Jumaat, 10 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isa ketot dan bini buat rumah terbuka guna duit FELDA lebih RM370 ribu

Posted: 10 Feb 2012 10:37 PM PST

Written by Hazayani Zakaria
Sabtu, 11 Feb 2012 13:51

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.

"Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.

"Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda.

Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah.

"Apa gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat," katanya.

Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya. - Harakah Daily

Hanya seketul ayam ....

Posted: 10 Feb 2012 09:52 PM PST

Insiden KFC: Tidak timbul isu perkauman, kata saksi

February 11, 2012
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng turut hadir di sidang akhbar tentang insiden KFC. — Gambar fail
KLANG, 11 Feb - Saksi insiden pergaduhan di KFC i-City Shah Alam yang memuat naik video di laman web Youtube hari ini menegaskan tidak berlaku sebarang isu perkauman behubung perkara itu, dan pergaduhan tersebut berlaku hanya disebabkan perasaan tidak puas hati kerana KFC itu kehabisan ayam goreng.
Saksi berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Jes 6366 berkata dia yang sedang beratur tidak mendengar sebarang perkataan berunsur perkauman dilemparkan sebaliknya mangsa, Danny Ng menggunakan suara yang agak tinggi terhadap pekerja KFC berkenaan untuk mengadukan perkara itu kepada pengurusan KFC.
"Tidak ada perkataan yang berunsur perkauman disebut dalam pergaduhan itu, tapi ..........
Danny menggunakan suara yang agak kuat dan mungkin itu yang menimbulkan provokasi dan menbuatkan pekerja KFC itu marah.
Menurutnya, isteri Danny telah membawa Danny keluar daripada KFC, dan disebabkan perasaan tidak puas hati, Danny masuk semula ke dalam KFC dan menuntut permohonan maaf daripada pekerja terbabit yang menjadi punca pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan.
"Pada masa itu ada sekitar 40 pelanggan sedang menunggu untuk membeli ayam goreng, tapi KFC sudah kehabisan ayam sedangkan jam baru menunjukkan 9.30 malam.
"Pelanggan itu merungut disebabkan kehabisan ayam goreng, dan ada suara-suara tidak elok daripada dapur. Tiba-tiba pekerja KFC itu keluar dari dapur dan membawa sebatang besi," katanya menceritakan situasi sebenar semasa insiden pergaduhan tersebut berlaku.
"Bagaimanapun, pengurus KFC berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan, sebaliknya hanya duduk di dapur," kata Jess di Pejabat DAP di sini.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang hadir ketika sidang media itu meminta orang ramai agar tidak menjadikan isu berkenaan sebagai isu perkauman.
"Ini hanyalah pertelingkahan berkenaan ayam goreng. Saya minta masyarakat di luar sana tidak menjadikan ianya sebagai isu perkauman," katanya menegaskan insiden itu berlaku disebabkan kelemahan pengurusan KFC yang tidak cekap.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS itu, pengurusan  KFC seharusnya mengawal keadaan dan pengurus seharusnya sudah maklum keadaan yang berlaku.
Namun begitu, beliau turut menegaskan tiada alasan untuk pekerja KFC itu bertindak ganas, namun beliau tidak menolak mungkin disebabkan faktor keadaan menjadikan pekerja itu berang dan bertindak di luar jangkaan.
"Pekerja harus bersifat rasional, jangan gunakan kekerasan, begitu juga dengan pelanggan, cuba elakkan daripada menggunakan bahasa kasar yang boleh menimbulkan provokasi," tambahnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pihaknya akan cuba memujuk Danny untuk berdamai dengan pekerja KFC tersebut sekiranya pekerja itu bersedia untuk bersemuka.
Malah, menurutnya lagi, pihak polis juga akan membuat kawad cam hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang terlibat menumbuk mangsa dalam insiden tersebut.
"KFC juga telah bersetuju untuk berjumpa mangsa pada minggu depan di Ibu Pejabat KFC dan DAP akan menghantar wakil peguam bersama-sama Danny." - The Malaysian Insider

Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Hassan Ali

Posted: 10 Feb 2012 07:40 PM PST

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.

Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.

"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil .......
alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.

"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas.

Biodata, Kisah hidup Ustaz Azhar Idrus- ustaz tengah 'Hot'

Posted: 10 Feb 2012 09:21 AM PST

Ramai orang di luar sana meminati gaya penyampaian ceramah Ustaz Azhar Idrus, atau dalam pendek kata peminat Ustaz Azhar Idrus atau dalam bahasa komiknya Kipas Susah Mati Ustaz Azhar Idrus, dsinni sedikit tentang biodata dan sejarah hidup ustaz azhar idrus..............
gambar family bahagia ustaz azhar idrus
-Masa kecil duduk di satu kem tentera di kedah bersama Nenek dan Datuknya (Tak pasti)
-Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
-Kemudian belajar di Institut Berakan, Terengganu.
-Pernah Bekerja Di Utusan  di Kuala Lumpur, sebelum ditukarkan ke Utusan  di Terengganu, kemudia meletak jawatan kerana ingin memberi tumpuan pada menghadari kuliah2 agama.
-Pernah bekerja menerak kain batik(tak pasti maksudnya,mungkin mencanting batik) setelah letak jawatan di Utusan
-Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
-Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
-Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
-Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai, juga pernah berguru dengan ustaz hakim yang berbelas tahun di pattani mengaji ilmu.
Ustaz Azhar juga ada bercerita mengenai dirinya dalam ceramah nya DI SINI

Ariel Peterpan (yang sedang menjalani hukuman penjara) Dibenar Bekerja Di Luar Penjara

Posted: 10 Feb 2012 08:42 AM PST

JAKARTA: Penyanyi popular Ariel Peterpan, yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan berkaitan kes video pornografi, telah dibenarkan bekerja di luar penjara menjelang pembebasannya pada Julai nanti.

Beliau kini bekerja di sebuah syarikat senibina di Bandung, dalam program asimilasi iaitu program bimbingan sebelum bebas daripada tahanan.

Vokalis kumpulan Peterpan, yang nama sebenarnya Nazril Ilham itu, dilaporkan memulakan program itu sejak 16 Januari lepas.

Aktiviti beliau dikawal oleh petugas Penjara Kebon Waru Bandung, tempat beliau ditahan dan sepanjang melalui program itu, Ariel dilarang mengadakan pertunjukan, bermain muzik atau diwawancara oleh media.

Ariel hanya dibenarkan pulang semula ke Penjara Kebun Waru Bandung selepas selesai kerja, sepanjang program itu.

Ariel dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan denda Rp250 juta atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Daerah Bandung setelah didapati bersalah dalam kes video pornografi dan telah menjalani hukuman di Penjara Kebon Waru Bandung sejak bulan Jun 2010. -BERNAMA

Iskhhh budak-budak UMNO ni tak dak kerja ka? Esok geng songkok 3 jengkai pulak kot....

Posted: 10 Feb 2012 06:56 AM PST

Skandal Pasir: Pemuda Umno Buat Laporan Polis


SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing pada Jumaat membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa terdapat dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat Selangor terlibat dalam skandal pasir di negeri itu.

Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini pada pukul 3.45 petang tadi.

Ungku Md Salleh berkata dalam laporan itu, mereka turut mengemukakan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today.

Beliau berkata Pemuda Umno mahu pihak polis menyiasat sama ada ............
wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh dua ADUN PKR seperti didakwa Raja Petra.

Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Raja Petra mendakwa ADUN Sri Muda Mat Shuhaimi Shafie memohon sejumlah wang daripada sebuah syarikat untuk membantu syarikat itu mendapatkan tender pasir di Selangor.

Raja Petra mendakwa ADUN Batu Caves Amirudin Shari pula mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan tender pasir syarikat itu.

Penulis blog kontroversi itu juga mendakwa kedua-dua ADUN itu merupakan pengarah syarikat yang memohon tender pasir itu dan mereka berdua masing-masing menerima elaun bulanan RM5,000.

Ungku Md Salleh turut meminta polis menjalankan siasatan segera kes pembunuhan bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Datuk Patrick Wong pada 2009, yang dikatakan mempunyai unsur jenayah seperti didakwa Raja Petra.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap isu pasir di negeri itu 'cerita lama' yang tidak sepatutnya dibangkitkan berikutan operasi syarikat mengendali pasir dipantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata pegawai SPRM telah dibenarkan memasuki pejabat syarikat pengendali pasir di negeri itu Kumpulan Semesta Sdn Bhd sejak 2009 untuk menjalankan sebarang siasatan sekiranya perlu.

"Semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lepas," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri dan anak-anak syarikat malah bersedia memberikan kerjasama, katanya.

"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu kerajaan negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah sewajarnya," katanya.

Terdahulu, Abdul Khalid merasmikan Selangor Matta Islamic Travel Fair (SMITF) yang berlangsung sehingga Ahad ini di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Beliau berkata Selangor bersedia menjadi destinasi pelancong perubatan apabila kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya untuk menubuhkan sebuah pusat pakar perubatan di Petaling Jaya.

SMITF menawarkan pakej pelancongan Islam oleh 126 peserta yang mengambil bahagian termasuk dari China, Mesir, India, Jordan, Kuwait, Oman dan Qatar. -BERNAMA

"Raja Petra Bersekongkol Dengan BN"

Posted: 10 Feb 2012 05:12 AM PST

by Aidil Syukri   
.PETALING JAYA, 10 FEBRUARI, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin berkaitan dengan perbuatan salah guna kuasa dan rasuah di Selangor.

Shuhaimi yang merujuk kepada penulisan Raja Petra di laman webnya 'Malaysia Today' bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" berkata terdapat benyak kesalahan fakta yang telah dilakukan Raja Petra yang disifatkannya berniat jahat.

Katanya, terdapat beberapa fakta di dalam artikel tersebut yang diputarbelitkan untuk ...........
memberi gambaran yang beliau dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari terbabit dengan salah laku rasuah.

"Di dalam artikelnya Raja Petra menuduh saya dan Amiruddin terlibat dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan tujuan mendapatkan kerja-kerja membersihkan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) secara tidak sah.

"Beliau juga menuduh kami sebagai ahli politik yang menerima rasuah dan dalang kepada aktiviti kecurian pasir yang berlaku di Selangor," kata Shuhaimi.

Menurut Shuhaimi, beliau telah dijemput untuk menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity pada Mei 2009 dengan menerima elaun bulanan sebanyak RM5000.

 Katanya, sejak beliau menyertai syarikat itu, beliau hanya menerima enam kali bayaran elaun bulanannya iaitu dari bulan Jun hingga Disember 2009 manakala Amiruddin menerima tiga kali iaitu dari Oktober hingga Disember 2009.

"Gambaran yang cuba diberikan oleh Raja Petra seolah-olah perlantikan saya ke Lembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihan pasir dari KSSB adalah tidak tepat kerana nyata perlantikan saya telah dibuat lebih awal dari tarikh yang dinyatakan beliau," kata Shuhaimi.

"Beliau (Raja Petra) menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberi gambaran buruk sedangkan realitinya nyata berbeza.

"Saya yakin beliau kini bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional (BN) yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari skandal NFC yang semakin memuncak dengan niat untuk menimbulkan keraguan dan ketidakakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Selain itu, Shuhaimi turut menjelaskan yang kes tersebut telah disiasat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sehingga kini tidak ada sebarang tindakan lanjut.

"Kami mencabar BN dan Raja Petra untuk menyenaraikan semua keputusan yang telah dipengaruhi termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskan untuk kepentingan peribadi kami jika benar kami telah menyalahgunakan kuasa kami," katanya.

Tambah beliau, setiap tuduhan yang dibuat mesti mempunyai bukti yang kukuh seperti apa yang dibawa oleh PKR seperti dalam kes NFC.

Jika tidak, beliau berkata ia adalah hanya satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. - MD

Kuasa ketiga? Jika Hassan Ali benar, jadilah Pendakwah sepenuh masa, lupakan politik

Posted: 10 Feb 2012 04:20 AM PST

Mari kita lihat Jati NGO baru yang memanggil dirinya Kuasa ke 3 yang akan dilancarkan pada 21 Februari 2012 (kebetulan ia hari jadi saya) oleh pengasas dan juga presidennya Hassan Ali.

Nama Jati telah dipilih kerana ia bermakna BENAR, tetapi Kamus Bestari Dwibahasa memberikan maksud Jati sebagai sejati atau sebenar. Untuk BENAR kamus memberikan perkataan BERSIH tetapi itu satu perkataan yang "taboo" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno. Alternatif lain termasuk JERNIH dan SUCI.

Apa jua maksudnya, mampukah Hassan Ali jadi seperti pengertian Jati atau tulen. Bagi seseorang untuk menjadi orang Jati, anda perlu mempunyai keperibadian ,,,,,,,,

yang utuh, sikap kental yang besar dan akhirnya menjadi orang yang bertaqwa. Ahli politik tidak boleh menjadi seperti Jati, kerana seperti kita semua maklum, tiada ahli politik di negara ini atau di mana-mana bahagian dunia adalah benar.

Benarkah Hasan?

Jika di semua ahli politik yang benar, mereka tidak akan kekal di dunia politik yang penuh dengan pembohongan dan orang-orang yang menipu. Salah satu contoh yang baik ialah Aung San Suu Kyi - dia tidak boleh menjadi seorang ahli politik yang tulen di Myanmar. Junta hanya akan mencari jalan untuk menghapuskannya.

Di sini, Hassan Ali mahu Jati menjadi kuasa ke 3 negara. Dia mahu Jati menjadi faktor penentu untuk berjuta-juta pengundi Melayu. Dia menggesa semua NGO yang benar untuk bergabung denganJati, supaya mereka boleh menjadi kuasa ketiga.

Sekarang, apakah itu Kuasa ke-3? Sebuah NGO yang lahir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 untuk menjadi kuasa ke 3 di sebuah negara yang mempunyai "demokrasi" yang telah berusia 54 tahun. Walaupun PAS yang telah ditubuhkan pada tahun 1956, dan DAP, pada tahun 1966, telah pun wujud selama lebih daripada 40 tahun, manakala PKR pula telah ditubuhkan pada tahun 1999. Hanya selepas melalui halangan besar barulah ketiga-tiga pihak ini menjadi lawan yang sukar untuk UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946, dan seterusnya Barisan Nasional, yang ditubuhkan pada tahun 1973.

Jadi, bagaimana sebuah parti yang kecil boleh memanggil diri mereka sebagai Kuasa ke-3? Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan siapa sebenarnya Hassan Ali - dia mengetuai sesuatu yang palsu. Adakah NGO yang bergantung pada geran dan bantuan kerajaan akan tertipu oleh helah politik ini? Apa jua kebaikan NGO yang telah berjuang untuk kebaikan akan dicemari Jati dengan harapan palsu untuk menjadi kuasa ke-3 yang tidak akan menjadi kenyataan.

Masih bekerja untuk UMNO

Hassan Ali masih bekerja untuk UMNO dimana mereka mendapat dananya. Dia tidak boleh menerima hakikat bahawa selepas 11 tahun bersama PAS dan dengan dilucutkan jawatan sebagai Kaunselor Eksekutif, beliau telah disingkirkan begitu sahaja., Encik Hassan Ali, inilah dunia politik. Anda cuba bermain politik tetapi membakar diri sendiri. Jadi jangan menyalahkan orang lain atau panggil mereka parasit. Mereka boleh menuduh kamu begitu juga!

Sekarang, untuk terus relevan, anda berkata anda mahu membentuk satu Kuasa ke-3 di Malaysia dan pada fikiran anda, ini masih politik, Apa yang berlaku kepada keinginan anda yang hanya mahu melindungi Islam. Adakah anda ikhlas dalam melindungi Islam di negara ini yang pada mulanya tidak perlu dilindungi kerana semua umat Islam di negara ini tahu Islam dilindungi sepenuhnya oleh Sultan dan Raja . Mereka adalah pemimpin Islam yang sebenar di negara ini dan bangsa-bangsa lain menghormati mereka dan Islam sebagai agama rasmi.

Rakyat Malaysia yang taat kepada undang-undang negara ini telah biasa dengan keadaan ini selama lima puluh tahun yang lalu. Adakah perlu bagi anda untuk melindungi Islam di negara ini melainkan jika ia hanyalah kerana ada cita-cita besar lain yang tersembunyi. Jika anda benar-benar mahu menjadi pelindung Islam, tinggalkanlah semuanya dan jadilah pendakwah dan anda akan dihormati oleh semua orang tanpa mengira bangsa, warna kulit, kepercayaan dan agama di Malaysia dan di luar negara.

Mereka yang berpura-pura dan Kuasa ke-3 yang sebenar

Terdapat ahli politik yang berpura-pura seperti Raja Petra Kamarudin, Zaid Ibrahim, dan Harris Ibrahim yang merasakan mereka boleh menjadi Kuasa ke 3 di Malaysia, dengan MCLM dan KITA. Tapi sebelum mereka mula lagi, mereka sudah hangus terbakar dan menjadi persis lagu evergreen yang dinyanyikan oleh The Platters - Oh yes, I'm the great Pretender....

Pembaca Malaysia Chronicle, berita atas talian, penulis blog, penulis-penulis alaf baru dan pengulas, anda adalah Kuasa ke-3. Dan tiada siapa pun boleh menafikan ini. Kitalah KUASA KETIGA itu, kita yang ingin sebuah negara Malaysia yang lebih baik tanpa rasuah, kronisme, perkauman dan perpecahan agama. Kita yang ingin sebuah negara Malaysia untuk semua dan bukan 1Malaysia yang mengelirukan, KITA ADALAH KUASA KETIGA.

Malaysia Chronicle

Gadis Serigala - 1 dalam 1 bilion - takut jadi Andartu

Posted: 10 Feb 2012 01:49 AM PST

MUMBAI- Tiga wanita adik-beradik bimbang 'Sindrom Serigala Jadian' yang dialami bakal menyebabkan mereka sukar mencari suami.

Berdepan masalah penumbuhan bulu tidak terkawal, Savita, 23; Monisha, 18; dan Savitri, 16, mungkin menjadi anak dara tua gara-gara Hypertrichosis Universalis.

Mengikut nisbah, penyakit itu hanya dialami seorang daripada satu bilion penduduk dunia.

Menurut Savita, dalam keadaan begitu, perkahwinan adalah mustahil untuk mereka.

"Siapa yang mahu menjadi suami kepada seseorang yang mukanya dipenuhi bulu?" katanya.

Di kawasan perkampungan kecil di Sangli, wanita bujang tidak mempunyai banyak pilihan.

Hidup dalam serba miskin, keluarga terbabit ternyata tidak mampu menyediakan wang berjumlah RM21,500 untuk setiap seorang daripada mereka bagi menjalani rawatan laser membuang bulu berkenaan.

Ketika ini, adik-beradik malang itu hanya menggunakan krim membuang bulu untuk mengurangkan sedikit masalah berkenaan.

Bagaimanapun, kata Savita, ia hanya bertahan seketika apabila bulu di muka mereka kembali tumbuh dengan cepat.

"Dulu ketika bersekolah, pelajar di sana selalu mengejek saya dengan pelbagai gelaran dan enggan berkawan dengan kami," katanya.

Ibu mereka, Anita Sambhaji Raut, 40, berkata dia mempunyai enam anak, tetapi hanya tiga mengalami sindrom berkenaan.

Kata Anita, penyakit itu menurun daripada suaminya yang dikahwini secara paksa ketika dia baru berusia 12 tahun.

"Saya hanya menyedari suami saya itu mempunyai muka dan badan berbulu pada hari kami dikahwinkan.

"Keadaan itu sangat menakutkan saya," katanya.

Akibat penyakit itu, kata Anita, dia sentiasa berdepan dengan cercaan masyarakat setempat.

"Apabila saya membawa Savita keluar, orang kampung akan memanggil kami binatang atau ahli sihir," katanya.

Sementara itu, Monisha berkata, dia tetap berharap ada lelaki sudi menjadikannya sebagai isteri.

"Jika ada yang sesuai, saya akan terima, tetapi jika tidak, saya terpaksa terus berusaha menyambung hidup," katanya.

Tiada ulasan: