Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Husam saman Papagomo

Posted: 15 Feb 2012 11:15 PM PST

Written by Aslani M
Khamis, 16 Feb 2012 14:46

KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.

Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi
penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

"Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. - Harakah Daily

Anjing baham muka pengacara TV

Posted: 15 Feb 2012 09:20 PM PST

DENVER- Seorang pengacara utama sebuah stesen televisyen dikejarkan ke hospital selepas mukanya dibaham seekor anjing yang baru diselamatkan ketika program itu disiarkan secara langsung.

Media semalam melaporkan, haiwan seberat 39 kilogram itu, Max, membaham muka Kyle Dyer ketika pengacara itu membongkokkan badannya untuk menepuk anjing Argentine Mastiff berkenaan.

Program bual bicara pagi itu disiarkan stesen KUSA-TV. Pada Isnin lalu, kru stesen berkenaan merakamkan sejumlah anggota bomba menyelamatkan Max yang terkapai-kapai di tasik dalam cuaca sejuk selepas tergelincir.

Ekoran insiden semalam, Max diletakkan dalam sangkar dan diawasi pegawai kawalan haiwan, manakala pemiliknya, Michael Robinson, didenda.


KUSA-TV berkata, Kyle kini stabil dan semakin pulih di sebuah hospital di Denver.

"Pasukan trauma sedang menilai kesan kecederaan di mula Kyle," kata jurucakap stesen televisyen berkenaan.

Sementara itu, Robinson berkata, dia bersiar-siar dengan Max pada Isnin apabila anjing itu ternampak seekor serigala dan mengejarnya.

Menurut pihak berkuasa, Max terperangkap dalam tasik itu selama 20 minit sebelum anggota bomba tiba dan menariknya keluar.

Ekoran insiden itu, KUSA-TV menjemput Robinson, Max serta anggota bomba yang menyelamatkan anjing berkenaan untuk ditemubual KUSA-TV berkata, insiden serangan Max itu dipotong daripada siaran, tetapi sebahagian daripada klip berkenaan kemudian didedahkan untuk tatapan umum.

Sementara itu, Pengarah Kawalan Haiwan Denver, Doug Kelley, berkata kecederaan dialami Kyle agak serius.

- DM

ABU sentimen yang mampu jatuhkan Bn : Md Sabu

Posted: 15 Feb 2012 08:11 PM PST

Saya akui, perubahan pemerintahan itu bukan matlamat akhir perjuangan rakyat. Dia mesti menegakkan justice dan keadilan. Sebab itu saya cukup suka apabila melihat munculnya kumpulan ABU ini," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebelum menambah, bahawa beliau melihat ABU "...boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, mereka juga mampu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat kalau menyeleweng nanti."

Demikianlah penilaian Mohamad Sabu terhadap ABU, singkatan kepada "Asal Bukan UMNO" - satu kempen untuk menolak UMNO-Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Seperti biasa, pemidato terkenal ini tidak lupa mencuit rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat, mendakwa bahawa orang yang berkuasa menunjukkan kecenderungan yang hampir sama, lantas memerlukan pengawasan yang rapi.


"Amar makruf nahi mungkar, sebut senang nak laksana payah!" sindirnya dengan nada berjenaka, mencungkil gelak ketawa kira-kira 150 orang hadirin di bawah pentas, dalam "Forum Kiri: Kebangkitan Dunia Arab: Apa telah terjadi selepas satu tahun?", anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Sabu, sempat berkongsi pengamatannya terhadap pergolakan politik yang berlaku di Timur Tengah, selepas genap satu tahun beberapa regim digulingkan. Malah, Mat Sabu sempat mengaitkan beberapa fenomena yang berlaku di Timur Tengah, dengan apa yang berlaku di tanahair kita sekarang.

Sebelum ini, Penyelaras Antarabangsa PSM Choo Chon Kai (gambar kiri) selaku panelis, menekankan bahawa perjuangan tidak seharusnya dibubuh noktah apabila satu regim digulingkan dan digantikan dengan kerajaan yang baru, kerana perubahan struktur yang menyeluruh tidak semestinya berlaku.

Choo Chon Kai antara tahanan EO (di bawah Ordinan Darurat) ketika kerajaan Barisan Nasional cuba mematahkan perhimpunan BERSIH 2.0. Menurut Choo, revolusi yang berlaku di Timur Tengah setahun yang lalu masih belum selesai, memandangkan sistem yang lama masih wujud, dan isu-isu seperti kemiskinan, pengangguran, kenaikan harga dan sebagainya, masih belum diselesaikan.

Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua

Seorang lagi panelis, Hishamuddin Rais mengambil sikap yang lebih sinikal terhadap kebangkitan rakyat yang disifatkan "Arab Spring" oleh media Barat. Beliau cuba mengetengahkan kontradiksi utama di sebalik manifestasi di mana demonstrasi raksasa berlaku, mengaitkan kepentingan Amerika Syarikat dalam pergolakan ini. Malah, untuk beliau, pertukaran kerajaan hanya pertukaran sekumpulan pelawak yang baru untuk berkuasa, tanpa perubahan dari segi struktur.

Mat Sabu (gambar kanan) bersetuju dengan sebahagian pengamatan itu, bahawa ada kalanya kebangkitan rakyat itu di-hijack oleh sesetengah pihak. Malah beliau sempat bergurau dengan merujuk apa yang berlaku di Malaysia, di mana secara tiba-tiba bekas menteri datang dan mengakui dirinya pun ABU, malah mengutuk UMNO lebih kuat daripada pembangkang.

Bagaimanapun, beliau cuba melihat ciri-ciri positif daripada apa yang berlaku di Timur Tengah setahun yang lalu, satu perjuangan untuk mendaulatkan keadilan, dan sekurang-kurangnya rakyat negara berkenaan telah keluar dari alam diktator yang teruk selama 50 tahun sebelum ini.

"Memanglah kita ada satu idealistik yang kita perlu capai, tetapi dalam konteks perjuangan, kalau kita tidak dapat semua, jangan kita tinggal semua," kata Mat Sabu.

Projek Alaf Baru untuk Amerika Syarikat

Berucap sebelum Mat Sabu, Hishamuddin Rais menyeru agar hadirin tidak terpengaruh dengan manifestasi tanpa meneliti kontradiksi sebenar yang berlaku di Timur Tengah. Sambil mendakwa bahawa demonstrasi raksasa di Dataran Tahrir itu hanyalah manifestasi yang dicetuskan kontradiksi yang lebih utama, Hishamuddin Rais memperkenalkan "Projek Alaf Baru untuk Amerika Syarikat" (Project For The New American Century) kepada hadirin. Menurutnya, projek ini difikirkan otak-otak yang cerdik-pandai, graduan dari Universiti Havard dan Universiti Yale tetapi berhaluan kanan.

Beliau mengimbas sejarah, perjanjian pada tahun 1923 antara Amerika Syarikat dengan Arab Saudi, di mana Amerika berjanji mempertahankan Arab Saudi dengan syarat minyak akan dijual-beli dengan menggunakan dollar Amerika. Lantas Amerika Syarikat terselamat dengan hanya mencetak wang dollar Amerika. Ia menjelaskan juga mengapa media seperti Washington Journal, New York Times berdiam diri, apabila pencabulan hak asasi berlaku secara berleluasa di Arab Saudi?

"Tidakkah anda rasa itu sesuatu yang pelik?" tanya Hishamuddin Rais, merujuk kepada bagaimana kuasa Barat yang sering lantang dalam isu pencabulan hak asasi apabila berlaku di Dunia Ketiga. Malah, Hishamuddin Rais menyatakan bahawa pernah wujud gerakan sayap kiri yang progresif di negara-negara Timur Tengah ini, namun digagalkan oleh Amerika Syarikat. Beliau menambah, bukan lagi rahsia di mana wujudnya hubungan yang intim antara badan perisikan Amerika Syarikat, CIA dengan Ikhwan Muslimin, badan yang memperjuangkan gerakan Islam.

Untuk Hishamuddin Rais (gambar kanan), apa yang berlaku setahun yang lalu di Libya, Mesir, Tunisia dan sebagainya, adalah "pembocoran" yang terpaksa dilakukan, ketika kuasa Amerika berdepan dengan ombak kuasa rakyat, untuk menangguhkan revolusi agar perubahan struktur secara total dapat dielakkan. Dalam perhitungan Amerika Syarikat, musuhnya bukan Syria, Libya, Tunisia dan sebagainya, tetapi China. Kewujudan projek Alaf Baru untuk AS itu adalah untuk memastikan kuasa Amerika tidak dicabar mana-mana bala tentera di dunia ini.

Hishamuddin Rais berkata, perjuangan ini belum berakhir dan masih berjalan, kerana kontradiksi utama masih kekal. Sebagai penyelesaiannya, satu sistem ekonomi di mana manusia tidak dijadikan hamba, lebih demokrasi dan terbuka, di mana manusia saling menghormati sesama manusia perlu diwujudkan, katanya. - petikan merdeka riview(BM)

Pak cik 70 cair digoda janda 30 ....

Posted: 15 Feb 2012 07:21 PM PST

KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit.
KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit.
KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.


Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

"Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.



"Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam. - Metro

Logo 1Malaysia - Kerajaan BN dah gila

Posted: 15 Feb 2012 06:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Kerajaan Umno BN semakin dilihat hilang kewarasan dalam mentadbir Malaysia dengan mula bertindak yang 'bukan-bukan'.

"Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo '1Malaysia'?" tanya Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Firdaus Jaafar (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe bahawa pengusaha tiga barangan kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak diwajibkan memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.


Katanya, berapa banyak pengilang-pengilang yang akan terlibat di dalam perlaksanaan itu dengan mengambil kira kos yang perlu mereka tanggung dek kerana arahan yang dilihat tergesa-gesa walaupun beliau menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai turut mempersoalkan apa jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan sedangkan sudah pastinya para pengilang sudah pun menyimpan stok 'label' produk mereka dalam tempoh yang panjang.

Perlaksaaan itu juga, katanya boleh menyebabkan timbulnya masalah birokrasi memandangkan track record kerajaan yang sememangnya terkenal dengan masalah itu.

Baginya, cukuplah logo 'Halal' sebagai contoh.

"Jadi apakah kerajaan boleh 'mendabik dada' dalam memastikan perlaksanaan ini akan berjalan dengan adil?" soalnya lagi.

Beliau menambah, barang-barang yang diwartakan pula semuanya barang kawalan yang sepatutnya rakyat menikmatinya dengan harga yang murah namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa ianya mesti bersyarat?

"Bagaimana kalau pucuk pimpinan bertukar seperti mana Islam Hadhari ditukar kepada 1 Malaysia, bukahkah ini akan menimbulkan masalah yang lain kerana umumnya tahu bagaimana dengan 'perangai' pimpinan Umno BN yang 'rajin' menukar tagline mengikut 'citarasa' tersendiri," katanya lagi.

Justeru, pihaknya menasihati kerajaan, janganlah cuba untuk menjadi 'Berhala Moden' yang perlu 'disembah' untuk mendapatkan sesuatu akan tetapi jadilah sebuah kerajaan yang sepatutnya sudah matang sekiranya 57 tahun memerintah dijadikan ukuran.

Katanya, rakyat sudah boleh menilai kerana mereka kini hidup di zaman 'langit terbuka' dan 'dunia tanpa sempadan'. - Harakah Daily

Lagi artis kawin : Amanda Misbun (adik Haliza) nikah 03032012

Posted: 15 Feb 2012 07:46 AM PST

Selepas mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu, pelakon filem Klip 3GP, Amanda Misbun bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada 3 March 2012. Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh adik kepada pelakon, Haliza Misbun ini ketika ditemui pada majlis pelancaran drama, 'Apa Celop' di One Utanma, sebentar tadi.

"Ramai orang tanya kenapa cepat sangat kahwin walaupun baru saja mengikat tali pertunangan bulan lepas. Bagi saya, lagi cepat lagi bagus. Perkahwinan ini satu benda yang elok, jadi saya tak nampak sebab untuk saya melengahkan atau tunda perkara baik ini. Lagipun, kami dah saling mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun lalu," ujar Amanda yang turut hadir bersama tunangnya.


"Nama tunang saya, Hairulzain Fauzi. Umur dia baru 28 tahun. Kami kenal dari kawan-kawan skateboard dan dia sendiri sudah dua tahun menjalankan perniagaan skateboard. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan dia sebab dia buat saya jadi seorang yang lebih baik."

Berkongsi mengenai majlis perkahwinannya nanti, Amanda memberitahu, "Kami akan buat majlis akad nikah di rumah keluarga saya di Pantai Hillpark. Alhamdulillah, persiapan kahwin setakat ini dah 90% siap. Kami pilih tarikh 3.3.2012 sebab masa itu hari jadi bapa Hairul dan keluarga dia juga semuanya suka nombor 3. Mengenai perancangan bulan madu pula, mungkin tahun depan rasanya sebab lepas kahwin saya terus kena kerja."

Menyentuh mengenai wataknya dalam drama 'Apa Celop', Amanda memberitahu, "Saya memegang watak sebagai Julia, teman wanita kepada Kamal Adli. Hubungan kami mula goyah gara-gara munculnya Wan Sharmila. Selepas itu, saya mula berkawan dengan Zed Zaidi, namun tak sangka dia cuba untuk jual saya.

"Ini kali pertama saya bekerja di bawah pengarah, Ahmad Idham dan berlakon dalam drama mengenai mat motor. Saya senang untuk bekerja dengan dia sebab dia juga seorang pelakon. Cabaran dalam drama ini ialah saya ada masalah untuk membawa watak ringan. Dulu saya bermula dengan watak berat, jadi saya lagi suka pegang watak berat."

Tambah Amanda lagi, "Selepas kahwin, saya akan menjalani penggambaran drama 13 episod, 'Pesona Sukma' untuk RTM. Saya memegang watak seorang tomboi dan saya rasa tak ada masalah untuk membawa watak ini sebab kat luar pun saya memang kasar. InsyaAllah, saya mungkin akan potong rambut saya pendek untuk drama ini. Walau bagaimanapun, saya masih fikir lagi mengenai hal ini."

Bagi yang ingin menonton lakonan Amanda Misbun sebagai Julia dalam drama terbitan Excellent Pictures, 'Apa Celop', jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama tersebut bermula 20 Februari ini, setiap Isnin jam 9.00malam, hanya di Slot Aksi TV3.

Sumber : GUA
Kredit Foto : LennyEmelda 

Ni cerita pelik sikit ... "Nenek 16 thn" punya 4 anak 19 cucu dan 47 cicit ... hahaha

Posted: 15 Feb 2012 06:16 AM PST

Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.

Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di Kangar.

"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.

Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau ....
menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.

"Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan," kata Noratikah.

- Bernama

Mahathir kepada Shahrizat : "Jangan sayang pada jawatan"

Posted: 15 Feb 2012 05:06 AM PST

SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar "jangan sayang kepada jawatan".

Bekas Perdana Menteri berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.

"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.
"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata kepentingan parti harus diberi keutamaan ketika membuat sebarang keputusan.

"Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk membuat apa-apa keputusan," katanya. - BERNAMA

Pelajar perempuan kolej swasta di tahan ... boleh dikenakan hukuman mati mandatori

Posted: 15 Feb 2012 03:51 AM PST

KOTA BHARU - Polis menahan seorang pelajar perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok, di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pelajar berusia 21 tahun itu, ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Teras, Sering, dekat sini, kira-kira 11.30 pagi ini.

Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata berdasarkan laporan bedah siasat dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, bayi itu dipercayai mati kerana lemas akibat
dimasukkan ke dalam baldi dalam keadaan kepalanya ke bawah.

Katanya bayi itu mati selepas dilahirkan berdasarkan terdapat susu dalam badannya.

Suspek, anak pertama dari tujuh beradik, mula belajar di kolej itu pada Jun 2010 dan dijangka menamatkan pengajian dalam bidang makmal perubatan pada Mei tahun depan.- Bernama

Hassan Ali ni bermimpi ker apa ker ...?

Posted: 15 Feb 2012 12:28 AM PST

Ramal Gelombang 'Tsunami Kecil' Dalam Politik Tempatan kerana JATI


KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan gelombang "tsunami kecil" bakal melanda arena politik negara ini, dengan tertubuhnya sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Jati pada 21 Feb ini.

Ramalan itu, ditegaskan beliau dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24, Selasa, adalah berdasarkan kepada sokongan padu yang diterimanya dalam siri jelajah ke seluruh negara baru-baru ini di mana puluhan ribuan penduduk turun padang untuk menyambut kehadirannya.

Beliau berkata gambaran dan sambutan awal yang diterimanya meyakinkan beliau bahawa masa hadapan pergerakan kuasa ketiga di Malaysia adalah cerah meskipun ia merupakan sesuatu yang baharu dalam arena politik negara.

"Saya percaya blok kuasa ketiga yang dirancang ini akan mendatangkan impak besar, setidak-tidaknya kepada kumpulan masyarakat Malaysia yang sudah tahu berfikir. Mutakhir ini, rakyat Malaysia sudah menjadi sebuah masyarakat pemikir yang mana mereka tidak akan mudah menerima sesuatu yang dianggap basi.

"Kehadiran kuasa ketiga berkenaan sesungguhnya akan menjadi lebih dominan dan besar untuk melancarkan satu sistem gerakan yang sangat diperlukan di Malaysia.

Pemecatan saya daripada PAS yang pada awalnya tidak signifikan dan dikatakan hanya mencetuskan gelombang kecil, kini telah menjadi suatu gelombang besar," katanya.

Dalam pada itu, Hasan turut menjelaskan Jati tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan pelbagai bentuk hubungan dengan mana-mana pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun badan-badan politik yang kecil dan besar selagi pihak berkenaan mempercayai konsep perjuangan yang dibawa Jati iaitu IMR, singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi Raja-Raja.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Jati bergabung dengan NGO lain termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cara untuk mengukuhkan pengaruh kuasa ketiga, Hasan berkata, perkara tersebut bergantung kepada kesediaan pihak-pihak berkenaan dalam mengangkat martabat IMR.

Bagaimanapun, menurut Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharudin Badaruddin, blok kuasa ketiga itu hanya akan muncul sebagai satu kuasa kuat dan digeruni jika wujud pelbagai elemen tertentu.

Yang pertamanya, tegas Shaharuddin, kuasa ketiga itu hanya akan mendapat sambutan sekiranya rakyat ataupun pengundi sudah meluat dengan gelagat dan politiking parti pemerintah mahupun pembangkang.

Selain itu, kuasa ketiga itu akan bertambah mantap dan boleh memainkan peranannya dengan berkesan jika Jati dan beberapa NGO bergabung tenaga, bukannya secara bersendirian.

Beliau juga berpendapat, mana-mana kuasa ketiga yang ingin mendapat sokongan padu rakyat Malaysia perlu mempunyai elemen kemajmukannya yakni diterima baik oleh masyarakat majmuk dan bukannya hanya sesuatu kaum tertentu sahaja. - BERNAMA

~penarik beca

0
sumber :-

~penarik beca


Anwar lempaq bangkai babi atas jalan rakyat yang nak lawan Umno

Posted: 14 Feb 2012 09:30 PM PST


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


YB Malik HALAL EXPO 2012

Posted: 15 Feb 2012 09:34 PM PST

Teguran Nik Aziz sopan, Umno fitnah

Posted: 15 Feb 2012 09:33 PM PST

PERKASA mahu SPR buka kaunter daftar di universiti

Posted: 15 Feb 2012 09:32 PM PST

NONEPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang memandang berat isu 3.7 juta rakyat belum mendaftar sebagai pengundi, mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya membuka kaunter pendaftaran pemilih secara tetap di semua universiti.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, juga meminta SPR menggunakan kenderaan bergerak ke kawasan kilang sebagai kaunter pendaftaran.

"SPR perlu memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada jumlah tersebut didaftarkan sebagai pemilih sebelum pilihan raya umum berlangsung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PERKASA di Melaka, malam tadi.

Ibrahim berkata, beliau memandang serius masalah berkenaan dan mengarahkan semua ketua wira dan wira PERKASA di peringkat negeri dan daerah di seluruh Semenanjung Malaysia mengambil tindakan membantu anak muda yang berusia 21 tahun berdaftar sebagai pemilih.

- Bernama

11,335 cases of multiple voters under one address, PSC told

Posted: 15 Feb 2012 09:31 PM PST


KUALA LUMPUR, Feb 16 — There are 11,335 cases nationwide where multiple voters were found registered under the same address, according to government technology adviser Mimos Berhad.
The Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reforms was presented with Mimos' latest findings on Tuesday during a sub-committee meeting chaired by PSC head Datuk Seri Maximus Ongkili.
The breakdown of Mimos' report on the 11,335 multiple voters registered under the same address is as follows:
● There were 820 cases where more than 100 voters were registered under one address;
● There were 1,259 cases where between 51 and 100 voters were registered under a single address;
● 3,254 instances where between 21 and 50 voters were registered under one address; and
● 6,002 cases where between 11 and 20 voters were registered under one address.
"Some of the addresses are not even complete," PSC member Anthony Loke (picture) told The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Kebenaran bergantung kepada nombor

Posted: 15 Feb 2012 09:29 PM PST

Ole: MSK
Tahun lepas…aku tulis tentang apa yang akan berlaku pada tahun 2012. Macam-macam la…dari perubahan frekuensi bumi, perubahan pemikiran..perubahan sikap dan perubahan dimensi. Hari ni dah 16 Februari 2012. Apa pun tak jadi!!
Betui…aku pun tak rasa apa-apa. Dan aku pun tak sedar apa-apa perubahan yang berlaku..sampai la dua hari sudah. Ada satu perkara yang membuatkan aku jadi tergamam dan termenung sekejap.
Aku kenal Pyanhabib secara peribadi sejak 2009. Kali pertama aku jumpa dia masa PRK Bukit Gantang. Lepas tu kami berkawan dan aku pun dah tak ingat dah berapa kali aku jumpa dia. Dengan lain perkataan..aku dah lama "berkawan" dengan dia.
Tup-tup..dua hari sudah, Pyan hantar friend request kat aku. "Rupa-rupanya kita belum 'berkawan' lagi. Tolong approve gua."
Read More / Baca Lagi >>

KEMUSNAHAN NAJIB ADALAH KERANA KEGAGALAN DASYAT BR1M

Posted: 15 Feb 2012 09:24 PM PST

Kerajaan sedia lanjutkan tempoh rayuan BR1M - Najib

http://3.bp.blogspot.com/-JhvUjjQwPAY/Tj9vg9NZ3aI/AAAAAAAAAT0/WGZlHn-otL8/s1600/najib-gigit-jari1.jpgKUALA LUMPUR 15 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak selepas 15 Mac ini.
Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memberi peluang kepada para pemohon yang layak sungguhpun nama mereka tidak tersenarai sebelum ini.
"Yang layak, boleh buat rayuan dan diteruskan sampai 15 Mac tetapi kalau ada lagi, boleh sambung.
"Ini supaya semua yang ditafsirkan layak boleh menerima bantuan BR1M," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.
Perdana Menteri berkata, BR1M merupakan satu bentuk kaedah yang sangat berkesan bagi membantu meringankan beban rakyat.
"Mesyuarat hari ini memaklumkan bahawa pemberian ini sangat dihargai oleh rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

ADAKAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU, DIJAGA OLEH UMNO?

Posted: 15 Feb 2012 09:23 PM PST

Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah berwasiat dengan 7 perkara :-

bullet buttonKami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

bullet buttonKami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayusehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;Read More / Baca Lagi >>

Pertemuan Ahli-ahli Parlimen WP dengan SPAD

Posted: 15 Feb 2012 09:22 PM PST

Berikutan pertemuan saya dan YB Tian Chua, YB Fong Kui Lun, dan YB Tan Kok Wai pada 3hb Februari yang lalu, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat WPKL akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membincangkan isu sistem kupon bagi pemandu teksi di Lembah Klang.
Berikut adalah surat rasmi yang kami hantar kepada YB Tan Sri Syed Hamid Albar semalam.
Saya berharap pertemuan ini akan dapat diadakan, dan kepincangan serta kegusaran yang timbul di hati para pengendali teksi di Lembah Klang akan dapat kita atasi bersama, insyaAllah.

Siapa Zaid Ibrahim Nak Ramal Keputusan PRU? - Tajuddin

Posted: 15 Feb 2012 09:20 PM PST

  1. Post Pic

SHAH ALAM, 16 FEB:  Ramalan Presiden PARTI Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita),  Datuk Mohd Zaid Ibrahim berhubung Barisan Nasional tidak akan dapat mengekalkan majoriti dua pertiga kerusi pada pilihan raya akan datang tidak tepat sama sekali. 
Bahkan pandangan itu menurut Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman tidak wajar mendapat perhatian memandangkan ia bukanlah datang dari seorang yang mempunyai kredibiliti dalam perjuangan politiknya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar ragu penyelesaian luar mahkamah Tajudin-Danaharta

Posted: 15 Feb 2012 09:09 PM PST


Anwar Ibrahim
SUBANG JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meragui penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (Mas), Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd membabitkan hutang RM589 juta,  kelmarin.

Beliau turut mendakwa kes tersebut mungkin ada kaitan dengan perdana menteri dan timbalannya sebelum ini.

"Bagi pandangan saya, mereka takut pada Tajudin. Wang ini melibatkan harta rakyat dan sepatutnya dilaporkan lebih awal. Tapi keengganan melaporkan perkara ini awal, saya kira ia mempunyai kaitan dengan perdana menteri dan timbalannya yang terdahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Israel : DS Anwar Mengulas Teguran Tok Guru Nik Aziz

Posted: 15 Feb 2012 09:08 PM PST

Fuziah: Govt allowing Lynas to dodge the rules

Posted: 15 Feb 2012 08:58 PM PST

Lynas' most vocal detractor hits out at the government for its indifference in regulating what will soon be the biggest rare earth refinery in the world.
PETALING JAYA: Kuantan MP Fuziah Salleh is livid with the government for its failure to insist on a Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) report before allowing Lynas Corp to operate its controversial RM2.5 million rare earth plant in Gebeng.
The Australian mining giant's application for a temporary operating licence (TOL) received approval from the Atomic Energy Licencing Board (AELB) and the Ministry of Science, Technology and Innovation (Mosti) on Feb 1.
Fuziah, who is Lynas' most vocal detractor, pointed out in a media statement today that as of June 2011, a DEIA report was deemed necessary for all activities involving the processing of radiocative material and generation of radioactive waste.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Teguran Nik Aziz sopan, Umno fitnah

Posted: 15 Feb 2012 08:57 PM PST


Anwar Ibrahim
SUBANG JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan teguran Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."

Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Nik Aziz Isnin depan berikutan jadual kerjanya yang padat.

"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok (Thailand), Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.
Read More / Baca Lagi >>

Halimah: Isu Tapak SMK Sg. Ramal Selesai

Posted: 15 Feb 2012 08:56 PM PST


SHAH ALAM, 16 FEB : Isu tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ramal di Hulu Langat selesai hasil perbincangan antara Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berkaitan.Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, mesyuarat Exco semalam memutuskan untuk memberi kelulusan permohonan pemberi-milikan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk dijadikan tapak sekolah berkenaan.

"Keputusan ini dicapai hasil perbincangan bersama dengan wakil Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pejabat Tanah pada 13hb lepas," ujar Halimah.
Read More / Baca Lagi >>

Najib crowned Champion of Doubletalk by top US paper despite splurging millions on publicity

Posted: 15 Feb 2012 08:56 PM PST

Najib crowned Champion of Doubletalk by top US paper despite splurging millions on publicityWhat a deafening silence from Prime Minister Najib Razak! While the world shook its head over the FBC Media scandal, where his administration used Malaysian tax-payers money to 'buy' favorable mentions on international prime-time television, Najib is no where to be heard or seen. It could be he is hiding his head in shame but given his past record, the Malaysian PM doesn't feel remorse or guilt easily.
In a statement posted on the BBC website, the broadcaster said the "small number" of programmes that were aired on BBC World News between Feb 2009 and July 2011, broke the internal rules aimed at protecting its editorial integrity.
"These rules ensure that programmes are free, and are seen to be free, from commercial or other outside pressures," read the statement.
Read More / Baca Lagi >>

Pindaan AUKU 1974 dibentangkan di Parlimen Mac ini

Posted: 15 Feb 2012 08:55 PM PST

NONEProses pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) 1974 hampir selesai dan rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Mac ini, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, maklumat terperinci berhubung perkara itu akan diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Pindaan Seksyen 15 AUKU akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat pada bulan Mac. Pada dasarnya ia memenuhi permintaan majoriti pihak berkepentingan yang inginkan supaya pindaan ini dibuat.

"Sekarang kita harus memikirkan apakah yang akan berlaku selepas pindaan dilaksanakan," katanya kepada pemberita pada kemuncak pertandingan Debat Diraja 2012 kategori Bahasa Melayu (Utama) di Pualua Pinang, malam tadi.

Saifuddin berkata, pindaan yang dibuat diharap dapat mengembalikan zaman kegemilangan gerakan mahasiswa di tahun 60-an dan 70-an yang mana mahasiswa dilihat sebagai pencetus idea untuk pembangunan negara.

- Bernama

Amrin dilantik semula ketua audit negara

Posted: 15 Feb 2012 08:54 PM PST

Tan Sri Ambrin Buang dilantik semula sebagai ketua audit negara untuk tempoh satu tahun mulai 23 Februari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata, pelantikan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Ambrin dilantik sebagai ketua audit negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006.
Read More / Baca Lagi >>

DAP: RM97b in hidden loans pushes public debt over legal limit

Posted: 15 Feb 2012 08:52 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 16 — The DAP today accused the government of not reporting RM96.9 billion in loans it has guaranteed as public debt, which would push the amount of federal loans above the 55 per cent of gross domestic product (GDP) allowed by law.
Party publicity chief Tony Pua said the combined public debt of RM455.7 billion reported last year and the "off-balance sheet" financing would amount to RM552.6 billion, or 65.2 per cent of the economy.
"For all intents and purposes, even though these loans are not taken by the government, they are essentially government debt or otherwise known as contingent liabilities.
"This expanded figure would then constitute 65.2 per cent of our GDP, well above the 55 per cent federal government loan limit as defined in the Loan (Local) Act 1959 and Government Funding Act 1983," Pua (picture) said in a statement today.
He told The Malaysian Insider that the law does not punish but legally bars the government from breaching the limit.
"Although it does not compel the government to report contingent liabilities as public debt, in substance it is the same thing and we have busted the limit," he said.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Mafia : Umno guna taktik liar bagi elak kubunya digempur Pakatan

Posted: 15 Feb 2012 08:51 PM PST

BN didakwa menggunakan taktik liar dalam usaha terdesak bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menembusi kubu-kuat tradisional Umno di penempatan Felda.

Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.Read More / Baca Lagi >>

Teguran Nik Aziz sopan, berhemah - Anwar

Posted: 15 Feb 2012 08:51 PM PST


SUBANG JAYA, 16 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan teguran yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih sopan dan berhemah.

Malah beliau turut memberitahu teguran tersebut sangat berbeza dan perlu difahami.

"Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja.

"Ia berbeza dengan Unmo Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar persenda pamer logo 1M'sia pada barang subsidi

Posted: 15 Feb 2012 08:49 PM PST

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersendakan tindakan kerajaan mewajibkan logo 1Malaysia atas barangan subsidi dan berkata ia mempunyai kesan minimum bagi memancing undi kepada BN.

"Isunya ialah, jika mereka letakkan logo, harga mesti turun, tetapi jika mereka letakkan logo tetapi harga tetap naik, mereka tidak akan dapat undi.

"Rakyat akan lihat logo itu sedar bahawa harga barang akan naik," kata Anwar sambil berseloroh.
Read More / Baca Lagi >>

Crime, who is to blame: The police, the politicians or the public?

Posted: 15 Feb 2012 06:54 PM PST

Crime, who is to blame: The police, the politicians or the public?The Sun daily newspaper reported in its headline news about the startling disclosure of how the police failed in the case of a citizen getting his hand severed by robbers (Hand it to the docs, Feb 15, 2012).
According to a private hospital's consultant trauma and hand micro surgeon, the hospital called the police and "when we did not hear from the police even 30 minutes after seeking their help", the medical team took the initiative to go out to the scene of the crime and search in the darkness of the night for the severed hand.
Syabas, to the highly responsible medical team from the hospital! Their extremely commendable action that went way beyond the call of medical duty eventually saw the victim having his hand successfully re-attached, following eight hours of non-stop surgery – working right through the night till 7.30 am the next day.
Should citizens be blamed for not 'feeling safe'
Read More / Baca Lagi >>

Raja Arab yang Hipokrit

Posted: 15 Feb 2012 06:53 PM PST

Raja Arab yang Hipokrit
Agak sukar untuk menjadi lebih hipokrit berbanding diktator Syria Bashar Al-Assad tetapi, Raja Saudi, Raja Abdullah telah berjaya melakukannya. Pada hari Jumaat, Raja Abdullah telah berucap dengan penuh kemarahan mengkritik kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak ke atas Syria di mana Arab Saudi telah menyokong rancangan Liga Arab untuk 'transisi demokratik' yang akan mengakhiri rejim Assad. "Dunia ini diperintah oleh otak, keadilan, moral dan kesama-rataan," beliau berucap dengan alimnya.
Pada hari yang sama, pemerintah Saudi telah menyerang penunjuk perasaan di bahagian timur bandar Qatif. Beberapa kematian dicatatkan untuk 2 hari berturut-turut. Semetara itu, diplomat rejim sedang mengatur pengektrakan keluar dari Malaysia, seorang wartawan Saudi yang meninggalkan negara itu setelah beliau mengeluarkan kenyataan di Twitter menghina Nabi Muhammad SAW yang membawa kepada desakan penangkapan dan hukuman bunuh ke atas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Demokrasi dalam Umno hanya 10% daripada yang pernah diamalkan dahulu ...

Posted: 15 Feb 2012 06:52 PM PST

Demokrasi dalam Umno hanya 10% daripada yang pernah diamalkan dahuluBekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyelar kepimpinan parti beliau, yang sekarang diterajui Perdana Menteri Najib Razak dengan mengatakan bahawa mereka mencanangkan diseluruh negara untuk berubah tetai demokrasi dalam Umno sendiri hanyalah 10% daripada yang pernah diamalkan oleh pemimpin zaman 60-an dan 70-an.
"Umno dan pemimpinnya pada masa itu sangat setia pada semangat bahawa Umno dibentuk atas dasar sebuah parti yang benar-benar mengamalkan demokrasi. Kini, presiden Umno sendiri iaitu Najib Razak turut menjelajah seluruh negara dengan mesej bahawa 'kita harus berubah sekira tidak, kita akan diubah'," beritahu Kadir kepada wartawan.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Dayak di Sarawak tidak peduli sama ada Taib pergi atau mati dalam jawatan

Posted: 15 Feb 2012 06:51 PM PST

Orang Dayak di Sarawak tidak peduli sama ada Taib pergi atau mati dalam jawatanSelain daripada beberapa orang Dayak intelektual yang tinggal dalam suasa selesa di bandar, majoriti besar Dayak di Sarawak tidak peduli akan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, seorang Muslim generasi kedua dari masyarakat Dayak Melanau yang minoriti. Taib adalah cucu kepada seorang yang beragama Kristian.
Apa yang dibimbangkan oleh masyarakat Dayak adalah keluarga Taib akan merampas tanah NCR dengan menggunakan apa jua alasan sepertimana yang dilakukan oleh UMNO di Sabah untuk mengubah demografi mereka; atau mana-mana parti politik arii Semenanjung Malaysia (atau Malaya),terutamanya Umno, tidak cuba untuk mendapatkan perwakilan dalam Dewan Undangan Negeri di Sarawak bagi pihak mereka.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT