Isnin, 5 Mac 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kedah : PAS bentuk jawatankuasa pemandu Isnin depan

Posted: 05 Mar 2012 09:07 PM PST


KUALA LUMPUR, 6 Mac: Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat Isnin 12 Mac  ini bagi membentuk jawatankuasa pemandu yang berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri yang disertai PAS.

Jawatankuasa ini pula hanya bersifat advisery (penasihat) sahaja  dan bukannya mempunyai kuasa dari segi pentadbiran.

Ekoran itu, PAS kesal dengan tafsiran liar sesetengah media yang membuat tafsiran salah terhadap penubuhan jawatankuasa pemandu yang diumumkan PAS semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, jawatankuasa bukan untuk pimpinan tertentu sahaja tetapi untuk semua.
Media hari ini melaporkan kononnya PAS membentuk jawatankuasa ini untuk mengurangkan kuasa MB Kedah.
Berikut adalah kenyataan penuh Mustafa.
Read More / Baca Lagi >>

All BN, Umno leaders must apologise

Posted: 05 Mar 2012 09:06 PM PST

A Malay NGO says Najib's gesture alone is not sufficient. The Penang Malay Congress says a collective apology is needed.
GEORGE TOWN: A Malay NGO has asked all Umno and Barisan Nasional leaders to emulate Prime Minister Najib Tun Razak and apologise to all Malaysians for their past blunders and wrongdoings.
Penang Malay Congress president Rahmad Isahak said Najib's apology alone was was not enough.
"Umno and BN leaders should emulate Najib's leadership by example. They must collectively apologise to all Malaysians. Or else, Najib's public apology would be a waste," he told FMT today.
He said it would not be easy for Malaysians to forget or forgive Umno and BN's wrongdoings since they were badly affected by them.
Read More / Baca Lagi >>

BN has got it wrong: Political parties are not God and unity is when M'sia is for all M'sians

Posted: 05 Mar 2012 09:04 PM PST

BN has got it wrong: Political parties are not God and unity is when M'sia is for all M'siansSince taking over as prime minister in 2009, when has Najib Razak shown himself to be an inclusive leader for all Malaysians? A prime minister that speaks for the people of all colors, faiths and creed living in Malaysia? Has he been able to transform the Malaysian landscape divided by communal lines to a single melting pot, where people from different ethnic backgrounds can sit at the same table and enjoy a common meal and drink together, chat and discuss national affairs as fellow Malaysians?
Not only is the answer in the negative, but the situation is actually much worse than before when his predecessor Abdullah Badawi could at least still cajole the people to cool off. Now with Najib at the helm, extremist groups such as Perkasa and Jati have been allowed, even encouraged, to thrive. But meant to galvanize the Malays and Muslims to band together behind Umno, they have failed. Those who support these two groups belong to the conservative, right-wing hardline. Very few, if any at all, of the more moderate or liberal-minded Malays have been persuaded to shift camp.
Read More / Baca Lagi >>

Kasih Nenek : Sanggup gadai nyawa selamatkan si kembar

Posted: 05 Mar 2012 07:48 PM PST


Pasangan-kembar,-Sharmila-Erisya-(kanan)-dan-Sharmila-Ailiza-nyaris-maut-dalam-kebakaran-itu.
Rumah-pusaka-yang-didiami-13-beranak-hangus-dalam-kebakaran-di-Kampung-Kolam-di-sini-petang-semalam.
KODIANG - Seorang nenek sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan sepasang cucu kembarnya dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Kolam di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, pasangan kembar seiras, Sharmila Erisya Sunizat dan Sharmila Ailiza, 3, nyaris maut selepas rumah pusaka yang turut didiami 11 anggota keluarga yang lain musnah dalam sekelip mata.

Menceritakan detik cemas itu, nenek pasangan kembar itu, Norlia Lebai Arif, 52, berkata, dia nekad merempuh masuk ke rumah berkenaan bagi menyelamatkan kedua-dua cucunya selepas melihat api yang mula marak.

Menurutnya yang ketika itu berada di pondok milik keluarga terletak kira-kira lima meter dari rumah terbabit terkejut melihat api keluar dari rumah berkenaan dan sempat menjerit sekuat hati meminta tolong.

"Pada masa itu juga saya berlari masuk ke rumah itu bagi menyelamatkan cucu-cucu saya yang kebetulan ditinggalkan sendirian di rumah itu sementara ibu mereka keluar mengambil anak lain yang bersekolah.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysiaku : Kelapa aneh empat mata

Posted: 05 Mar 2012 07:46 PM PST


kelapa
KOTA RAJA BERSIUNG, KERIAN – Seorang penduduk di sini, Bidi Wahab menganggap penemuan sebiji kelapa yang mempunyai empat mata sesuatu luar biasa memandangkan kelapa hanya mempunyai tiga mata sahaja.

Menurutnya, dia sendiri langsung tidak menyedari kehadiran kelapa yang baru dipetiknya itu dari kebun berhampiran.

"Biasanya kelapa yang hendak dijual, saya dilonggokkan sahaja di tepi jalan dan setiap longgok ada empat biji. Saya menjualnya dengan harga RM5 selonggok," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Nobat pemerintahan Islam di Kedah – Dewan Ulamak

Posted: 05 Mar 2012 07:43 PM PST


KUALA LUMPUR, 6 Mac: Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang akur dengan keputusan PAS Pusat untuk mengekalkan Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sebagai Exco.
Sehubungan itu, ketuanya, Datuk Harun Taib (gambar) menggesa semua pihak selepas ini menghalakan segenap usaha dan tenaga yang ada untuk meneruskan perjuangan menobatkan pemerintahan Islam di Kedah Darul Aman dengan mengamalkan konsep ukhuwwah, persepakatan dan musyawarah dalam semua urusan.
Beliau yang juga Adun Manir, Terengganu menyatakan demikian dalam satu kenyataan ringkas sebagai respons kepada keputusan PAS Pusat berhubung isu pelantikan Exco Kerajaan Kedah yang melibatkan Phahrolrazi dan Ismail.
Semalam, kedua-dua exco itu akur dengan keputusan PAS Pusat untuk menerima semula jawatan berkenaan.

Pakatan tubuh S’jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya

Posted: 05 Mar 2012 07:43 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Mac: Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.
"Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Read More / Baca Lagi >>

Bangunan baru UPSI: Tidak sampai sebulan siling dah runtuh

Posted: 05 Mar 2012 07:42 PM PST


MINGGU lalu, ReJaM© ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, Perak ketika 7 orang mahasiswa termasuk seorang aktivis dipanggil untuk sesi kawad cam rujuk sini [KeadilanKini].

Mereka diarahkan ke balai polis untuk membantu siasatan melalui pengecaman saksi-saksi polis bagi mengenalpasti individu-individu yang menyertai himpunan kebebasan akademik malam tahun baru 2012 yang lalu.

Antara yang turut dipanggil ialah saudara Hilman Idham, pegawai khas Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang juga bekas ahli jawatan kuasa Soladiriti Mahasiswa Malaysia (lima dari kiri dalam gambar).


Read More / Baca Lagi >>

Tolak debat: Saifudin Abdullah perlekeh Najib

Posted: 05 Mar 2012 07:40 PM PST


KUALA LUMPUR, 6 Mac: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlekehkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah.

Saifudin memberikan 10 sebab dan alasan kenapa cabaran debat ini perlu diterima oleh Najib demi untuk kebaikan negara ini.

Saifudin berkata demikian dalam tulisannya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS: PM sengaja cari alasan elak debat

Posted: 05 Mar 2012 07:40 PM PST

riduan mohd norPemuda PAS melihat kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau sedia berdebat dengan sesiapa saja yang berfikiran munasabah dan serius mengenai masa depan negara sebagai alasan untuk mengelakkan perkara itu.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor mendakwa, Najib takut berdepan pemimpin Pakatan Rakyat dan terus mencari elak bagi mengelakkan pertembungan yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

"Pemuda PAS merasakan Datuk Seri Najib lebih suka memilih 'menembak dari jauh' atau melalui satu pihak sahaja iaitu menggunakan sepenuhnya media utama negara daripada berdepan dengan hujah balas pihak lawan." katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan berkata, kenyataan Najib itu mengulangi episod pemimpin Umno terdahulu yang didakwa gemar menyerang pembangkang melalui media tanpa diberi peluang mengemukakan hujah balas.
Read More / Baca Lagi >>

18-3-2012 : 'Superwomen' berhimpun tuntut tadbir urus baik

Posted: 05 Mar 2012 07:38 PM PST

NONELebih 5,000 'superwomen' akan turun ke jalanan sekitar Petaling Jaya pada 18 Mac ini sebelum berhimpun di sebuah padang awam untuk menuntut tadbir urus yang bersih dan baik.

"Kami jangkakan kira-kira 5,000 wanita... Kita akan berkumpul di tiga lokasi dan berjalan kaki ke padang Astaka," kata penganjurnya, Ho Yock Lin kepada Malaysiakini.

Wanita berkenaan akan berkumpul serentak di stesen LRT Asia Jaya dan Taman Jaya serta  Masjid Tun Abdul Aziz di Seksyen 14 pada jam 2 petang sebelum berarak ke destinasi akhir mereka.

Ho, yang juga timbalan presiden All-Women's Action Society (AWAM) berkata ketiga-tiga  kumpulan itu akan bertemu di padang Astaka, yang terletak di hadapan Amcorp Mall.
Read More / Baca Lagi >>

Hamas dalam percaturan politik serantau Asia Barat

Posted: 05 Mar 2012 07:34 PM PST

Oleh HARIS ZALKAPLI

Tekanan dihadapi rejim Bashar al-Assad dan percaturan Qatar dalam politik serantau dunia Arab mula menampakkan kesannya terhadap Hamas, gerakan Islam yang semakin menghadapi ujian getir sejak menyertai pentadbiran Palestin ekoran kemenangan besar dalam pilihan raya 2006.

Tekanan hebat dihadapi rejim Bashar di Syria mula menjejaskan perlindungan yang diperolehi Hamas di Damsyik, satu-satunya kawasan selamat bagi gerakan Islam Palestin itu.

Akibat tekanan kuat ke atas Damsyik oleh kuasa-kuasa serantau diketuai Arab Saudi dan Qatar dengan sokongan kuasa Barat, pangkalan Hamas itu kini menyaksikan perpindahan keluar pemimpin dan biro politik pergerakan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Hukum Hudud tidak disebut dalam Al-Quran ?

Posted: 05 Mar 2012 07:27 PM PST

1. Semenjak 2 hari ini, ruangan alam maya di Malaysia mungkin sibuk dan hangat mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai hukum hudud.

2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.

3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang islam.

4. Didalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.
Read More / Baca Lagi >>

Skim Rumah Pertama (SRP) Gagal? Tiada Orang Pun Yang Layak?

Posted: 05 Mar 2012 07:23 PM PST

skim rumah pertama Skim Rumah Pertama (SRP) Gagal? Tiada Orang Pun Yang Layak?
Kalau semak semula matlamat & tujuan asal Skim Rumah Pertama (SRP) pada mulanya, kami agak kagum juga. Walaubagaimanapun, apabila kerajaan bertindak menaikkan pinjaman daripada RM200,000 kepada RM400,000, kami nampak "ada sesuatu yang tidak kena" kepada idea pelaksanaannya di situ. Tetapi…..
Tetapi, kami sama sekali tidak menjangkakan yang mana Skim Rumah Pertamaku (SRP) akan menjadi gagal sebegini rupa sehingga apabila tiada satu pemohonan pun pinjaman 100% yang mahu diluluskan oleh pihak bank. (Laporan asal akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily)
Read More / Baca Lagi >>

Malaysiaku : Saya terdesak samun untuk beli susu anak .....

Posted: 05 Mar 2012 07:21 PM PST


Saya terdesak samun untuk beli susu anak
KUALA TERENGGANU- "Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun," demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.

Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.
Read More / Baca Lagi >>

Susuk:Insaf lepas lihat mayat rakan hodoh

Posted: 05 Mar 2012 07:17 PM PST

Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk yang dipakainya lebih 20 tahun.Wanita berusia 48 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Hayati, berkata kematian sahabatnya membuatnya insaf dan menyebabkan beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.Gambar fail sebuah filem mengenai susuk.
'Bagaimanapun, bukan senang membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
Read More / Baca Lagi >>

Mohon Maaf: Najib main wayang lagi…..!!

Posted: 05 Mar 2012 07:16 PM PST

Shahbudin Husin
Dalam tempoh dua minggu ini sudah dua kali Najib memohon maaf kepada rakyat. Di Pelabuhan Kelang, dalam program bertemu rakyat di sana dua minggu lalu, Najib mengakui bahawa BN ada melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.Menurut Perdana Menteri, UMNO dan BN kini sudah insaf atas kesilapan lalu dan memohon maaf sambil berjanji tdak akan mengulangi lagi kesilapan lalu kiranya diberi peluang berkuasa semula di Selangor.
Semalam di Kedah, Najib sekali lagi memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan UMNO dan BN pada pilihanraya 2008 lalu yang menyebabkan beberapa negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat serta kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Fathul Bari: Kenyataan Tun M bawa kufur....Ulama Umno hentam tok det..!!!

Posted: 05 Mar 2012 07:14 PM PST

Kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Hukum Hudud yang cuba dilaksanakan oleh Pas di beberapa negeri yang pernah ditadbirnya dianggap sebagai kenyataan dari seorang yang jahil tentang agama.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Ustaz Fathul Bari dalam satu ceramah yang dimuatnaik di laman sosial you tube baru-baru ini berkata sekiranya orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut merupakan orang yang mempunyai ilmu, maka ia boleh mengakibatkan kekufuran.
"Kenyataan saya sangat jelas, di mana kalau ia keluar daripada lisan orang-orang yang mengetahui, yang ada ilmu, ia boleh membawa kepada kekufuran.
Read More / Baca Lagi >>

What we’re doing and how you can be a part of it?

Posted: 05 Mar 2012 07:10 PM PST

Many people have mistaken us as another institution that promotes the youth votes. What we're really doing is to encourage those who do or intend to vote to exercise their votes wisely. We also believe that a citizen's duty is not restricted to casting their ballot once in every five years. The power to improve our lives does not lie in the hands of our elected representatives alone. It lies in our daily actions.
LoyarBurok
Since the launch of UndiMsia! on 16 September 2011, we've been receiving positive and encouraging comments from random people on the work we do. There are also the rare occasions when we're asked, "What do you really do?" A reasonable and wise question really and if you haven't been following us on Twitter, Facebook or the articles written by many of our passionate volunteers and supporters on this blog, please do read on.
Read More / Baca Lagi >>

8 Mac tentukan rayuan Adam Adli

Posted: 05 Mar 2012 07:09 PM PST

SHAH ALAM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) akan menentukan sama ada pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim dikurangkan atau terlepas dari hukuman penggantungan tiga semester pada 8 Mac ini.

Hukuman ini dikenakan ke atas Adam kerana mencemar nama baik universiti, penuntut dan kakitangan universiti serta ketenteraman keselamatan awam, moral, kesopanan dan tatatertib.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Upsi, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, Lembaga Pengarah Universiti (LPU) akan meneliti segala rayuan dan bukti dikemukakan Adam Adli.
"Kita akan mengumumkan keputusan persidangan LPU kira-kira sebulan selepas tarikh itu (8 Mac)," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia's Petronas posts profits drop

Posted: 05 Mar 2012 07:07 PM PST



(Yahoo!News) - Malaysian state energy firm Petronas said Monday net profit fell 34 percent in the third quarter and warned of challenging times ahead due to global economic uncertainty.
Petronas MYProfit at Malaysia's biggest company dipped to 15.6 billion ringgit ($5.2 billion) in the three months to December 31, compared to 23.7 billion in the corresponding period a year before.

Petronas attributed the drop to a higher base of comparison in the third quarter of 2010 due to one-off gains from the listing of two subsidiaries that amounted to 9.2 billion ringgit.
Read More / Baca Lagi >>

MARI DEBAT ISU RAKYAT ; BUKU JINGGA 100 HARI PAKATAN RAKYAT !!

Posted: 05 Mar 2012 06:56 PM PST

 
INI WAJAH SEORANG PRESIDEN UMNO YANG PALING PENGECUT DALAM SEJARAH PENUBUHAN UMNO !!


" JANGAN CABAR SAYA .. " KATA NAJIB DI UTUSAN MELOYA

  ANWAR DAH CABAR DAH !!

SAHUT LA KALAU ANAK JANTAN WAHAI NAJIB PENGECUT !!

MARI DEBAT ISU RAKYAT ; BUKU JINGGA 100 HARI PAKATAN RAKYAT !!


INI APA PUNYA PRESIDEN UMNO !!

BUAT MALU MELAYU UMNO JE!!

KALAU AKU AHLI UMNO AKU KELUAR PARTI RAMAI-RAMAI !!

MALU LA WOIII !!

DAPAT PRESIDEN UMNO YANG PENGECUT !!

DAPAT PRESIDEN UMNO YANG BACUL !!

DAPAT PRESIDEN UMNO YANG PENAKUT !!

DEPAN WARTAWAN,TV3 SUKU SEGALA HEBAT DIA SEMBANG TAPI HAPRAK!

PRU13 : Cadangan Bertanding 14 Kerusi Hanya Hasrat PKR Terengganu

Posted: 05 Mar 2012 06:54 PM PST

KUALA BESUT – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, cadangan Parti Kaeadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu untuk bertanding 14 kerusi DUN dan Parlimen dalam pilihanraya ke-13 akan datang di negeri Terengganu adalah merupakan hasrat parti tersebut.

Beliau berkata, PAS Terengganu juga mempunyai hasrat dan hasrat PAS Terengganu telah disampaikan kepada pihak Pusat dan terpulanglah kepada pihak Pusat untuk menentukannnya.

"Hasrat (PKR) nak bertanding 14 kerusi, itu hasrat dia, (dan) hasrat kita kita tak beritahu, kita dah serahkan kepada pihak Pusat,
Read More / Baca Lagi >>

10 sebab mengapa Najib tak akan berdebat.!!

Posted: 05 Mar 2012 06:51 PM PST


Kenyataan terbaru perdana menteri mengenai kesediannya berdebat dengan mana-mana pemimpin, namun pada masa sama meletakkan syarat yang tidak jelas, sekali lagi menggambarkan sikapnya yang berdolak dalik.


Najib sentiasa mencari alasan untuk mengelak cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberi gambaran kononnya pemimpin Pakatan Rakyat itu tidak rasional.Read More / Baca Lagi >>

Business is now where the action is: Rosmah's Deepak returns to Envair with RM1.5bil deal

Posted: 05 Mar 2012 06:48 PM PST

Business is now where the action is: Rosmah's Deepak returns to Envair with RM1.5bil dealWhen it comes big bucks, First Lady of Malaysia Rosmah Mansor - known for her business savvy - is never shy to jostle for first spot in the queue and woe betide anyone who doesn't make way for her. Given such perseverance, it is no surprise that her protege Deepak Jaikishan is back with a bigger and more sensational RM1.5bil oil and gas deal to shock the share market - especially the penny stocks - to life again.
Deepak plans to inject this contract into Envair Holdings Bhd, an ailing firm in need of new businesses. That Envair, a small-time air and water filter maker, can transform itself into a player in Malaysia's competitive but highly lucrative O&G sector is mind-boggling.
The Malaysian O&G sector is basically dominated by national oil firm Petronas and its units. Riding on its coat-tails are service providers such as Scomi and Kencana-Crest-Sapura, which derive their revenue from Petronas-related contracts. Not surprisingly both firms are controlled by the sons of former premiers Abdullah Badawi and Mahathir Mohamad respectively.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: