Khamis, 2 Februari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PARTI KITA DIBUBARKAN - PERLUKAH ZAID DITERIMA SEMULA KE DALAM PR?

Posted: 02 Feb 2012 08:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

PARTI KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid Ibrahim di Kuala Lumpur seterusnya beliau menjadi Presiden parti tersebut.  Semalam, Datuk Zaid melalui blognya menyebut bahawa Parti KITA akan dibubarkan selepas satu Mesyuarat Agung parti berkenaan diadakan.

Zaid menganggap kes ini sebagai "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan."  Ertinya, Zaid Ibrahim telah mengakui beliau dan seluruh ahli KITA selama ini `tersesat' haluan dan kini mahu kembali ke haluan sebenar.  Persoalannya, ke manakah haluan yang akan dituju oleh bekas pemimpin Keadilan ini?


Sekiranya beliau memilih Umno sebagai haluan yang beliau anggap haluan yang betul, maka bagi saya beliau sebenarnya semakin `sesat' dari kesesatan sebelum ini.  Tiada umat di negara ini tidak mengetahui wajah parti bernama Umno sekarang.  Parti yang pernah disebut oleh Mahathir sebagai parti yang `busuk sampai ke usus' ini tidak sesuai buat sesiapa pun yang mahu berjuang menegakkan agama, bangsa dan negara.  Parti ini juga bukan tempat untuk mereka yang mahu berjuang membasmi rasuah, kronisme dan nepotisme.  Parti ini hanya untuk mereka yang sanggup bersekongkol dengan `pencuri peruntukan lembu' atau wang zakat. 

Maka, di mana tempat yang harus Zaid Ibrahim dan kuncu-kuncunya pergi?  Mereka tiada pilihan kerana di negara ini hanya terdapat dua wadah politik yang jauh berbeza perjuangannya.  Satu wadah bernama Umno yang digabungkan bersama Bn, dan satu lagi adalah Pakatan Rakyat yang terdapat di dalamnya PKR, PAS dan DAP.  Jangan hipokrit, fikir secara jujur di antara kedua-dua parti berkenaan parti manakah yang secara jelas terbukti memperjuangkan rakyat?

Umno telah diberi peluang lebih dari 50 tahun menjaga negara ini.  Di mana kedudukan bangsa Melayu setakat hari ini di bawah Umno, jauh sekali perkembangan dan kedaulatan Islam.  Sekali lagi jangan hipokrit, lihat kepada Laporan Audit Negara dan bandingkan laporan tersebut di antara negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dengan Umno/Bn. 

Perlukah Zaid Ibrahim kembali kepada Pakatan Rakyat?  Saya rasa tidaklah terlalu teruk untuk PR menerima Zaid Ibrahim kerana sepanjang beliau berada di dalam KITA dahulu beliau tidaklah menghentam sangat PR sepertima Hassan JATI hentam sekarang.  Beliau pun tidaklah sebangsat Berahim Alkataki di Pasir Mas yang langsung tiada maruah menumpang kerusi PAS.  Zaid boleh kembali ke pangkuan PR tetapi terlalu awal dan tidak sesuai rasanya untuk beliau dicalonkan bertanding mewakili PR.  Beliau perlu meng`qadho' dahulu perjuangannya di dalam PR sebelum dipertimbangkan untuk menjadi calon PR.

Saya harap PR punyai prinsip terbuka untuk menerima orang yang sudah `menyesal'.  Kesilapan Zaid yang pertama boleh kita anggap pengajaran buat beliau apatah lagi beliau dilihat tidak terlalu menghentam kita sewaktu berada di dalam KITA.  Berbeza dengan raja katak di Pasir Mas atau balaci seperti Zul Kulim, Zahrain, Gobala, Hasan kayu JATI, Ezam sesumpah dan beberapa ekor lagi itu./wfauzdin.blogspot.com

ISU DI KUIN PANAS KERANA SALAH FAHAM ATAU TIADA PENJELASAN AWAL?

Posted: 02 Feb 2012 10:59 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK susah untuk meleraikan kekusutan jika bijak dan berani membuat keputusan.  Isu 5 orang pelajar di KUIN yang sebelum ini ramai yang menyangkakan bahawa AUKU telah digunakan terhadap mereka kini tidak timbul lagi dengan hanya beberapa perkataan dari MB Kedah, Us Azizan semalam.

Beliau menyebut, AUKU tidak digunakan sebaliknya hanya Akta IPTS (1996) diguna pakai terhadap pelajar-pelajar tersebut.  Bayangkan, jika penjelasan ini lebih awal dibuat maka percayalah tiada sesiapa pun yang bising.  Isu ini hangat kerana ramai yang mahu tahu mengapa pelajar tersebut dikenakan tindakan dan yang paling kita ingin tahu di bawah akta apa digunakan.  Samada pelajar-pelajar itu dipergunakan oleh dalang-dalang yang anti kepada MB Kedah, kita tidak persoalkan.  Kita persoalkan ketika itu adakah AUKU memang telah digunakan. 


Di saat isu ini hangat, MB Kedah masih tidak memberikan penjelasan tepat seperti semalam sebaliknya menyebut walaupun AUKU ditentang oleh PR di dalam Buku Jingga, beliau selamba menyebut Buku Jingga bukan Al-Quran.  Ini bukan jawapan malahan semakin memanaskan isu tersebut.  Baru semalam, setelah MB Kedah memberikan penjelasan sebenar bahawa AUKU tidak digunakan, maka ramai pula yang menyalahkan pihak yang mengkritik Us Azizan sebelum ini.  Kononnya pihak yang mengkritik tidak menyiasat terlebih dahulu.

Apakah kesemua yang mengkritik sebelum ini harus pergi berjumpa MB Kedah atau ke KUIN untuk menyiasat?  Tidak perlu begitu susah untuk mendapatkan kebenaran jika MB Kedah atau pihak yang berkenaan tampil menjelaskan keadaan sebenar.  Bukan seorang dua yang keliru, malahan ramai dari kepimpinan PAS sendiri pun keliru apabila tiada penjelasan diberikan.  Ertinya, lambat bertindak menyebabkan isu ini panas.

Sekarang sudah jelas AUKU tidak digunakan.  Ini bermakna kepimpinan MB Kedah tidak boleh dipertikaikan lagi dan kita wajib memberikan sokongan kepadanya.  Cuma, kita berharap agar perkara seperti ini menjadi pengajaran.  Ada yang masih berkata, Akta yang digunakan sekarang terhadap para pelajar berkenaan walaupun bukan AUKU, tetapi seakan-akan AUKU.  Saya tidak lagi mahu mengulas perkara tersebut kerana bagi saya setakat ini hanya AUKU sahaja yang ditentang oleh PR.  Sekiranya PR merasakan masih ada lagi akta yang zalim dan tidak adil, PR harus membuat kajian dan mengambil ketetapan yang lain dan kita perlu akur.  

Kesimpulannya, bagi saya bukan salah pihak yang mengkritik MB Kedah sebelum ini.  Ianya berpunca dari kelemahan penyampaian maklumat yang terlalu perlahan.  Ada hikmahnya mereka yang mengkritik kerana jika tidak, mungkin tiada siapa yang tahu hatta Presiden PAS sendiri tentang isu ini.  Syabas, MB Kedah kerana akhirnya ke hadapan walaupun agak terlewat.  Justeru itu, saya penuh rasa rendah diri menarik balik kesemua tulisan saya yang mengkritik Us Azizan sebelum ini. /wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


ARTIS : Pierre Andre bercinta dengan pembantu rumah?

Posted: 02 Feb 2012 11:12 PM PST

Selepas muncul dengan filem seram, 'Al-Hijab', tahun lalu, pengarah muda, Pierre Andre kini membuka tirai 2012 dengan filem terbarunya bertajuk 'Chantek'. Filem kedua terbitan Empat Semudra Plantation Sdn Bhd ini bukan saja menampilkan Pierre sebagai pengarah, malah sebagai pelakon, penulis skrip dan juga penulis lakon layar.

"Chantek merupakan sebuah karya yang saya sayang. Skrip filem ini saya dah simpan lama di mana waktu itu penerbit David Teo minta saya menulis sebuah filem untuk pelakon Acha Septriasa. Ketika itu Acha baru melanjutkan pelajaran di Malaysia. Namun, kerana tidak lagi bekerjasama dengan David waktu itu, skrip itu hanya tersimpan saja," ujar Pierre ketika ditemui di majlis tayangan eksklusif filem 'Chantek', baru-baru ini.

Mengisahkan tentang percintaan seorang pelakon dengan pembantu rumah, filem komedi romantik ini menampilkan pelakon baru dari Indonesia, Nurul Ekasari sebagai heroin filem. Difahamkan, dek kerana inginkan watak yang 'cocok', pengarah berusia 26 tahun ini sanggup terbang ke Indonesia bagi mencari gadis yang sesuai untuk memegang watak Chantek.

"Bukan senang untuk mencari pemegang watak Chantek. Watak ini mestilah pandai bertutur bahasa Indonesia, berkebolehan bersuara seperti lelaki dan juga menari, kerana ini semua adalah tuntutan untuk perwatakan tersebut. Selama seminggu kami berkampung di Indonesia, dan akhirnya Nurul dipilih dari kira-kira 700 peserta yang hadir," ujar Pierre menolak kononnya pelakon Malaysia tidak bagus.

"Bukan tidak mahu memilih pelakon Malaysia, tapi watak ini memang sesuai dengan orang Indonesia. Secara jujur, susah nak cari pelakon yang cantik dan bagus, tapi di sana, saya pening sebab semuanya bagus. Bukan memandang rendah dengan pelakon-pelakon di Malaysia, tapi populasi kita kurang dari mereka dan sebab itulah pilihan di sana banyak.

"Di sini ada yang datang tidak bersedia, namun di sana mereka bersedia dari segala segi. Semua yang datang bagus tapi Nurul berjaya sempurnakan watak yang diberi. Saya pilih Nurul berdasarkan wajah dia yang ada sifat kenaifan di mana sesuai dengan karakter sebagai pembantu rumah."

Selain Nurul dan Pierre, filem yang menelan kos RM1.4 juta ini turut menampilkan Kin Wah, Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang dan Zarina Anjolie sebagai cameo. Mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur, filem 'Chantek' bakal berada di pawagam pada 16 Februari ini. gua.com

Tidak akan dibubar, saya sedia terajui KITA - Pengerusi KITA Kedah

Posted: 02 Feb 2012 09:56 PM PST

PUTRAJAYA - Beberapa pengerusi peringkat negeri Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) sebulat suara melahirkan pendirian tidak bersetuju dengan Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim yang semalam mengumumkan akan membubarkan parti itu.

Sehubungan itu, mereka juga mendesak agar Zaid mengundurkan diri secepat mungkin jika merasakan tidak lagi mampu menerajui parti.

Pengerusi Kedah, Zamir Ibrahim (GAMBAR) berkata, EGM tidak perlu diadakan dan jika Zaid mengakui tidak mampu menerajui parti, adalah lebih baik keluar dari parti secara terhormat kerana ada orang lain yang sukarela boleh menerajui parti.


"Mengapa beliau (Zaid) perlu merosakkan parti sedangkan selama ini kami di peringkat negeri menjaga parti dengan baik walaupun parti Kita ini kecil sahaja.

"Kami terkilan kerana keputusan ini dibuat oleh beliau hanya melalui media tanpa merujuk dahulu pimpinan negeri-negeri," katanya pada sidang media di sini, pagi ini.

Hadir sama, Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof; Pengerusi Selangor, Azmi Selangor dan wakil wanita tunggal Selangor, Rahayu Wakiman.

Semalam, Zaid berkata, akan membubarkan parti itu untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang.

Menurut Zaid, Kita akan dibubarkan menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, Kita perlu dibubarkan, "untuk membuang mana-mana dan semua keraguan yang kita sesungguhnya menyokong pembangkang", khasnya ketika sesetengah anggotanya di Kedah dan Pulau Pinang dengan secara terbuka kritikal mengenai pakatan pembangkang Pas-DAP-PKR.

Beliau berkata, ideanya menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.

Zaid, bagaimanapun, tidak memberitahu bila EGM itu akan diadakan. Parti itu yang genap setahun bulan lepas, ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR ekoran dakwaan ada penyelewengan dalam pemilihan PKR.

Kita bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari lalu dan 60 orang anggotanya memilih menyertai PKR. - SH

PKR sambut kepulangan Shahrizat dengan pendedahan terbaru ..

Posted: 02 Feb 2012 07:19 PM PST

PKR akan menyambut kepulangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali bertugas dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarga menteri pembangunan wanita itu.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pendedahan tersebut, Rabu depan, adalah mengenai dakwaan pembelian hartanah oleh keluarga menteri tersebut.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan pembelian itu berkait dengan National Feedlot Corporation -- syarikat milik keluarga menteri berkenaan yang terjebak dalam skandal projek lembut Pusat Fidlot National.

