WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- DEBAT RAFIZI DAN KHAIRY DI LONDON
- Saya mahu bersama keluarga Beng Hock menghadapi keputusan mahkamah
- MB Selangor: Negara Berkebajikan Tidak akan Bangrap
| DEBAT RAFIZI DAN KHAIRY DI LONDON Posted: 07 Feb 2012 01:37 AM PST DEBAT INI TELAH DISIARKAN SEMINGGGU LALU.IANYA AMAT MENARIK UNTUK DI TONTON BAGAIMANA KEDUA PEMIMPIN MUDA INI MENJELASKAN ISU SEMASA |
| Saya mahu bersama keluarga Beng Hock menghadapi keputusan mahkamah Posted: 07 Feb 2012 12:43 AM PST Saya mahu bersama keluarga Beng Hock menghadapi keputusan mahkamah
"Beng Hock menggalas harapan orang ramai untuk menemui kebenaran. Harapan sedemikian sebenarnya adalah keprihatinan orang ramai terhadap satu masyarakat yang bebas dari kezaliman dan keganasan. Harapan sedemikian menunjukkan bahawa kebenaran adalah mustahak. Seandainya kebenaran tidak penting, maka keganasan dan kezaliman yang tidak dikecam dan dihukum berdasarkan undang-undang bakal kembali semula. Usah lagi kami berbicara untuk mempertahankan nilai masyarakat yang lain." 【Wahai PM, sejak bila kes Teoh Beng Hock dipandang berat?】 *Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga barangan dan himpunan Mansuh ISA. |
| MB Selangor: Negara Berkebajikan Tidak akan Bangrap Posted: 07 Feb 2012 12:37 AM PST
Sebaliknya dengan pentadbiran penuh berhemah dan kebertanggungjawaban, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi membanggakan sejak PR mengambilalih pentadbiran negeri Selangor. Beliau berkata, dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan mengalami masalah ekonomi dan bangkrap sekiranya PR mengambilalih pentadbiran negara dengan mempraktikkan "negara berkebajikan" adalah tidak benar. "Apabila kita mentadbir Selangor, kita bagi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat Selangor. Kita bagi peruntukan pendidikan, RM16 juta bukan sekali tetapi setiap tahun untuk sekolah yang tidak dibantu Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kita ada program warga emas, khairat kematian kepada semua rakyat Selangor tak kira bangsa dan agama malah tak kira fahaman politik pun," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniam di sini semalam. Abdul Khalid mengulas kenyataan Najib ketika lawatannya ke Klang Ahad lalu yang mengatakan negara akan menghaadapi masalah ekonomi atau bangkrap sekiranya pentadbiran kebajikan diamalkan apabila PR mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Beliau berkata, sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri ditadbir PR telah membuktikan pentadbiran dengan menjaga kebajikan rakyat tidak akan memberikan masalah terhadap Selangor dan negeri itu tidak akan menjadi bangkrap. Turut hadir, Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu Thian Khiew; ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen K Dalam majlis itu, Abdul Khalid menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri untuk Peruntukan Sekolah Tamil seluruh Selangor sebanyak RM1.03 juta, Peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam (RM770,000) dan Peruntukan Pembinaan Bangunan SRJK(T) Ladang Coalfields Sungai Buloh (RM1 juta). Menteri Besar turut menjelaskan Kerajaan Negeri telah melaksanakan banyak program kebajikan bagi rakyat Selangor melibatkan peruntukan lebih RM500 juta. "Persoalan yang ditanya rakyat Selangor dengan kebajikan diberikan Kerajaan Negeri Selangor yang ada sekarang, Adakah Selangor bangkrap? Jawapannya tidak. Jawapannya lebih baik. Sebelum kita mentadbir Selangor, rizab kita hanya kurang RM400 juta dan sekarang masuk tahun keempat kita sudah kumpulkan lebih RM1.9 billion. Empat kali ganda lebih besar. Jadi kalau Najib kata negara kebajikan maka negara bangkrap, itu kerana tak tahu mentadbir," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Kata-kata di atas sungguh bermakna, bermakna buat kita yang mahu lihat keadilan tertegak, kebenaran diserlahkan. Kata-kata di atas diluahkan oleh ahli keluarga Teoh Beng Hock menjelang tarikh Mahkamah Persekutuan 2 Februari 2012, bakal menyampaikan keputusan kepada rayuan abang Mendiang Teoh Beng Hock yang ingin mencari kebenaran di dalam kes kematian adiknya di bawah jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kematiannya perlu dibela dan mendapat pembelaan, sedih sekali dengan peristiwa tersebut. "Teoh Beng Hock's body was found sprawled on the 5th floor of the Plaza Masalam", itulah tajuk berita yang menggemparkan pada tarikh tersebut.
"Kak, pergi Putrajaya tak?" tanpa bertanya apa sebabnya dan seolah mengerti apa yang dia maksudkan saya menjawab, "Ya, nak pergi ni."
Saya turut menghadiri salah satu sidang siasatan Suruhanjaya di Raja yang dijalankan di Mahkamah Jalan Duta. Saya mendengar sesi soalan dan keterangan yang diberikan oleh saksi yang dipanggil dari kakitangan SPRM yang terlibat. Sukar diterima di hati ini. Saya mengingati sebahagian kenyataan yang diberi "Teoh Beng Hock diletakkan di sebuah bilik seorang diri, lewat malam. Dia kelihatan diam dan murung." Saya membayangi situasi ini dan merasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku.
"Rayuan dibenarkan, rayuan dibenarkan." Air mata sudah kering, wajah sugul kembali tenang, kami bersalaman dan berpelukan. Sedikit sinar kelihatan di wajah adik Teoh Beng Hock. Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan ahli keluarga Teoh beng Hock. Nampak sedikit sinar di lorong yang panjang dan sempit, yang disempitkan oleh segala bentuk ketidakadilan dan kezaliman semata-mata kerana mereka yang berkuasa mahu terus berkuasa hingga sanggup melihat rakyatnya sendiri terbunuh dan dibunuh.
Justice for Teoh Beng Hock. Seorang anak kecil dijulang tanpa si anak kecil itu tahu bahawa bapanya telah menjadi mangsa kezaliman.
apar, S Manikavasagam; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan Naib Presiden PKR, N Surendran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan