MIMPI SENJA |
- Pemimpin Umno perlekeh kenyataaan Najib minta maaf
- PRU 13 : Ku Li bertanding atas tiket Pakatan?
- Masyarakat India dah terima semula BN .. berasak-asak di ceramah MIC...buktinya
- Azizan kekal MB, 2 Exco terima tawaran balik
- Kemelut PAS Kedah : Phahrolrazi minta sokongan TGNA
- Lagi bas terbalik di Genting, 2 maut 20 cedera
- Haramjadah punya ibu : Perdagangkan anak 13 tahun semata-mata kerana wang
- NASA Sembunyikan Misteri Disebalik Kota Mekah
- Aktivis Ukrain berbogel di pusat pembuangan undi PR Presiden Rusia
- Kenapa Rosmah Mansor dibenci?
- Pilihlah Melayu jujur atau Melayu tidak amanah untuk diberi kuasa mentadbir negara - Dato Mahfuz
Pemimpin Umno perlekeh kenyataaan Najib minta maaf Posted: 04 Mar 2012 11:25 PM PST KUALA LUMPUR, 5 MAC: Datuk Seri Najib Razak telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia pada Sabtu lalu kerana "kesilapan-kesilapan" Barisan Nasional yang menyebabkan (BN) hilang banyak kerusi dan negeri seperti Kedah pada 2008. Tetapi kenyataan Perdana Menteri itu diperlekehkan pula oleh pemimpin-pemimpin UMNO, membangkitkan persoalan sama ada Najib benar-benar dihormati oleh para menteri serta pemimpin BN. Malah, permohonan maaf itu juga tidak bererti kerana UMNO-BN jelas tiada keazaman politik untuk membuat sebarang perubahan, sebagaimana yang dilihat sepanjang empat tahun lalu sejak 2008. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas cuba meremehkan permohonan maaf Najib, apabila bermegah dengan pencapaian BN dalam beberapa dekad yang lalu. Muhyiddin dipetik media sebagai berkata "… dalam tempoh 54 tahun, tiada siapa yang boleh menafikan, walaupun terdapat kelemahan, kita telah mencapai kemajuan besar dalam bidang sosio ekonomi, budaya, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain." Malah, menurut Pua, Muhyiddin mengelak maaf Najib dengan menambah, " (kesilapan-kesilapan BN) itu semua sudah berlalu, tak perlu kita ungkit kelemahan-kelemahan kita." Selain Muhyiddin, beliau berkata, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan terus menolak permohon maaf Perdana Menteri dengan menggesa rakyat Malaysia untuk "memberikan BN mandat untuk memerintah berikutan janji oleh Najib bahawa BN akan membetulkan kesilapan lalu". Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kenyataan-kenyatan para pemimpin UMNO itu dengan sendirinya menghancurkan rasa muhibah yang mungkin timbul daripada permohonan maaf Najib yang dibuat kepada rakyat Malaysia pada hari sebelumnya. "Ia menunjukkan bahawa BN masih angkuh dan mengetepikan kritikan rakyat Malaysia sejak sekian lama dan mana-mana peluang perubahan tidak akan berlaku jika BN kekal berkuasa. "Buktinya, Muhyiddin kata itu kesilapan lalu, bukan sekarang manakala Ahmad Maslan berkata jika BN tidak dapat majoriti dua pertiga, ia tak mampu membaiki kesilapan lalu," katanya mendedahkan hipokrasi pimpinan UMNO-BN. Beliau menyatakan bahawa keadaan itu menampakkan kucar-kacir dan panik dalam pucuk pimpinan UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana semua pihak bertentangan antara satu sama lain atas mesej yang sama untuk memenangi undi. "Walau pun tidak mahu bertentangan dengan Perdana Menteri secara terus kerana permohonan maaf yang telah dibuat, pemimpin-pemimpin UMNO kelihatan berebut-rebut untuk membendung kesan dengan menjadikan permohonan maaf Najib tidak relevan," ujarnya. Katanya, walau pun menjadi Perdana Menteri selama 3 tahun, rakyat Malaysia tidak menyaksikan apa-apa kemajuan daripada Najib tetapi semakin lama semakin teruk. Menurutnya, Malaysia telah jatuh lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (IHP) iaitu dari nombor 56 kepada 60 manakala kes-kes penyalahgunaan kuasa seperti yang dapat dilihat dalam skandal terkini projek RM250 juta fidlot NFC. "Permohonan maaf UMNO yang tidak ikhlas sebelum pilihan raya tidak akan menukar cara rakyat melihat BN, lebih-lebih lagi kerana pemimpin-pemimpin BN tidak bersedia untuk mengakui kerosakan dalam sistem," tambah beliau. – Roketkini |
PRU 13 : Ku Li bertanding atas tiket Pakatan? Posted: 04 Mar 2012 09:46 PM PST Pakatan Rakyat sedia berunding dengan ahli veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah jika beliau berhasrat bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dipegangnya atas tiket Pakatan Rakyat, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub. Salahuddin mengulas kenyataan Razaleigh baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen yang dipegangnya sejak pilihan raya umum 1969 meskipun tidak dicalonkan oleh Umno. "Sama ada Pakatan terima atau tidak, ia tidak Ku Li bertanding di bawah Pakatan Rakyat, saya tidak boleh putuskan. Perkara ini perlu persetujuan semua (parti yang bergabung dalam Pakatan, iaitu PAS, PKR dan DAP). "Saya percaya sekiranya beliau menyatakan hasrat itu, kita (Pkatan) sedia berbincang," katanya dipetik akhbar Sinar Harian, hari ini, sambil menambah bahawa bekas menteri kewangan itu masih relevan dalam landskap politik semasa. Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, baru-baru ini memberitahu media bahawa hanya rakyat dapat membuat keputusan berhubung kerjaya politik beliau. Sebelum ini, ada ura-ura bahawa putera Kelantan itu tidak akan dicalonkan semula kerana beliau didakwa sebagai lantang membidas BN, khususnya Umno. Bagaimanapun akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia dalam satu laporan pada bulan lalu melaporkan Pengerusi BN Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa Ku Li antara 16 muka lama yang akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang. - Malaysiakini |
Masyarakat India dah terima semula BN .. berasak-asak di ceramah MIC...buktinya Posted: 04 Mar 2012 09:32 PM PST Salam semua... Pak Long gelak guling-guling tengok gambaq yang Mak Long hang pilih kali nih... haha... Tak gelak mai mananya, yang jadi peneman kat belakang lagi ramai dari yang nganga terkangkang... hehe... Bila penceramah pakai kain... orang tengok dah rasa lain. Mampuih majlis nak berseri... bila dah tau poket tak berisi... kahkahkah... Mak Long hang kata gambaq ni dia jumpak kat fesbuk, majlis MIC yang dah dekat-dekat nak mati berdiri... hehe... Chitt!! buat malu kat Hassan Ali ja... hehe... Orang politik kena bersungguh... Berputaq cakap, akai kena jenuh Jumpak rakyat tak la pecah peluh... Asaikan poket isi mau penuh Orang politik kena kuat... Otak simpan biaq mulut ligat Biaq luaq nampak sihat... Dalam mereput tak nampak lihat Orang politik kena pandai... Ada akai kena dok pakai. Baru hidup tak macam bangkai... Tempat rakyat tumpang ramai. Ni la kot pasainya yang Mak Long hang tak bagi Pak Long masuk politik nih... takut majlis Pak Long pi jadi camni, malu la Mak Long hang nak mengaku bini... hehe... Wassalam.. |
Azizan kekal MB, 2 Exco terima tawaran balik Posted: 04 Mar 2012 08:04 PM PST 5 Mac 2012 KUALA LUMPUR - Pas Pusat mencapai kata putus dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan telah meminta dua Exco yang terlibat kembali. Setiausaha Agung Pas, Datuk Musatafa Ali berkata, setelah mesyuarat khas bersama Presiden Pas di Alor Setar kelmarin Azizan diminta untuk meneruskan tugasnya seperti biasa. "Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Pharolrazi dan Datuk Ismail Salleh kembali sebagai exco dalam pentadbiran negeri Kedah. "Antara lain, Pas Pusat akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertangungjawab memantau dan beri pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui oleh Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada negeri tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas Pusat pagi ini. Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat Sabtu lalu di Alor Setar, Kedah. Pas pertemuan itu, ismail tidak bersama, tetapi keputusan pas pusat ini telah di maklumkan. "Kedua-dua Exco dah tahu keputusan ini, dan itu yg kami putuskan," katanya. Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak. Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua Exco itu akan kembali menerima jawatannya.- SInar AKAN MENYUSUL |
Kemelut PAS Kedah : Phahrolrazi minta sokongan TGNA Posted: 04 Mar 2012 07:56 PM PST Phahrolrazi Temui Nik Aziz Minta Sokongan ALOR SETAR: Walupun kemelut kepimpinan PAS Kedah masih belum berakhir, pemimpinnya yang enggan menerima pelantikan semula sebagai exco, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat sokongan beliau. Phahrolrazi bertindak demikian selepas Jawatankuasa PAS Pusat menolak permintaannya iaitu mahu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercuti serta-merta. Phahrolrazi dan seorang lagi pemimpin yang memberontak, Dr Ismail Salleh telah mengemukakan satu syarat bahawa pemangku Menteri Besar perlu dilantik jika PAS mahu mereka menerima semula jawatan sebagai exco negeri itu. Bagaimanapun, PAS Pusat menolak permintaan tersebut, sebaliknya mengarahkan mereka menerima semula jawatan yang disandang sebelum ini. Difahamkan Phahrolrazi tidak berpuas hati dengan keputusan PAS Pusat dan kini dalam langkah terakhir untuk mendapat sokongan Nik Aziz terhadapnya. Beliau turut meminta campur tangan Nik Aziz selepas Dewan Ulama PAS Kedah menasihatkan beliau supaya menerima apa jua keputusan PAS Pusat. Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, mereka tiada kuasa untuk mengubah keputusan yang diputuskan PAS Pusat. Dalam perkembangan lain, difahamkan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menyokong Phahrolrazi. Sumber berkata, Mohamad tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang dan didakwa kecewa dengan keputusan itu. Mohamad yang juga berasal dari Pulau Pinang mempunyai peluang tipis untuk bertanding di negeri itu. PAS hanya mempunyai satu kerusi yang dianggap selamat dan sudah diisi calon sesuai. Bagaimanapun, beliau pernah bertanding di Kedah sebelum ini dan mempunyai prospek di sana. Sementara itu, sumber berkata, mereka tidak akan mengambil kira campur tangan daripada PKR dan DAP terhadap kemelut di Kedah. "Komponen parti Pakatan Rakyat tidak selesa berbincang mengenai agihan kerusi dengan Azizan," katanya. |
Lagi bas terbalik di Genting, 2 maut 20 cedera Posted: 04 Mar 2012 06:02 PM PST Dua warga India terbunuh manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong yang mereka naiki terbalik di kawasan bahu jalan di kilometer 4.5 Jalan Genting-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands hari ini.Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira 8 pagi. "Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong. Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti. Jurucakap itu berkata, semua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Katanya, pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata semua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi. Seramai 50 anggota membabitkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa. - Bernama |
Haramjadah punya ibu : Perdagangkan anak 13 tahun semata-mata kerana wang Posted: 04 Mar 2012 04:45 PM PST JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan. Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya. "Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya. "Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. "Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami," katanya ketika ditemui Harian Metro. Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini. "Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini," katanya. Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. "Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak. "Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan," katanya. Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru. Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971. |
NASA Sembunyikan Misteri Disebalik Kota Mekah Posted: 04 Mar 2012 05:34 AM PST Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia." (Surah Maa'idah: 97) "Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi."Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim. Firman Allah yang bermaksud: "Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya)." (asy-Syura: 7) Kata "Ummul Qura" bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata "ummu" (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota. Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan)." (ar-Rahman: 33) Kata "aqthar" adalah bentuk jamak dari kata "qutr" yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit." Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim "Makkah Sebagai Pusat Bumi" Oleh Dr. Mohamad Daudah) Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini. Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?." Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub . Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita. Rasulullah SAW bersabda: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam."(Jami' al-Tirmidzi al-Hajj) "Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu." (HR. Thabrani) Wallahu'alam…. - apekepelik |
Aktivis Ukrain berbogel di pusat pembuangan undi PR Presiden Rusia Posted: 04 Mar 2012 03:30 AM PST |
Posted: 04 Mar 2012 01:29 AM PST Marilah kita berterus-terang. Ingat, ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi kita harus jujur pada diri sendiri. Persoalnya ialah, mengapa pasangan Perdana Menteri kita sekarang – yang dikenali sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' begitu banyak mendapat liputan buruk di media alternatif? Sudah lebih 50 tahun sejarah negara kita, tidak pernah sekalipun keadaan di mana rakyat begitu benci akan isteri seorang pemimpin. Isteri perdana menteri pertama Malaysia tidak pernah diadili oleh rakyat. Tun Hussein Onn mahupun Tun Abdul Razak, malah Tun Doktor Mahathir yang begitu teruk dikecam rakyat pun, isterinya tidak pernah sedikitpun dikritik oleh rakyat. JIka diamati, Badawi yang dilabel rakyat sebagai 'Mr. Sleepy Snoopy' ' tidak juga pernah mendapat kritikan terhadap isterinya sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Semua pasangan pemimpin yang lalu tidak pernah dikritik oleh rakyat sama ada dalam media mahupun menjadi topic perbualan peribadi. Tetapi lain pula dengan Rosmah ... Dalam kes Datin Dr. Rosmah - isteri kedua Perdana Menteri kita kini, dia saban hari menjadi sasaran kritikan rakyat. Setiap tindak-tanduknya, sama ada kehidupan peribadi mahupun penampilan awam tidak pernah terlepas dari mata rakyat. Mengapakah begitu? Malah dalam dunia korporat - terutamanya dikalangan GLC, para eksekutif bercerita bagaimana sulitnya keadaan mereka kerana acara rasmi perlu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri. Benarkah begitu? Malah pada mula-mula Najib mengambil alih tampuk kepimpinan negara, telah ada gosip liar bahawa Lee Kuan Yew berjumpa isteri Najib dan bukan timbalan PM. Rakyat mempersoalkan 'kenapa?'Yang lain pula bertanya "kenapa tidak Timbalan PM?" Benar atau tidak, bukan ini persoalannya. Sebaliknya, mengapa mereka mensasarkan FLOM? Pelbagai rencah peristiwa yang diperdengarkan. Hanya dengan membuat pencarian di internet sahaja sudah cukup membuat anda terkejut. Walaupun kita tidak boleh menerimanya seratus peratus, marilah kita mengambil contoh media aliran perdana. Adakah FLOM tahu bahawa walaupun media memberikan liputan yang luas dan positif terhadapnya, ia bagaikan berpaut pada sejengkal tali sahaja. Tanyalah pada mereka yang diberi gaji oleh kompeni media ini. Mereka akan memberi senyuman sinis; berkumpul sesama orang media dan bergosip tentang cerita-cerita yang disajikan. Jadi mengapa? Kenyataan yang paling sukar untuk difahami ialah MENGAPA? Mengapa isteri Perdana Menteri kita menjadi mangsa ejekan rakyat? Mengapa dia menjadi sasaran rakyat? Mengapa orang ramai begitu tidak bertimbang rasa terhadapnya? Atau dalam erti kata lain, mengapa orang ramai "cemburu" akan kemenangan, kejayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadapnya? Apa kena mengena dengan rakyat sama ada mereka suka atau tidak pada Rosmah? Bagi rakyat Malaysia, mereka jenis yang cukup bersopan santun. Bukan menjadi kebiasaan mereka untuk mencemarkan nama baik isteri seorang pemimpin untuk sekadar suka-suka sahaja. Sudah semestinya ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin, Datin Dr Rosmah perlu segera berundur dan bermuhasabah, mungkin dia perlu menjauhkan diri dari mata awam buat seketika untuk mengetahui mengapa rakyat begitu jelik padanya. Yang penting sekali, isteri seorang pemimpin mesti mendapat sokongan dan penghormatan dari rakyat. Bangsa dan agama dan parti politik tidak penting di sini. Dia mesti dilihat sebagai seorang wanita yang prihatin dan menyokong aspirasi negara - bukan pembela kesinambungan politik suaminya dan tidak hanya seperti memperjuangkan kepentingan sendiri. Dia tidak boleh nampak seperti memusuhi pembangkang seperti apa yang dikhabarkannya. Dia juga bukanlah 'mangsa' yang perlukan pembelaan. Sukar bukan? Ya, sudah pasti. Inilah isteri kepada tokoh politik sebenar di mata rakyat. Belajar daripada wanita lain Caranya ialah untuk belajar daripada isteri-isteri tokoh yang lepas. Yang paling penting ialah personaliti, perwatakan, integriti dan sikap merendah diri dan ikhlas yang nampak pada diri isteri pemimpin itu. Ingatlah bahawa kita hidup dalam zaman dimana semuanya boleh nampak dari mata kasar manusia, diluar mahupun didalam. Maklumat begitu mudah tersebar tanpa kita boleh menghalangnya. Orang ramai mempunyai kuasa dan cara untuk menampakkan sikap 'dalaman' seseorang kepada dunia luar. Mereka juga tahu niat seseorang melalui tindakan dan kata-kata. Oleh itu kita hidup dibawah penelitian umum. Kita tidak boleh bersembunyi. Mungkin ada yang akan mengeluh, "Wah, jika macam tu,susahlah nak hidup '. Ia sebenarnya senang jika anda mempunyai niat, motivasi dan kesedaran yang betul. Pada dasarnya ia berkaitan dengan peranan dan cara memainkan peranan itu. Najib mesti mengawal tindakannya Dalam pada itu, Perdana Menteri tidak boleh membiarkan sahaja semua kritikan yang dilontarkan terhadap isterinya. Begitu juga dengan mengatakan ini adalah kerja 'pembangkang'. Selain daripada bekerja keras untuk diterima rakyat akan kepimpinannya, dia juga mempunyai tugas yang berat untuk memastikan bahawa isterinya bukan sesuatu masalah yang dia tidak boleh atasi. Lagipun, bukankah benar bahawa di sebalik setiap lelaki yang berjaya atau gagal ada seorang wanita dibelakangnya? PM mesti bersikap ambil tahu tentang pendapat umum dan tidak hanya menolak semua ini sebagai sesuatu yang tidak berasas. Dia tidak boleh berbuat demikian kerana demi kepentingan parti politik dan keprihatinan negara, mengabaikan atau menolak kritikan-kritikan ini seolah-olah ia hanya datang dari rakyat yang tidak berpuas hati. Harap maklum balas ini diterima dengan baik sangka dan tidak ditolak sebagai sesuatu yang membuang masa sahaja! Malaysia Chronicle |
Pilihlah Melayu jujur atau Melayu tidak amanah untuk diberi kuasa mentadbir negara - Dato Mahfuz Posted: 04 Mar 2012 12:13 AM PST PARIT SULONG – Rakyat dalam negara ini diberi pilihan untuk menilai perilaku para pemimpin Melayu sama ada yang jujur atau tidak amanah bagi diberi kepercayaan mentadbir negara, kata Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS. Pilihan yang ada sekarang katanya ialah PAS mahupun UMNO kerana kedua parti itu didominasi oleh kaum Melayu. Sehubungan itu, tidak timbul soal pemberian jawatan nombor satu dalam negeri ini akan diperuntukkan kepada kaum bukan Melayu. "Yakinlah orang Johor. Kalau menang (dalam pilihan raya), orang Melayu yang akan jadi Menteri Besar," tegas beliau lagi dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, beliau ternyata kesal dengan pro paganda daripada sekutu parti lawan yang cuba memainkan sentimen perkauman dengan harapan sokongan terhadap PAS beralih semula kepada mereka. Malah tambah beliau lagi, cubaan menakut-nakutkan masyarakat yang berbilang bangsa ini adalah disifatkan sebagai memperdagangkan kaum. "Yakinkan (orang Melayu) dengan publish Harakah. Lim Guan Eng kata tak ada pemimpin DAP yang boleh jadi Perdana Menteri. PM mesti orang Melayu. Realitinya tak boleh PM orang Cina. "Ini boleh diyakinkan kepada rakyat bagi menghilangkan perasaan bimbang kononnya Cina jadi PM. "MCA terus takutkan Cina kepada PAS yang kalau undi DAP beri jalan PAS berkuasa. UMNO kata PAS-DAP beri kuasa kepada DAP. "Ini memperdagangkan kaum dan menakut-nakutkan mereka. "Apapun keperluan pilihan raya, sama ada yang menang PR atau BN, parti Melayulah yang akan terajui negara," tegas beliau lagi. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Taklimat Penerangan PAS Johor di Markas PAS Parit Bisu, Semerah, Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat, dekat sini, baru-baru ini. - IBN-BACOKS |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan