Selasa, 7 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Penahanan Azmin Heli - Belum ada pengesahan - Ku Chin Wah

Posted: 07 Feb 2012 07:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi, bekas teman lelaki Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lepas.

"Setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak Indonesia mengenai tangkapan tersebut. Hilmi masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk bantu siasatan kes yang melibatkan Elizabeth Wong," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.


Ku berkata, sekiranya benar lelaki yang dikehendaki PDRM sejak 2009 itu ditahan, PDRM akan berurusan dengan POLRI melalui saluran yang tertentu.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pihak berkuasa Batam, Indonesia ketika dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Indonesia terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia warga Malaysia dan mendakwa dirinya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik PKR di Selangor, diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Wong yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri ke luar negara ekoran terbongkarnya skandal itu. - BERNAMA

5 tahun pelajar dirogol abang ipar

Posted: 07 Feb 2012 05:01 AM PST

KEMAMAN – Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun melalui detik hitam kerana bukan sahaja dipercayai dirogol abang ipar berulang kali sejak berusia enam tahun, malah dia turut diugut bunuh jika membocorkan perkara itu.

Abang ipar mangsa juga mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam perjalanan menghantarnya ke rumah selepas mengambil mangsa dari sekolah.

Mangsa yang tinggal di sebuah kampung di Kemasik menjadi pemuas nafsu serakah abang iparnya sehingga berusia 11 tahun dan kali terakhir diperkosa pada Mac 2009.

Dia membuat laporan polis di Balai Polis Air Jernih pada jam 2.36 petang semalam.


Difahamkan, mangsa hanya memaklumkan kepada kakaknya pada 2009, menyebabkan dia terkejut. Namun kerana tidak mahu memanjangkan cerita, perkara itu tidak dilaporkan kepada polis.

Kakaknya yang kini dalam proses penceraian bertindak membuat laporan polis semalam agar tindakan dapat diambil terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak daripada laporan itu polis telah meninjau dan menyiasat lokasi yang menjadi tempat mangsa dipercayai dirogol di kawasan Bukit Kijang.

"Siasatan mendapati lokasi kejadian ialah dalam sebuah kebun pisang yang dikelilingi semak samun dan kebun getah milik orang. Lokasi kejadian jauh masuk ke dalam dengan jarak satu kilometer dari jalan utama Kampung Bukit Kijang.

"Lokasi kejadian juga bersifat tersorok dan sukar dilihat orang ramai tetapi lokasinya terang pada siang hari. Selain itu, siasatan juga mendapati tiada rumah orang berdekatan dengan tempat kejadian," katanya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu suspek, yang juga seorang bekas pekerja kilang. - Sinar

Najib dan Muhyiddin akan disaman RM55 billion

Posted: 07 Feb 2012 12:55 AM PST

NONE
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan menerima saman pertama dalam bahasa Tamil, di samping bahasa Melayu yang disyaratkan.

Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.

Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta.

"Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini - Malaysiakini

Betoi ker? ... PAS tawar kerusi Parlimen pada Zaid Ibrahim

Posted: 07 Feb 2012 12:31 AM PST

Pas bersedia menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran kepada Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) itu jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri.

"Itu kita akan bincang, saya tak kata 'no' atau 'yes', kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pas Kota Bharu di sini hari ini.

Akhbar ini semalam melaporkan hasrat Zaid untuk membubarkan parti KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti itu yang akan diadakan tidak lama lagi. Beliau dilaporkan berkata .....
pembubaran itu perlu bagi 'menghapuskan keraguan bahawa KITA tidak memihak kepada pembangkang' dan juga setelah sedar bahawa penubuhan KITA adalah 'satu kesilapan'.

Terdahulu, Mohamad semasa berucap di konvensyen itu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan Pas Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid.

"Saya gembira apabila KITA hendak dibubar dan ke mana arah tuju Zaid selepas kini kita serah kepada dia sendiri dan terserahlah kepada Wan Rahim dan Pas Kota Bharu untuk langkah seterusnya," katanya.

Pada masa sama, beliau meminta petugas dan penyokong bekerja bersungguh-sungguh memastikan kemenangan semua 60 kerusi Parlimen yang dituntut Pas bagi membolehkan mereka menguasai kerajaan dan Kabinet sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.

"Sekarang ini kita berada nombor tiga dengan 22 kerusi Parlimen berbanding DAP 28 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 31 kerusi.

"Sampai bila kita mahu jadi parti nombor tiga?. Kita kena berusaha menjadi parti nombor satu baharulah boleh kita demand jawatan-jawatan menteri kanan," katanya.  SUMBER

STONE : Jangan kejadian Ibrahim katak Pekasam berulang dah ler ...

Nurul, Tony Pua dan Dr Dzul setuju berdebat dengan Raja Nong Chik

Posted: 06 Feb 2012 11:37 PM PST

Anggota parlimen pembangkang hari ini bangun menyahut ajakan debat Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung isu penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.

Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) menyatakan persetujuan itu melalui kenyataan bersama mereka hari ini.

Harian berbahasa Inggeris Malay Mail semalam memetik Raja Nong Chik mengajak diadakan debat satu sama satu secara terbuka.


Beliau dipetik sebagai bertanya anggota parlimen pembangkang itu sama ada orang miskin tidak layak mendapat rumah tanpa bantuan.

Menjawab persoalan itu, ketiga-tiga anggota parlimen Pakatan Rakyat itu berkata mereka menyokong hasrat memastikan golongan miskin bandar memiliki rumah bagaimanapun menegaskan ia menjadi tanggungjawab kerajaan, bukannya golongan pekerja.

"Oleh itu, kami lebih daripada gembira untuk berdebat dengan menteri berkenaan untuk kepentingan awam bagi memastikan isu yang relevan dilontarkan dalam suasana yang telus.

"Bagi memastikan orang awam menerima gambaran penuh terhadap kontroversi ini, debat itu mesti dijalankan di padang sama rata," menurut kenyataan itu lagi. - Mkini

STONE : Kita tunggu tarikhnya .... syok ni

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DEBAT RAFIZI DAN KHAIRY DI LONDON

Posted: 07 Feb 2012 01:37 AM PST

DEBAT INI TELAH DISIARKAN SEMINGGGU LALU.IANYA AMAT MENARIK UNTUK DI TONTON BAGAIMANA KEDUA PEMIMPIN MUDA INI MENJELASKAN ISU SEMASA



Saya mahu bersama keluarga Beng Hock menghadapi keputusan mahkamah

Posted: 07 Feb 2012 12:43 AM PST

Saya mahu bersama keluarga Beng Hock menghadapi keputusan mahkamah

Nashita Md Noor | Feb 06, 2012 12:11:38 pm

"Beng Hock menggalas harapan orang ramai untuk menemui kebenaran. Harapan sedemikian sebenarnya adalah keprihatinan orang ramai terhadap satu masyarakat yang bebas dari kezaliman dan keganasan. Harapan sedemikian menunjukkan bahawa kebenaran adalah mustahak. Seandainya kebenaran tidak penting, maka keganasan dan kezaliman yang tidak dikecam dan dihukum berdasarkan undang-undang bakal kembali semula. Usah lagi kami berbicara untuk mempertahankan nilai masyarakat yang lain." Wahai PM, sejak bila kes Teoh Beng Hock dipandang berat?

Kata-kata di atas sungguh bermakna, bermakna buat kita yang mahu lihat keadilan tertegak, kebenaran diserlahkan. Kata-kata di atas diluahkan oleh ahli keluarga Teoh Beng Hock menjelang tarikh Mahkamah Persekutuan 2 Februari 2012, bakal menyampaikan keputusan kepada rayuan abang Mendiang Teoh Beng Hock yang ingin mencari kebenaran di dalam kes kematian adiknya di bawah jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Peristiwa berlaku pada 16 Julai 2009. Saya masih mengingati peristiwa itu. Imej Teoh Beng Hock yang terdampar di atas bumbung bangunan yang menempatkan pejabat SPRM jelas di dalam ingatan saya. Saya yakin seluruh rakyat yang melihat imej itu terkejut dengan apa yang ada di depan mata dan terkejut dengan peristiwa tersebut. Gambar tersebut kelihatan amat menyedihkan, sukar diterima akal bahawa beliau terjun membunuh diri.

Isu apa bangsanya atau apa agama yang dianutinya tidak boleh diambil kira lagi. Keadilan untuk Mendiang Beng Hock, ahli keluarganya, secara khusus dan secara umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukannya semata anak bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan atau suku kaum mana jua.

Kematiannya perlu dibela dan mendapat pembelaan, sedih sekali dengan peristiwa tersebut. "Teoh Beng Hock's body was found sprawled on the 5th floor of the Plaza Masalam", itulah tajuk berita yang menggemparkan pada tarikh tersebut.

Kini lebih dua tahun telah berlalu, ahli keluarganya masih lagi mencari ruang bagi mencari kebenaran tersebut walau Suruhanjaya di Raja menyiasat kematian Teoh beng Hock telah memutuskan bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri kerana tertekan dengan soal-siasat SPRM yang terlalu agresif.

Sungguh hilang perkataan bagi menggambarkan kekejaman dan kezaliman yang berlaku ini. Apatah lagi bagi ahli keluarga ini.

2 Februari 2012, awal pagi setelah menghantar anak ke sekolah saya masih berkira-kira apakah saya mahu memandu jauh ke Putrajaya untuk bersama memberikan sokongan. Terlalu banyak perkara yang mahu diselesaikan namun ingatan saya tetap bersama keluarga ini. Sebolehnya mahu ada di sana bersama mereka sebagai bukti jelas bahawa kami prihatin. Apa jua keputusan yang bakal diterima kami mahu ada bersama.

Jam 8 pagi saya menerima panggilan dari seorang teman yang juga aktivis yang dua kali merengkok di dalam penjara bersama.

"Kak, pergi Putrajaya tak?" tanpa bertanya apa sebabnya dan seolah mengerti apa yang dia maksudkan saya menjawab, "Ya, nak pergi ni."

Segera saya bersiap dan menuju ke Putrajaya dari Gombak. Tiba di sana saya terpegun melihat masih ramai yang turut sama hadir memberikan sokongan pada ahli keluarga yang malang ini. Sudah tentu ianya majoriti tertumpu kepada satu bangsa sahaja. Saya tersenyum di dalam hati kerana saya berjaya hadir dan buktikan bahawa dalam perjuangan mencari kebenaran dan menegakkan keadilan kita tidak mengira apa bangsa dan agama. Dalam apa hal sekalipun.

Kawan-kawan keluarga Teoh Beng Hock menunjukkan gelang getah berwarna hitam yang dipakai di tangan mereka. Adik Teoh Beng Hock juga menunjukkan gelang tersebut. "Julai 2009" lebih dua tahun berlalu, tulisannya telah pudar namun ingatan mereka padanya tidak pernah pudar.

"Kami Tetap Ingat" Seorang lelaki yang baik, sudah dekat tarikh mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya. Namun dek kerana dakwaan salahguna wang berjumlah kira-kira RM2,400 oleh seorang ahli politik maka beliau telah menjadi mangsa soal siasat hingga membawa kepada kematianya. Hati ibu mana yang tidak hancur, kecewa dan marah. Saya berkongsi perasaan itu walau tidak parah dizalimi oleh mereka yang zalim seperti keluarga ini.

Merah mata adiknya, sugul wajah ibunya memegang erat gambar mendiang anaknya. "3 orang itu hanya digantung kerja." Perlahan ibunya meluahkan perasaan tentang ketidakpuasan hati dengan apa yang berlaku dalam sistem yang ada.

Saya turut menghadiri salah satu sidang siasatan Suruhanjaya di Raja yang dijalankan di Mahkamah Jalan Duta. Saya mendengar sesi soalan dan keterangan yang diberikan oleh saksi yang dipanggil dari kakitangan SPRM yang terlibat. Sukar diterima di hati ini. Saya mengingati sebahagian kenyataan yang diberi "Teoh Beng Hock diletakkan di sebuah bilik seorang diri, lewat malam. Dia kelihatan diam dan murung." Saya membayangi situasi ini dan merasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku.