"Shahrizat akan kembali minggu ini jadi mungkin kita akan sambut dia dengan sesuatu... Kita sedang mengesan lebih banyak hartanah yang mungkin telah dibeli oleh keluarga itu," kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Tambahnya, PKR akan dapat mengesahkan salah satu daripada perkara itu, minggu depan.

Shahrizat bercuti tiga minggu, berakhir minggu ini, untuk membantu siasatan berhubung dakwaan skandal itu.

PKR sebelum ini mendedahkan mengenai pembelian kondominium mewah bernilai kira-kira RM10 juta di Singapura namun tidak dapat mengesahkan bahawa dana NFC digunakan untuk membeli hartanah tersebut.

Keluarga menteri itu setakat ini masih belum mengesahkan atau menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, sebahagian daripada pinjaman RM250 juta untuk projek NFC disahkan telah diguna untuk membeli dua unit kondominium mewah atas nama NFC - malaysiakini

dia ni rasa megah tunjuk perut bini kat orang ... tu la artis kita ... nyampah

Posted: 02 Feb 2012 06:06 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.

Gambar : Rumah Tim. Ketua Pas Johor Terbakar,

Posted: 02 Feb 2012 04:59 PM PST




 
Sumber gambar : Facebook Suhaizan Kayat

JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini.

Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas."Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar."BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

"Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini."Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.

Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan."Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.Hrkh - malaysiaberih


Agenda sebenar Hasan Ali sudah terbongkar

Posted: 02 Feb 2012 02:51 AM PST

Agenda sebenar Dato' Dr Hasan Ali sudah jelas terbongkar dengan kenyataan terbarunya yang dangkal, bebal dan berasaskan fitnah semata-mata.

Semasa berceramah di Bangi tempoh hari, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan.

Katanya memperjuangkan Islam, tetapi yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga merupakan sindiran yang menderhaka dan berunsur hasutan yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.

Namun begitu, saya percaya taktik fitnah taraf UMNO ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengambil pendirian yang mencabar teras-terasnya.

Sebagai bukti pendirian DAP dalam mempertahankan kerangka kenegaraan yang sedia ada, termasuk sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, saya memetik tiga perkara yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang baru sahaja dibentangkan, dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para pewakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2012 bulan lepas:

Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

Petikan di atas jelas membuktikan komitmen DAP untuk menjunjung dan mempertahankan teras-teras Perlembagaan Persekutuan.

Dan jika benar DAP mempunyai hasrat untuk merendahkan status Islam, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang meningkatkan berkali-kali ganda peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam? Kenapakah di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan Kerajaan BN untuk pembesaran tapak perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program-program sambutan kebesaran Islam?

Di samping itu, baru-baru ini Utusan Malaysia telah didapati bersalah dan diarahkan membayar RM200,000 kerana memfitnah Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Keputusan mahkamah ini adalah bukti yang paling nyata bahawa DAP tidak pernah mengambil pendekatan yang mencabar teras-teras kenegaraan dan kemasyarakatan di negara kita.

Dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui. Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai.

Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 2hb Februari 2012

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Mat Sabu ziarah balu Allahyarham Safri

Posted: 01 Feb 2012 11:53 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb 2012 : Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu telah menziarahi balu wartawan Harakah, Allahyarham Mohd Shafri Shamsudin di rumahnya dekat Taman Bolton, Gombak hari ini.

Dalam kesempatan menziarahi balu Mohd Shafri, Syarifah Norhayati Al-Yahya, Mat Sabu sempat bertanyakan mengenai penyakit yang dihidapi Allahyarham Shafri, dan sejak bila menghidapinya.

Beliau juga bertanyakan mengenai persekolah lima anak allahyarham, dan segala perancangan Syarifah selepas ini.

Dikesempatan itu juga, Mat Sabu turut menghulurkan sumbangan peribadinya kepada Syarifah untuk meringankan beban beliau.

Shafri meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) pada 31 Januari lalu berikutan kanser hati.Beliau dimasukkan ke wad pada 24 Januari, dan disahkan mengidap kanser hati pada 29 Januari.

Beliau meninggalkan lima anak yang masih bersekolah, antaranya Sajaratul Umairah 16; Muhammad Danish Haikal 14; Muhammad Diniy Fikret 13; Sajaratul Norshuhada 11; dan Sajaratul Nordalili Batrisya 8.

Selepas menziarahi balu Mohd Shafri, Mat Sabu sempat menziarahi adinya, Kassim Sabu yang sedang sakit di Taman Samudera Selatan.

Beliau sempat bertanyakan mengenai perubatan dan kebajikan Kassim yang pernah menjawat Pengarah Unit Amal Pusat.

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


MANTOYA 2 ; Bab 7 ; JADI TUKANG CUCI KASUT PELANCONG

Posted: 02 Feb 2012 05:00 PM PST





"Kalau projek itu (TAJ) dilaksanakan nanti,apa jenis pekerjaan yang boleh kami buat YB?" Tanya seorang penduduk kepada seorang pemimpin UMNO dalam satu dialog berhubung projek (TAJ).

"sekurang-kurangnya penduduk disini bolehjadi tukang cuci kasut pelancong".Demikian jawapan yan amat 'kurang ajar' diberikan oleh seoran pemimpin UMNO kepada Jerai.

Mungkin dia menganggap orang-orang Melayu hanya ibarat kucing kurap atau peminta sedekah.Tidak pelik kalau begitu pandangan pemimpin UMNO terhadap rakyat bawahan.Buktinya setiap kali pilihanraya rakyat diumpan hanya dengan kain pelikat,duit sepuluh ringgit,anak ayam atau anak itik buta sebagai subsidi.

Tindakan cepat penduduk Singkir dan Yan membantah projek TAJ membuktikan mereka mempunyai sensitiviti dan martabat Melayu yang tinggi.Tidak seperti ang disangka-sangka oleh pemimpin-pemimpin UMNO selamai ini.
Meskipun sebahagian besar mereka itu adalah penyokong tradisi UMNO yang tidak pernah goyah pendirian untuk menolak UMNO dalam apa jua keadaan sebelum ini,namun TAJ memberi idea dan kesedaran.
Dalam mencetuskan kemarahan dan bantahan terhadap sikap kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO,soal maruah dan masa depan generasi baru menjadi perhitungan mereka.10 glongan yang menganggotai Jawatankuasa Forum Pandangan balas Awam Taman Antarabangsa Jerai telah berjaya mempengaruhi masyarakat disitu untuk sama-sama menolak TAJ.

Kesedaran mereka itu bukan sahaja patut dipuji malah harus dijadikan contoh oleh seluruh rakyat Kedah dalam mempertahankan hak dan harta benda mereka dari diambil dengan
sewengang-wenangnya oleh kerajaan BN yan ternyata rakus dan angkuh terhadap rakyat.Mereka yang berkuasa dengan begitu mudah meminda dan menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk merampas tanah-tanah rakyat dan menyerahkanya kepada pihak lain untuk dibangunkan sebagai pusat maksiat.
Pembangunan yang menyuburkan segala jenis kegiatan maksiat di Langkawi dan bandar-bandar besar menjadi aspirasi kepada penduduk Singkir dan Yan mempertahankan hak mereka sekaligus membantah projek TAJ.
Mereka sedar TAJ bukan sahaja akan menyebabkan mereka hilang tanah ,hilang pekerjaan ,hilang kedamaian dalam masyarakat malah yang paling menggerunkan mereka ialah generasi muda akan rosak ahklak.
Wujudnya 'Hollywood' di Jerai,ramai anak muda akan hilang arah malah tidak mustahil ada generasi yang akan datan akan hilang akidah.Laporan keruntuhan ahklak di kalangan anak-anak muda sekarang ini sudah cukup menyedihkan.
Sepatutnya perhatian serius diberikan oleh kerajaan untuk mengatasinya.Malangnya ahklak yang sudah rosak itu hendak ditambah pula dengan program dan perancangan yang lebih merosakan.
Inilah antara prkara pokok yang menjad perhitungan penduduk dalam menangani projek TAJ.Pengaruh 2,500 penduduk Singkir dan Yan yan memang terkenal kehebatan mereka mempertahankan UMNO sebelum ini amat embimbangkan pemimpin tertinggi UMNO.Tun Daim yang merasa tidak selamat,turut menyalakan Osman.Kenyataan pada 4 April(The Star) memberi kesan kepada imej Osman.
Namun kita percaya ,sensiviti dan kehendak penduduk bukanlah menjadi penyebab utama TAJ diumumkan batal oleh Osman Aroff.Ia batal dsebabkan tekanan yang kuat dari Dr Mahathir sendiri.
Semua orang tahu Dr Mahathir dan Tun Daim mempunyai kepentingan yang bukan sedikit dalam projek pelancongan di Langkawi .Oleh kerana projek gergasi TAJ memberi saingan yang kuat terhadap industri pelancongan di Langkawi maka ianya mestilah disekat.Osman yang karier politiknya di tangan Dr Mahathir walaupun dengan penuh bebalan.
Apakah projek itu dibatalkan demi kepentingan orang Melayu?Tidak.Tidak sama sekali!Kalau waktu projek itu dirancang mereka tidak fikir tentang kepentingan orangMelayu dan umat Islam khususnya,ehingga hampir kesemua tanah terbabit melibatkan tanah oran-orang Melayu ,maka demikianlah batalnya projek itu bukan kerana kepentingan Melayu.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa daripada 9 pemegang saham dari dua syarikat pemaju TAJ itu,anya seorang sahaja berbangsa Melayu.Yang lain semuanya Cina.
Berikut disiarkan maklumat penting syarikat-syarikat tersebut serta pemegang sahamnya;

JERAI INTERNATIONAL PARK RESORT

1) Nama Syarikat:
Suria Ekslusif Sdb Bhd
Suite A24,2nd floor,
Podium A,
Plaza Pekeliling,50400 KL

Tarikh daftar:
19.08.1993

Authorised Capital:
$25,000,000.00

Paid up capital
$10,000,000.00

Activity:
General trading

Lembaga Pengarah:
Tan Goon Ping
No.8 Jln Kota,Off Jln Duta,
50480,KL

Lim Teng Ngiow
188 Jln G1
Taman Melawati 53100,KL

Khoo Gee Chong
1,Lrg Setaka,Palm Grove,
41200,Klang

Secretary:
Lee Ooi Choo
No.6,Jln Mega 12
Taman Mega Jaya,56100,KL

Shareholders:
Tan Chee Key ; 1
Pong Woan Ling; 1
Khoo Ghee Chong; 2,999,00
Lim Chun Hei ; 2,500,000
Tan Goon Ping ; 3,00.000
Lim Teng Ngiow; 1,500,000

2) Nama Syarikat:
Duta Point Sdn Bhd
Suite A24,2nd floor
Poduim A Plaza Pekelilng
50400,KL

Tarikh daftar;
4.11.1993

Authorised Capital:
$100,000.00

Paid up capital:
$100,000.00

Activity;
General Trading

Lembaga Pengarah:
Khoo Ghee Chong
1,Lrg Setaka ,Palm Grove,
41200 Klang.

Arshad Karim
No 32 Kg Sentosa Bt 13
47000,Sg Buloh Selangor.

Secreteray;
Lee Oii Choo

Shareholders;
James Kuan Bon ; 1
Ang Chai geok; 1
Khoo Gee Chong ; 49,000
Arshat Karim ; 49,999



~penarik beca

~penarik beca


Selagi tak saman, Najib dilihat mengakui kebenaran laporan Rosmah berbelanja sakan

Posted: 02 Feb 2012 01:42 AM PST

dollah yankee

dollah yankee


Bila kuali kata pungkok belanga hitam !

Posted: 02 Feb 2012 04:30 AM PST

Kah..Kah..Kah..tu diaa, ini baru laa 'sempoi' DI-SINI , tak patut ..memang tak patut sangat sangat, bila kuali kata kat belanga "pungkok hang hitam".

dollah yankee -
Rakyat di-bawah lagi sakan punya gelak !Kah..Kah..Kah..

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Khairy Jamaluddin Vs Rafizi Ramli UKEC Debate: Vision 2020 [FULL]

Posted: 02 Feb 2012 05:38 PM PST

Dato Seri Nizar Jamaluddin: Satu Rosmah boleh bankrupkan Malaysia!

Posted: 02 Feb 2012 07:33 AM PST

Alahai! Tak sempat nak berebut dengan Pak Wan nak jadi calun kawasan Ampang. Isk!!

Posted: 01 Feb 2012 09:48 PM PST


Parti KITA akan dibubarkan

February 02, 2012

Ketua parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 2 Feb — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) yang dipimpin Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan pembubarannya. 


Pengumuman tersebut dibuat di laman sesawang rasmi parti berkenaan hari ini.

"Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.

"Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang," tegas Zaid dalam kenyataan di laman sesawang rasmi parti Kita.

Tambahnya, peranan media yang dilihat yang lebih berminat melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada parti tersebut.

"Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam Kita, dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya," tambah Zaid.

"Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu," tegasnya lagi.

Selain itu, menurut Zaid, ideanya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.
"Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam.

"Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik," tambahnya.
Zaid turut menjelaskan, beliau juga tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, kerana negara mampu menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.

Di akhir kenyataannya itu, Zaid membuat permohonan maaf kepada ahli-ahli parti yang masih setia dengan partinya itu dan beliau menyatakan, kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri.

"Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional (BN) — maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi," jelasnya.

Kita dilancarkan Januari lalu dengan moto "moderat, demokratik dan liberal." Ia sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Parti itu digerakkan selepas Zaid keluar PKR akhir tahun lalu selepas mendakwa wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam komponen Pakatan Rakyat itu.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Fuziah: AELB, Lynas akan jadikan penduduk Kuantan sebagai ‘tikus makmal’

Posted: 02 Feb 2012 05:08 AM PST

Jika anda membuat carian di mudah .com mengenai rumah di Kuantan, anda akan dapati lebih banyak dari kawasan-kawasan lain dimana penghuninya semakin banyak mahu menjual rumah mereka.Adakah ini tidak mendapat perhatian dari orang besar-besar di Kuantan sana?.....jangan jadikan peristiwa Bukit Merah melanda kawasan anda


Fuziah: AELB, Lynas akan jadikan penduduk Kuantan sebagai 'tikus makmal'


KUALA LUMPUR, 2 Feb — Fuziah Salleh hari ini mendakwa, persetujuan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) terhadap kontroversi Lynas Corporation, berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan bakal menjadikan penduduk Kuantan sebagai "tikus makmal".

Ahli Parlimen Kuantan itu menjelaskan, adalah tidak munasabah AELB memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) bagi tempoh 10 bulan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Buangan dalam bentuk PDF (Permanent Disposal Facility) tanpa mengambil kira apa pun R&D yang telah dilakukan oleh pihak Lynas untuk pengkormersialan sisa radioaktif tersebut.

Jelas beliau (gambar), perkara itu tentu sekali boleh di tangguh sehingga Lynas menunjukkan kesungguhan menguruskan sisa toksik dan radioaktif mereka secara bertanggung jawab.

"Keputusan ini tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa AELB bersekongkol dengan Lynas untuk menjadikan warga Kuantan sebagai bahan ujikaji dan seperti 'tikus makmal didalam tempoh 10 bulan kehadapan ini.

"Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali," tegasnya.

AELB semalam mendedahkan, mereka telah memberikan TOL dengan nilai RM2.5 billion kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, yang terletak dalam lingkungan 25km daripada Kuantan.

Keputusan tersebut akan membolehkan Lynas beroperasi, dan dikhuatiri akan mencemarkan kawasan sekitar dengan radiasi terutamanya kepada penduduk tempatan.

Pengarah AELB, Raja Abdul Aziz Raja Adnan bagaimanapun menjelaskan, syarikat Australia itu dikenhendaki memenuhi beberapa syarat atau risiko TOL mereka digantung atau ditarik balik, dan pihaknya akan membuat pemantauan terhadap syarikat tersebut dalam tempoh dua tahun.

Tambah beliau, kilang dan lokasi untuk PDF harus dibentangkan oleh Lynas selepas tempoh 10 tahun, dan pelombong berkenaan dikehendaki membayar seumlah USD50 juta (RM152 juta) sebagai jaminan kepada kerajaan.

Fuziah turut mendesak kerajaan menangguhkan TOL tersebut sehingga PDF tersebut diselesaikan Lynas.


"Kerajaan yang bertanggungjawab dan benar-benar meletakkan keselamatan rakyat sebagai utama, tentu sahaja boleh memberi amaran kepada Lynas bahawa lesen tidak boleh dikeluarkan

kecuali setelah syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif di sediakan dalam bentuk PDF," tegasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan yang baik juga akan memastikan setiap dakwaan yang dilaporkan akan di kajian dengan teliti berdasarkan kualiti dan spesifikasi pembinaan kilang LAMP dan bukan setakat mensyaratkan keatas prosedur semata-mata.

Lynas menjelaskan, operasi mereka boleh dimulakan dalam masa enam minggu selepas mendapat kebenaran, dan akan menghasilkan nadir bumi yang diperlukan dalam pembuatan produk berteknologi tinggi seperti turbin angin, kereta hybrid, dan telefon pintar.

Himpunan Hijau 2.0: Kelulusan lesen operasi sementara Lynas harus ditolak!

Posted: 02 Feb 2012 04:58 AM PST

Himpunan Hijau 2.0: Kelulusan lesen operasi sementara Lynas harus ditolak!

Wong Tack | Feb 02

"Kami amat terkejut dan kesal dengan keputusan AELB bagi meluluskan lesen operasi sementara bagi sebuah projek yang begitu merbahaya, berisiko tinggi serta mempunyai pelbagai syarat yang masih belum dipenuhi ini. Keputusan ini adalah tidak logik dan tidak harus diterima sama sekali!" kata Wong Tack, Pengerusi Himpunan Hijau 2.0.

Menurutnya juga, "Pengeluaran lesen operasi sementara ini hanya akan membawa makna pihak berkuasa masih tidak mengetahui tentang risiko dan kesan yang akan diakibatkan projek ini. Penduduk Kuantan tidak harus dijadikan TIKUS MAKMAL untuk eksperimen ini. Malahan juga, kelulusan lesen ini seolah-olah diberi di bawah tekanan daripada pihak-pihak tertentu."

Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 berpendapat bahawa lesen tidak harus diluluskan tanpa persediaan yang mencukupi daripada pihak berkuasa dan Lynas. Lesen telah diluluskan tanpa menjalani proses DEIA yang lengkap. Lebih-lebih lagi, adakah bayaran insurans USD50 juta yang disyorkan oleh Lynas ini setara dengan harga rumah penduduk-penduduk di Kuantan? Bagaimanakah pula dengan nyawa 700 ribu orang penduduk berserta kehidupan anak-anak kita pada generasi yang akan datang? Tanpa persetujuan penduduk-penduduk sekitar Gebeng dan Kuantan, operasi kilang ini harus ditangguhkan.

"Tindakan pihak berkuasa yang bercanggah dengan hak asasi manusia ini telah mengetepikan proses demokrasi berparlimen di Malaysia. Kerajaan telah bersikap pekak tanpa mempedulikan pandangan dan kehidupan rakyat, tetapi memilih untuk memelihara kepentingan kroni-kroni tertentu. Ini jelas bertentangan dengan konsep Perdana Menteri kita yang begitu lantang dilaungkan - Rakyat Didahulukan," kata Wong Tack.

Maka, kami memberi jaminan kepada pihak berkuasa dan Lynas bahawa perjuangan kita tidak akan berhenti setakad ini. Kami tidak akan mengalah, sebaliknya akan gigih berjuang dengan kekuatan dan komitmen yang lebih tinggi untuk menjatuhkan kilang ini! Kami berpegang kepada apa yang telah diberitahu sebelum ini bahawa, "Tanpa persetujuan rakyat, kilang Lynas tidak akan berjalan. Tanpa mempedulikan apa jua lesen yang telah diperoleh Lynas, sama ada dari pintu depan atau pintu belakang, kami penduduk-penduduk Kuantan dan Gebeng berazam untuk menghentikan operasi kilang itu!"

"Kami tidak akan mendiamkan diri apabila melihat kesihatan dan kehidupan anak-anak kita terancam. Kami tidak akan membenarkan sekali bahan-bahan mentah untuk mendarat di tanah air kita. Datanglah jika anda ingin membawa masuk bahan mentah, dan kami menjamin bahawa kehadiran bahan mentah anda akan disambut oleh kami, rakyat-rakyat yang tolak Lynas," kata Wong Tack.

Menurutnya lagi, "Keadaan kini amat kritikal, setiap rakyat tidak harus mendiamkan diri lagi mahupun lemah semangat."

Dengan ini, Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 menyeru seluruh rakyat Malaysia bangkit dan hadirkan diri ke Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan pada 26 Februari 2012 di Kuantan pada jam 9.30 pagi. Datanglah beramai-ramai bagi menyuarakan bantahan serta kemarahan anda, serta menunjukkan kepada mereka bahawa keputusan ini tidak akan diterima oleh rakyat Malaysia!

Himpunan Hijau merupakan inisiatif yang diadakan bagi menyatupadukan sesiapa yang berdedikasi untuk keadilan alam sekitar dan isu-isu kemanusiaan. Ini merupakan sebuah platform bagi meraih sokongan daripada semua individu bagi menentang ketidaksaksamaan yang makin berleluasa menimpa ke atas masyarakat Malaysia.

Himpunan Hijau yang pertama telah diadakan pada 9 Oktober 2011 dan dihadiri oleh lebih daripada 80 NGO, parti-parti politik serta persatuan-persatuan setempat dan sejumlah 5000-7000 orang telah bersama dengan kita. Kali ini, kami yakin bahawa orang ramai yang hadir ke Himpunan Hijau 2.0 akan melipat ganda.

Pilihan di tangan kita.

*Kenyataan media oleh Wong Tack, selaku Pengerusi Himpunan Hijau 2.0.

Provokasi kepala babi: Rakyat masih sehati

Posted: 02 Feb 2012 04:55 AM PST

Provokasi kepala babi: Rakyat masih sehati

Ng Eng Kiat | Feb 02, 2012 01:19:21 pm

Sementara parti pemerintah sibuk bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang, pelbagai insiden jijik berlaku untuk menguji slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib Razak. Insiden terbaru, kepala babi ditinggalkan di Masjid Hidayat Sentul, dua hari selepas insiden yang sama di perkarangan Masjid Nurul Iman, Rawang (gambar bawah).

Sekali lagi, orang ramai pasti terkilan dengan kejadian provokasi tidak waras sebegini. Tetapi, apakah kita masih lagi perlu terkejut? Tidakkah rakyat berasa jemu dengan cubaan berulangkali untuk memecahkan perpaduan kita?

Sekiranya kejadian "kepala babi" ini terjadi 40 tahun lalu, kemungkinan besar huru-hara telahpun berlaku. Malah, seandainya insiden ini terjadi sebelum 3 Mac 2008 pun, ketika isu-isu agama menjadi punca ketegangan - misalnya isu dialog antara agama (Interfaith Dialogue), perebutan jenazah, dan pertukaran agama yang agak meruncing waktu itu - belum tentu masyarakat Malaysia dapat menanganinya dengan kesabaran yang telah ditunjukkan dalam masa dua hari yang lepas.

Bagaimanapun, masyarakat Malaysia pasca-2008 sudah menunjukkan kematangan yang baru, di mana walaupun tempat beribadat disimbah cat merah, dibakar api, ataupun dihina dengan pelbagai cara jijik seperti menggunakan kepala binatang, rakyat Malaysia secara umumnya tidak menunjukkan reaksi yang melulu, melampau, atau terlalu beremosi.

Sungguhpun begitu, pastinya kita bersedih kerana di sebalik kemajuan masyarakat dan hubungan etnik pada asasnya sejak 13 Mei 1969, masih ada unsur-unsur subversif yang ingin mencetuskan ketegangan etnik. Kejadian terbaru ini bukan kali pertama vandalisme dilakukan ke atas tempat beribadat sama ada masjid, surau, gereja, atau kuil. Malangnya, aksi-aksi sebegini tidak akan berhenti selagi politik negara terus didominasi elemen kaum dan agama. Tidak dinafikan, perkara kaum dan agama sukar dipisahkan daripada wacana kebangsaan. Namun, pada masa politik perkauman yang sedang merosot diancam politik baru yang berasaskan keadilan sosial, saya percaya pergelutan ini akan menghasilkan peluang supaya perubahan boleh berlaku.

Walaupun aman dan damai pada hari biasa, keadaan hubungan etnik di Malaysia sukar diukur kerana sekiranya seseorang membaca akhbar Utusan Malaysia setiap pagi, seolah-olah ada sahaja pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memporak-perandakan hubungan antara kaum. Sekiranya mendengar ugutan-ugutan PERKASA dan pertubuhan-pertubuhan satu kaum (1Kaum?) yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan pasca-8 Mac 2008, seolah-olah wujud ancaman besar terhadap hak-hak Bumiputera. Sekiranya melihat kembali tunjuk perasaan mengheret kepala lembu memprotes tapak sebuah kuil hindu pada tahun 2009 dan insiden-insiden vandalisme tempat beribadat sejak 2010 (termasuk 12 kejadian dalam bulan Januari 2010 sahaja), keadaan hubungan etnik di Malaysia nampaknya tidak boleh dibanggakan langsung.

Namun, adakah perkara-perkara yang disebut di atas membayangkan realiti hubungan etnik di Malaysia? Ataupun adakah ia sebenarnya hanya berunsur acara pseudo untuk mengalih fokus orang ramai dan mempengaruhi pendapat umum? Dalam konteks ini, apakah kempen 1Malaysia Najib bermakna ataupun juga sekadar retorik sahaja?

Amat sukar untuk rakyat biasa menerima 1Malaysia apabila penyokong terbesar propaganda Najib ialah Ibrahim Ali dan kumpulannya PERKASA yang terus gagal untuk menghormati masyarakat minoriti. Untuk membuktikan beliau benar-benar mahukan pembaikan hubungan etnik, Najib harus segera menyeru supaya segala unsur provokasi diberhentikan. Lebih penting lagi, beliau perlu mengajukan seruan ini bukan sahaja secara umum, tetapi spesifik kepada kumpulan-kumpulan yang telah memainkan peranan dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dalam masa beberapa tahun lalu. Tidak ada gunanya bercakap pasal ETP dan GTP apabila gagal memimpin dalam perkara seasas keharmonian hubungan antara kaum.

Tentunya, ada juga mereka yang akan menuduh kemelut hubungan etnik kita sejak tahun 2008 adalah kesan langsung pemerkasaan barisan pembangkang. Walaupun tidak logik, hujah ini akan diulangi lagi pada pilihan raya akan datang. Strategi UMNO di Selangor dan Pulau Pinang jelas menunjukkan tren bahawa mereka sedang merayu undi masyarakat Melayu dengan mencetuskan rasa takut di kalangan mereka. Di Pulau Pinang khususnya, berpuluh-puluh protes sudah diadakan untuk menggambarkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai seorang yang meminggirkan masyarakat Melayu. Di Selangor, isu agama pula digunakan.

Pakatan Rakyat bawa kucar-kacir, DAP mahu hilangkan hak Melayu, PKR mahu menghalalkan seks sejenis, dan PAS tidak lagi mempertahankan Islam. Begitulah seruan yang akan digunakan Barisan Nasional. Kadang-kadang, saya terfikir, susah juga untuk bergelut dengan lawan yang enggan bergusti secara adil. Minta debat pasal skandal lembu, dia sembunyi dan bersorak pasal skandal seks. Minta pulihkan pilihanraya kerajaan tempatan, dia bicara pasal buah dada. Minta berhentikan projek Lynas di Gebeng, dia buat tak tahu. Minta deklarasi aset menteri, dia pula pergi "shopping" di Australia. Minta pilihanraya adil, dia dakwa Ambiga anti-Islam. Sudahlah itu, lepas rakyat kecewa dan minta "Asalkan Bukan UMNO", dia datang menghayun batang kayu.

Begitulah cara UMNO menanggani kontroversi. Tiap kali ada orang persoalkan sesuatu, timbulkan sahaja keadaan kurang tenteram. Ugut sahaja kalau terus persoal akan terjadilah huru-hara dan pertumpahan darah. Namun, dengan adanya media sosial yang secara relatif bebas dari kawalan langsung pemerintah BN, taktik-taktik kotor UMNO mendapat perhatian ramai melalui perbincangan yang lebih terbuka dan bebas.

Di medan Internet, idea baru yang hebat akan cepat mendapat sambutan hangat. Sebaliknya, idea yang basi tidak mampu bersaing dari segi impaknya. UMNO ketahui hakikat ini. Mereka sedar tidak ada wacana logik yang boleh terus menghalalkan niatnya untuk terus berkuasa. Oleh itu, "cybertrooper" dan "blogger" pro-UMNO tidak berdebat dasar dan pendekatan politik. Fokus mereka? Apa lagi kalau bukan skandal seks dan sentimen perkauman?

Rakyat perlu sedar, perpaduan dan kesefahaman kita lebih kuat dari apa-apa skandal dan provokasi yang dimainkan. Mereka yang meletakkan kepala babi di pintu masjid tidak semestinya membenci agama atau orang Islam. Tapi, yang pasti, mereka mahu supaya golongan Islam hilang rasa percaya terhadap perpaduannya dengan orang bukan-Islam. Namun, saya yakin rakyat biasa di Rawang, Sentul dan di seluruh pelosok tanahair akan mengatasi kontroversi ini dengan penuh sabar dan tabah.

Syabas kepada wakil rakyat Rawang dan ahli EXCO negeri Selangor, kedua-duanya bukan-Islam, yang segera melawat Masjid Nurul Iman pada pagi kejadian. Begitu juga wakil rakyat Batu Tian Chua yang hadir untuk mengecam tindakan provokasi tersebut.

Yang penting, mulakan usaha supaya rakyat setempat membina hubungan yang lebih erat untuk hilangkan apa-apa rasa syak wasangka. Sekiranya gerakan rakyat mampu membina muafakat dari bawah, sekiranya fokus tidak lagi mudah dialih tiap kali provokasi dibuat, dan sekiranya kita bersatu, akan satu hari nanti kita bangga sebab kita benar-benar rakyat Malaysia.

*Ng Eng Kiat ialah aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mohamad Nur: BN Takut Istihar Harta Kerana Banyak Rasuah

Posted: 02 Feb 2012 04:52 AM PST

SHAH ALAM 2 FEB : Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata keengganan dan ketakutan pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengistiharkan harta mereka serta keluarga mereka disebabkan amalan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran kerajaan sejak sekian lama.


Menurut beliau cadangan pengisytiharan harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada semua pemimpin negara serta keluarga mereka merupakan satu langkah baik dalam membuktikan ketelusan kepada rakyat.

Katanya, amalan ini sudah menjadi kebiasaan di barat dan perkara ini tidak bertentangan dengan prinsip Islam yang menganjurkan sikap amanah dan ketelusan menjadi seorang pemimpin.

"Tidak patut pimpinan Umno berasa khuatir dan takut serta menggunakan alasan kononnya boleh melibatkan persoalan keselamatan negara.

"Kalau pemimpin yang bersih dan memperoleh sumber harta yang halal, tidak akan timbul kebimbangan untuk mengumumkan harta mereka.

"Persoalannya mengapa pemimpin-pemimpin kerajaan takut untuk istihar harta mereka, setentunya ada sesuatu yang tidak kena dengan harta-harta yang diperoleh tersebut,

"Rakyat sebenarnya menunggu-nunggu pimpinan Umno mengisytiharkan harta mereka dan kita dapat melihat bagaimana pimpinan kerajaan Pulau Pinang berbuat demikian baru-baru ini dan ianya menambahkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Sebelum ini, Mantan Perdan Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat cadangan ini adalah wajar dilakukan namun maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa pengisytiharan harta menteri dan ahli keluarga mereka akan 'mengundang bahaya'.

Sebelum ini isu politik wang yang menjadi barah dalam setiap kali pemilihan dalam perhimpunan Agung Umno yang melibatkan puluhan juta ringgit.

Amalan rasuah, sogokan dan salahguna kuasa dalam pentadbiran kerajaan Umno/BN juga bukan lagi sesuatu yang mustahil lagi.

Manakala kebocoran dan ketirisan wang rakyat sebanyak RM24 bilion setiap tahun sebagaimana di umumkan ketua Audit negara menunjukkan betapa amalan tidak bermoral dikalangan pemimpin-pemimpin Umno/BN sudah berleluasa sejak sekian lama.

Justeru pelbagai alasan diberikan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN termasuk Dr Mahathir untuk mengelak dari rakyat mengetahui kekayaan serta punca kekeyaan mereka sememangnya sudah dijangkaan.

Tambah Dr Mohamad Nor, pemimpin Umno sepatutnya insaf dengan tuntutan rakyat sekiranya mereka benar-benar telus.

Jika perkara ini dilaksanakan di negara ini, bukan sesuatu yang ganjil malah menambahkan keyakinan rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Memandangkan sistem masyarakat yang semakin kompleks masa selain mewujudkan satu sistem pemerintahan yang stabil, beliau mencadangkan agar perkara ini dijadikan sebagai polisi bersama Pakatan Rakyat tidak kira di peringkat pusat mahupun negeri.

"Sebaik-baiknya pengisytihaaran harta ini dibuat setiap tahun memandangkan pemimpin itu memperoleh pendapatan dan elaun tetap. Ini memberikan keyakinan dan bukannya gimik dalam menunjukkan contoh pentadbiran di negara ini," katanya.

Tian: Isu Kepala Babi Di Lakukan Pihak yang Sama

Posted: 02 Feb 2012 04:48 AM PST

SHAH ALAM 2 FEB : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menganggap isu kejadian kepada babi yang ditemui di beberapa masjid sebagai bermotifkan politik serta dilakukan oleh pihak yang sama.

"Ini semua seolah-olahnya dibuat oleh golongan yang sama bermotif politik," katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, katanya kaedah digunakan pihak tidak dikenalpasti itu sudah diketahui umum dan beliau berharap masyarakat bertenang serta tidak terperangkap dengan isu ditimbulkan ini.

Isu kepada babi timbul dan diperkatakan semula dengan kejadian terbaru berlaku di Masjid Nurul Iman, Rawang pada 31 Januari lalu dan Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini kejadian hampir sama berlaku beberapa bulan lalu di sebuah masjid Kampung Datuk Harun, Kuala Lumpur serta juga masjid di Johor Bahru.

Tian menjelaskan isu meletakkan kepada babi di masjid itu adalah sesuatu yang sensitif dan ia dilihat satu pendekatan bagi mewujudkan ketegangan kaum.

"Nampaknya macam ingin melaga-lagakan masyarakat dan mengalih pandangan daripada isu pokok yang kita hadapai sekarang iaitu seperti ekonomi dan rasuah.

"Yang kita khuatir ada golonan tertentu cuba menggunakan isu ini untuk memberi justifikasi dan menekan hak asasi serta mengambil kesempatan juga menakutkan masyarakat. Ini yang kita khuatir," katanya beliau yang juag Naib Presiden PKR.

Beliau berharap pihak polis menjalankan siasatan rapi berhubung perkara itu kerana ia telah berlaku beberapa kali dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Katanya, isu seperti itu tidak seharusnya berlarutan dan menjadi sesuatu yang tidak disenangi masyarakat.

Idris Ahmad: Provokasi Kepala Babi Petanda PRU13 Makin Dekat

Posted: 02 Feb 2012 04:43 AM PST

SHAH ALAM 2 FEB : Pelbagai provokasi dan amalan fitnah yang dicetuskan golongan berkepentingan serta media arus perdana yang cuba mencetuskan ketegangan kaum menjadi penanda PRU13 semakin hampir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad, melahirkan kekesalan berhubung insiden meletakkan kepala babi yang berlaku di Masjid Al-Hidayah Sentul seperti yang dilaporkan hari ini.

Dalam reaksinya kepada TVSelangor berkata, kejadian ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan kejadian ini merupakan kes kedua dalam tempoh seminggu.

Awal minggu ini menyaksikan satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Justeru, beliau meminta pihak polis bertindak tegas bagi mencari pihak yang bertanggungjawab memandangkan perkara ini dilihat sebagai satu bentuk provokasi sentimen keagamaan menjelang Pilihanraya ke-13 (PRU-13).

"Jika perkara ini berlaku dalam era tahun 60an, sudah pastinya perkara yang tidak diingini akan berlaku di negara ini," katanya.

Selain itu sentimen perkauman bukan sahaja melibatkan usaha provokasi keagamaan seperti isu kepala babi dan kepala lembu turut melibatkan kenyataaan pemimpin-pemimpin Umno dan NGO (Perkasa) yang bersifat perkauman.

Media milik Umno juga hampir setiap hari cuba mencetuskan suasana tidak harmoni dengan meniup api perkauman dan pelbagai bentuk fitnah.

Keadaaan ini dianggap sebagai disengajakan oleh pihak tertentu bertujuan meraih sokongan kaum tertentu setelah merasakan tiada jalan lain untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Beliau menambah, perkara sebegini merupakan 'bunga-bunga PRU-13' yang bakal berlangsung bila-bila masa.

Insiden meletakkan kepala babi ini tercetus selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan beberapa buah negeri selepas PRU-12 bermula di Petaling Jaya yang melibatkan dua buah masjid diikuti kejadian sama yang berlaku di Johor.

Selain itu, insiden provokasi bermotifkan sentimen keagamaan ini turut belaku melibatkan kejadian kebakaran gereja di Taman Melawati dan simbahan cat merah di sebuah surau di Seremban.

Merujuk kepada kejadian sebelum ini, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan yang dilakukan.