MIMPI SENJA |
- Penahanan Azmin Heli - Belum ada pengesahan - Ku Chin Wah
- 5 tahun pelajar dirogol abang ipar
- Najib dan Muhyiddin akan disaman RM55 billion
- Betoi ker? ... PAS tawar kerusi Parlimen pada Zaid Ibrahim
- Nurul, Tony Pua dan Dr Dzul setuju berdebat dengan Raja Nong Chik
Penahanan Azmin Heli - Belum ada pengesahan - Ku Chin Wah Posted: 07 Feb 2012 07:54 AM PST KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi, bekas teman lelaki Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel wanita itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lepas. "Setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak Indonesia mengenai tangkapan tersebut. Hilmi masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk bantu siasatan kes yang melibatkan Elizabeth Wong," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas. Ku berkata, sekiranya benar lelaki yang dikehendaki PDRM sejak 2009 itu ditahan, PDRM akan berurusan dengan POLRI melalui saluran yang tertentu. Akhbar tempatan hari ini melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pihak berkuasa Batam, Indonesia ketika dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam. Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Indonesia terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia warga Malaysia dan mendakwa dirinya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik PKR di Selangor, diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Wong yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor. Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri ke luar negara ekoran terbongkarnya skandal itu. - BERNAMA |
5 tahun pelajar dirogol abang ipar Posted: 07 Feb 2012 05:01 AM PST KEMAMAN – Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun melalui detik hitam kerana bukan sahaja dipercayai dirogol abang ipar berulang kali sejak berusia enam tahun, malah dia turut diugut bunuh jika membocorkan perkara itu. Abang ipar mangsa juga mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam perjalanan menghantarnya ke rumah selepas mengambil mangsa dari sekolah. Mangsa yang tinggal di sebuah kampung di Kemasik menjadi pemuas nafsu serakah abang iparnya sehingga berusia 11 tahun dan kali terakhir diperkosa pada Mac 2009. Dia membuat laporan polis di Balai Polis Air Jernih pada jam 2.36 petang semalam. Difahamkan, mangsa hanya memaklumkan kepada kakaknya pada 2009, menyebabkan dia terkejut. Namun kerana tidak mahu memanjangkan cerita, perkara itu tidak dilaporkan kepada polis. Kakaknya yang kini dalam proses penceraian bertindak membuat laporan polis semalam agar tindakan dapat diambil terhadap suspek. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak daripada laporan itu polis telah meninjau dan menyiasat lokasi yang menjadi tempat mangsa dipercayai dirogol di kawasan Bukit Kijang. "Siasatan mendapati lokasi kejadian ialah dalam sebuah kebun pisang yang dikelilingi semak samun dan kebun getah milik orang. Lokasi kejadian jauh masuk ke dalam dengan jarak satu kilometer dari jalan utama Kampung Bukit Kijang. "Lokasi kejadian juga bersifat tersorok dan sukar dilihat orang ramai tetapi lokasinya terang pada siang hari. Selain itu, siasatan juga mendapati tiada rumah orang berdekatan dengan tempat kejadian," katanya hari ini. Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu suspek, yang juga seorang bekas pekerja kilang. - Sinar |
Najib dan Muhyiddin akan disaman RM55 billion Posted: 07 Feb 2012 12:55 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan menerima saman pertama dalam bahasa Tamil, di samping bahasa Melayu yang disyaratkan. Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis. Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia. Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta. "Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini - Malaysiakini |
Betoi ker? ... PAS tawar kerusi Parlimen pada Zaid Ibrahim Posted: 07 Feb 2012 12:31 AM PST Pas bersedia menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran kepada Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) itu jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri. "Itu kita akan bincang, saya tak kata 'no' atau 'yes', kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pas Kota Bharu di sini hari ini. Akhbar ini semalam melaporkan hasrat Zaid untuk membubarkan parti KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti itu yang akan diadakan tidak lama lagi. Beliau dilaporkan berkata ..... pembubaran itu perlu bagi 'menghapuskan keraguan bahawa KITA tidak memihak kepada pembangkang' dan juga setelah sedar bahawa penubuhan KITA adalah 'satu kesilapan'. Terdahulu, Mohamad semasa berucap di konvensyen itu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan Pas Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid. "Saya gembira apabila KITA hendak dibubar dan ke mana arah tuju Zaid selepas kini kita serah kepada dia sendiri dan terserahlah kepada Wan Rahim dan Pas Kota Bharu untuk langkah seterusnya," katanya. Pada masa sama, beliau meminta petugas dan penyokong bekerja bersungguh-sungguh memastikan kemenangan semua 60 kerusi Parlimen yang dituntut Pas bagi membolehkan mereka menguasai kerajaan dan Kabinet sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13. "Sekarang ini kita berada nombor tiga dengan 22 kerusi Parlimen berbanding DAP 28 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 31 kerusi. "Sampai bila kita mahu jadi parti nombor tiga?. Kita kena berusaha menjadi parti nombor satu baharulah boleh kita demand jawatan-jawatan menteri kanan," katanya. SUMBER STONE : Jangan kejadian Ibrahim katak Pekasam berulang dah ler ... |
Nurul, Tony Pua dan Dr Dzul setuju berdebat dengan Raja Nong Chik Posted: 06 Feb 2012 11:37 PM PST Anggota parlimen pembangkang hari ini bangun menyahut ajakan debat Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung isu penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah. Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) menyatakan persetujuan itu melalui kenyataan bersama mereka hari ini. Harian berbahasa Inggeris Malay Mail semalam memetik Raja Nong Chik mengajak diadakan debat satu sama satu secara terbuka. Beliau dipetik sebagai bertanya anggota parlimen pembangkang itu sama ada orang miskin tidak layak mendapat rumah tanpa bantuan. Menjawab persoalan itu, ketiga-tiga anggota parlimen Pakatan Rakyat itu berkata mereka menyokong hasrat memastikan golongan miskin bandar memiliki rumah bagaimanapun menegaskan ia menjadi tanggungjawab kerajaan, bukannya golongan pekerja. "Oleh itu, kami lebih daripada gembira untuk berdebat dengan menteri berkenaan untuk kepentingan awam bagi memastikan isu yang relevan dilontarkan dalam suasana yang telus. "Bagi memastikan orang awam menerima gambaran penuh terhadap kontroversi ini, debat itu mesti dijalankan di padang sama rata," menurut kenyataan itu lagi. - Mkini STONE : Kita tunggu tarikhnya .... syok ni |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan