Isnin, 23 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PANAS !! - CERAMAH CHEGU BARD DI JELEBU MALAM INI (24 JAN )

Posted: 23 Jan 2012 09:00 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

JIKA baru-baru ini aku dijemput untuk berceramah di atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit) PKR Pahang di Jenderak, Pahang, kali ini tugas aku agak berbeza sedikit.  Paling menyeronokkan, aku ditugaskan di kampung aku sendiri iaitu di Kampung Simpang Durian, Jelebu, N. Sembilan.


 
Malam nanti (Selasa - 24 Jan 12), aku ditugaskan sebagai Pengerusi Program Ceramah Umum di Kg Simpang Durian, Jelebu, N. Sembilan.  Penceramah malam nanti adalah Us Abdul Rahman Ramli (P/Jaya PAS II N. Sembilan), Pn Aiman Athirah Aljundi (Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat) dan tokoh hebat, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia - SAMM iaitu Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.

Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.

ISU LEMBU KONDO - NFC JEMPUT NGO, MENGAPA RAFIZI DAN JINGGA 13 TIDAK DIJEMPUT?

Posted: 23 Jan 2012 05:08 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA laki Shahrizat pun panggil beberapa NGO termasuk PERKASA untuk NFC berikan taklimat tentang syarikatnya yang dikatakan menyeleweng.  Berbagai alasan diberikan oleh laki Shahrizat untuk menunjukkan NFC itu bersih sebersihnya dan tiada satu sen pun wang rakyat disalahgunakan.

Seperti dijangka, puak-puak lembu pun bersetuju bahawa NFC memang bersih.  Kononnya rahsia NFC terdedah akibat orang dalam yang dedahkan kepada Rafizi, Pengarah Strategik PKR.  Soalnya, siapa dedah tak penting.  Tidak penting juga mengapa ianya didedahkan.  Apa yang penting, betulkah RM250 juta wang peruntukan dilesapkan secara tidak sah?  Mengapa Ketua Audit Negara tegur?  Benarkah ada pembelian kondo, tanah, mercedez dan hotel menggunakan peruntukan secara tidak sah?

Lebih penting adakah laki Shahrizat berani membuat laporan Polis terhadap pendedahan dari orang dalam tersebut?  Pelik juga, mengapa beberapa NGO dijemput itu tiada dijemput sekali Rafizi atau Jingga 13?  Bukankah mereka ini yang rancak memanaskan isu NFC?  Mengapa jemput beberapa NGO yang sememangnya suka menjadi `burung Belatuk?'. 

Rakyat tidak bodoh untuk menilai seperti Ibrahim Ali buat penilaian./wfauzdin.blogspot.com

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Dimana Melayu Merempat,Disitu Pakatan Rakyat Mengubat"

Posted: 23 Jan 2012 08:14 AM PST

"Dimana Melayu Merempat,Disitu UMNO Kuat"

Seringkali slongan ini akan dimainkan sesudah atau setelah Pakatan Rakyat kalah pilihanraya dikawasan-kawasan luar bandar apatah lagi terdapatnya Melayu Miskin samada tegar atau tidak.

Dimana slogan ini ianya dipolopori oleh ahli-ahli atau penyokong Pakatan Rakyat untuk menunjukan bahawa dikawasan-kawasan Melayu Miskin dan Merempat ternyata UMNO kuat untuk mengaburi atau memperbodohkan golongan ini dengan janji-janji serta hadiah-hadiah berupa "Mee Segera".

Saya akui acap kali jugak saya sendiri antara orang yang mempelopori slogan itu.Dan kini saya menginsafinya dan berazam tidak akan lagi menggunakanya sebagai peluru atau penyedap hati bila PR kalah didalam Pilihanraya.

Zaman sudah berubah,dari telefon bimbit hitam putih kini sudah ke tahap telefon pintar.Begitu juga kecapaian talian internet kini dari dulunya hanya berlegar diketumbukan rakyat dikawasan bandar besar kini jaringnya sudah melangkaui 80% diseluruh semenanjung Malaysia dan 65% Sabah Dan Sarawak sehingga menembusi kampung-kampung pinggir bandar mahupun luar bandar.

Pendek kata, Melayu dilingkungan Miskin dan Merempat sudah bijak dan cerdik menilai walaupun mereka tidak mampu memilik telefon pintar.Ini kerana golongan yang tahap mampu memiliki telefon pintar tidak segan silu akan menyampaikan info-info kepada mereka yang mampu lihat sahaja telefon pintar didada akhbar mahupun diatas flyer-flyer promosi syarikat yang berkenaan dan pasaraya-pasarayanya.

Oleh itu, saya fikir dengan kuat bahawa slogan membusukan UMNO itu perlu digugurkan atau dinyahkan sama sekali dari kotak minda fikiran ahli-ahli dan penyokong PR,apatah lagi disaat-saat PRU13 semakin hampir.

Sudah sampai masanya ahli-ahli dan penyokong PR mengasihi dan merapati Melayu Merempat dengan menjadi juara mereka dengan slogan baru.."DiMana Melayu Merempat Disitu Pakatan Rakyat Mengubat" ( ini cadangan saya,jika ada yang lebih berbunga sila updatekan )

Saya terkesan sekali dengan kata-kata yang kurang enak ketika rakyat diberi bantuan RM100 kepada anak-anak sekolah,pelajar diberi baucer RM200 dan yang terbaru rakyat yang berpendapatan kurang dari RM3000 diberi bantuan RM500, pelbagai bentuk cacian dilontarkan sebagai contoh "Rasuah Pilianraya", "Bantuan Mengaburi Mata Rakyat","Satu bentuk penipuan Kerajaan BN" dan sebagainya.
Bagi saya bantuan-bantuan sebegitu amat besar nilainya pada orang Melayu Miskin dan Merempat.Walaupun masih ada sebilangan yang tertipu,namun saya percaya peratusan yang cerdik sudah mengatasi peratusan yang tertipu.
Namun jika yang cerdik itu saban hari dikatakan begitu begini setelah menerima bantuan yang tak seberapa itu,sudah tentu perasaanya bercampur baur.

Adakah aku ni penerima rasuah?

Adakah aku ini yang mengenal Android dan Window Mobile ditipu hidup-hidup dan dikencing mati-mati?

Adakah aku ini yang mata terang apatah lagi tidak buta warna telah dikaburi ?

Adakah telinga aku ini yang saban hari ditutup dengan speaker MP3 ditipu senyap-senyap?

Akhirnya mereka yang cerdik akan menilai,biarlah diaorang nak bagi atau tidak,itu sudah menjadi tanggungjawab mereka membantu kami.Kami juga rakyat Malaysia yang mahu merasa kek ekonomi.Cukup-cukuplah mengata orang..orang yang mengata tidak pula nak beri apa-apa hatta kasut sekolah atau pensel.Bukankah didalam buku jingga tertulis jika PR memerintah dia nak beri juga sedikit bantuan one-off.(sila check janji PR dalam Buku Jingga).Oleh itu tidak sama kah..serupa tidak sama..lain mak lain bapak.?

Seingat saya..Tuan Guru Nik Aziz tidak pula keterlaluan didalam mengomen isu pemberian bantuan One -Off...apa yang dia kata.."Diaorang nak beri,ambil..tapi pangkah Bulan/PR".

Jika kata-kata perli sebegitu diteruskan saya yakin golongan atas-pagar yang tergolong didalam Melayu Merempat/Miskin tetapi sudah tahu alip ba ta IT..akan menjauhi PR.

So, siapa yang rugi.Kata nak ganti UMNO tapi tidak mahu sekhemah dengan Melayu Merempat, dan biarkan selamanya UMNO Kuat disitu.

Saya yakin ramai ahli bijak pandai didalam PR mempunyai strategi dan motivasi untuk Mengubati Melayu Merempat.Tetapi jika hanya teori,hanya perli,hanya pandai update status FB dan kemaskini Twitter,itu bukanlah ubat terbaik utk merawati Melayu Merempat..Lakukan sesuatu berserta tindakan.

Jika Kerajaan Pusat boleh bagi bonus untuk kakitangan awam,Kerajaan Negeri dibawah PR pun boleh bagi bonus untuk kakitangan awam negeri.Boleh pula bagi sesuatu kepada rakyat ketika Kerajaan Pusat umumkan nak beri sesuatu.Malah kekadang,tak sempat Kerajaan Pusat umum,Kerajaan Negeri lebih awal umum..kan bagus.Berlumba-lumba memenangi hati Melayu Merempat dari mengutuk pihak yang membantu Melayu Merempat.

Nanti ada pulak yang turut berkata..sampai bila Melayu Nak Bertongkat terutama Melayu Merempat?..

Sudahkah kita terlupa apakah punca DEB dilaksanakan? Adakah DEB itu sudah berjaya?Iya,memang berjaya.tetapi berjaya kepada segelintir Melayu yang rapat dengan UMNO.
Nah semua sudah tahu.Untuk itu apa guna perlunya Agenda Ekonomi Baru? Bukankan ianya juga sebagai tongkat kepada Melayu Merempat juga.

Ingin saya bertanya kepada ahli-ahli dan penyokong PR.Berapa ramai yang memiliki dan membaca serta membuat analisa tentang buku yang ditulis Syed Husin Ali. "Orang Melayu Masalah dan Masa Depan".Milikinya sebelum nak mengubat.

Oleh itu,saya menyeru marilah kita kuburkan slogan "Dimana Melayu Merempat,Disitu UMNO Kuat" dan kita juarainya pula dengan "Dimana Melayu Merempat,Disitu Pakatan Rakyat Mengubat" walaupun ubat kita tidak sepower ubat Kerajaan Pusat UBN.

kerangeleber

kerangeleber


Siri kisah pengajaran Perang Rasulullah oleh Ustaz Riduan Mohd Nor

Posted: 23 Jan 2012 04:31 AM PST

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Rampas tanah rakyat petanda kejatuhan Umno T'ganu

Posted: 23 Jan 2012 09:11 PM PST

DUNGUN, 24 Jan: Pemimpin Umno cawangan yang memimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dikecam hebat oleh masyarakat setempat kerana "merampas" tanah yang sebelum ini dimiliki oleh Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka, Dungun.

Harakahdaily dimaklumkan, tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepunyaan pihak sekolah agama rakyat itu seluas dua ekar dirampas serta diagihkan kepada pihak Umno dan JKKK kawasan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari: Khoo Kay Kim buat hal lagi

Posted: 23 Jan 2012 08:12 PM PST

Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertikaikan tindakan pihak yang mengecamnya sebelum ini kerana mengulas titah Sultan Selangor tetapi berdiam diri terhadap pendapat kontroversi sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim baru-baru ini.

"Khoo buat hal lagi; hari itu dia kata Malaysia tak pernah dijajah (yang kemudian diikuti oleh Zainal Kling). Hari ini dia kata Hang Tuah tak pernah wujud.

"Di mana PERKASA? Mana Ezam? Kenapa tak buat repot polis?" soal bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa itu.
Read More / Baca Lagi >>

NFC Dan NFCorp Berbeza - Sekali Lagi Rakyat Malaysia Cuba DiBODOHkan..

Posted: 23 Jan 2012 07:50 PM PST

Salleh dah buat statement baru berhubung isu neh. Ibrahim ali pun menumpang sekali. Aku taknak percaya apa2 yang si salleh dan ibrahim ali neh cakap sehingga ia terbukti benar. Bagi aku neh hanya alasan demi alasan. Aku dah tulis banyak kali pasal nfc. Paper pro pakatan rakyat pun sama. Media dan blogs pun sama. Dah jenuh dan jemu. Tapi baru sekarang salleh bagi alasan bahawa nfc tue lain, nfc corp tue lain? 

Wahhh..
Adakah rakyat ialah sang bodoh disini salleh? Hari tue time kecoh pasal bab gaji riban2, apa ko buat? Senyap. Time kecoh skandal kad kredit riban2, apa ko buat? Senyap gak. Mula2 ko cakap bak bukti then dah bagi ko senyap last2 ko balas dengan menyaman orang 100juta.

Walaupun saman tue belum dimuktamadkan lagi tapi niat nak menyaman 100 juta tue ada kan? Ko saman je lah. Biar kita lihat apa yang si rafizi akan dedahkan di mahkamah. Biar satu malaysia dan rakyat tahu apa bezanya nfc dan nfc corp disini. 
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Bukan Bodoh Laa..

Posted: 23 Jan 2012 07:45 PM PST

Muhyiddin: BR1M bukan muslihat pancing undi PRU


SEMPORNA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.

Gangster Jln Kebun bakal kene BOGEL, BILA LAGI POLIS NAK JALANKAN TANGKAPAN????

Posted: 23 Jan 2012 07:40 PM PST

Korang masih ingat budak gemuk yang buat kacau kat ceramah HINDRAF & ABU tu? pada yang agak rabun, yang kurang jelas siapa si gemuk ni, biar aku DEDAHKAN sikit sebanyak gambar dia.. oooooooooo.. Nak jadi samseng yeeeeeee?

Muhamad Razali, mana ko nak lari hah?! Ko ingat kami x dapat kesan ko kat mana?! Tu laaaaa, buat keje bodoh lagi.. Rasakan!!

MUHAMAD RAZALI nama mat salleh nya BOB nama glamer BAHAROM
Kepada pihak Polis DiRaja Malaysia...laporan rasmi dah buat....video klip sudah diturun naik....gambar-gambar sudah ditempelkan...nama sudah diberi....diberitakan nombor plate motorsikal pun dah disiarkan....NAK TUNGGU APA LAGI?.....ini suatu kesalahan yang menarik minat awam.. case of public interest....kes dimana sekumpulan anak-anak muda Melayu berjiwa UMNO dengan bersenjatakan kayu menyerang kaum India yang tidak berdosa dan bersenjata didalam Dewan di Jalan Kebun...lagak dan gelagat mereka ini boleh menimbulkan kekacauan dan huru harakan keharmonian negara jika tidak dibenteras segera..
Read More / Baca Lagi >>

Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?

Posted: 23 Jan 2012 07:40 PM PST

baucer buku RM200 Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
Sebenarnya tindakan penerima bantuan baucer buku RM200 1Malaysia (BB1M) ini menjual dengan harga yang lebih murah dipelbagai platform di internet, semata-mata bagi mendapat tunai dengan segera, sebenarnya sudahpun berleluasa. Merata-rata iklan jual semula baucer buku ini boleh dilihat di Internet. Wajarkah? 
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Destinasi kita ialah Putrajaya

Posted: 23 Jan 2012 07:37 PM PST

Sekatan minyak: Iran, Barat menuju ambang perang?

Posted: 23 Jan 2012 07:22 PM PST


Minyak
Sekatan minyak
BRUSSELS - Iran meningkatkan kata dua terhadap Barat semalam selepas negara-negara Eropah mengenakan sekatan ke atas nadi ekonominya - minyak, sekali gus diramal akan membawa kepada implikasi politik dan ekonomi dunia dalam waktu terdekat.

Ekoran tindakan Eropah itu, Teheran mengugut ia akan menutup Selat Hormuz, yang digunakan sebagai laluan satu per lima bekalan minyak dunia, manakala pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa Barat akan menggunakan kekuatannya untuk memastikan perairan itu kekal dibuka kepada laluan antarabangsa, lapor akhbar Guardian.

Keputusan sekatan minyak yang diputuskan oleh menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) secara dramatik meningkatkan ketegangan antara Iran dan Barat berhubung program nuklear kontroversi Iran, yang sudah berlarutan bertahun-tahun.

EU memutuskan bahawa tidak harus ada sebarang kontrak minyak antara anggota EU dan Iran, tetapi penyerahan bekalan dibenarkan sehingga Julai ini.

Malah, EU juga membekukan aset-aset bank pusat Iran dan mengharamkan transaksi emas, logam-logam berharga dan berlian.

Sementara sekatan ini berkuat kuasa hari ini, kesan sebenarnya dijangka hanya akan dirasai menjelang musim panas.
Read More / Baca Lagi >>

Isu NFC: Rafizi terkejut kenyataan Presiden Perkasa

Posted: 23 Jan 2012 07:19 PM PST


Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba 'berlagak pandai' dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan.

"Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu.

"Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat," katanya kepada Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

Kajian: Profesional Melayu mahu Najib, Anwar sertai debat

Posted: 23 Jan 2012 07:18 PM PST

G MANIMARAN
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, demikian menurut firma kajian pendapat awam, Merdeka Center.

Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim kepada Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

Kajian Politik Malaysia Dan Kepimpinan Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13

Posted: 23 Jan 2012 07:08 PM PST

Oleh UMCEDEL

Sila mencari disertakan kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL). UMCEDEL telah ditubuhkan pada 14 April 2010 sebagai sebuah pusat penyelidikan yang mengkhusus dalam penyelidikan dan penerbitan pada demokrasi dan pilihan raya di Malaysia.

"Persepsi Politik Malaysia dan Kepimpinan Sebelum Pilihanraya Umum ke-13" merupakan kajian terkini yang dijalankan oleh UMCEDEL. Kajian ini melibatkan 2559 responden dengan pengumpulan data menggunakan pensampelan yang digunakan untuk tujuan tertentu mengikut keselesaan. Margin kesilapan kaji selidik itu adalah 1.9% pada tahap 95% keyakinan. Antara penemuan kajian itu ialah:

Read More / Baca Lagi >>

Bekas Pemimpin Umno mendakwa pemimpin Melayu menipu bangsanya sendiri

Posted: 23 Jan 2012 07:06 PM PST

- Adakah ahli Umno di kampung-kampung percaya??
Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara.

Bekas wakil rakyat Umno, Dato' Mohd Ariff Sabri Aziz bahkan mengatakan, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Dan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Ana Rempit Jugak

Posted: 23 Jan 2012 05:51 PM PST

Aussie columnist says 'more' spending sprees by Rosmah

Posted: 23 Jan 2012 05:44 PM PST

Aussie columnist says 'more' spending sprees by Rosmah Two days after claiming that the prime minister's wife Rosmah Mansor had spent some A$100,000 (RM325,000) on clothes designed by celebrity designer Carl Kapp, an Australian gossip columnist remains unapologetic over his article which has become a focus of Malaysian politics.
Greeting his Malaysian followers on his Twitter account, Andrew Hornery, who writes on the 'Private Sydney' section of the Sydney Morning Herald, hinted that there could be more similar purchases by Rosmah than what he had revealed.
"Greeting Good morning to my new Malaysian followers.
"FLOM is quite a source of fascination, no doubt she bought more in Sydney we are yet to discover," he twitted referring to the acronym of Rosmah's controversial title 'First Lady of Malaysia'.
Read More / Baca Lagi >>

Ampurno : Populariti Najib sentiasa berada di hadapan Anwar

Posted: 23 Jan 2012 05:42 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Datuk Seri Najib Razak merupakan pemimpin pilihan untuk rakyat Malaysia kata Datuk Seri Chua Soi Lek, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya kerap kali bercakap bohong.
Presiden MCA itu juga percaya, pembebasan daripada pertuduhan liwat terhadap Anwar telah membersihkan imej perdana menteri dan bukannya ketua pembangkang tersebut, dan membuktikan ketelusan Badan Kehakiman - garisan yang digunakan pentadbiran Najib selepas keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.
Sehubungan itu, Dr Chua (gambar) menolak dakwaan bahawa pembebasan tersebut meletakkan kedua-dua musuh politik itu setaraf, dan mustahil akan mempunyai satu kesan besar dalam keputusan pilihan raya umum akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Egypt's new assembly appoints speaker

Posted: 23 Jan 2012 05:41 PM PST

Egypt's Islamist-dominated Parliament Opens

Posted: 23 Jan 2012 10:47 AM PST

Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus - Hijrah Menuju Ilahi [Part 2 full]

Posted: 23 Jan 2012 10:38 AM PST

Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus - Hijrah Menuju Ilahi [Part 1 full]

Posted: 23 Jan 2012 10:37 AM PST

Upshot of attacks on Anwar, ABU

Posted: 23 Jan 2012 10:34 AM PST

This is not an auspicious start to the Year of the Dragon for the PM. The person who controls events in Malaysia and who will undoubtedly shape its future, is one effete man called Saiful Bukhari Azlan.
Prime Minister Najib Abdul Razak is wrong to think he leads the country.
Malaysians thought that after 9 January, the nation would move on, but their dream was shortlived. Only in Malaysia would the government and its institutions, like the judiciary, be preoccupied with Saiful's posterior, just as his face will always be associated with Sodomy II.
So now, instead of the nation concentrating on a way forward, of improving our lives, of revitalising the economy and of making sure our politicians do the work we elected them for, we are trapped in Sodomy II, Scene 2.
Both Saiful and his father had pleaded with the attorney-general to appeal against the acquittal, for the sake of Saiful and their family's 'dignity'. What dignity?
Read More / Baca Lagi >>

Analisis kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)

Posted: 23 Jan 2012 09:43 AM PST




Rosmah adalah mangsa, wanita suci yang baru memenangi gelaran first lady of shooping (FLOS) itu sebenarnya amat suci sekali budi pekertinya. tak percaya lihat sahaja perwatakannya, tuturkatanya dan cara pemakiannya, ilah gaya seorang isteri kepada perdana menteri yang mengamalkan "wasatiah".
Read More / Baca Lagi >>

The Dragon Favours the Bold, PKR's William Leong tells Sabahans

Posted: 23 Jan 2012 09:40 AM PST

My fellow Malaysians in the Land Below the Wind, A Happy New Year and Kong Hee Fa Cai.
The Dragon Favours the Bold, PKR's William Leong tells SabahansThis Chinese New Year will usher in the Water Dragon. The Dragon is a creature of myth and legend. In ancient China, the dragon represents the emperor and power. Today, it is the ultimate auspicious symbol signifying success and happiness. According to a Feng Shui master, the year of the dragon is traditionally associated with new beginnings and good fortune.
This year is the year of the Water Dragon. Water symbolizes the ocean. This is an element of power, force and strong energy. The Water Dragon could be the destructive force of nature such as tsunami or earthquake. It could also be the driving force for social, political and economic changes. The water dragon is also a symbol of intelligence, courage, generosity and charity. It is predicted for countries that will hold their presidential or general elections that there will be changes. This is a sign of the bold progress and reforms that the powerful water dragon will bring this lunar year. The Dragon favours the bold. So this year he who is bold and he who dares will win. This is the year for the bold to step forward and bring change.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Jadi Mangsa Kenapa Tak Saman Akhbar Australia Tersebut?

Posted: 23 Jan 2012 09:39 AM PST


Rosmah dakwa jadi mangsa sudah dijangka

KUALA LUMPUR, 23 Jan: "Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau "menjadi mangsa".

Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Read More / Baca Lagi >>

Syria rejects Arab League plan for Assad to quit

Posted: 23 Jan 2012 09:29 AM PST

Analyst speaks about Syrian situation

Posted: 23 Jan 2012 09:28 AM PST