Saya juga jika berada di tempat mereka, jika musibah begitu berlaku kepada saya, saya pasti akan bangun menentang dan berjuang bagi menegakkan kebenaran untuk orang yang disayangi. Saya mengingati kembali peristiwa ketika suami saya bersama sembilan yang lain ditangkap di Perhimpunan Aman membantah perlantikan Menteri Besar Perak. Mereka telah dipenjarakan selama empat hari dan pada hari kedua mereka telah dibawa ke Mahkamah tanpa dimaklumkan kepada peguam dan ahli keluarga. Saya tidak dapat membayangkan perasaan saya ketika itu, sungguh takut dan marah apatah lagi kisah kematian dalam tahanan A.Kugan baru sahaja didengar berlaku. Saya menangis menahan rasa kerisauan dan marah ketika itu.

Teoh Beng Hock masuk ke pejabat SPRM sehari dalam keadaan yang sihat, tenang dan waras, malangnya keesokan paginya tubuhnya terdampar di atas sebuah bangunan. Hasil siasatan pula menunjukkan beliau membunuh diri kerana tertekan dengan sesi soal siasat.

"Rayuan dibenarkan, rayuan dibenarkan." Air mata sudah kering, wajah sugul kembali tenang, kami bersalaman dan berpelukan. Sedikit sinar kelihatan di wajah adik Teoh Beng Hock. Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan ahli keluarga Teoh beng Hock. Nampak sedikit sinar di lorong yang panjang dan sempit, yang disempitkan oleh segala bentuk ketidakadilan dan kezaliman semata-mata kerana mereka yang berkuasa mahu terus berkuasa hingga sanggup melihat rakyatnya sendiri terbunuh dan dibunuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz (gambar kanan), "Bagi pihak kerajaan, saya melahirkan rasa kesal kepada keluarga mendiang Teoh. Kerajaan turut bersedih dengan kejadian ini dan dengan selesainya siasatan Suruhanjaya Duraja ini, saya berharap semua pihak, termasuk keluarga Teoh dapat menutup episod ini," katanya.

Mudah bunyinya sedangkan satu nyawa melayang dengan kejamnya. Mana mungkin perkara sebesar dan sezalim ini dapat dilupakan dan ditutup begitu saja. Keluarga malah rakyat yang prihatin akan tetap mahu mencari kebenaran dan melihat keadilan ditegakkan.

Justice for Teoh Beng Hock. Seorang anak kecil dijulang tanpa si anak kecil itu tahu bahawa bapanya telah menjadi mangsa kezaliman.

"Kami tetap ingat, Kami tidak lupa." Kami akan terus bersama berjuang menegakkan kebenaran dan melawan kezaliman.

*Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga barangan dan himpunan Mansuh ISA.

MB Selangor: Negara Berkebajikan Tidak akan Bangrap

Posted: 07 Feb 2012 12:37 AM PST

BATU CAVES, 7 FEB : Negara Berkebajikan yang diamalkan Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan Selangor bangrab kerana di urustadbir secara berhemah dan tidak melibatkan amalan rasuah, salahguna kuasa dan amalan kroni sebagaimana yang dilakukan oleh BN


Pakatan Rakyat (PR) telah membuktikan Selangor tidak menghadapi masalah ekonomi biarpun Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan mengutamakan kepentingan rakyat dengan menjaga kebajikan serta menyalurkan bantuan secara berterusan dan konsisten.

Sebaliknya dengan pentadbiran penuh berhemah dan kebertanggungjawaban, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi membanggakan sejak PR mengambilalih pentadbiran negeri Selangor.

Beliau berkata, dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan mengalami masalah ekonomi dan bangkrap sekiranya PR mengambilalih pentadbiran negara dengan mempraktikkan "negara berkebajikan" adalah tidak benar.

"Dia (Najib) telah mengatakan jika ini diberikan kepada Pakatan Rakyat, negara kita akan bangkrap dan tiada duit untuk membiayai usaha kebajikan tersebut. Sebelum 2008 tidak banyak usaha kebajikan yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor sebelum Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.

"Apabila kita mentadbir Selangor, kita bagi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat Selangor. Kita bagi peruntukan pendidikan, RM16 juta bukan sekali tetapi setiap tahun untuk sekolah yang tidak dibantu Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kita ada program warga emas, khairat kematian kepada semua rakyat Selangor tak kira bangsa dan agama malah tak kira fahaman politik pun," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniam di sini semalam.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Najib ketika lawatannya ke Klang Ahad lalu yang mengatakan negara akan menghaadapi masalah ekonomi atau bangkrap sekiranya pentadbiran kebajikan diamalkan apabila PR mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

Beliau berkata, sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri ditadbir PR telah membuktikan pentadbiran dengan menjaga kebajikan rakyat tidak akan memberikan masalah terhadap Selangor dan negeri itu tidak akan menjadi bangkrap.

Turut hadir, Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu Thian Khiew; ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli

Parlimen K apar, S Manikavasagam; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

Dalam majlis itu, Abdul Khalid menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri untuk Peruntukan Sekolah Tamil seluruh Selangor sebanyak RM1.03 juta, Peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam (RM770,000) dan Peruntukan Pembinaan Bangunan SRJK(T) Ladang Coalfields Sungai Buloh (RM1 juta).

Menteri Besar turut menjelaskan Kerajaan Negeri telah melaksanakan banyak program kebajikan bagi rakyat Selangor melibatkan peruntukan lebih RM500 juta.

"Persoalan yang ditanya rakyat Selangor dengan kebajikan diberikan Kerajaan Negeri Selangor yang ada sekarang, Adakah Selangor bangkrap? Jawapannya tidak. Jawapannya lebih baik. Sebelum kita mentadbir Selangor, rizab kita hanya kurang RM400 juta dan sekarang masuk tahun keempat kita sudah kumpulkan lebih RM1.9 billion. Empat kali ganda lebih besar. Jadi kalau Najib kata negara kebajikan maka negara bangkrap, itu kerana tak tahu mentadbir," katanya.

~penarik beca

~penarik beca


Fakta penting: Bukan Shahrizat yang kena jawab isu NFCorp, Najib yang mesti jawab

Posted: 06 Feb 2012 08:37 PM PST

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Rafizi: NFC doomed from the start

Posted: 07 Feb 2012 07:38 PM PST

Rafizi: NFC doomed from the start

RM250 loan without any collateral...wah!! Akupun nak...

Penjelasan Khalid Samad: Hassan Ali dan Saya

Posted: 07 Feb 2012 07:00 PM PST

Setelah sebulan Hasan Ali meroyan, akhirnya YB Khalid Samad menjelaskan. Bagi saya, itu bukanlah suatu yang baru.

Khalid Samad: Hassan Ali dan Saya: Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, s...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pas: Jika PR menang, Salahuddin MB Johor

Posted: 07 Feb 2012 08:31 PM PST


MAHFODZ-MOHAMED
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor, sekiranya Pas menguasai negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Membayangkan hasrat itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, 'tuan punya badan' juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan kerusi mana yang akan diberikan kepada Salahudin sehingga diumumkan pucuk pimpinan parti kelak.

Read More / Baca Lagi >>

Cabar dedah nama 300 murtad

Posted: 07 Feb 2012 05:55 PM PST


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM - Pihak yang mendakwa ribuan umat Islam di negara ini murtad dicabar untuk mendedahkan 300 nama serta alamat individu tersebut agar dapat diselamatkan.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, isu murtad yang digembar-gemburkan itu hanya akan mengundang kegelisahan dalam kalangan umat Islam negara ini.

Tegasnya, ia sekaligus mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara.

"Kita tidak nafikan, ada usaha pihak lain untuk berkempen agar umat Islam tertarik dengan agama mereka, namun, tindakan mereka yang mengendalikan isu ini sehingga menyatakan puluhan dan ratusan ribu orang Islam murtad adalah berbahaya.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas: Kerajaan pertaruh nyawa rakyat

Posted: 07 Feb 2012 05:50 PM PST

KUANTAN, 8 Feb: Keputusan tergesa-gesa kerajaan melalui AELB dalam meluluskan lesen sementara TOL kepada Lynas mengundang seribu satu persoalan.

Bahkan tindakan tersebut menimbulkan gelombang baru kesedaran dan penentangan rakyat terhadap projek merbahaya tersebut.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad apa yang berlaku beberapa hari sebelum lesen tersebut dikeluarkan menimbulkan persoalan kepada rakyat apakah benar kerajaan sekarang terpaksa menurut sahaja tuntutan Lynas yang begitu terdesak untuk memulakan projek mereka dengan segera.

Katanya, jika tidak masakan Lynas kelihatan sedari awal lagi melaungkan keyakinan mereka untuk di berikan lesen sementara dalam tempoh terdekat.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas: SLC sokong penuh Himpunan Hijau 26 Feb

Posted: 07 Feb 2012 05:49 PM PST


KUANTAN, 8 Feb: Gabungan Hentikan Lynas (Stop Lynas Coalition – SLC) menyokong penuh seruan Himpunan Hijau 2.0 yang bakal diadakan pada 26 Februari ini pukul 9.30 pagi di Padang MPK 1, berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini.
Menurut Pengerusi SLC, Andansura Rabu program tersebut mesti disokong memandangkan matlamat Himpunan Hijau 2.0 ialah untuk menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan yang berjuang untuk kesejahteraan, kelestarian dan keadilan terhadap alam sekitar selaras dengan Piagam Bumi (Earth Charter).

Menurutnya, mengambil kira ancaman serius terhadap alam sekitar yang bakal terhasil jika kilang Lynas beroperasi kelak, sekretariat Himpunan Hijau memutuskan untuk mengadakan Himpunan  Hijau 2.0 dengan menjadikan matlamat mendesak penutupan operasi Lynas di Malaysia sebagai perjuangan yang utama Himpunan Hijau buat masa ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pembohong tidak layak jadi pemimpin

Posted: 07 Feb 2012 05:48 PM PST


Saya ingin mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia, Ahad 5 Februari 2012. Beliau di dalam kenyataan yang disiarkan pada hari seluruh umat Islam di dunia menyambut perayaan Maulidur Rasul itu antara lain menyatakan, "RM600 juta sudah diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara percuma tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air. Duit sebanyak ini kalau kita buat pinjaman di bank akan dikenakan kadar faedah sehingga tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma namun tiada hasil yang dapat dilihat..". Menurut laporan tersebut, kenyataan itu dikeluarkan oleh Mustapa ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Tanah Merah pada 4 Februari 2012.
Read More / Baca Lagi >>

PAS bantah tiada perarakan calon p’raya

Posted: 07 Feb 2012 05:46 PM PST


KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan ditiadakan perarakan calon semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum akan datang.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan itu khususnya daripada sudut keselamatan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media cetak beberapa hari lalu melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mencadangkan perarakan calon semasa hari penamaan calon ditiadakan dalam pilihan raya umum nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Syria Residents Hide From Sniper Fire

Posted: 07 Feb 2012 05:38 PM PST

Kerja Umno/ BN Tidak Bertamadun

Posted: 07 Feb 2012 05:36 PM PST

Ke Arah Malaysia Sejahtera - Bhg 2 - YBhg Ustaz Abdul Rashid

Posted: 07 Feb 2012 05:35 PM PST

Sem Ke Arah Malaysia Sejahtera - Bhg 1 - Pen Majlis dan Bacaan Qur'an

Posted: 07 Feb 2012 05:34 PM PST

1 Jamban 1 Malaysia - Hantu seram untuk negara

Posted: 07 Feb 2012 05:32 PM PST

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil NFC National Feedlot Centre RM76,000 se...

Posted: 07 Feb 2012 05:31 PM PST

Rafizi: NFC doomed from the start

Posted: 07 Feb 2012 05:30 PM PST

Bersama-sama kita selamatkan Malaysia

Posted: 07 Feb 2012 03:55 PM PST

Upsi: Adam Adli perlu ikut prosedur

Posted: 07 Feb 2012 03:54 PM PST


Adam Upsi
SHAH ALAM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menasihatkan pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim mengikut prosedur jika mahu mengemukakan rayuan dan tidak menggesa pusat pengajian tinggi itu menarik balik hukuman penggantungan tiga semester yang dikenakan ke atasnya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Upsi, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, walaupun Adam Adli mempunyai hak untuk merayu, kenyataan media supaya universiti menarik balik hukuman dikenakan tidak menepati prosedur.
"Dia perlu buat rayuan supaya hukuman itu dikurangkan dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) akan meneliti rayuan sebelum memutuskan sama ada ia boleh dikurangkan atau dia terlepas daripada menerima hukuman.
Read More / Baca Lagi >>

Media assassins ‘spinning’ under pseudonyms

Posted: 07 Feb 2012 03:53 PM PST

Prime Minister Najib Tun Razak hasn't really moved at all from the mindset of the 'government knows best'.
The citadel for the shameless media partisanship has shifted from Jalan Riong (in Bangsar) to the headquarters of Media Prima (Damansara).
Wikipedia describes Media Prima as "Malaysia's leading integrated media investment group". It notes that Media Prima currently owns 100 percent equity interest in TV3, 8TV, NTV7 and TV9. In addition, it also now owns more than 90 percent equity interest in The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd which publishes the New Straits Times, Berita Harian and Harian Metro. The group also owns three radio networks – Fly FM, Hot FM, One FM – and has a hand in the digital world as well.
Read More / Baca Lagi >>

Najib and Rosmah debase Thaipusam with crude floral show, MIC in cahoots

Posted: 07 Feb 2012 03:52 PM PST

Najib and Rosmah debase Thaipusam with crude floral show, MIC in cahootsThe Prime Minister of Malaysia and his wife was photographed being garlanded with a gigantic floral garland at Batu Caves on Thaipusam.
The very size of the garland alone is not the only thing that raises many questions.
Why are the Temple authorities allowing politics to take centre stage at the religious festival venue? Are we so desperate that we no more can differentiate the very essence and meaning of the sacred religious observance on Thaipusam from ugly political canvassing?
Don't devalue the meaning of Thaipusam
In the first place why have such a huge monstrous garland of fresh flowers to embrace that only seems to yolk the PM and his wife? Should not the devotees and the deities be the centre of reverence and piety and recognition?
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia’s 13 best scams

Posted: 07 Feb 2012 03:51 PM PST

The biggest scams in Malaysia are those conceived by the BN federal government.

Forget about the African-based black money scam. The biggest scams in Malaysia are those conceived by the Barisan Nasional federal government.
It is they who are professional scam-masters par excellence and they have two types of scams: the Money Scam and the Concept Scam.
This write-up will list both types of scams for your perusal.
First of all, the Money Scam:

1. SARA (Skim Amanah Rakyat) – This is the greatest investment scam ever. Dump in RM5,000 cash at one go and you will get RM13,000 in five years' time. This is just too good to be true because the returns are more than doubled but still there will be many gullible "investors". However, there are some who say that this is a scheme by the government to obtain the rakyat's money to finance handouts to the rakyat during the campaign duration of the 13th general election. Whether there is any truth to this or not, only the wise can tell.

Read More / Baca Lagi >>

SPR: Setiap pengundi wajib dicalit dakwat kekal

Posted: 07 Feb 2012 03:49 PM PST


undi
SHAH ALAM – Kesemua lebih 12 juta pengundi wajib melalui proses calitan menggunakan dakwat kekal jika mahu mengundi dalam mana-mana pilihan raya negara ini selepas ini, termasuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengundi yang enggan jari mereka dicalit atau mana-mana anggota badan yang mudah dilihat, jika seseorang itu tiada jari tangan, tidak akan diberikan kertas undi.
"Tiada pilihan (bagi pengundi)," kata Wan Ahmad kepada Sinar Harian.
Buat julung kali, PRU13 yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat, akan menggunakan dakwat kekal.
Read More / Baca Lagi >>

Sejak bila Najib jadi Gentleman?

Posted: 07 Feb 2012 11:17 AM PST

Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum,,,. Membaca kenyataan DPPM yang menyeru Najib supaya bersikap gentleman menerima keputusan PRU 13(sekiranya BN tewas), umnopenyangak tersenyum sendiri kerana umnopenyangak yakin benar, Najib sejak dulu, kini dan selamanya bukan seorang gentleman.

Tak percaya, cuba imbas kembali sejarahnya!Najib dibawa ke persada politik untuk menjadi pengganti ayahnya, di peringkat awalnya pernah berkhidmat di istana Pekan di mana ketika itu, orang orang agama dilihat Najib sebagai sesuai duduk di masjid surau sahaja, tidak layak campur urusan politik.Najib adalah seorang oppurtunis yang mengambil kesempatan di mana jua peluang yang ada.Najiblah mula mula meyokong DSAI ketika DSAI melawan Ghafar Baba dan Najiblah orang yang pertama menyokong pemecatan DSAI oleh Tun Mahathir.Bersama sama Najib pula ialah Big mama yang tidak kurang juga opportunis sehingga kini sudah menjadi 1st Lady Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Mafia : Batal ceramah kerana diugut di DUN Rantau, tempat MB N9

Posted: 07 Feb 2012 11:15 AM PST

7 Februari 2012 , SEREMBAN – Keadilan Cabang Rembau mendakwa mereka diugut sekumpulan kira-kira 30 lelaki ketika sedang membuat persiapan ceramah yang diadakan di pekan Kuala Sawah, Rantau, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, beberapa ahlinya yang sedang membuat persiapan majlis didatangi kumpulan terbabit yang ada di antaranya bersenjatakan pisau. 
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Keadilan Rembau, S.Karupaya berkata, ketika itu, dia bersama lima lagi rakannya sedang membuat persiapan akhir untuk majlis ceramah yang dijadualkan jam 9 malam di Taman Jed Indah, Rantau. 
Read More / Baca Lagi >>

Masa depan di tangan Islam

Posted: 07 Feb 2012 11:11 AM PST


Oleh Ustaz Zainudin Hashim
 
Ihttp://restlesspilgrim.net/blog/wp-content/uploads/2011/01/islam.jpgA merupakan satu pendekatan kebanyakan para aktivis Islam yang berada dalam saf gerakan-gerakan Islam seluruh dunia yang meyakini bahawa akan datang satu masa di mana Islam akan kembali berdagang, itulah juga luahan al-marhum Saiyid Qutb dalam bukunya 'Al-Mustaqbal Li Haza ad-Din' – Masa depan di tangan Islam


Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan Mesir memberi nafas baru dan keyakinan gerakan Islam lain, bahawa Islam akan kembali menguasai dua pertiga bumi ini untuk mendaulatkan hukum Allah SWT.
Sunnatullah telah menentukan bahawa jika terjadi pertarungan antara yang iman dan kufur, antara yang haq dan batil, yang akan keluar sebagai pemenang adalah iman dan al-Haq, betapapun besarnya kekuatan kebatilan itu. Ia memerlukan kesungguhan para aktivis Islam yang mencintanya dengan berkorban apa sahaja bagi memenangkannya.
Read More / Baca Lagi >>

Penyakit Di Kalangan Aktivis Gerakan Islam

Posted: 07 Feb 2012 11:10 AM PST

Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku krana para aktivis merasakan dirinya telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jamaah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat dengan label professor, doktor dan sebagainya.

Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jamaah yang terkenal.

Read More / Baca Lagi >>

Maulidur-Rasul : Nabi Sebagai Contoh Kepimpinan

Posted: 07 Feb 2012 11:08 AM PST


Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Firman Allah SWT : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bhttp://dppkelantan.pas.org.my/v2/images/stories/yab-mb.jpgagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Surah Al-Ahzab ayat 21).
Bulan ini bulan Rabiul Awal, bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Maka setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.


Read More / Baca Lagi >>

Duit siapakah itu?

Posted: 07 Feb 2012 11:08 AM PST


Oleh Tok Pepijat
Tidak diketahui sudah berapa juta RM telah ditabur oleh PMNajib kepada rakyat Malaysia samada Melayu, Cina dan India.Semuanya duit yang ditabur didakwa PMNajib adalah milik UMNO/BN.

Macam-macam atas nama bantuan untuk rakyat. Ada Kedai1M, ada baucer 1M, BR1M, rumah 1M. Yang bakal ada barangkali tandas 1M.

Read More / Baca Lagi >>