezol, Nasaie, Faizal, Yohanis (sekadar beberapa nama) antara yang cukup rapat dan banyak membantu. Kami sepakat menentang penyenaraian Felda Global Venture. Alhamdulillah, kami berjaya sekat cadangan EGM KPF pada 5 Januari 2012. Datang ujian berikutnya. Notis EGM KPF 22 Februari 2012. Lawyer Haris menyerahkan permohonan Injunksi Interim di Mahkamah Tinggi Kuantan pada sekitar jam 11 pagi 17 Februari 2012. Permohonan menghalang EGM KPF daripada melupuskan ekuiti KPF dan 10 anak syarikat dalam Felda Holding kepada Felda Global Venture Holding. Hari Jumaat 17 Februari 2012 jam 3.25 petang tidak akan saya lupa sepanjang hayat. Lawyer Haris keluar dari bilik mahkamah mengangkat tangan dengan senyuman sambil menjerit, kita menang! Saya dan teman-teman yang menanti penuh sabar petang itu menyambutnya dengan laungan Allahuakbar berulangkali. Saya tidak terkata apa. Walau saya lelaki yang jarang menangis... air mata berderai. Syukur Alhamdulillah. Terimakasih Yang Arif Hakim Datuk Mariana Yahya kerana membenarkan permohonan lapan orang plaintif yang mewakili pemegang saham KPF bagi menghalang usul-usul seperti terkandung dalam notis yang dihantar kepada perwakilan EGM KPF. Tanggal 19 Februari 2012, saya mengiringi Lawyer Haris menyerahkan perintah mahkamah kepada pihak KPF di Ibupejabat KPF di Jln Semarak KL. 21 Februari, Lembaga Pengarah KPF mengumumkan bahawa EGM KPF bertarikh 22 Februari 2012 dibatalkan. Syukur Alhamdulillah. Sekali lagi saya menangis gembira. 'Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu yang lemah ini sangat bersyukur; nikmat yang tidak terhingga yang Kau anugerahkan kepadaku'. Saya menerima ratusan ucapan tahniah daripada berbagai pihak sama ada melalui panggilan telefon, sms, email dan facebook. Terima kasih atas sokongan anda semua! Di tengah kekalutan dan kesibukan isu Felda, rakan-rakan Kedah memaklumkan cerita yang kurang enak didengar. Saya berulang alik ke Kedah memenuhi undangan ceramah dan program parti lebih 15 tahun. Saya mengenali rapat pimpinan PAS Kedah yang kini bergelar Exco Kerajaan Negeri. YB Nasir Mustapha, Adnan Saad, Aris Awang, Sanusi (Setpol YAB MB) adalah bekas pimpinan Pemuda PAS Kedah yang saya cukup rapat. Dari cerita mereka, sangat membimbangkan saya. Saya maklumkan kepada pemimpin kanan parti. Saya desak Hj Mohd Sabu, YB Salahudin dan Hj Mustapha Ali berbuat sesuatu dengan segera. Bayangkan, isu Felda dan Kedah betul-betul meletakkan saya selaku pemimpin PAS dalam tekanan yang tinggi. Harapan jutaan rakyat terpikul di bahu kami.Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 1 Mac 2012 di Pejabat Agung PAS, KL diadakan. Saya turut memberikan pandangan. Selesai membuat laporan polis di IPD Temerloh jam 12 tengah hari 3 Mac, saya bergegas ke Alor Setar. Sampai sekitar jam 9 malam. Selesai pertemuan serta sessi penghujahan Datuk Seri Azizan Abd Razak dan Datuk Phahrolrazi, saya menyertai Mesyuarat Khas PAS Pusat. Sekali lagi saya memberikan pandangan. Tamat hampir jam 3 pagi. Saya ajak Sanusi, Setpol YAB Menteri Besar makan kerana perut terasa begitu lapar. Beberapa bulan kebelakangan ini selera makan saya merosot teruk. Saya percaya ada kaitan dengan rentetan polemik dan kemelut dua isu di atas. Pagi Ahad, 4 Mac saya dan rakan-rakan dalam perjalanan balik ke KL singgah terlebih dahulu menziarahi AJK Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat, Sdr Saifulizan di rumah keluarganya di Taman Bee Bee Park, Alor Setar. Beliau dan isteri terlibat dengan kemalangan jalan raya. Berbeza ketika beliau masih dirawat di hospital swasta, Pulau Pinang; keadaannya makin bertambah baik walaupun perlu beberapa bulan lagi untuk pulih sepenuhnya. Hampir 10 tahun beliau membantu saya terutamanya menangani isu-isu Pulau Pinang. Seorang sahabat yang sangat komited dengan kerjanya. Saya singgah di Butterworth jam 12.30 tengah hari. Bertemu YB Nasir Mustapha dan Aris Awang. Sebagai sahabat, saya mengingatkan mereka agar patuh dengan keputusan PAS Pusat. Saya berusaha menjadi pendengar yang baik. Pandangan mereka saya sampaikan kepada Salahudin. Saya rujuk kepada beliau kerana Salahudin adalah Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Kedah yang dilantik PAS Pusat. Saya sampai di rumah sekitar jam 11.30 malam. Petang ini bila Salahudin memaklumkan berita ini; saya menulis untuk berkongsi kegembiraan ini. Berkongsi apa yang saya tanggung berbulan-bulan lamanya. Suka duka dalam mengharungi perjuangan sebenarnya suatu nikmat. Hari ini saya menerima NIKMAT BERGANDA. Meskipun saya memahami, ujian akan terus datang. Lawyer Haris hubungi saya tengah hari tadi. 8 Mac ini tempoh injunksi akan berakhir. Ada banyak lagi kerja yang mesti dibereskan. Sebentar tadi (9 malam) Sdr Taufeq salah seorang jawatankuasa Bertindak Isu Tanah Sg Kapal, Pengerang menelefon saya. Anak buahnya ditahan polis kerana pertahankan tanahnya daripada di ambil pemaju projek. Sudah pun di bawa ke IPD Kota Tinggi. Siang tadi YDP PAS Kota Tinggi, Hj Kamaldin juga menghubungi saya kerana beberapa orang anak Peneroka Felda Pasak mahu berjumpa kerana tidak berpuashati dengan pengagihan rumah Gen 2 yang tidak adil. Sebagai anak Johor, saya dan Salahudin telah lebih 20 tahun bersama. Kami akan terus berjuang. Kemanisan dalam perjuangan yang tidak sama kalau nak dizahirkan dengan ungkapan kata-kata. Kepenatan dan keletihan tidak terperi rasanya. Tapi kami puas. Berbakti untuk rakyat, bersama denyut nadi rakyat. Sukar macam mana sekalipun, kami akan harungi, Insya Allah. Moga kami terus istiqamah berjihad di jalan Allah. Amin./MT |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Menurut hemat Dr.Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) isu organisasi adalah perkara yang boleh berubah dan dalam konteks kedudukan non-muslim ianya boleh berlaku. Beliau mengambil contoh Justice Parti dari Ikhwan di Mesir yang melantik Naib Presidennya dari Kristian Koptik. Walaupun menurut Dr.Dzulkefly itu terpulang kepada ketetapan kepimpinan dari segi keperluan, namun kenyataan itu telah dimanupulasikan oleh media seperti biasa untuk menyatakan bahawa PAS sedia menerima non muslim sebagai orang No 2 parti. Bermulalah satu lagi babak sensasi tentang PAS apabila antaranya Mahathir Mohamad menyindir PAS supaya lantik Kit Siang jadi Presiden PAS!
Tetapi untuk memahami dinamika hubungan non muslim dalam hiraki parti lebih jauh daipada itu adalah sesuatu yang di luar garapan ahli PAS mahupun kepimpinannya. Dzulkefly sebagai Pengarah Pusat Kajian PAS sudah tentu mampu mempertahankan hujahnya namun bagaimana penerimaan pimpinan PAS yang lain. Semasa artikel in ditulis Ketua Pemuda PAS (gambar kanan) sudah pun menulis panjang lebar tentang kebimbangan beliau kepad lontaran Dzulkefly ini, manakala Ketua Dewan Ulamak menolak mentah ide ini dengan menyatakan "over my dead body".
Apapun isu ini boleh dicerakinkan secara intelektual antara yang menyokong dan yang membangkang. Pada hemat saya bankangan itu lebih kepada realiti politik dan bukan sangat soal feqah. Malah hujahan bahawa Justice Parti tajaan Ikhwan Muslimin itu menerima non muslim sebagai orang No 2 masih boleh diperdebatkan. Ini adalah kerana Ikhwan Muslimin masih kekal sebagai badan induk manakala JP adalah platform politiknya, sedangkan di Malaysia PAS tidak mempunyai dwi identiti. Lainlah kalau organsiasi Ikhwan sebagai induk ada semacam hiraki yang sedemikian maka ia menjadi sesuatu yang menarik. Lagipun konteks Malaysia tentunya berbeza dalam pembahagian politik perkauman yang sebegitu rupa, mempunyai DHPP sendiri adalah satu cabaran besar.
Dzulkefly dan isu yang dibawanya mungkin telah menimbulkan kontroversi bagi organisasi PAS, tetapi ada pula yang suka dengan ide ini. Bagi penganalisis luar, ini menandakan PAS telah berjaya memecahkan taboo yang selama ini menjadi tembok penghalang untuk PAS dilihat berinspirasikan citarasa nasional. Sehingga ia diterima sebagai satu realiti, pandangan-pandangan penuh kontraversi ini akan sentiada mencabar mind-set golongan konservatif dalam PAS.
Namun 1Malaysia juga menyatakan bahawa perbezaan ini bukanlah halangan bagi kita untuk mencapai matlamat bersama, iaitu meningkatkan kemakmuran negara. Ia juga menyatakan bahawa sedang negara kita berkembang maju, sumber dan peluang yang semakin meningkat perlu diagihkan bagi menangani masalah yang dihadapi pada hari ini dan bukan masalah yang dihadapi oleh generasi bapa saya dahulu.
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat Isnin 12 Mac ini bagi membentuk jawatankuasa pemandu yang berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri yang disertai PAS.

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang akur dengan keputusan PAS Pusat untuk mengekalkan Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sebagai Exco.

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlekehkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah.











KUALA BESUT – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, cadangan Parti Kaeadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu untuk bertanding 14 kerusi DUN dan Parlimen dalam pilihanraya ke-13 akan datang di negeri Terengganu adalah merupakan hasrat parti tersebut.
