misi
KUALA LUMPUR - Pas Pusat mencapai kata putus dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan  sebagai Menteri Besar Kedah dan telah meminta dua Exco yang terlibat kembali.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Musatafa Ali berkata, setelah mesyuarat khas bersama Presiden Pas di Alor Setar kelmarin Azizan diminta untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.



"Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Pharolrazi dan Datuk Ismail Salleh kembali sebagai exco dalam pentadbiran negeri Kedah.



"Antara lain, Pas Pusat akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertangungjawab memantau dan beri pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui  oleh Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada negeri tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas Pusat pagi ini.



Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat Sabtu lalu di Alor Setar, Kedah.



Pas pertemuan itu, ismail tidak bersama, tetapi keputusan pas pusat ini telah di maklumkan.



"Kedua-dua Exco dah tahu keputusan ini, dan itu yg kami putuskan," katanya.



Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak.



Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua Exco itu akan kembali menerima jawatannya.- SInar



AKAN MENYUSUL