Jumaat, 3 Februari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAS PECAT SEORANG `PEJUANG AKIDAH' ?

Posted: 03 Feb 2012 11:26 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MALAM tadi aku sempat menghadiri Program Hi-Tea bersama kepimpinan PR Pahang di sebuah kedai makan di tempat `hangit' Umno di Pahang iaitu di Felda Jengka 2, dalam Parlimen Maran.  Di antara kepimpinan PR Pahang yang hadir adalah Pengerusi Keadilan Pahang iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man.  MP Kuantan, YB Fuziah Salleh juga turut hadir di samping beberapa pimpinan PR tempatan.

Melihat kepada jumlah meja yang disediakan, aku menganggarkan tidak kurang dari 200 penyokong PR tempatan yang hadir sehinggakan kerusi meja yang dihidangkan dengan makanan dan lauk ikan tiga rasa tidak cukup menampung orang ramai yang hadir.  Program tersebut sebenarnya tidak layak dipanggil Program Hi-Tea kerana jamuan yang disediakan `berat-berat' belaka.  Bagi sebuah kawasan felda, pekat pula Umno nya di situ, kehadiran sebanyak itu sudah cukup menggentarkan Umno di Maran khususnya.  Oleh itu, tidak pelik apabila kehadiran aku ke situ dapat melihat di tepi kiri dan kanan jalanraya dikibarkan bendera berlogo `kering telanjang tanpa sarung' dan juga bendera `dacing baghdad'.

Seolah-olah yang hadir ke situ adalah DS Anwar ataupun Presiden PAS, Umno Maran berhumpas pulas memacakkan bendera di kawasan program berkenaan.  Penganjur, iaitu Keadilan Cabang Maran di bawah Sdr Boestamin tidak melatah dengan `peperangan propaganda dan psikologi' Umno berkenaan.  Bendera PR banyak dikibarkan sekitar kawasan program sahaja.

Us Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam ucapannya turut menyentuh tentang isu Dr Hassan Ali atau lebih dikenali sebagai `Hassan Akidah' dan juga `Hassan Kayu JATI'.  Beliau tidak mahu isu Hassan dilayan sehingga melupakan agenda PR.  Hassan, kata beliau bukan ahli PAS lagi dan dakwaan Hassan bahawa beliau seorang `pejuang akidah' amat melucukan.  Tidak masuk akal PAS akan memecat `seorang pejuang akidah', sedangkan PAS adalah parti yang hidup atas perjuangan akidah.

Aku bersetuju dengan kata-kata Us Tuan Ibrahim.  Pimpinan PAS atau PR khususnya tidak perlu membuang masa melayan Hassan Kayu JATI ini.  Setakat Hassan ini, memadailah kami di alam media baru ini sahaja yang mendepaninya kerana hujah Hassan lemah, bengap dan langsung tidak berwibawa.  Hujah Hassan saling tidak tumpah seperti hujah Umno jika tidak pun PERKASA.  Kami sudah biasa mendepani hujah sebengap itu./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Siapakah gerangan wanita cantik di sebelah TMJ itu?

Posted: 03 Feb 2012 10:11 PM PST

Akhirnya……

Inilah foto yang diambil daripada laman Twitter milik TMJ, @HRHJohor2(6.45pm, 3 Februari 2012) Inilah foto yang diambil daripada laman Twitter milik TMJ, @HRHJohor2(6.45pm, 3 Februari 2012)


Siapakah gerangan wanita cantik di sebelah TMJ itu? Wajah jelita itu saling tak tumpah seperti wajah aktres popular tanahair.  Tak payahlah disebutkan namanya…satu Malaya kenal siapa si jelita itu…Nampaknya, kali ini sudah terang lagi bersuluh.  Tak payah lah kita asyik dok main teka-teki lagi kerana tuan empunya diri sudah berani berkongsi saat-saat mesra mereka melalui  laman sosial ranking ketiga terkenal di dunia ni…apalagi kalau tak laman sosial Twitter.



Laman sosial Twitter milik TMJ (@HRHJohor2)Laman sosial Twitter milik TMJ (@HRHJohor2)


Bukan apa. ..kami tumpang gembira dan turut berdoa untuk kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini. Apalagi, tuan empunya laman Twitter sendiri yang asyik me'retweet' (mengulang dalam bahasa twitter) akan doa-doa dan ucapan-ucapan berbaur tahniah kepadanya. Amin….

Tindakan me-Tindakan me-"retweet" (mengulang dalam bahasa Twitter) TMJ yang seakan-akan mengaminkan doa pengikut-pengikutnya.


Apakah ini satu petanda pasangan  ini sudah bersedia untuk tampil di khalayak umum dan mengisytiharkan perhubungan mereka sebagai sesuatu yang 'rasmi'? Sama-samalah kita nantikan….


SUMBER - mD

Hassan Ali terajui KITA?

Posted: 03 Feb 2012 09:09 PM PST

PUTRAJAYA - Beberapa perwakilan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebulat suara mendesak Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan secara terhormat setelah gagal menerajui parti.

Pada masa sama, mereka berhajat 'merisik' bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengisi jawatan itu.

Ketua Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, perlu keluar parti untuk memberi laluan kepada pemimpin yang lebih berkaliber menerajui parti yang baru setahun ditubuhkan itu.

Beliau berkata, perwakilan dari Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak tidak teragak-agak menyingkirnya jika itu cara yang terbaik menyelamatkan parti.


"Zaid gagal terajui parti dan jangan cuba menconteng arang ke muka kami, kononnya pemimpin Kita tidak memberi kerjasama. Itu semua pendapat peribadinya dan tiada kena-mengena dengan parti.

"Saya minta 10,000 ahli Kita bertenang. Presiden tidak boleh bubar parti ini sesuka hati kerana ia bukan syarikat persendirian, sebaliknya melalui mesyuarat luar biasa (EGM) dan perlu sokongan tiga perempat ahli," katanya.

Ditanya mengapa Kita berminat dengan Hasan, Zamil berkata, buat permulaan pihaknya akan bekerjasama dengan Hasan kerana berpendapat beliau pemimpin yang mempunyai pendirian jelas dan perjuangannya hampir selari dengan parti berkenaan.

"Hasan mempunyai pengaruh kuat dan saya percaya, sekiranya beliau menerajui parti ini, tidak mustahil Kita akan kukuh. Lagipun Kita akan menjadi kuasa ketiga, sesuai dengan konsep dibawa Hasan untuk diterjemahkan dengan perjuangan parti ini.

"Sekarang Kita akan berhadapan dengan peperangan besar iaitu pilihan raya umum. Di Kedah, 18 calon digembar-gemburkan menawarkan diri, jadi di mana maruah kami apabila pemimpin yang akan dicalonkan, tiba-tiba partinya pula dibubarkan," katanya.

Hasan, yang juga bekas Exco Selangor dipecat daripada Pas kerana dianggap melanggar disiplin. Beliau akan melancarkan pertubuhan bukan kerajaan Jati dan IMR bulan ini.

Mengulas mengenai ada unsur-unsur campur tangan politik daripada pemimpin tertentu sehingga memaksa Kita berputih mata, menurut Zamil, ada kebenaran, terutama apabila Zaid memberi surat tunjuk sebab ke atasnya setelah mengkritik perhimpunan Bebas Anwar 901 bulan lalu

Mak Cik ni perlu bantuan ... apa kata hampa huluq sekupang dua

Posted: 03 Feb 2012 07:00 PM PST

JALAN NIBONG STESEN – "Mak cik tidak tahu kepada siapa lagi hendak mengadu, perbelanjaan makan minum pula hanya mengharap mereka yang simpati, termasuk jiran tetapi tidak tahu sampai bila keadaan ini harus berterusan," kata Khamsiah Muda, 56, warga emas yang kecewa permohonannya mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditolak.

Khamsiah yang kini hidup dalam kesempitan di sebuah pondok berkata, dia memohon mendapatkan bantuan kerana tiada sumber pendapatan setelah suaminya, Che Harun Ismail, 62, meningal dunia empat tahun lalu.


Khamsiah berkata, untuk menyara kehidupan, dia terpaksa mencari kerja, namun faktor usia menyebabkan dia gagal mendapatkan pekerjaan sesuai.

Katanya, sebagai warga emas yang hidup sebatang kara dan tiada sumber pendapatan, dia memerlukan bantuan menyara kehidupan.

Bagaimanapun, dia amat kecewa kerana permohonnya itu ditolak atas alasan yang tidak dapat diterimanya.

"Jika orang miskin macam mak cik ini tidak layak menerima bantuan, kerajaan hendak bantu orang macam mana?

"Jika tidak percaya dengan apa yang mak cik cerita, datanglah ke rumah, lihatlah kehidupan mak cik di pondok buruk yang mak cik jadikan tempat berteduh ini, jika mak cik ada duit, takkan tinggal dalam keadaan begini," katanya.

Menurutnya, pihak JKM juga tidak pernah datang ke rumah untuk melihat keadaannnya yang daif itu biarpun difahamkan pernah menghubunginya sebelum ini.

Katanya, status permohonnya diketahui selepas menerima sekeping surat bertarikh 10 Januari 2011 yang memaklumkan bahawa permohonannya ditolak atas sebab tertentu.

"Jika tidak mahu beri pun tidak apalah, nak buat macam mana, Mak cik pun dah tua, mungkin tak lama hidup," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Khamsiah Muda 11200-29-00024794-6.sinarharian.com.my 


STONE :  Mana YB dia, xkan xboleh p tengok dan selesaikan masalah mak cik ni kot? Atau isu mak cik xglamor xakan dapat publisiti? 

ARTIS : Shila Amzah dituduh pembunuh

Posted: 03 Feb 2012 07:56 AM PST

Berita panas yang mungkin bakal disensasikan atas sebab-sebab kelogikan dan boleh jadi kes jenayah juga. Baru-baru ini ada seorang Twitter yang mengakui dirinya sebagai @kami_anti (dalam erti kata lain anti kepada Shila Hamzah) dimana account ini menyatakan yang Shila seorang pembunuh. Eik? apa sebab ni.


Ceh cerita-cerita. Akaun ini telah dibuat pada majlis AJL 26 yang lalu, dan ini dilakukan atas usaha membela kawannya yang mana meninggal dunia akibat sebuah pergaduhan kerana Shila. Tidak dapat disahihkan kebenaran cerita ini memandangkan dahulunya akaun ini adalah bekas peminat Shila dan kini melemparkan pelbagai tuduhan yang kurang pasti asas dan motifnya untuk membenci Shila Hamzah.

Yang peliknya, akaun Twitter pula dijadikan tempat tuduh menuduh, p la balai polis buat laporan kalau itu menjadi satu berita yang benar, dan diselesaikan di mahkamah. - izyan.com

Masjid dua kiblat di Madinah

Posted: 03 Feb 2012 06:16 AM PST

Susunan Abdul Jalil Ishak

MASJID Qiblatain di Madinah al-Munawarah antara tiga masjid tertua di dunia selain Masjid Quba dan Masjid an-Nabawi.

Pada asalnya ia dinamakan Masjid Bani Salamah kerana pembinaannya di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.

Dalam sejarah perkembangan Islam, ia dinamakan Masjid Qiblatain kerana mempunyai dua kiblat, iaitu menghadap ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Batu asas pembinaannya dilakukan sendiri Nabi Muhammad s.a.w dan siap pada 623. Baginda pernah bermalam di masjid itu selama 20 hari.

Rasulullah menerima wahyu daripada malaikat Jibril mengutuskan supaya arah qiblat ditukar ke arah Makkah. Ketika itu baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.

Maka, baginda berperingkat mengubah arah kiblat menghala ke Makkah. Perubahan arah kiblat menjadi tamparan hebat kepada kaum Yahudi yang sebelum itu begitu berbangga dengan kiblat mereka di Baitulmaqdis.

Sejarah awal pentadbirannya terletak di bawah Umar ��al-Khatab, kemudian diserahkan kepada pemerintahan Uthmaniah dengan penyeliaan Sultan Sulaiman yang bertanggungjawab melakukan pengubahsuaian terhadap masjid bersejarah itu.

Berdekatan Masjid Qiblatain terdapat sebuah telaga dimiliki seorang Yahudi.
Dengan nasihat nabi, telaga itu ditebus daripada pemiliknya oleh Uthman Affan dengan harga 20,000 dinar bagi menjadikannya milik umat Islam sepenuhnya.

Masjid itu mampu menampung kapasiti seramai 2,000 jemaah pada satu masa. Antara imam dan khatibnya termasuk Sheikh Salleh bin Awad al-Mughamisi, Sheikh Muhammad Khalil, Sheikh Muhammad Ayub dan Sheikh Ahmad bin Ali bin Abdul Rahman.

Pembesaran masjid berlaku pada 1543 pabila Sultan Sulaiman diarah melakukan pembesaran masjid bagi menampung jemaah semakin bertambah.

Pada 1987 projek pembesaran masjid dilakukan mengikut keperluan semasa tanpa mengubah struktur binaan asal. Namun, masjid lama dirobohkan bagi memberi nafas baru bagi menyerlahkan seni bina Islam.

Masjid Qiblatain berbentuk ortogenal geometri itu dihiasi dua tangga masuk bagi membolehkan jemaah lelaki dan wanita keluar masuk ke masjid melalui pintu berasingan.

Kedudukan dewan solatnya mempunyai aras berbeza dengan bahagian utara supaya menampakkan keunikan tersendiri.

Masjid berkenaan terletak di bahagian barat laut dari Madinah, di Jalan Khalid bin Walid, sempena kehebatan pahlawan Islam tersohor pada zaman Rasulullah.

Kini, Masjid Qiblatain mempunyai pelbagai kemudahan prasarana sesuai sebagai pusat tumpuan jemaah haji dari dalam dan luar negara.

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan Ahmad bin Hambal, Al-Nasai, Ibnu Majah dan Hakim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikan solat dua rakaat di Masjid Qiblatain, maka Allah memberikan ganjaran pahalanya seperti pahala mengerjakan satu umrah."

Justeru, tidak hairanlah masjid itu menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah dari seluruh pelosok dunia.

Setahu aku artis ni Islam, tapi awat dia jadi lagu ni ...

Posted: 03 Feb 2012 03:22 AM PST


Awai tadi aku dah "copy N paste" dah satu story dari mStar pasai gambar mamat ni yang tayang perot bini dia tu, aku ingat satu gambar tu je la (yang tengah), tau-tau petang ni ada geng 'tag' gambar di atas kat FB aku. 

Masyaallah apa dah jadi dengan hang Harith ai, artis bukan la tiket untuk hampa buat apa saja, Ingat la hang tu Islam.(yang aku tau la)

Banyak komen di facebook, semua mengutuk tindakan Harith 'menelanjangkan' isterinya untuk tontonan ramai. Atas apa alasan sekalipun, aurat mesti ditutup. Tapi pasai apa hang buat macam ni Harith ooii???

Hang bangga ka tunjuk aurat bini hang 1 dunia tu, bukan setakat 1 Malaysia saja. Awat yang bengap sangat.?
Ini lah perangai artis kita ..... apa nak jadi dengan anak dalam perut tu nanti pun tak tau lah kalau mak bapak pun tak tentu hala ....  hhhmmmmm



Debat DSAI - Najib : Mahathir ramal Najib akan kalah

Posted: 03 Feb 2012 12:25 AM PST

Hak untuk memilih. Pilihanraya semakin hampir dan Malaysia sedang besedia untuk menyaksikan pilihanraya paling panas abad ini. Nombor 13 mungkin membawa musibah pada pentadbiran BN selama 50 tahun dan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Untuk mempertimbangkannya, adil jika rakyat Malaysia boleh menguji keupayaan dua orang pemimpin ini di pentas awam untuk membicarakan tentang polisi awam. Sudah tiba masanya untuk kita menyaksikan Najib Razak dan Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Sebagai contoh, calon Presiden Republikan di Amerika Syarikat sudah mengadakan 20 debat yang telah melayakkan 4 orang daripadanya sahaja. Debat adalah cara untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah pendirian calon terhadap isu-isu tertentu contohnya undang-undang immigrasi, Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika dan bagaiman caranya untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penganggur di Amerika.

Jadi, mengapa Malaysia tidak boleh mengadakan debat dianatara Najib dan Anwar?

Mahathir juga risau akan kekalahan Najib

Mantan perdana menteri Mahathir Mohamad sendiri cuba menasihati Najib untuk tidak berdebat dengan Anwar. Ia cepat meniupkan khabar angin yang Mahathir sebenarnya takut Najib yang kurang bijak itu akan memalukannya di dalam debat itu nanti

Selepas itu, Mahathir pula cuba menyatakan sesuatu yang tidak masuk akal apabila mendesak akan debat hanya boleh diterima pakai jika Anwar menyokong BN.

"Apalah gunanya berdebat jika semua tahu akan pendiriannya, dan berdebat tidak akan mengubah ini. Lainlah jika Anwar mempunyai pandangan yang sama dengan kerajaan tentang isu berbangkit," lapor media yang dikawal kerajaan.

Punca masalah BN adalah Najib Razak yang merupakan perdana menteri boneka yang dilantik ke jawatan itu oleh partinya selepas perebutan kuasa dalaman yang menyebabkan mantan perdana menteri Abdullah Badawi dijatuhkan. Sepatutnya Najib mengadakan pilihanraya untuk mendapatkan mandat dari rakyat tetapi dia penakut kerana dia sudah tahu bahawa dia lebih teruk dari Badawi. Hanya satu tahun sahaja lagi tinggal untuk mandat 5 tahun BN, dengan Parlimen yang dijangka akan dibubarkan pada bulan April 2013 tanpa menghiraukan sama ada Najib bersedia atau tidak.

Dalam pada itu, Anwar sudah lama menunggu peluang untuk menjafi perdana menteri. Anwar Ibrahim sekarang merupakan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat, dan jika mereka menang lebih dari 222 buah kerusi di Parlimen berbanding BN, Anwar akan menjadi PM. Pada tahun 90-an, Anwar sudahpun menjadi pemimpin paling popular. Kemudian, menjadi timbalan presiden UMNO yang turut digeruni oleh Mahathir sehinggakan dakwaan liwat diada-adakan untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar.

Pada masa itu, Najib langsung tidak popular, tidak berupaya memimpin diri sendiri. Malah, dia mendakwa dirinya sebagai penyokong kuat Anwar. Turut serta adalah beberapa orang menteri seperti Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin dan menteri pertahanan, Zahid Hamidi. Dengan Anwar yang hanya dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, tidak hairanlah lelaki-lelaki ini bertukar menjadi orang Mahathir. Dan sekarang, mereka sendiri mengimpikan jawatan Perdana Menteri itu. Bagi Mahathir pula, jika rakyat masih sudi mengundi untuknya, peluang untuk menjadi PM semula sememangnya diidamkan, namun, fokusnya sekarang lebih kepada anaknya Mukhriz untuk mengambil alih UMNO dan jawatan tertinggi kerajaan selepas PRU ke 13.

Paranoia hanya mengesahkan kesahihan Anwar untuk menjadi PM

Ini adalah mengapa sejak 1998, kerajaan BN telah bersusah-payah mematahkan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi, perubahan pada senario politik Malaysia jika diteliti dari penahanannya dibawah undang-undang digeruni ISA pada tahun 1999. Ini merupakan titik permulaan bagi pergerakan pembangkang di Malaysia. Dan setiap keputusan politik yang dibuat oleh UMNO dibawah pimpinan BN telah dibuat untuk memastikan Anwar tidak boleh bertanding untuk jawatan PM.

Kobodohan ini telah menyebabkan pemerhati politik percaya bahawa akibat takutkan Anwar, mereka telah menjerat diri sendiri. Sentiasa bingung memikirkan keadilan akan terlaksana dan mereka akan terpaksa menjawab segala perbuatan mereka termasuk menyalahgunakan dana Negara dan penyaluran wang secara haram sebanyak RM888 bilion ke akaun luar. Mereka juga tidak melaksanakan tanggungjawab dan ekonomi dan tadbir urus yang lemah telah menyebabkan ramai pelabur luar lari. Pada masa yang sama, perbuatan mereka yang sentiasa menjadikan Anwar dan rakan Pakatannya sebagai target menguatkan lagi pendapat bahawa Anwar adalah pencabar kuat bagi calon PM Malaysia.

Jadi, tanpa menghiraukan calon lain yang difikirkan boleh menjadi pencabar kepada Perdana Menteri, dua lelaki ini adalah peserta yang tepat untuk perlawanan ini. Jika ada calon lain, mereka sepatutnya dibenarkan untuk berdebat supaya rakyat Malaysia boleh mendapatkan peluang untuk menilai dan memilih siapa yang mereka rasakan layak untuk menjalankan tanggungjawab itu nanti.

Bagaimana pula dengan Perlembagaan

Perkara 43 (2) menyatakan- Kabinet perlu dilantik seperti yang berikut, dimana: (a) Yang dipertuan Agong akan melantik Perdana Menteri untuk mengetuai Kabinet dan ahli Dewan Rakyat yang difikirkan boleh meyakinkan majoriti ahli dewan itu;

Kunci untuk menjadi perdana menteri di Malaysia mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat. Rakyat Malaysia pula mengundi bagi melantik ahli dewan rakyat dan memberikan mereka mandat untuk memilih Perdana Menteri. Kepercayaan ini diberi kepada wakil untuk membuat pilihan yang bijak untuk kepentingan bersama. Sama ada wakil-wakil ini mengkhianati rakyat dan mengundi berdasarkan arahan 'orang atasan' di dalam parti atau melibakan rasuah akan menentukan sama ada mereka akan diundi semula pada masa yang akan datang.

Jadi, rakyat harus berpendirian dan tidak mengambil mudah jika wakil menipu mereka. Tapi, bagaimanakah caranya rakyat dapat menilai siapa yang layak untuk jawatan Perdana Menteri? Sebuah debat awan boleh membantu.

Rakyat Malaysia anggap MP sebagai tuan

Perdebatan awam adalah satu medium dimana orang ramai dapat melihat dan mengukur sendiri sejauh mana kebolehan calon yang mempunyai cita-cita untuk memimpin negara. Apa sahaja yang boleh disuarakan kepada Ahli Parlimen masing-masing mesti diambil kira apabila memilih orang yang akan mendapat kepercayaan Dewan Rakyat untuk menjadi PM. Ini adalah satu proses dimana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam proses ini. Ini bukanlah sesuatu yang sukar. Inilah tandanya demokrasi yang progresif dan matang.

Sedih sekali di kebanyakkan tempat di negara kita, rakyat masih rasa terikat pada wakil. Mereka beranggapan ahli parlimen adalah ketua dan bukan sebaliknya. Tetapi peruntukan yang diberikan kepada MP untuk diedarkan kepada orang-orang miskin sebenarnya wang kepunyaan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Wakil yang dipilih hanyalah menjalankan tugas dan dia dipilih kerana rakyat percaya dia akan menjalankan amanah tersebut.

MP dipiilih beliau kerana kepercayaan rakyat terhadapnya. Jadi dia perlu berterima kasih kepada rakyat. Ini adalah masalah rakyat Malaysia dan hanya kerajaan yang tidak mengambil kesempatan keatas penduduk-penduduk luar bandar dan sebaliknya mendidik mereka tentang hak-hak patut dipilih pada PRU ke-13 nanti.

Sekarang sudah 2012 dan Malaysia sudah terlambat dalam memberi kesedaran kepada dalam memperkasakan diri mereka.

Tidak mampu berfungsi tanpa skrip

Namun, sudah tradisi dalam BN, Najib Razak tidak akan mengambil bahagian dalam perdebatan awam. Mahathir menyokong ini sepenuhnya, walaupun sebabnya bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan Najib sendiri.

Tetapi kenapa Najib takut akan Anwar? Pada umur 58 tahun, Najib sepatutnya lebih keberanian yg berbanding Anwar yang berusia 64-tahun.

Mungkin, ini kerana dalam perdebatan awam, kekurangan Najib Razak adalah ketara. Dia adalah lelaki yang menggunakan 'skrip' dan dalam persekitaran yang tidak menentu seperti perdebatan awam tanpa skrip ditulis dengan serta-merta - dia hanya akan ternganga. Sudah terbongakar bahawa tanpa penulis skrip, Najib tidak mempunyai apa-apa untuk dikata. Tanpa bantuan, Najib akan kalah menghadapi Anwar Ibrahim, seorang lelaki yang telah diuji dan menempuhi pelbagai situatsi selain forum-forum termasuk perbicaraan kes liwat.

Ingat, Anwar telah mempertahankan dirinya sejak tahun 1999. Beliau bukan sahaja menteri Kewangan popular menteri dirantau Asia Tenggara, tetapi dia telah menanggung pelbagai serangan termasuk seksualiti, moral, watak dan personaliti. Kedua-duanya dimata rakyat dan undang-undang.

Pemenangnya jelas dan bakal ada yang akan ketawa

Pemenangnya memang jelas. Tetapi Najib tidak harus menolak debat kerana dia tahu, seperti ramai yang lain bahawa dia pasti akan kalah. Dia mesti mengamalkan sikap yang lebih berani dan bukan hanya menyerah kalah sahaja. Gaya tidak penting, tidak juga kepetahan berbicara. Apa ynag penting adalah fakta dan dasar.

Ini adalah pengajaran buat Najib. Dia bukan lagi berumur 18 tahun dan cuba untuk menunjuk-nunjuk dihadapan teman wanitanya. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan rakyat Malaysia ingin mendengar apa yang dia mahu sampaikan. Bagaimana mungkin dia hanya buat tidak tahu sahaja. Bukan sahaja pengkritik dalam Pakatan akan memanggilnya pengecut, malah orang Umno juga akan meraguinya juga. Adakah Najib tidak berfikir yang Mahathir dalam diam akan memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa Najib begitu bodoh sehinggakan memerlukan dia untuk menyelamatkannya!' Bukankah inilah yang bakal difikirkan oleh semua dan jika bukan dari Mahathir, yang lain dalam Umno pasti akan berkata demikian.

Lebih-lebih lagi, Najib berhutang budi dengan yang lain. Mereka sudah tahu masak dengan Najib dan tahu sama ada dia telah menunjukkan keupayaannya yang sebenar setakat ini. Najib juga sedar akan ini. Jika tidak, dia hanya boleh bercakap tentang ayahnya sahaja, Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kedua, seolah-olah sebagai anak Tun Razak bermakna dia tidak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada Malaysia. Tetapi tidak membiarkan Malaysia ketinggalan dan membenarkan opportunis kejam seperti Mahathir untuk menghina ayahnya. Benarkah jika Razak ,merestui Mahathir atau mungkinkah dia sebenarnya lebih teruk daripada Mahathir jika memerintah Malaysia dengan lebih lama.

Tuntutla hak anda

Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak-hak mereka dalam negara. Perdebatan awam adalah asas demokrasi. Ia bukan merupakan seni pidato atau pertandingan ratu cantik tetapi satu forum di mana idea-idea dan polisi-polisi yang berbeza boleh dinilai orang awam, dengan ini rakyat boleh membuat keputusan mereka. Jawatan Perdana Menteri adalah tugas eksekutif tertinggi di sesebuah negara. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengukur potensi setiap calon untuk diri mereka sendiri dan tidak boleh tertakluk pada pilihan Umno-BN kerana ini merugikan mereka.

Perdana Menteri juga boleh dipilih dari mana-mana ahli Dewan Rakyat dan tidak terhad kepada presiden Umno sahaja. Ini tidak membuka ruang pemilihan Perdana Menteri, semua calon mesti membentangkan pelan dan idea-idea masing-masing dan aspirasi bagi rakyat Malaysia untuk menilainya dan akhir sekali meluluskannya ; sama ada di peti undi sendiri atau melalui wakil-wakil mereka di Parlimen.

Ini barulah adil, kerana ia mengikut peraturan demokrasi. Inilah tandanya sebuah negara yang demokratik dan matang. Jika Najib atau mana-mana calon yang lain pada masa akan datang sama ada dari BN atau Pakatan enggan untuk berdebat menjelang pilihanraya utama, dia tidak berhak dicalonkan untuk bertanding.

Malaysia Chronicle

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Raihan - Ya Rasulullah

Posted: 03 Feb 2012 07:42 PM PST

Memahami Erti Maulidur Rasul Sebenar.

Posted: 03 Feb 2012 07:41 PM PST

ustaz Akhil Hayy n Waheeda jawab soalan peminat

Posted: 03 Feb 2012 07:37 PM PST

"Say No To Hudud" PM said - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Feb 2012 07:32 PM PST

PRU13 : UMNO is Crazy- ABU (Asal Bukan UMNO)

Posted: 03 Feb 2012 07:27 PM PST

Jui Meng: Soi Lek shows he is Perkasa's whipping boy in making Collin a scapegoat

Posted: 03 Feb 2012 07:14 PM PST

Jui Meng: Soi Lek shows he is Perkasa's whipping boy in making Collin a scapegoatIt looks like MCA has made a scapegoat of Sri Desa MCA branch chairman Collin Tiew, who resigned from all party posts, over the Perkasa white 'ang-pows' fiasco.
Although MCA president Chua Soi Lek said Collin did the right thing by quitting, and also thanked Collin for "taking responsibility", critics slammed him for once again bowing to Perkasa and taking the blame for the ultra-Malay rights group, which is aligned to Prime Minister Najib Razak's party.
"It is preposterous, doesn't make sense. Do you see Ibrahim Ali resigning, he has not even apologized. Soi Lek has really become the whipping boy of Perkasa-Umno," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"What is happening now is that Soi Lek has got Collin to resign to take responsibility for the blunder made by Ibrahim Ali. And best of all, Collin even publicly said he believes Ibrahim Ali did it on purpose."
Read More / Baca Lagi >>

Cuepacs mahu kemuka formula pindah gaji ke SBPA

Posted: 03 Feb 2012 07:11 PM PST

Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu.
  
Timbalan Presiden 1 Cuepacs Aziz Muda berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua penjawat awam.
Read More / Baca Lagi >>

PAK TEH - PEJUANG TUA DALAM PAS.

Posted: 03 Feb 2012 07:09 PM PST

-oleh BayangDiAir

Pak Teh  hampir menjangkau 90 tahun umurnya. Dalam usia selanjut itu, Tuhan masih memberi kesihatan kepadanya sehingga dia mampu untuk bekerja dan bergerak ke sana ke mari. Jangan terkejut kalau diberitahu bahawa beliau ialah ahli Unit Amal PAS. Usia dan kudrat yang semakin terhakis tidak pernah dijadikannya sebagai alasan untuk tidak berjuang. Memang teramat sukar untuk mencari di dunia ini manusia setua ini yang masih sanggup menginfakkan tenaganya untuk Islam.
Read More / Baca Lagi >>

'Scores dead' in Homs fighting

Posted: 03 Feb 2012 06:59 PM PST

PAS tidak pernah iktiraf negara Israel

Posted: 03 Feb 2012 06:55 PM PST

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
PAS bertegas menolak kewujudan negara Israel, sebaliknya akan terus memperjuangkan hak rakyat Paleshttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguLm25f5vKyz20k5S2Q8BbqdEepbQeHeTdS4Nz5nQQ5jxOUAi2VkgPUwdkUzeOOpAQgpp7RPXkqOBYlQ4i-iljA6mxoWJwzb6TIE9iIS3neN4LmG3RLgHAkprm8uwBHoqtjHulakW2sm0/s400/mat-sabu.jpgtin untuk sebuah negara berdaulat, kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS terhadap sebarang bentuk cadangan atau usaha pihak antarabangsa dalam mengiktiraf kewujudan negara Israel

Mohamad yang semasa dihubungi berada dalam majlis di Langkawi berkata, sejak tahun 1948 kekejaman Israel membunuh rakyat Palestin tidak boleh dilupakan, malah tidak boleh dimaafkan.Read More / Baca Lagi >>

Umat Islam masih perlukan Tuan Guru Abdul Hadi

Posted: 03 Feb 2012 06:54 PM PST

Oleh: Mat Zain Mat Isa


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa apa yang sedang dialami oleh Ustaz Azhar Idrus mutakhir ini bagaikan mengulangi 'Fenomena Hadi Hadi' tiga dekad lalu. Kedua-dua fenomena itu mungkin tidak serahttp://dppwp.files.wordpress.com/2008/09/cover_hadiawangcun.gifus peratus serupa, sehingga ke tahap boleh disebut sebagai 'saling tak tumpah'. Namun, dua gelombang kesedaran masyarakat dicetuskan dua ulama itu di zaman masing-masing secara umumnya berkongsi banyak persamaan.


Kedua-dua tok guru itu orang Terengganu. Butir ucapan mereka sarat dengan kalimah atau istilah baku negeri itu. Sebab itu bagi sesetengah khalayak, mendengar lenggok bahasa dan hamburan slanga Terengganu yang pekat oleh Ustaz Azhar bagaikan mengembalikan nostalgia kepada ucapan berani dan berapi seorang ulama muda negeri itu pada 80-an dulu.
Read More / Baca Lagi >>

Jati, Kita Dan Amanah

Posted: 03 Feb 2012 06:52 PM PST

Dalam tempoh 73 jam lalu banyak perkara yang berlaku termasuk isu-isu yang boleh dikaitkan dengan politik. Sekurang-kurangnya ada tiga perkara atau kejadian yang menyendak dalam minda saya, di mana kalau saya tidak 'kehek' (melepaskannya) menyebabkan saya tak boleh melelapkan mata sampai ke pagi.

Lagipun di dalam PM (personal masej) dan kotak e-mail saya ada beberapa penjengok yang meminta saya memberi ulasan dan pandangan segera terhadap tiga perkara yang saya maksudkan. Selain dari tiga perkara itu saya juga menerima e-mail yang meminta saya memberi pandangan dan sorotan mengenai Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), perihal khutbah di Kelantan yang dianggap tidak bertenaga dan tidak ketinggalkan juga fasal pilihan raya umum ke-13.

Ramai yang bertanya fasal pilihan raya umum apabila mereka dapat merasakan ia tidak mungkin diadakan pada Mac ini seperti mana diramalkan ramai.

Malam ini saya akan ulas mengenai perkara yang terngian-ngian di cuping telinga saya dulu, lagi pun saya sudah janji. Perkara itu ialah mengenai Jati, Kita dan Amanah. Jati adalah sebuah Ngo baru yang akan diumumkan penubuhannya (perlancaran) pada 21 Februari ini. Kita ialah parti Kesejahtraan Insan Tanah Air (betulkah sebutan tu?) dan ketiga mengenai Amanah. Adapun Perkasa(m) saya tidak sudi untuk mengulasnya kerana tersangat busuk kohong.
Read More / Baca Lagi >>

Masa Depan Zaid Selepas KITA

Posted: 03 Feb 2012 06:50 PM PST

Masa Depan Zaid Selepas KITAAPAPUN keputusan mesyuarat luar biasa Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim nanti - sama ada untuk menerima cadangan pembubaran atau menyingkirkan Zaid sebagai Presiden, masa depan Zaid bersama dengan parti tersebut bolehlah dikatakan sudah berakhir.
Zaid mengambil alih AKIM – sebuah parti kecil berasal dari Kelantan dan menukar namanya kepada KITA, untuk melaksanakan reformasi politiknya sendiri setelah dia gagal melakukannya di dalam UMNO dan PKR.
Silapnya, Zaid memilih untuk memegang jawatan Presiden yang boleh dicabar dalam pemilihan parti tersebut di masa hadapan.  Justeru ia terikat kepada peraturan Pendaftar Pertubuhan yang mensyaratkan pemilihan setiap 3 tahun sekali
Read More / Baca Lagi >>

Dato Seri Najib dah mula mengemis - negara kita bakal muflis..

Posted: 03 Feb 2012 06:49 PM PST

Ini pun satu daripada bala Allah yang diberikan kepada kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama..... Aduhai malang sungguh, nasib kita,,, Seteruk-teruk sebelum ini pun kelima-lima mantan PM Malaysia tak lah seteruk yang yang ada sekarang,,,,


Lihat sendirilah.... dah tahap pengemis dah rupanya.... tak malu ker oii... Kecoh.... bukan sekadar 1Malaysia,,,, dah satu dunia heboh,,, bab bini shopping kat Australia dengan selamba rock aja ia boleh jawab.....
Read More / Baca Lagi >>

200 Orang Maut Dalam Serangan Di Syria

Posted: 03 Feb 2012 06:43 PM PST

Post Pic
BEIRUT, 4 FEB : Kira-kira 200 maut dan beratus-ratus lagi mengalami kecederaan selepas tentera Syria melancarkan serangan di Homs dan disifatkan sebagai episod berdarah paling teruk selepas hampir 11 bulan tunjuk perasaan meletus di negara itu, kata aktivis. 

Kejadian di Homs itu menjadi salah satu tempat utama bagi pembangkang ketika kebangkitan tunjuk perasaan terhadap Presiden Bashar Assad.

Dua kumpulan pembangkang utama, Kumpulan Pemerhati untuk Hak Asasi Manusia Syria yang berpusat di Britain dan Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, berkata jumlah kematian mungkin lebih daripada 200 orang.

Lebih separuh iaitu kira-kira 140 orang berlaku di Khaldiyeh. - AP.

Why no action against ‘arrogant’ AirAsia?

Posted: 03 Feb 2012 06:37 PM PST

The government is not interested in protecting its citizens from profiteering private enterprises such as AirAsia, claims a consumer activist.
KUALA LUMPUR: There is "no political will" in Malaysia to safeguard the rights of consumers against "tricksters" such as AirAsia which thrived on false advertising, unlike in Australia, says consumer rights activist Jacob George.
George, who is the Consumer Association of Subang and Shah Alam (Cassa) president, said just as in Australia, he has been receiving complaints about discrepancies in Air Asia's actual airfares and its published rates since 2009 but has received no support in his bid for consumer justice.
Read More / Baca Lagi >>

Kill the issues, kill Pakatan

Posted: 03 Feb 2012 06:35 PM PST

In the 13th general election it will boil down to cash versus cow.

The moment the Barisan Nasional federal government succeeds in killing off all the issues brought up by the opposition Pakatan Rakyat, it will call for the 13th general glection.
Already, there is widespread rumour that Parliament will be dissolved this month as Pakatan's last bastion of defence – the cattle saga – is now almost swept under the BN carpet altogether. Coupled with the RM500 cash aid to the low-income group, BN is now riding on a high due to the feel-good factor generated by BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).
Read More / Baca Lagi >>

'Damn it, please move out!' - Rafidah tells Shahrizat

Posted: 03 Feb 2012 06:33 PM PST

'Damn it, please move out!' - Rafidah tells ShahrizatEven as her three-weak leave from the cabinet ends today, Women, Family and Community Development minister Shahrizat Abdul Jalil has found herself at the receiving end of another attack, this time by a familiar foe who she replaced.
Shahrizat's predecessor in Wanita UMNO, its former head Rafidah Aziz, launched a vitriolic attack on her, literally telling Shahrizat, who has been at the centre of the scandal involving the government-aided National Feedlot Corporation managed by her family members, to "move out".
Speaking to UMNO-linked daily Malay Mail, Rafidah did not mince her words when urging Shahrizat to resign, echoing a call by their former boss Dr Mahathir Mohamad and other UMNO leaders.
Read More / Baca Lagi >>

By refusing to quit, Shahrizat drags Umno and MACC deeper into the NFC fire

Posted: 03 Feb 2012 06:32 PM PST

By refusing to quit, Shahrizat drags Umno and MACC deeper into the NFC fireEmbattled Umno Women's chief Shahrizat Jalil has refused to step down, stubbornly closing an eye to the growing calls from within her own party including from her own deputy and senior leaders such Mahathir Mohamad and Rafidah Aziz to do so, and pinning the blame on the opposition instead.
"The opposition did not make up the condo purchases, Mercedes Benz, holidays and what-nots. It is time for Shahrizat to own up. Her party is also telling her to step down. So it is no point to keep blaming PKR for doing a good job in exposing the abuse of public funds. Is she implying that Malaysians should punish Pakatan for telling on her and vote for BN because it helped her to cover up?" PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
One of the most unpopular women in Malaysia now
Read More / Baca Lagi >>

SC chief to quit over E&0 scandal

Posted: 03 Feb 2012 06:31 PM PST


KUALA LUMPUR, Feb 4 — Tan Sri Zarinah Anwar will step down as Securities Commission (SC) chief next month after coming under pressure over the market regulator's role in Sime Darby's acquisition of a 30 per cent stake in property group E&O last August, The Straits Times reported today.
According to the Singapore daily, Zarinah, the first woman to head the capital markets watchdog, will leave at the end of her contract, ending six years at the helm of the commission.
The Straits Times said government officials and financial executives close to the situation told the newspaper that " Prime Minister and Finance Minister Najib Razak will decide on her replacement in the coming weeks."
"The E&O deal has put Tan Sri Zarinah (picture) in a tight spot. The reason is that her husband, who is E&O chairman, had raised his personal stock holdings in the company just days before Sime Darby's announcement," it reported.
Read More / Baca Lagi >>

Politik ‘kepala babi’

Posted: 03 Feb 2012 06:30 PM PST

4 FEB — Muncul lagi kes-kes "kepala babi" dicampakkan ke masjid. Mula-mula berlaku di Masjid Nurul Iman yang terletak di Rawang, Selangor. Kemudian Masjid Al-Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur.
Meletakkan kepala babi di dalam masjid, rumah ibadah orang Islam — turut dianggap sebagai rumah Allah — adalah satu tindakan yang harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama dan bangsa.
Tindakan ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu-Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Perpaduan rakyat punca Ikhwan Muslimin menang

Posted: 03 Feb 2012 05:04 PM PST


KUALA LUMPUR, 4 Jan: Ikhwan Muslimin Mesir secara jujur mengakui kemenangannya pada pemilihan Parlimen pertama negara itu yang diumumkan pada 21 Januari lalu bukanlah kerana kekuatan strategi yang disusun oleh pihaknya. 

Malah, penyertaan Ikhwan dalam pilihanraya itu tanpa sebarang strategi dan hanyalah dengan menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat pemilihan mengikut kehendak masing-masing  

Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Gomaa Ameen berkata, kemenangan pihaknya pada pilihanraya itu jelas tercapai hasil perpaduan dan keinginan rakyat untuk bersama-sama menjatuhkan pemerintahan kuku besi regim Hosni Mubarak.

Menurutnya, sebelum revolusi rakyat di Dataran Taharin pada 25 Januari tahun lalu, keseluruhan rakyat Mesir telah bersama-sama menzahirkan keinginan untuk menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak untuk digantikan dengan kerajaan lain yang lebih baik.
Read More / Baca Lagi >>

Umno: Melayu tiada semangat pilihan raya

Posted: 03 Feb 2012 04:54 PM PST

KUALA TERENGGANU – Segelintir pengundi Melayu digambarkan sebagai tidak kisah mengenai pilihan raya dan ada yang langsung tidak faham kepentingan dan semangat untuk terlibat dalam proses penting itu.
Ketua Penerangan Umno Kuala Nerus, Muhammad Ramli Nuh berkata, faktor itulah yang menyebabkan kaum Melayu paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian sebagaimana didedahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Muhammad Ramli berkata, semangat pilihan raya untuk menentukan kedudukan dan kestabilan bangsa serta agama dalam pemerintahan kerajaan tidak wujud dalam kalangan sebahagian orang Melayu terutama golongan muda.
"Mereka tidak memahami apa itu daftar pemilih dan menjadi seorang pengundi. Sama ada mengundi atau tidak, itu tidak menjadi masalah. Mereka tidak sampai ke tahap berfikir untuk menentukan kedudukan bangsa dan agama, di samping tidak sedar mereka mempunyai kuasa untuk menentukan pemerintahan pada masa hadapan," katanya.
Menurut Abdul Aziz, kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.
Muhammad Ramli berkata, kesedaran mengundi berbeza di kalangan masyarakat Cina apabila DAP sebelum ini didedahkan sebagai parti yang mendaftar paling ramai pengundi baru.
Menurutnya, orang Cina sebelum ini tidak begitu mengambil tahu mengenai hal-hal politik, namun peranan DAP dilihat besar sehingga masyarakat Cina beranggapan DAP adalah parti mereka.
Beliau turut meminta orang Melayu faham mengenai kepentingan mengundi, di samping parti-parti berasaskan Melayu turut memainkan peranan memastikan orang Melayu sedar terhadap kepentingan menunaikan tanggungjawab tersebut.
Sementara itu, mengulas berhubung pendaftaran pemilih di Terengganu, beliau berkata, Umno merupakan satu-satunya parti yang ke depan dalam pendaftaran pengundi muda melalui kerjasama Pemuda Umno dan pihak yang dilantik parti.

Usah ikut nafsu, Dewan Ulama nasihat Hasan Ali

Posted: 03 Feb 2012 04:52 PM PST

KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengkritik parti itu.
 
Walaupun kenyataan Hasan dikatakan langsung tidak memberi kesan ke atas Pas, namun Nik Zawawi menggesa Hasan supaya tidak sesekali mengikut hawa nafsu.
 
Nik Zawawi turut meminta bekas pemimpin Pas itu berjuang demi kepentingan agama sebagaimana yang pernah diperjuangkannya ketika berada dalam parti itu.
 
Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.
Read More / Baca Lagi >>

1 Care berada di ‘peringkat akhir’, kata pegawai Kementerian Kesihatan

Posted: 03 Feb 2012 04:50 PM PST


KUALA LUMPUR, 4 Feb — Skim 1 Care yang menerima kritikan bahawa kerajaan akan mengenakan cukai terhadap golongan perniagaan dan rakyat setiap bulan bagi mendapatkan dana untuk membiayai kos kesihatan yang semakin meningkat kini berada di "peringkat akhir" pelaksanaannya, demikian menurut pegawai di Kementerian Kesihatan dalam seminar bulan lepas.
Skim tersebut dipercayai berada di fasa ketiga pelaksanaannya daripada lima fasa keseluruhan, walaupun kementerian telah berulang kali membuat  menafikan dan memberi jaminan "terlalu awal" untuk mengeluarkan amaran berkenaan skim tersebut.
Read More / Baca Lagi >>