Jumaat, 10 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isa ketot dan bini buat rumah terbuka guna duit FELDA lebih RM370 ribu

Posted: 10 Feb 2012 10:37 PM PST

Written by Hazayani Zakaria
Sabtu, 11 Feb 2012 13:51

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.

"Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.

"Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda.

Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah.

"Apa gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat," katanya.

Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya. - Harakah Daily

Hanya seketul ayam ....

Posted: 10 Feb 2012 09:52 PM PST

Insiden KFC: Tidak timbul isu perkauman, kata saksi

February 11, 2012
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng turut hadir di sidang akhbar tentang insiden KFC. — Gambar fail
KLANG, 11 Feb - Saksi insiden pergaduhan di KFC i-City Shah Alam yang memuat naik video di laman web Youtube hari ini menegaskan tidak berlaku sebarang isu perkauman behubung perkara itu, dan pergaduhan tersebut berlaku hanya disebabkan perasaan tidak puas hati kerana KFC itu kehabisan ayam goreng.
Saksi berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Jes 6366 berkata dia yang sedang beratur tidak mendengar sebarang perkataan berunsur perkauman dilemparkan sebaliknya mangsa, Danny Ng menggunakan suara yang agak tinggi terhadap pekerja KFC berkenaan untuk mengadukan perkara itu kepada pengurusan KFC.
"Tidak ada perkataan yang berunsur perkauman disebut dalam pergaduhan itu, tapi ..........
Danny menggunakan suara yang agak kuat dan mungkin itu yang menimbulkan provokasi dan menbuatkan pekerja KFC itu marah.
Menurutnya, isteri Danny telah membawa Danny keluar daripada KFC, dan disebabkan perasaan tidak puas hati, Danny masuk semula ke dalam KFC dan menuntut permohonan maaf daripada pekerja terbabit yang menjadi punca pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan.
"Pada masa itu ada sekitar 40 pelanggan sedang menunggu untuk membeli ayam goreng, tapi KFC sudah kehabisan ayam sedangkan jam baru menunjukkan 9.30 malam.
"Pelanggan itu merungut disebabkan kehabisan ayam goreng, dan ada suara-suara tidak elok daripada dapur. Tiba-tiba pekerja KFC itu keluar dari dapur dan membawa sebatang besi," katanya menceritakan situasi sebenar semasa insiden pergaduhan tersebut berlaku.
"Bagaimanapun, pengurus KFC berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan, sebaliknya hanya duduk di dapur," kata Jess di Pejabat DAP di sini.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang hadir ketika sidang media itu meminta orang ramai agar tidak menjadikan isu berkenaan sebagai isu perkauman.
"Ini hanyalah pertelingkahan berkenaan ayam goreng. Saya minta masyarakat di luar sana tidak menjadikan ianya sebagai isu perkauman," katanya menegaskan insiden itu berlaku disebabkan kelemahan pengurusan KFC yang tidak cekap.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS itu, pengurusan  KFC seharusnya mengawal keadaan dan pengurus seharusnya sudah maklum keadaan yang berlaku.
Namun begitu, beliau turut menegaskan tiada alasan untuk pekerja KFC itu bertindak ganas, namun beliau tidak menolak mungkin disebabkan faktor keadaan menjadikan pekerja itu berang dan bertindak di luar jangkaan.
"Pekerja harus bersifat rasional, jangan gunakan kekerasan, begitu juga dengan pelanggan, cuba elakkan daripada menggunakan bahasa kasar yang boleh menimbulkan provokasi," tambahnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pihaknya akan cuba memujuk Danny untuk berdamai dengan pekerja KFC tersebut sekiranya pekerja itu bersedia untuk bersemuka.
Malah, menurutnya lagi, pihak polis juga akan membuat kawad cam hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang terlibat menumbuk mangsa dalam insiden tersebut.
"KFC juga telah bersetuju untuk berjumpa mangsa pada minggu depan di Ibu Pejabat KFC dan DAP akan menghantar wakil peguam bersama-sama Danny." - The Malaysian Insider

Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Hassan Ali

Posted: 10 Feb 2012 07:40 PM PST

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.

Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.

"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil .......
alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.

"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas.

Biodata, Kisah hidup Ustaz Azhar Idrus- ustaz tengah 'Hot'

Posted: 10 Feb 2012 09:21 AM PST

Ramai orang di luar sana meminati gaya penyampaian ceramah Ustaz Azhar Idrus, atau dalam pendek kata peminat Ustaz Azhar Idrus atau dalam bahasa komiknya Kipas Susah Mati Ustaz Azhar Idrus, dsinni sedikit tentang biodata dan sejarah hidup ustaz azhar idrus..............
gambar family bahagia ustaz azhar idrus
-Masa kecil duduk di satu kem tentera di kedah bersama Nenek dan Datuknya (Tak pasti)
-Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
-Kemudian belajar di Institut Berakan, Terengganu.
-Pernah Bekerja Di Utusan  di Kuala Lumpur, sebelum ditukarkan ke Utusan  di Terengganu, kemudia meletak jawatan kerana ingin memberi tumpuan pada menghadari kuliah2 agama.
-Pernah bekerja menerak kain batik(tak pasti maksudnya,mungkin mencanting batik) setelah letak jawatan di Utusan
-Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
-Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
-Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
-Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai, juga pernah berguru dengan ustaz hakim yang berbelas tahun di pattani mengaji ilmu.
Ustaz Azhar juga ada bercerita mengenai dirinya dalam ceramah nya DI SINI

Ariel Peterpan (yang sedang menjalani hukuman penjara) Dibenar Bekerja Di Luar Penjara

Posted: 10 Feb 2012 08:42 AM PST

JAKARTA: Penyanyi popular Ariel Peterpan, yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan berkaitan kes video pornografi, telah dibenarkan bekerja di luar penjara menjelang pembebasannya pada Julai nanti.

Beliau kini bekerja di sebuah syarikat senibina di Bandung, dalam program asimilasi iaitu program bimbingan sebelum bebas daripada tahanan.

Vokalis kumpulan Peterpan, yang nama sebenarnya Nazril Ilham itu, dilaporkan memulakan program itu sejak 16 Januari lepas.

Aktiviti beliau dikawal oleh petugas Penjara Kebon Waru Bandung, tempat beliau ditahan dan sepanjang melalui program itu, Ariel dilarang mengadakan pertunjukan, bermain muzik atau diwawancara oleh media.

Ariel hanya dibenarkan pulang semula ke Penjara Kebun Waru Bandung selepas selesai kerja, sepanjang program itu.

Ariel dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan denda Rp250 juta atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Daerah Bandung setelah didapati bersalah dalam kes video pornografi dan telah menjalani hukuman di Penjara Kebon Waru Bandung sejak bulan Jun 2010. -BERNAMA

Iskhhh budak-budak UMNO ni tak dak kerja ka? Esok geng songkok 3 jengkai pulak kot....

Posted: 10 Feb 2012 06:56 AM PST

Skandal Pasir: Pemuda Umno Buat Laporan Polis


SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing pada Jumaat membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa terdapat dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat Selangor terlibat dalam skandal pasir di negeri itu.

Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini pada pukul 3.45 petang tadi.

Ungku Md Salleh berkata dalam laporan itu, mereka turut mengemukakan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today.

Beliau berkata Pemuda Umno mahu pihak polis menyiasat sama ada ............
wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh dua ADUN PKR seperti didakwa Raja Petra.

Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Raja Petra mendakwa ADUN Sri Muda Mat Shuhaimi Shafie memohon sejumlah wang daripada sebuah syarikat untuk membantu syarikat itu mendapatkan tender pasir di Selangor.

Raja Petra mendakwa ADUN Batu Caves Amirudin Shari pula mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan tender pasir syarikat itu.

Penulis blog kontroversi itu juga mendakwa kedua-dua ADUN itu merupakan pengarah syarikat yang memohon tender pasir itu dan mereka berdua masing-masing menerima elaun bulanan RM5,000.

Ungku Md Salleh turut meminta polis menjalankan siasatan segera kes pembunuhan bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Datuk Patrick Wong pada 2009, yang dikatakan mempunyai unsur jenayah seperti didakwa Raja Petra.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap isu pasir di negeri itu 'cerita lama' yang tidak sepatutnya dibangkitkan berikutan operasi syarikat mengendali pasir dipantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata pegawai SPRM telah dibenarkan memasuki pejabat syarikat pengendali pasir di negeri itu Kumpulan Semesta Sdn Bhd sejak 2009 untuk menjalankan sebarang siasatan sekiranya perlu.

"Semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lepas," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri dan anak-anak syarikat malah bersedia memberikan kerjasama, katanya.

"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu kerajaan negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah sewajarnya," katanya.

Terdahulu, Abdul Khalid merasmikan Selangor Matta Islamic Travel Fair (SMITF) yang berlangsung sehingga Ahad ini di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Beliau berkata Selangor bersedia menjadi destinasi pelancong perubatan apabila kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya untuk menubuhkan sebuah pusat pakar perubatan di Petaling Jaya.

SMITF menawarkan pakej pelancongan Islam oleh 126 peserta yang mengambil bahagian termasuk dari China, Mesir, India, Jordan, Kuwait, Oman dan Qatar. -BERNAMA

"Raja Petra Bersekongkol Dengan BN"

Posted: 10 Feb 2012 05:12 AM PST

by Aidil Syukri   
.PETALING JAYA, 10 FEBRUARI, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin berkaitan dengan perbuatan salah guna kuasa dan rasuah di Selangor.

Shuhaimi yang merujuk kepada penulisan Raja Petra di laman webnya 'Malaysia Today' bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" berkata terdapat benyak kesalahan fakta yang telah dilakukan Raja Petra yang disifatkannya berniat jahat.

Katanya, terdapat beberapa fakta di dalam artikel tersebut yang diputarbelitkan untuk ...........
memberi gambaran yang beliau dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari terbabit dengan salah laku rasuah.

"Di dalam artikelnya Raja Petra menuduh saya dan Amiruddin terlibat dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan tujuan mendapatkan kerja-kerja membersihkan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) secara tidak sah.

"Beliau juga menuduh kami sebagai ahli politik yang menerima rasuah dan dalang kepada aktiviti kecurian pasir yang berlaku di Selangor," kata Shuhaimi.

Menurut Shuhaimi, beliau telah dijemput untuk menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity pada Mei 2009 dengan menerima elaun bulanan sebanyak RM5000.

 Katanya, sejak beliau menyertai syarikat itu, beliau hanya menerima enam kali bayaran elaun bulanannya iaitu dari bulan Jun hingga Disember 2009 manakala Amiruddin menerima tiga kali iaitu dari Oktober hingga Disember 2009.

"Gambaran yang cuba diberikan oleh Raja Petra seolah-olah perlantikan saya ke Lembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihan pasir dari KSSB adalah tidak tepat kerana nyata perlantikan saya telah dibuat lebih awal dari tarikh yang dinyatakan beliau," kata Shuhaimi.

"Beliau (Raja Petra) menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberi gambaran buruk sedangkan realitinya nyata berbeza.

"Saya yakin beliau kini bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional (BN) yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari skandal NFC yang semakin memuncak dengan niat untuk menimbulkan keraguan dan ketidakakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Selain itu, Shuhaimi turut menjelaskan yang kes tersebut telah disiasat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sehingga kini tidak ada sebarang tindakan lanjut.

"Kami mencabar BN dan Raja Petra untuk menyenaraikan semua keputusan yang telah dipengaruhi termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskan untuk kepentingan peribadi kami jika benar kami telah menyalahgunakan kuasa kami," katanya.

Tambah beliau, setiap tuduhan yang dibuat mesti mempunyai bukti yang kukuh seperti apa yang dibawa oleh PKR seperti dalam kes NFC.

Jika tidak, beliau berkata ia adalah hanya satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. - MD

Kuasa ketiga? Jika Hassan Ali benar, jadilah Pendakwah sepenuh masa, lupakan politik

Posted: 10 Feb 2012 04:20 AM PST

Mari kita lihat Jati NGO baru yang memanggil dirinya Kuasa ke 3 yang akan dilancarkan pada 21 Februari 2012 (kebetulan ia hari jadi saya) oleh pengasas dan juga presidennya Hassan Ali.

Nama Jati telah dipilih kerana ia bermakna BENAR, tetapi Kamus Bestari Dwibahasa memberikan maksud Jati sebagai sejati atau sebenar. Untuk BENAR kamus memberikan perkataan BERSIH tetapi itu satu perkataan yang "taboo" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno. Alternatif lain termasuk JERNIH dan SUCI.

Apa jua maksudnya, mampukah Hassan Ali jadi seperti pengertian Jati atau tulen. Bagi seseorang untuk menjadi orang Jati, anda perlu mempunyai keperibadian ,,,,,,,,

yang utuh, sikap kental yang besar dan akhirnya menjadi orang yang bertaqwa. Ahli politik tidak boleh menjadi seperti Jati, kerana seperti kita semua maklum, tiada ahli politik di negara ini atau di mana-mana bahagian dunia adalah benar.

Benarkah Hasan?

Jika di semua ahli politik yang benar, mereka tidak akan kekal di dunia politik yang penuh dengan pembohongan dan orang-orang yang menipu. Salah satu contoh yang baik ialah Aung San Suu Kyi - dia tidak boleh menjadi seorang ahli politik yang tulen di Myanmar. Junta hanya akan mencari jalan untuk menghapuskannya.

Di sini, Hassan Ali mahu Jati menjadi kuasa ke 3 negara. Dia mahu Jati menjadi faktor penentu untuk berjuta-juta pengundi Melayu. Dia menggesa semua NGO yang benar untuk bergabung denganJati, supaya mereka boleh menjadi kuasa ketiga.

Sekarang, apakah itu Kuasa ke-3? Sebuah NGO yang lahir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 untuk menjadi kuasa ke 3 di sebuah negara yang mempunyai "demokrasi" yang telah berusia 54 tahun. Walaupun PAS yang telah ditubuhkan pada tahun 1956, dan DAP, pada tahun 1966, telah pun wujud selama lebih daripada 40 tahun, manakala PKR pula telah ditubuhkan pada tahun 1999. Hanya selepas melalui halangan besar barulah ketiga-tiga pihak ini menjadi lawan yang sukar untuk UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946, dan seterusnya Barisan Nasional, yang ditubuhkan pada tahun 1973.

Jadi, bagaimana sebuah parti yang kecil boleh memanggil diri mereka sebagai Kuasa ke-3? Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan siapa sebenarnya Hassan Ali - dia mengetuai sesuatu yang palsu. Adakah NGO yang bergantung pada geran dan bantuan kerajaan akan tertipu oleh helah politik ini? Apa jua kebaikan NGO yang telah berjuang untuk kebaikan akan dicemari Jati dengan harapan palsu untuk menjadi kuasa ke-3 yang tidak akan menjadi kenyataan.

Masih bekerja untuk UMNO

Hassan Ali masih bekerja untuk UMNO dimana mereka mendapat dananya. Dia tidak boleh menerima hakikat bahawa selepas 11 tahun bersama PAS dan dengan dilucutkan jawatan sebagai Kaunselor Eksekutif, beliau telah disingkirkan begitu sahaja., Encik Hassan Ali, inilah dunia politik. Anda cuba bermain politik tetapi membakar diri sendiri. Jadi jangan menyalahkan orang lain atau panggil mereka parasit. Mereka boleh menuduh kamu begitu juga!

Sekarang, untuk terus relevan, anda berkata anda mahu membentuk satu Kuasa ke-3 di Malaysia dan pada fikiran anda, ini masih politik, Apa yang berlaku kepada keinginan anda yang hanya mahu melindungi Islam. Adakah anda ikhlas dalam melindungi Islam di negara ini yang pada mulanya tidak perlu dilindungi kerana semua umat Islam di negara ini tahu Islam dilindungi sepenuhnya oleh Sultan dan Raja . Mereka adalah pemimpin Islam yang sebenar di negara ini dan bangsa-bangsa lain menghormati mereka dan Islam sebagai agama rasmi.

Rakyat Malaysia yang taat kepada undang-undang negara ini telah biasa dengan keadaan ini selama lima puluh tahun yang lalu. Adakah perlu bagi anda untuk melindungi Islam di negara ini melainkan jika ia hanyalah kerana ada cita-cita besar lain yang tersembunyi. Jika anda benar-benar mahu menjadi pelindung Islam, tinggalkanlah semuanya dan jadilah pendakwah dan anda akan dihormati oleh semua orang tanpa mengira bangsa, warna kulit, kepercayaan dan agama di Malaysia dan di luar negara.

Mereka yang berpura-pura dan Kuasa ke-3 yang sebenar

Terdapat ahli politik yang berpura-pura seperti Raja Petra Kamarudin, Zaid Ibrahim, dan Harris Ibrahim yang merasakan mereka boleh menjadi Kuasa ke 3 di Malaysia, dengan MCLM dan KITA. Tapi sebelum mereka mula lagi, mereka sudah hangus terbakar dan menjadi persis lagu evergreen yang dinyanyikan oleh The Platters - Oh yes, I'm the great Pretender....

Pembaca Malaysia Chronicle, berita atas talian, penulis blog, penulis-penulis alaf baru dan pengulas, anda adalah Kuasa ke-3. Dan tiada siapa pun boleh menafikan ini. Kitalah KUASA KETIGA itu, kita yang ingin sebuah negara Malaysia yang lebih baik tanpa rasuah, kronisme, perkauman dan perpecahan agama. Kita yang ingin sebuah negara Malaysia untuk semua dan bukan 1Malaysia yang mengelirukan, KITA ADALAH KUASA KETIGA.

Malaysia Chronicle

Gadis Serigala - 1 dalam 1 bilion - takut jadi Andartu

Posted: 10 Feb 2012 01:49 AM PST

MUMBAI- Tiga wanita adik-beradik bimbang 'Sindrom Serigala Jadian' yang dialami bakal menyebabkan mereka sukar mencari suami.

Berdepan masalah penumbuhan bulu tidak terkawal, Savita, 23; Monisha, 18; dan Savitri, 16, mungkin menjadi anak dara tua gara-gara Hypertrichosis Universalis.

Mengikut nisbah, penyakit itu hanya dialami seorang daripada satu bilion penduduk dunia.

Menurut Savita, dalam keadaan begitu, perkahwinan adalah mustahil untuk mereka.

"Siapa yang mahu menjadi suami kepada seseorang yang mukanya dipenuhi bulu?" katanya.

Di kawasan perkampungan kecil di Sangli, wanita bujang tidak mempunyai banyak pilihan.

Hidup dalam serba miskin, keluarga terbabit ternyata tidak mampu menyediakan wang berjumlah RM21,500 untuk setiap seorang daripada mereka bagi menjalani rawatan laser membuang bulu berkenaan.

Ketika ini, adik-beradik malang itu hanya menggunakan krim membuang bulu untuk mengurangkan sedikit masalah berkenaan.

Bagaimanapun, kata Savita, ia hanya bertahan seketika apabila bulu di muka mereka kembali tumbuh dengan cepat.

"Dulu ketika bersekolah, pelajar di sana selalu mengejek saya dengan pelbagai gelaran dan enggan berkawan dengan kami," katanya.

Ibu mereka, Anita Sambhaji Raut, 40, berkata dia mempunyai enam anak, tetapi hanya tiga mengalami sindrom berkenaan.

Kata Anita, penyakit itu menurun daripada suaminya yang dikahwini secara paksa ketika dia baru berusia 12 tahun.

"Saya hanya menyedari suami saya itu mempunyai muka dan badan berbulu pada hari kami dikahwinkan.

"Keadaan itu sangat menakutkan saya," katanya.

Akibat penyakit itu, kata Anita, dia sentiasa berdepan dengan cercaan masyarakat setempat.

"Apabila saya membawa Savita keluar, orang kampung akan memanggil kami binatang atau ahli sihir," katanya.

Sementara itu, Monisha berkata, dia tetap berharap ada lelaki sudi menjadikannya sebagai isteri.

"Jika ada yang sesuai, saya akan terima, tetapi jika tidak, saya terpaksa terus berusaha menyambung hidup," katanya.

bumiperak

bumiperak


Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

Posted: 10 Feb 2012 10:14 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. "Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka. "Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah. "Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

dollah yankee

dollah yankee


Rasa macam nak hayun 'driver' kat kepala Zahrin Hashim

Posted: 10 Feb 2012 05:50 AM PST

Ingatkan Zahrin Hashim, MP Bayan Baru sorang saja yang marah sangat dekat Lim Guan Eng sebab tak dapat tender mentadbir dan mengurus Bukit Jambul Golf & Country Club sampai sanggup lompat parti. Tapi gurkah-gurkah politik di'port' juga hangat hati dan cukup marah dekat pihak pengurusan dan pentadbir BJCC kerana sudah naikan sewa harga buggy dari RM22 ke RM 37 untuk 9 lubang pertama sahaja yang bermula sejak dua minggu lepas.

Kemudian mereka keluarkan pula arahan yang sesiapa yang nak main golf di 'course' itu sekarang sudah tidak dibenarkan lagi berjalan tetapi mesti menyewa 'buggy'.

Kepala Butuh punya jepun ! (Dato' Eiro Sakamoto,MD BJCC), lu tak ada fikir? lu tak ada bikin 'home-work' ka? Itu 'course di'design' untuk para 'golfers' berjalan sambil ber'excercise'  disepanjang 'course' , dan penggunaan 'buggy' tidak digalakan kecuali 'golfers' yang dah tua nak mamposss, yang dah tak larat nak berjalan.

Mogok dan demonstrasi tanda tidak puas hati terhadap sesuatu perkara kini sudah jadi budaya kita. Penyakit ini juga sudah mula berjangkit kepada gurkah-gurkah politik di'port' dimana mereka (bukan ahli tetapi 'guest member' yang nak main, akan bayar 'green fees')bersama-sama dengan lebih kurang 100 orang ahli berdaftar kelab tersebut telah berdemo dan tunjuk perasaan kira-kira 2 jam kerana tidak puas hati dengan larangan pentadbiran baru kelab tersebut yang melarang 'golfers' berjalan dan menggunakan  kedi, sehingga mengakibatkan insiden yang kedua-dua pihak terpaksa melaporkan nya kepada polis.


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. rasa macam nak hayun 'driver' kat kepala Zahrin !

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Menteri: Wang EPF digunakan bukan kerana kehabisan wang kerajaan.....Tabung Buluh..!!

Posted: 10 Feb 2012 09:20 PM PST


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menolak dakwaan bahawa kerajaan meminjam duit EPF kerana kehabisan wang. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 11 Feb — Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menolak dakwaan pengunaan RM1.5 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membiayai pinjaman perumahan pembeli kurang layak bermakna Putrajaya ketandusan wang.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu berkata kewangan kerajaan mencukupi, dan menyalahkan pihak pembangkang yang membuat tuduhan "tidak berasas".
"Memang benar, wang kerajaan memang mencukupi. Tuduhan ini semua tidak berasas," kata senator Umno itu melalui SMS kepada The Malaysian Insider semalam. 
Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh Putrajaya menyalahgunakan dana daripada KWSP sebagai topeng semata-mata untuk menyembunyikan kadar hutangnya dengan melakukan kerja "mulia" untuk projek perumahan untuk masyarakat berpendapatan rendah.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS lapor polis terhadap Hasan Ali

Posted: 10 Feb 2012 09:17 PM PST


KUALA LUMPUR, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohd Ali ekoran kenyataan bekas exco Selangor itu yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.

Ianya merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah pada 31 Januari lalu di Padang Awam Seksyen 2, Bandar Baru Bangi yang dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Read More / Baca Lagi >>

Anak mahu halang EGM Koperasi Felda

Posted: 10 Feb 2012 09:16 PM PST

KUALA LUMPUR - Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) akan mendapatkan perintah Injuksi mahkamah bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda meneruskan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 22 Februari ini.

Ia tindakan kali kedua selepas usaha yang sama diambil akhir tahun lalu.

Pada masa yang sama Pengerusinya, Mazlan Aliman menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau EGM itu bagi mengelakkan sebarang usur rasuah dan sogokan wang.
Read More / Baca Lagi >>

Debate with Soi Lek must involve all M'sians, not just Chinese - Guan Eng

Posted: 10 Feb 2012 09:14 PM PST

Debate with Soi Lek must involve all M'sians, not just Chinese - Guan EngThe debate with MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek organised by MCA's Institute of Strategic Analysis and Policy Research(INSAP) and Asian Strategy & Leadership Institute(ASLI) is not on topic of "The Malaysian Chinese In The Coming General Elections - Quo Vadis?" but on the topic "Is the 2-Party System Becoming a 2-Race System".
The topic of the debate "Is the 2-Party System Becoming a 2-Race System" was suggested by the organisers through a letter by ASLI's CEO Datuk Dr Michael Yeoh on 3 February 2012. I had accepted this topic as this is in line with DAP's and the Penang state government's commitment to fight for the rights of all Malaysians just as MCA believes in fighting for only one community. It is wrong for Chua to change the topic on the merits and demerits of a 2-party system or whether it is becoming a 2-race system to one of "Malaysian Chinese-Quo Vadis?".
Read More / Baca Lagi >>

Zaid: Kita bukan untuk disewa, dijual

Posted: 10 Feb 2012 09:12 PM PST


Zaid Ibrahim
PARTI Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) bukan parti untuk bertanding, masih banyak perlu diperbaiki kerana parti itu belum cukup kuat. Jika bertanding pun bukan tentu boleh menang, lebih baik membantu pembangkang bagi mewujudkan politik negara yang seimbang.

Inilah yang tidak boleh diterima pimpinannya hinggakan ada antara mereka yang kecewa apabila ketuanya, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan langsung tidak akan mencalonkan wakil dari partinya bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Zaid, beliau adalah ketua parti, jadi semua ahli perlulah akur dengan aspirasi yang dibawa, kerana beliau menyelami apa yang dirancang termasuklah cadangan membubarkan parti yang lebih setahun ditubuhkan itu.
Read More / Baca Lagi >>

‘Shahrizat will be forced to quit’

Posted: 10 Feb 2012 09:11 PM PST

Umno insiders claim that the minister has become a liability to both the party and its leaders. So there is only one option.
KUALA LUMPUR: Umno's top leadership is working towards forcing its Wanita chief Shahrizat Abdul Jalil to resign over the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) scandal and she will likely do so in the near future.
Insiders told FMT that many of the party's top leadership including president and Prime Minister Najib Tun Razak felt that the fiasco could worsen if the senior minister refused to exit, dragging other leaders into the debacle and also dent Umno's election preparation.
It is understood that the issue would likely be raised at the next supreme council meeting where some members expressed their intention to voice their discontent with the Wanita chief and ask her to make a "graceful departure".
Read More / Baca Lagi >>

Zaid: Saya tak takut lepas kerusi ketua Kita

Posted: 10 Feb 2012 09:09 PM PST


Zaid Ibrahim
PETALING JAYA - Datuk Zaid Ibrahim, ketua Parti Kesejahtaraan Insan Tanah Air (Kita) menegaskan, beliau sama sekali tidak mementingkan kedudukan politik dan oleh itu, sedia berundur jika ahli-ahli parti yang berusia setahun itu merasakan dirinya sudah tidak  sesuai memimpin mereka.
Bagaimanapun tegas beliau, langkah itu seharusnya dilakukan dengan sopan menerusi pentadbiran parti politik, bukannya menggunakan pendekatan sebaliknya termasuk kenyataan-kenyataan media memburuk-burukkan parti.
"Inilah yang saya amalkan selalu. Saya kata, apa yang saya takutkan. Saya telah buktikan kepada semua orang bahawa jawatan tidak mustahak sangat.
Read More / Baca Lagi >>

Hina Nabi : Pemerhati hak asasi manusia mohon Hamza Kashgari tidak diserahkan kepada Arab Saudi

Posted: 10 Feb 2012 09:09 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 Feb - Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini meminta kerajaan Malaysia agar tidak menyerahkan Hamza Kashgari yang ditahan di negara ini kepada Arab Saudi kerana dia akan menghadapi pertuduhan yang boleh membawa hukuman bunuh.
"Arab Saudi telah membuat keputusan bahawa Hamza telah murtad dan akan menghadapi hukuman," menurut Christopher Wilcke, pegawai kanan penyiasat HRW di Timur Tengah. "Kerajaan Malaysia seharusnya tidak memperjudikan nasib Hamza dengan menyerahkannya kepada Arab Saudi."
Hamza dalam perjalanan ke negara lain apabila pihak keselamatan menahannya dan peguamnya Muhammad Afiq Muhammad Noor memberitahu HRW, kenalan kepada Hamza berkata dia ditahan di bahagian Kawalan Perjalanan di kawasan Bukit Aman.
Read More / Baca Lagi >>

Ust Azhar Idrus- Sambut : Hari Valentine

Posted: 10 Feb 2012 09:06 PM PST

The Ox, Dragon and GE

Posted: 10 Feb 2012 06:10 PM PST

Despite what the mainstream English papers are extolling about the BN government, its glossing over of contentious issues is not going down well with the rakyat.

There have been many reports in the mainstream English newspapers highlighting the confidence of the BN federal government in relation to the 13th general election.
Several of the pumped up headlines read as follows: "BN confident of capturing Kelantan", "BN confident Perak will remain with BN", "BN confident of wresting back Selangor" and "BN confident that the voters are returning to BN". If this is the prevalent mood in BN, then why is Prime Minister Najib Tun Razak still yet to dissolve Parliament?
Read More / Baca Lagi >>

It's Najib who loses most from Anwar trial

Posted: 10 Feb 2012 06:08 PM PST

It's Najib who loses most from Anwar trialMalaysians expressed a collective sigh of relief when Opposition leader Anwar Ibrahim was acquitted of sodomy charges in early January.
Their groan of dismay over the prosecution's subsequent decision to appeal was equally palpable.
For most Malaysians, despite being divided in their opinions of Anwar, the acquittal marked a chance to move away from the sleazy politics that has long dominated daily life. Now, they expect more of the same. Aware of public exasperation, Prime Minister Najib Razak was quick to seize on the not guilty verdict as proof of his 'reformist' agenda and Malaysia's supposedly independent judiciary. But the appeal leaves him stranded, inclined to delay calling a general election, and acutely aware that he is under threat as much from within his own ranks as from the opposition. It seems likely that Najib will win the next election, but unless he scores big — which seems unlikely — his leadership could be at risk.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah adat: Komen Peguam Sabah bercanggah OTS

Posted: 10 Feb 2012 06:07 PM PST


KUALA LUMPUR, 11 Feb: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memandang berat dan bimbang dengan kenyataan terkini yang dilaporkan dibuat oleh Peguam Negeri Sabah bahawa Ordinan Tanah Sabah (OTS) yang berkuatkuasa pada tahun 1930 tidak membenarkan wujudnya Hak Tanah Adat yang baru di Sabah.


Menurut Peguam Negeri Sabah tidak ada peruntukan dalam OTS bagi anak negeri untuk membuat penempatan selepas 1930 dan menuntut Hak Tanah Adat, yang mana ianya jelas bercanggah dengan kedudukan Hak Tanah Adat yang merupakan hak asas masyarakat Orang Asal/Asli sepertimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Suruhanjaya juga rasa terkejut dengan komen Peguam Negeri Sabah kerana kedudukan yang dinyatakan ini adalah sama sekali baru dan bercanggah dengan semua dasar-dasar yang sedia ada dan interpretasi OTS, khususnya undang-undang adat dan perspektif bumiputera," kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

KeADILan buat persiapan terakhir sebelum PRU13

Posted: 10 Feb 2012 06:04 PM PST

Penasihat Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR akan menyertai pilihanraya dengan barisan yang bersatu dan bersih. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 11 Feb — Sebuah pertemuan khas Keadilan penghujung bulan, juga perjumpaan terbesar seumpamanya setakat ini, akan digunakan untuk mengemaskini strategi pilihan raya sebelum pilihan raya umum yang dijangka berlangsung 14 bulan lagi.
Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon perdana menteri Pakatan Rakyat (PR), yang turut akan menerangkan rancangan akhir pasca-pilihan raya termasuk kemungkinan Barisan Nasional (BN) melancarkan tindakan kecemasan yang memungkinkan pakatan berkenaan hilang kuasa.
Pertemuan khas yang akan diadakan di Lumut bermula 24 hingga 26 Febuari akan melibatkan bukan sahaja pemimpin atasan parti, bahkan juga ketua-ketua cabang bagi kerusi yang bakal mereka tandingi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
"Kebiasaannya, hanya majlis tertinggi dan biro politik akan menghadiri acara itu, namun, pemimpin di peringkat akar umbi akan turut serta pada kali ini, dengan penyertaan dijangka seramai 200 peserta, perhimpunan terbesar dalam sejarah parti," kata Pengarah Strategi Keadilan Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Akidah : Najib tidak peduli nasihat mufti

Posted: 10 Feb 2012 06:01 PM PST

Ada orang bertanya kepada saya - memusykilkan, kenapa Hasan Ali alias Hasan Akidah tidak menegur kehadiran Ha Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor ke Batu Cave untuk menyambut perayaan keagamaan Thaipusam.

Saya tidak menjawab atau memberi andaian di atas apa yang berlaku itu, cuma berkata; "Hasan tidak membuat apa-apa teguran kerana Ngo yang dibentuk untuk memperjuangkan akidah ummah bernama Jati selepas beliau dipecat Pas masih belum dilancarkan lagi. Menurut Hasan Ngo akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

Kata saya kepada si penanya itu sambil berseloroh mungkin selepas 21 Februari ini baru Hasan Akidah akan memberi komen dan fatwanya terhadap tindakan Najib itu. Mungkin menjadi kesalahan atau tidak valid kalau dia menegur sebelum Ngo itu dilancarkan.
Read More / Baca Lagi >>

No more 'grand old' Umno to fall back on: Najib has to make it on his own

Posted: 10 Feb 2012 06:00 PM PST

No more 'grand old' Umno to fall back on: Najib has to make it on his own There are various definitions of political power but these are not limited to heads of states, political parties or organizations, it is the extent to which a person or group can influence society whether formally or informally.
UMNO used to be able to wield its power freely and was able to re-engineer society - for better or for worse depending on whether you were Malay or non-Malay. But it also plundered the wealth of the country, imposed all sorts of regulations, restrictions, changed the laws, amended the constitution, and indulged in scandals galore.
But now, it is as if a veil has been lifted from the people's eyes. They are calling UMNO's bluff. Let's call a spade a spade. These days, UMNO-BN is seen as little better than a band of ruthless thieves, stealing whatever they want with the right hand and giving back a trickle with the left,  complete with charades and expensive shenanigans.
Read More / Baca Lagi >>

KWSP bukan tabung buluh kerajaan

Posted: 10 Feb 2012 05:59 PM PST

Wang KWSP ialah wang simpanan hari tua, ia bukan tabung buluh kerajaan BN untuk dibelanja sewenang-wenangnya bagi maslahat politik.

Terbaru Senator Datuk Nong Chik mengumumkan kerajaan akan menggunakan wang KWSP sebanyak RM1.5 bilion untuk membantu 20,000 penyewa di Kuala Lumpur membeli rumah.

Kenapa wang KWSP yang digunakan? Kenapa kerajaan tidak menggunakan dana kerajaan sendiri? Apakah ini petanda kerajaan BN sudah kritikal dari segi kewangan sehingga terpaksa mengguna dana awam?
Read More / Baca Lagi >>

MB: Isu pasir di Selangor 'cerita lama'

Posted: 10 Feb 2012 05:57 PM PST

khalid ibrahim pc 171111Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap isu pasir di negeri itu 'cerita lama' yang tidak sepatutnya dibangkitkan berikutan operasi syarikat mengendali pasir dipantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  
Beliau berkata pegawai SPRM telah dibenarkan memasuki pejabat syarikat pengendali pasir di negeri itu Kumpulan Semesta Sdn Bhd sejak 2009 untuk menjalankan sebarang siasatan sekiranya perlu.

"Semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency
International dan dua pengarah bebas badan itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lepas," katanya dalam sidang media di Shah Alam semalam.
  
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azhar nafi calon Pas

Posted: 10 Feb 2012 05:48 PM PST


Ustaz Azhar Idrus.
KUALA TERENGGANU – "Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang," kata Ustaz Azhar Idrus.

"Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati," katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.
Read More / Baca Lagi >>

Pas perkasa gerak kerja di Johor

Posted: 10 Feb 2012 05:45 PM PST


Mohamad Sabu
SHAH ALAM - Sambutan begitu menggalakkan yang diterima Pas di beberapa negeri terutama Johor memberi keyakinan kepada parti itu untuk terus memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada kemenangan pada PRU12 dan kini Pas sudah mula memperkasakan gerak kerja di negeri itu dengan memperbanyakkan majlis-majlis penerangan serta melakukan beberapa perubahan terhadap masyarakat tempatan.

Read More / Baca Lagi >>

After all these years, Mahathir is still so paranoid about Anwar

Posted: 10 Feb 2012 05:44 PM PST

After all these years, Mahathir is still so paranoid about AnwarMahathir Mohammad, the former prime minister of Malaysia, must be so paranoid to claim that Anwar Ibrahim wants to change Malaysian laws with that of Western laws (www.chedet.cc). He has failed to substantiate his allegations and has no empirical evidence to prove his allegations. His motive is apparently to pour scorn on Anwar –  his number 1 enemy in politics.
If truth be told, Mahathir cannot see Anwar become the prime minister of the country –  at least when the former is still around. But if it's the people's will that Anwar be elevated as prime minister, Mahathir has no excuse but to accept it. This is a democratic country where people's voice is supreme.
Freedom and equality
Read More / Baca Lagi >>

Persidangan NUBE lulus tindakan mogok

Posted: 10 Feb 2012 05:43 PM PST

SHAH ALAM - Persidangan perwakilan luar biasa Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE)  selama enam jam semalam, memutuskan untuk mengadakan mogok membantah tindakan pemecatan dua pegawai kanannya akhir bulan lalu.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, susulan keputusan perwakilan yang diputuskan lewat petang semalam, jawatankuasa eksekutif akan menetapkan tarikh tindakan perhubungan perusahaan itu, selain mendapatkan sokongan daripada majoriti ahli berhubung keputusan persidangan perwakilan.

NUBE ada sekitar 30,000 ahli di seluruh negara. Jika mendapat sokongan ahli, tindakan mogok dijangka diadakan bulan depan.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali - Dari UMNO dia datang, kepada UMNO jugalah dia akan kembali

Posted: 10 Feb 2012 05:36 PM PST

Dr Hasan Ali, bekas Exco kerajaan (PAS) negeri Selangor, yang dipecat dari PAS baru-baru ini nampaknya mendapat tempat di media perdana terutamanya di TV3. Setiap malam kita melihat Hasan Ali diliputi oleh TV3 dan beliau ditonjolkan sebagai seorang pelakon Bollywood seperti Shah Rukh Khan.

Kita melihat lakunannya setiap hari dengan berdoa sambil menangis serta kembali bercakap dengan nada yang tinggi beserta dengan gerak tangannya yang menunjukkan beliau memang hebat berlakon dan berdrama. Hasan akhir-akhir ini selalu menggunakan air mata beliau dalam membahaskan isu politik untuk menagih sokongan ramai. Beliau boleh menangis serta merta jika perlu dan air matanya jelas meleleh keluar.
Read More / Baca Lagi >>

Egypt 'fed up with military, not afraid of Islamist rule'

Posted: 10 Feb 2012 05:33 PM PST

Sem Ke Arah Malaysia Sejahtera - Harapan Seorang Rakyat

Posted: 10 Feb 2012 05:28 PM PST

Acu try test Mung!

Posted: 10 Feb 2012 05:26 PM PST