Isnin, 5 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hassan Jati dakwa mampu peroleh RM60ribu sebulan ... PKR dan DAP adalah parasit dalam PAS

Posted: 05 Mar 2012 09:54 PM PST

Apabila membicarkan isu melindungi agama Islam, NGO Jalur Tiga (JATI) yang berusia belum setahun jagung, percaya bahawa cara paling berkesan adalah memastikan Pakatan Rakyat tidak berkuasa.

Pada ceramah JATI di kerusi di Gombak Setia, malam semalam yang dipegang oleh pengerusinya, Datuk Hasan Ali, mereka berkempen menentang DAP dan PKR yang diistilahkan beliau sebagai "unsur-unsur parasit" dalam PAS.


Sambil mengapi-api emosi hadirin yang berjumlah 500 orang itu, penceramah Shamsuddin Munir (kanan) menuduh pemimpin bukan Islam DAP dan PKR sebagai "pelampau dan cauvinis" dan melabelkan mereka sebagai "kafir harbi".

Shamsuddin, yang mempunyai kaitan dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berkata ini adalah kerana masyarakat bukan Islam berterusan memurtadkan umat Islam.

"Mereka adalah kafir harbi dan adalah wajib melancarkan perang ke atas mereka. Dalam erti kata moden, ini bermakna tidak memberikan satu pun kerusi kepada DAP atau PKR pada pilihan raya umum ini," katanya.

Membawa tema yang sama adalah bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Hassan Basri Mohamad (bawah, kiri) yang mendakwa parti itu telah dihina sedemikian rupa kerana unsur-unsur parasit itu kini mahu pemimpin bukan Islam.

"Mereka mahu Ustazah Ambiga (Sreenevasan) sebagai timbalan presiden. Adakah mereka begitu kebulur pada undi bukan Islam? ... Mereka akan memeluk Ambiga seolah-olah dia adalah seorang pejuang Islam, " hasut penceramah itu.

Bagi menambah kehangatan ceramah pada malam itu, yang hadirinnya, kebanyakan mereka dalam pertengahan umur, penceramah utama - Hasan Ali - memberi amaran terdapat tanda-tanda Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang melindungi kepentingan orang Melayu akan dihapuskan.

"Tanda-tanda itu jelas dalam tindakan, kata-kata dan tulisan-tulisan mereka... jika Pakatan menang besar, mereka akan menggugurkan Artikel 153 dan menggantikannya dengan meritokrasi. Itulah sebabnya kita perlu institusi diraja yang boleh menghalang ini," katanya.

Hasan yang dipecat oleh PAS dan kemudiannya digugurkan dari exco kerajaan negeri Selangor, kemudiannya mendakwa beliau "melepaskan" jawatannya di mana beliau mampu memperolehi sehingga RM60,000 sebulan semata-mata untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Institusi Diraja. - Malaysiakini

[Artis] HOT ... Sah .. Ella bakal berkahwin

Posted: 05 Mar 2012 07:23 PM PST

Sah! Ella telah pun menghadiri kursus kahwin pada hujung minggu lalu. GUA yang pantas merisik siapakah lelaki yang berjaya menambat hati Ella, namun tidak akan mendedahkan siapakah lelaki yang menjadi pilihan hati Ella. GUA dengar lagi, lelaki tersebut cukup sepadan dengan Ella.

Khabarnya lelaki yang dimaksudkan namanya bermula dengan huruf A. Seorang yang berkerjaya dan agak tinggi lampai dan kacak orangnya. Pasangan tersebut pernah bercinta satu ketika dahulu, namun putus di tengah jalan. Masing-masing membawa haluan sendiri dan takdir menentukan mereka bertemu kembali dan menjalinkan hubungan cinta semula.

Keluarga masing-masing telah pun bertemu, namun ia bukanlah majlis pertunangan. Jika telah pun menghadiri kursus perkahwinan, pastinya majlis pernikahan bakal berlangsung dalam tahun ini juga kerana masing-masing cukup serius dengan perhubungan cinta tersebut.
GUA ucapkan tahniah kepada Ella dan "A". - GUA

Kemelut Kedah : Kuasa MB dihadkan

Posted: 05 Mar 2012 06:04 PM PST

Jawatankuasa Pemandu ditubuh pantau Azizan tadbir, urus negeri

KUALA LUMPUR: Krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaksa PAS menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya.

Walaupun kemelut itu dilihat selesai selepas dua EXCO terbabit, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh bersetuju menyertai semula barisan EXCO negeri, jawatankuasa berkenaan antara lain berfungsi memberi pandangan mengenai apa yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat dalam tugas Azizan mengurus dan mentadbir Kedah.


Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, semalam selepas diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Star, pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Phahrolrazi ketika mengumumkan keputusan beliau dan Dr Ismail menyertai barisan EXCO negeri di Alor Star petang semalam, berkata jawatankuasa itu akan berfungsi sebagai kuasa pemutus tertinggi, sekali gus membolehkan sebarang percanggahan pendapat di kalangan EXCO, termasuk dengan Menteri Besar diselesaikan di peringkat jawatankuasa itu.

Namun, Mustafa ketika ditanya mengenai peranan jawatankuasa itu menjelaskan ia tidak akan mencampuri urusan pentadbiran Menteri Besar secara terus tetapi akan memberikan pandangan dalam beberapa perkara yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat.

"Kita tidak campur pentadbiran secara 'per se' (secara khusus). Tidak boleh campur, tetapi kita boleh berikan pandangan mengenai perjalanan (pentadbiran) negeri itu. Kerajaan yang kita (PAS) pimpin itu atau yang kita terbabit secara langsung (bertanggungjawab) maklumkan program yang dijalankan dan kita boleh beri pandangan kita," katanya pada sidang media yang turut dihadiri dua Naib Presiden PAS, iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, keanggotaan jawatankuasa berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat parti pada 12 Mac ini.

Kemelut dalam pentadbiran PAS Kedah bermula dua minggu lalu apabila Phahrolrazi, yang juga EXCO kanan bersama Dr Ismail menolak untuk dilantik semula ke jawatan itu beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah jawatan berlangsung di Istana Anak Bukit.

Berikutan itu, pelbagai usaha memujuk mereka menerima semula pelantikan tetapi Phahrolrazi dan Dr Ismail bertindak berani apabila menetapkan syarat kepada Menteri Besar untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Keengganan mereka menyertai barisan EXCO Azizan dikatakan ada kaitan dengan desakan daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS atau kumpulan Anwarinas yang tidak setuju dengan pemimpin tertentu, termasuk Azizan bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

Mustafa berkata, jawatankuasa sama pernah diwujudkan selepas pilihan raya umum pada 2008 untuk memberikan pandangan berkaitan soal pengurusan, kelicinan dan pentadbiran negeri itu.

Mengenai laporan yang menyatakan Phahrolrazi ada menetapkan syarat supaya beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, Mustafa berkata, perkara itu tidak berbangkit kerana semua keputusan dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Inilah hasilnya, inilah keputusan yang dibuat dan kita yakin ia boleh diselesaikan. Semua yang terbabit sebelum ini menyerahkan kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan dan ia sudah pun diputuskan," katanya.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan peluang PAS Kedah untuk kekal berkuasa di negeri itu, Mustafa berkata, ia sama sekali tidak berbangkit malah yakin Kedah akan kekal di bawah PAS.- Berita Harian

Santai Pagi : Menantu baru solat subuh

Posted: 05 Mar 2012 05:38 PM PST


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. 


Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. 

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

STONE ; Kah kah kah kah kah kah kah kah .............. mamat ooii awat hang jadi lagu tu hahaha

Jimmy Shanley mengaku tampar isteri kerana tidak mahu tidor sama ketika berbulan madu

Posted: 05 Mar 2012 07:19 AM PST

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini bahawa beliau telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy ketika sedang berbulan mandu di Koh Samui, Thailand.

Jimmy, 32, berkata, beliau bertindak demikian setelah kecewa dengan sikap dingin isterinya apabila enggan tidur bersama ketika tiba di destinasi peranginan itu pada 18 Oktober 2010.

Kata Jimmy, sikap dingin Nursuhaila, 26, telah menyebabkan beliau terpaksa menyewa sebuah bilik lain untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku sehari selepas itu.

"Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu.

"Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham," katanya pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Saharudin Selamat.

Tambah pelakon itu, akibat perselisihan faham semasa percutian berbulan madu tersebut, Nursuhaila telah bertindak keluar dari hotel penginapan mereka tanpa keizinannya dua hari selepas itu (20 Oktober)untuk berlepas ke Bangkok dan dia tidak mengetahui berapa hari isterinya itu berada di bandar berkenaan.


Nursuhaila hadir memakai baju berwarna terang.
Katanya, Nursuhaila turut menghempas pintu bilik hotel selepas dia melarang isterinya itu keluar daripada hotel dan insiden pergaduhan itu turut dirakamkan dalam bentuk video.

Menurut Jimmy, beliau hanya mengetahui mengenai aktiviti Nursuhaila selepas membaca status menerusi Facebook miliknya yang tertulis; "Aku mai la... "sape" pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah... aku nak keluar enjoy hilangkan stress."

Apabila ditanya oleh peguamnya, Mohd Noor Raizan siapakah wanita yang dimaksudkan dalam Facebook itu, Jimmy memberitahu individu tersebut adalah teman Nursuhaila.

Ujar Jimmy, dia hanya bertemu semula dengan isterinya itu di rumah milik mereka di Sungai Buloh dekat sini kira-kira lima hari selepas pulang daripada Koh Samui.

Jimmy turut memberitahu mahkamah dia dan isterinya jarang berkomunikasi secara lisan sebaliknya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja.

"Macam mana nak bercakap kalau dia tak mahu. Lebih baik SMS," katanya.

Terdahulu, Nursuhaila yang turut hadir untuk mendengar hujah pihak plaintif pada prosiding berkenaan bersetuju dengan keterangan suaminya selain memberitahu sudah tawar hati terhadap Jimmy.

Pengacara rancangan Trek Selebriti terbitan Astro itu memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zahrah Shanley yang kini berusia kira-kira sembilan bulan.

Prosiding kes berkenaan akan disambung pada 7 dan 14 Mei depan. - mStar

Rela dimasukkan ke neraka

Posted: 05 Mar 2012 05:06 AM PST

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya.

Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.


Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam".
Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS.

Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali.

Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi" - Halimislam Online

Pemuda PAS nak jumpa, nak bagitau Mahadet pasal Hudud

Posted: 05 Mar 2012 03:58 AM PST

Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman @ Sinar Harian
5 Mac 2012

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat mahu mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan maklumat berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai hudud.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pertemuan itu adalah bagi menjelaskan kedudukan sebenar hudud kepada Dr Mahathir dan ingin bertanya tentang motif sebenar kenyataan beliau tempoh hari.

"Kami sudah menghantar surat rasmi kepada beliau (Tun Mahathir) tarikh dan masa sudah pun dicadangkan iaitu pada 12 Mac pada jam 11 pagi. Kami berharap beliau dapat memberikan respons positif.


"Kami akan adakan dialog dengan beliau untuk menerangkan apa yang patut beliau tahu mengenai hudud," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam satu program bersama mahasiswa di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) baru-baru ini menyatakan bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan pelaksanaannya tidak adil kerana dicipta oleh ahli fiqh.

Ketika ditanya pemberita, apakah reaksi peribadi Pas mengenai kenyataan itu, Nasrudin berkata, kata-kata Dr Mahathir itu nampak tidak benar sama sekali.

"Sebab itulah saya mahu adakan pertemuan dengannya, nak tahu apa motif dan niat sebenar beliau berkata begitu.

"Semoga pertemuan itu diterima baik oleh Tun Dr Mahathir supaya mudah untuk kami perjelaskan kedudukan hudud," katanya.

Dewan Pemuda Pas Pusat juga bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan pengurusan The Star berhubung kontroversi berkaitan dengan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu.

"Kami mahu The Star jelaskan pada kita, bagaimana mudahnya keluar gambar yang tida sepatut disiarkan, mengapa tidak diperhalusi penapisan.

"Jika ada kesilapan, kami mahu tegur supaya ia tidak berulang lagi. Kita akan turut menyatakan pendirian kita sebagai orang Islam terhadap isu-isu hiburan terutama jika ia boleh mencetuskan kontroversi," katanya.

Menurut beliau, surat bagi pertemuan tersebut telah dihantar hari ini dan hanya menunggu jawapan dari pihak berkenaan.

Artikel terdahulu : Mahathit kata tidak ada hukum Hudud dalam Al Quran

Debat : Sekali lagi Najib penakut

Posted: 05 Mar 2012 03:13 AM PST

Debat: Najib sekali lagi berdolak dalik

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Kenyataan terbaru perdana menteri mengenai kesediannya berdebat dengan mana-mana pemimpin, namun pada masa sama meletakkan syarat yang tidak jelas, sekali lagi menggambarkan sikapnya yang berdolak dalik.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa kononnya sedia berdebat dengan syarat lawannya mesti mempunyai 'pemikiran munasabah' dan serius mengenai masa depan negara.


Rafizi berkata, Najib sentiasa mencari alasan untuk mengelak cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberi gambaran kononnya pemimpin Pakatan Rakyat itu tidak rasional.

"Sedangkan debat yang ingin dianjurkan ini memang berkaitan masa depan negara dan rakyat, bukan setakat debat kosong. Kita mahu berdebat mengenai dasar ekonomi, tadbir urus dan berkaitan kepentingan rakyat," katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.

Najib dalam entri terbaru blognya bertajuk 'Kebenaran Mengenai Malaysia' menyatakan kesediaan berdebat mengenai politik dengan mana-mana pemimpin, namun tidak menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai 'pemikiran munasabah' yang beliau maksudkan.

Anwar sebelum ini berulangkali mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan masa depan negara, namun ia ditolak perdana menteri itu dengan pelbagai alasan.

Rafizi berkata, Najib tidak perlu berdolak dalik memandangkan seluruh rakyat terutama pengundi muda mahu melihat sejauh mana kredibiliti seorang pemimpin politik berhujah bagi membuktikan masing-masing layak untuk mentadbir negara.

"Sikap Najib yang sentiasa berdolak dalih akan menjatuhkan imejnya sendiri kerana pengundi muda yang merupakan kelompok terbesar mahu melihat kedua-dua tokoh politik ini berdebat mengenai masa depan negara," katanya.

Sementara itu, dalam kajian terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center mendapati 54 peratus rakyat Malaysia mahu melihat perbahasan antara Najib dan Anwar.

Daripada kajian itu, 67 peratus pengundi muda bersetuju perlu ada perdebatan antara kedua pemimpin untuk mempamerkan idea dan dasar negara.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27781

Tiada ulasan: