Jumaat, 20 Januari 2012

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Agenda Yg Belum Berakhir...Anwar akan diheret lagi..ke penjara....????

Posted: 20 Jan 2012 08:30 AM PST

Penganalisis Politk sudah menjangkakan Peguam Negara akan membuat rayuan terhadap keputusan Mohamed Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II.

Peristiwa yang berlaku dalam kes membabitkan bekas penasihat politik dan pakar strategi Najib Razak, Abdul Razak Baginda yang dibebaskan oleh mahkamah kerana tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya Sharribbu, tidak fikir ia akan menimpa atau keadaan sama berlaku ke atas Anwar. Begitu mustahil dirasakan kalau ia ada persamaan dari segi sikap dan pendirian pihak pendakwa raya.

Dalam kes Razak Baginda peguam negara tidak mengemukakan notis rayuan keputusan mahkamah yang membebas dan melepaskan Razak dari terbabit dengan tuduhan membunuh Altantuya. Rasanya tidak perlu ditafsirkan kenapa berlaku dan wujud perbezaan itu. Hak mengemukakan notis rayuan dalam apa-apa kes jenayah terserah kepada pihak Peguam Negara dan proses merayu itu adalah dibenarkan dalam sistem perundangan negara.

Kalau pendakwa merasakan sesuatu keputusan hakim itu lemah, boleh dipertikai atau terkhilaf , pendakwa berhak membuat rayuan untuk membolehkan lebih banyak hakim memutuskannya. Maksud di sini ialah untuk memastikan keadilan diperolehi dan terjamin untuk semua pihak.

Persoalannya... apakah pihak keluarga Altantuya telah mendapat keadilan secukupnya dari apa yang berlaku? Apakah pembebasan dan perlepasan Abdul Razak Baginda itu tidak mngecewakan keluarga Altantuya Sharibbu? Dan apakah rayuan dan desakan termasuk menggunakan media masa tidak dilakukan oleh keluarga Altantuya supaya pendakwa membuat rayuan terhadap keputusan melepas dan membebaskan Abdul Razak?

Dalam kes Razak Baginda, pendakwa begitu pantas memaklumkan yang mereka tidak akan membuat rayuan. Seolah-olah pendakwa sudah berpuas hati dengan keputusan penghakiman yang diterima. Semacam kelegaan serta merta diberikan pendakwa itu kepada Abdul Razak. Seolah pihak pendakwa telah meneliti serta merta keputusan kehakiman terhadap Razak itu. Apakah keputusan kehakiman mengenai pembebasan Abdul Razak itu sudah disedikan awal dan diberikan hari yang sama? Kalau benar begitu ia amat berbeza dengan kes melibatkan Anwar ini. Apakah terdapat sistem yg berbeza kiranya melibatkan pihak pembagkang...???

Pendakwa terpaksa mengambil masa hingga saat-saat akhir untuk membuat atau mengemukakan notis rayuan itu. Alasan pihak pendakwa mereka perlu meneliti keputusan penghakiman yang dibuat oleh Mohamed Zabidin Mohd Diah. Kesenjangan masa itu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan tanggapan. Ada mengatakan bahawa pendakwa tidak akan merayu. Kalau tidak merayu bermakna keputusan Zabidin itu tidak boleh digugah lagi.

Akibat kesenjangan itu menyebabkan ada di antara penyokong DSAI merasa lega dengan apa yang berlaku. Mereka menerima bahawa Anwar dibebas dan dilepaskan dengan mutlak. Secepat itu juga saham Anwar naik mendecut dan rakyat juga mendapat suntikan semangat baru. Perjuangan rakyat untuk menumbangkan UBN menjadi berkobar-kobar semula. Banyak majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan Anwar itu yang dianggap kemenangan rakyat diadakan. Dalam keseronokan itu tidak ada yang membuat perhitungan dan bacaan lain dari merasakan keseronokan itu.

Tetapi ada juga para penganalisis telah menduga sendirian, kenapa rayuan tidak disegerakan dan dibuat pada saat-saat akhir. Terasa ia ada motifnya. Mungkin ia disengajakan untuk melihat keadaan selepas Anwar dibebaskan. Yang hendak diperhatikan ialah gelora dan semangat rakyat selepas Anwar dianggap suci dan bersih. Kelewatan itu mungkin untuk melihat momentum yang wujud. Sebelum hari perbicaraan..., ramai yg sudah mempersoalkan sejauh mana Najib Razak sebagai perdana menteri tidak terlibat dengan keputusan yang akan dibuat terhadap kes itu.

Ternyata kesenjangan yang mungkin disengajakan itu berjaya. Kerana semangat dan gelora rakyat berubah secara drastik sebaik keputusan itu dibuat. Rakyat menjadi bersemangat kembali dan majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri Anwar mendapat sambutan luar biasa. Perkembangan ini menyeronokkan satu pihak dan menggeletarkan satu pihak lain. Senario ini diambil kira.

Mungkin setelah melihat keadaan itu maka keputusan dibuat agar pembebasan itu hendaklah dikaji semua. Rayuan perlu dibuat. Ramai juga yg perasan..,desakan dan ritihan si pengadu (pembacuh kopi dan ayahnya serta Dr Mahathir) hanyalah helah semata-mata. Ia mungkin sandiwara untuk menarik simpati supaya kes itu dirayu. Walhal sudah ada perancangan seperti dimaksudkan itu di sebalik tindakan peguam negara itu yang melengahkan menyatakan sama ada hendak rayu atau tidak.

Mengenai kes Anwar ini ia anih dan pelik dan luar biasa. Sebelum ini tidak ada campur tangan awal terhadap proses rayuan ini sama ada perlu merayu atau sebaliknya. Tetapi dalam kes Anwar ini ada desakan awam agar pendakwa membuat rayuan. Bekas PM sendiri ikut sama bersuara dengan berselindung di sebalik keadilan untuk satu pihak. Kenapa?

Pada awalnya ramai diantara kita sudah yakin apabila pendakwa seakan terus membisu daripada mengemukakan notis rayuan, bahawa pintu mahkamah dalam kes itu sudah pun ditutup. Mungkin beranggapan bahawa pendakwa tidak akan merayu dan kes itu tamat dengan kemenangan mutlak . Tetapi apa yang berlaku kini sebaliknya.

Rayuan itu boleh menyebabkan berbagai kemungkinan. Ia boleh menukarkan warna putih menjadi hitam atau merah atau mengekalkan warna asli. Yang paling manakutkan ia boleh membawa Anwar ke Sungai Buloh. Dan paling ditakuti ia boleh menyebabkan Anwar kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihan raya. Madah klasik mengenai politik; sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, dan jangan merasai pelik dengan tindakan orang politik. Demi kuasa dan kedudukan orang politik sanggup membelakang adat dan hukum agama.

Memang benar, Anwar bersedia menghadapi rayuan. Peguam Anwar Karpal Sigh juga mengatakan dia tidak gentar dengan rayuan. Memanglah begitu adat berlawan dan mempertahankan diri. Tetapi jauh di lubuk kami merasakan tentu mereka lebih enak kalau kedua-duanya tidak ke mahkamah lagi. Bukan saja Anwar, tetapi seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mengharap pintu mahkamah ditutup kemas dan semua akan memberi tumpuan kepada menuju untuk membuka pintu Putrajaya. Tetapi apabila rayuan dibuat ia boleh mengenjatkan sedikit tumpuan itu.

Entah terbetik didalam hati ... bila rayuan dibuat ia boleh mengulangi sejarah dua tahun lalu. keadaan terbalik mungkin boleh berlaku. Dalam kes liwat I dulu, hakim Mahkamah Tinggi, Ariffin Jaka telah mendapati Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan Anwar dipenjarakan sembilan tahun.

Bagaimana pun hukuman itu dinafikan apabila mahkamah rayuan terdiri dari tiga orang Hakim membatalkan keputusan itu dengan 2 - 1. Dua hakim tidak mempercayai Anwar liwat dan satu hakim mempercayai. Anwar dibebaskan tetap persepsi dia meliwat tetap melekat di kepala sesetengah khasnya yang membenci kepadanya.

Apakah kali ini akan terbalik, hakim mahkamah rayuan akan menolak keputusan hakim yang membebaskan dan melepaskan Anwar dan mereka mendapati Anwar didapati bersalah? Ironisnya di sini kalau dulu hakim mahkamah rayuan melepaskan Anwar kali ini hakim mahkamah rayuan akan mensabitkan Anwar.

Selain itu apa yang berlaku dalam kes menuntut siapa berhak menjadi MB Perak antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kadir dua tahun lepas akan berulang kembali. Pada mulanya mahkamah membuat keputusan yang Nizar Jamalduddin adalah menteri besar yang sah. Belum sempat ayam berkokok untuk keesokkan harinya mahkamah membuat keputusan lain mengesahkan kedudukan Zambry sebagai MB yang sah. Keputusan yang drastik dan terbelaik kuang itu menyebabkan rakyat Perak menjadi mabuk dan gila!

Apakah akan berlaku demikian dalam kes Anwar ini? Mulanya mahkamah memberi kelegaan dan kegembiraan kepada Anwar dan penyokongnya, kemudian selepas itu mahkamah juga akan menyentak dan menarik balik kegembiraan itu? Begitukah?

Kita tidak boleh membuat spekulasi lebih jauh dari itu. Bagaimana pun persediaan perlu dibuat untuk menghadapai kemungkinan-kemungkinan berpandukan kepada sejarah dan peristiwa masa lampau. Istidraj tidak mustahil boleh terjadi dalam apa juga keadaan dan kepada siapa juga termasuk terhadap kes Anwar ini.

Yang paling gusar apakah ramalan ramai, bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik saja Anwar digiring ke penjara masih valid? Inilah yang menganggu pemikiran banyak orang sekarang ini. Kita boleh mengatakan sama ada Anwar di dalam atau di luar, Pakatan Rakyat terus mara dan mara... tetapi hakikatnya kalau Anwar berada di dalam ia memarahkan Pakatan Rakyat?

Dan kita tidak tahu apakah setelah hakim mahkamah rayuan nanti ditakdir menolak keputusan Hakim Zabidin itu Anwar masih boleh mengemukakan merayu kepada peringkat lebih tinggi!

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MB KEDAH MENYOKONG AUKU ?

Posted: 20 Jan 2012 06:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

KEMELUT beberapa pelajar di KUIN, Kedah yang dikenakan tindakan mengikut AUKU agak mengelirukan kita sebagai penyokong PR.  MB Kedah, Us Azizan kini dijadikan sasaran bukan sahaja oleh puak-puak Umno, tetapi oleh sebilangan penyokong-penyokong PR sendiri kerana jelas kita ketahui bahawa AUKU amat ditentang oleh PR.

Us Azizan - MB Kedah

Diberitakan bahawa Us Azizan tetap bertegas untuk tidak menggunakan kuasanya (jika ada) bagi membebaskan kesemua pelajar berkenaan daripada kezaliman AUKU.  Namun demikian, difahamkan Us Azizan telah menawarkan rayuan untuk pelajar-pelajar berkenaan jika mereka mahu. Saya tidak pasti samada mereka telah membuat rayuan atau belum, tetapi pada pandangan saya jika benar AUKU itu zalim, mengapa perlu menunggu mereka membuat rayuan?

Saya tidak pasti samada Us Azizan turut bersetuju bahawa AUKU itu zalim.  Dan, saya juga kurang mengerti apakah kebijaksanaan yang dilakukan oleh MB Kedah ini bagi mengatasi isu berkenaan.  Atau, adakah sesuatu yang lebih memudharatkan pelajar-pelajar berkenaan sekiranya mereka dibebaskan dari cengkaman AUKU? 

Pada saya, sekiranya benar MB Kedah mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka dari AUKU, dan AUKU sememangnya ditentang oleh PR, maka mahu tidak mahu Us Azizan wajib membebaskan mereka.  Jika tidak, di mana kredibiliti janji-janji kita di dalam PR selama ini untuk menghapuskan AUKU?  Adakah benar, MB Kedah tidak berupaya membebaskan mereka dari AUKU kerana PR tidak berkuasa di Pusat?  Saya rasa, tentu ada cara yang lebih bijak dan berhemah yang boleh dilakukan oleh MB Kedah bagi mengatasi masalah ini.

Amat malang sekali, setelah kita berkumpul di dalam Konvensyen di Kedah baru-baru ini, kita masih tidak mampu berbuat apa-apa bagi membantu pelajar-pelajar yang dizalimi seperti mereka.  Di bawah ini, saya ungkapkan semula tulisan Sdr Nur Hadi Mohamad yang telah memberikan komen beliau di dalam Malaysiakini berkaitan isu ini.  Fikir-fikirkan lah..../wfauzdin.blogspot.com

-----------------------------------------------------------------------------------

Bukan ke KUIN tu adalah sebuah IPT yg berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KERAJAAN PUSAT).

Jadi kesemua sijil / diploma / sarjana muda / sarjana yg dikeluarkan oleh KUIN diiktiraf oleh Malaysian Qualified Agency (MQA) yg juga di bawah KERAJAAN PUSAT.

5 pelajar yg digantung itu dikenakan hukuman yg telah ditetapkan dalam AUKU yg juga dicipta oleh Kerajaan Pusat.

Seandainya Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan KUIN sewenang-wenangnya mengetepikan dan menolak AUKU yg telah termaktub dalam undang2 di Malaysia, pelajar-pelajar KUIN bersedia tak untuk KERAJAAN PUSAT menarik semua MQA yg telah dikeluarkan utk semua sijil2 mereka?

Bila Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan AUKU ni?

SETELAH Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA. Bukan sekarang yg baru menang berapa negeri je. Boleh ke nak buat MQA sendiri?  Susah la kalau belajar tinggi2 jadi mahasiswa tapi tak boleh fikir secara rasional.

Saya pernah dgr ucapan Ustaz Azizan dalam temuramah. Beliau tegas untuk semua pihak MENGIKUT SALURAN YANG BETUL dalam mengatasi masalah ini. Malah beliau secara bijak sebenarnya telah memberi CLUE kepasa pelajar2 yg digantung ini untuk MEMBUAT RAYUAN. Takkan la Ustaz Azizan nak ckp terang2, "Korang buat rayuan, nanti aku bagi lepas la..." Persoalannya, rayuan tu dibuat ke tak?

KES LIWAT DIRAYU - BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI HAKIM YANG JUJUR

Posted: 20 Jan 2012 04:56 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PELUANG dibuka sekali lagi untuk kita semua berhimpun apabila Peguam Negara akhirnya tunduk kepada tuntutan puak-puak kaki fitnah untuk merayu kes Fitnah Liwat II yang melibatkan DS Anwar Ibrahim dan pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya iaitu Saiful.

Walaupun semua tahu Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini telah menegaskan bahawa hanya tinggal keterangan lisan Saiful sahaja yang mahkamah perolehi, manakala bukti DNA ternyata hancur dan tidak langsung boleh digunakan, namun mahkamah di Malaysia tetap mahkamah di Malaysia.  Ini bukan soal hak atau keadilan Saiful, tetapi ini soal konspirasi yang telah berjaya dibuktikan sejak awal lagi kes ini dibuka.  Perlukah konspirasi yang terang jelas dapat kita lihat ini boleh diteruskan?  


Apakah dengan kes rayuan ini nanti boleh mengubah sikap Najib atau Rosmah mahu pun Musa Hassan untuk berani hadir ke mahkamah memberi keterangan?  Adakah di dalam kes rayuan ini nanti akan adanya bukti menunjukkan Saiful berada di dalam bilik bersama DS Anwar?  Mungkinkah terdapat bukti baru yang menunjukkan bahawa DNA DS Anwar itu selamat dan disahkan tidak terusik?  Mungkinkah juga di dalam kes rayuan ini nanti Seksyen Pertuduhan dari Liwat Suka Sama Suka berubah menjadi Liwat Paksa agar selari dengan keterangan Saiful sebelum ini?

Wujudkanlah beberapa kes rayuan sekali pun, kesemuanya tidak boleh memadam hakikat bahawa Saiful seorang pemuda lembik yang tidak mampu melawan seorang tua yang uzur.  Sudah tentu hakikat bahawa Saiful telah menjalinkan hubungan dengan salah seorang wanita Tim Pendakawa sebelum ini tidak boleh terpadam dengan kes rayuan ini nanti.  Mana mungkin kisah seluar dalam Saiful tertinggal di rumah teman wanitanya boleh dilupakan sebaik sahaja kes rayuan ini bermula.  Orang seperti ini boleh dipercayai keterangannya?  Di Malaysia, semua boleh.

Terlalu banyak persoalan tidak terjawab sepanjang kes ini berjalan sehingga kini.  Mengapa Najib berkata tidak mengenali Saiful, kemudiannya menyebut beliau mengenali Saiful kerana pemuda yang tidak mencuci dubur selama dua hari ini ke Pejabatnya untuk memohon biasiswa?  Kemudiannya, mengapa Najib bertukar cerita pula bahawa Saiful berjumpa dengannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat?  Saiful diliwat secara paksa, kemudiannya minum kopi dan makan karipap?  Dikatakan pintu bilik terkunci, maka siapa yang menghantar kopi dan karipap?  Mengapa tuan rumah kondo disiasat Polis, tetapi tidak dipanggil memberi keterangan?  Mengapa CCTV hanya memaparkan Saiful berada di pintu lift, di mana CCTV yang menunjukkan Saiful memasuki rumah atau bilik yang dikatakan berlaku kejadian liwat?

Mengapa perlu banyak DNA di dubur Saiful termasuk DNA nya sendiri?  Mengapa keterangan awal Doktor di Pusrawi tidak digunapakai sedangkan di situlah Saiful mula-mula membuat pemeriksaan?  Itu hanya sebahagian persoalan yang sehingga kini tidak terjawab sepanjang perbicaraan lalu.  Maka, relevenkah kes ini dirayu?  Tidak serikkah mahkamah di negara kita menjadi bahan ketawa dunia luar?

Apa pun, ini satu lagi peluang yang diberikan kepada kita untuk terus berhimpun bagi menentang kerja fitnah ini.  Mungkin juga kita diberi peluang untuk merayakan lagi kemenangan kedua selepas kemenangan pertama di Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu.  Lawan Tetap Lawan !!/wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ogy maafkan Johan tapi tetap saman

Posted: 20 Jan 2012 11:04 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy menyatakan sudah memaafkan Johan (Raja Lawak) yang dianggap telah mengaibkannya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) tahun lalu.

Ogy berkata, sebagai seorang wanita Islam, dia tidak membenci Johan malah telah memaafkan pelakon komedi itu yang menggunakan namanya sebagai bahan lawak dengan niat mempersendakannya.

Ogy berharap pengacara muda itu mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.

"Bagaimanapun, berkenaan dengan tindakan saman itu (terhadap Johan) , saya serahkan sepenuhnya kepada peguam saya.

"Apa-apa pun, saya dah okey tentang hal ini. Cuma dia harus belajar daripada kesilapannya supaya tahu mana yang patut atau tidak ketika mengacara bersama pasangan mengikut kesesuaian.

"Tidak kira sama ada pasangan yang kita mengacara bersama itu lebih berusia atau tidak, kita perlu menghormatinya. Johan seorang yang berbakat besar tetapi dia perlu gunakan bakatnya dengan betul dan kenal majlis itu apakah kata-kata yang sesuai sewaktu mengacara.

Tambah Ogy, kerana kata-kata sinis juga, ia bukan sekadar menyinggung perasaan orang malah boleh 'mencacatkan' sesebuah majlis yang dikendalikan.

Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Ogy juga menyifatkan kata-kata Johan ketika mengacara bersama adalah kurang ajar serta satu penghinaan di mana dia tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap biadab itu.

Sementara itu, Ogy yang kini bakal menjadi mentor bagi program realiti 'Mentor' tidak lama lagi begitu berkobar-kobar untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik kepada "protegenya".

"Sepatutnya uji bakat untuk mencari protege saya pada 4 Februari ini tetapi saya ingin membuat usaha saya sendiri dengan mencari bakat-bakat baru di beberapa universiti.

"Kalau boleh saya mahu mencari protege yang mempunyai ilmu seni muzik dan sedikit sebanyak memudahkan saya untuk mengajar. Malah saya juga akan membuat kelas tambahan buat protege yang dipilih nanti," ujarnya. - mStar

SANTAI : Saksikan spesis terbaru - Ular bertanduk

Posted: 20 Jan 2012 10:43 PM PST

Ular Bertanduk Spesis Terbaru

Ular Bertanduk Spesis Terbaru


Ular bertanduk ini adalah penemuan terbaru spesis ular didunia. Ular itu ditemui di barat daya Tanzania sekitar dua tahun yang lalu dan diperkenalkan bulan lalu sebagai spesis terbaru di dunia ular dikenal dalam edisi jurnal Zootaxa.

Menurut laporan dailymail bertarikh 11 Januari 2012 ular yang ditemui oleh saintis Tim Davenport ini tidak memiliki nama, namun ular ini kemusiannya diberi nama Mathilda sempena nama anak perempuannya.

Ular bertanduk ini bersisik berwana kuning dan hitam, mata hijau kusam dan dua tanduk runcing diatas kepala. Bronx Zoo dan Zoo Central Park di New York merupakan antara lokasi ular ini dipamerkan dan jumlah sebenar ular ini masih tidak diketahui para saintis.


Umno lah parti terbaik di dunia bagi Hassan Ali sekarang ...

Posted: 20 Jan 2012 07:25 PM PST

Hassan Ali sangat marah buat masa ini dan sebetulnya dia marah. Dengan pilihanraya akan menjelang tidak lama lagi, beliau harusmencari jalan untuk kekal relevan dan diambil sebagai calon. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau baru sahaja dipecat daripada PAS dan reputasi beliau sekarang agak tercalar. Beliau dituduh menjadi sebagai 'katak' dan dimotivasikan oleh wang. Hassan sekarang sedang bekerja keras untuk mencari jalan untuk diambil sebagai calon parlimen supaya dia tidak perlu berpisah dengan faedah dan kelebihan yang disediakan untuk ahli parlimen.
Sudah tentunya PAS tidak mahu apa-apa lagi kaitan dengan beliau begitu juga PKR dan DAP. Jadi, Hassan terpaksalah meminta simpati kepada UMNO. UMNO pula, yang sememangnya bermotifkan wang akan membiarkan beliau terus meminta dan menggunakan beliau sepenuhnya sebelum menolak beliau ke tepi, sama seperti sampah sarap UMNO yang lain seperti Zahrain Hasim, Zul Noordin, Hee Yit Foong, Keshvinder Singh, Tan Tee Beng dan yang sewaktu dengan mereka.
Hassan berebut untuk dapatkan wang UMNO
Untuk masa sekarang, Perdana Menteri Najib Razak yang berkuasa menentukan senarai calon 'boleh menang' dan ia Nampak sangat menarik. Hassan Ali bolehlah dimaafkan sekiranya memikirkan bahawa beliau sekarang menjadi buah hati UMNO seperti Ibrahim Ali nombor 2.Tetapi memandangkan pertelingkahan dalaman yang semakin sengit dalam UMNO untuk mendapatkan kerusi, peluang Hassan dan Ibrahim Ali seakan-akan menemui salji dalam neraka!
Jadi, tanpa platform politik, Hassan berkemungkinan besar terpaksa menyertai Perkasa di mana Zul Noordin sudahpun merasa menyesal. Jika Perkasa berjaya mendapatkan tempat untuk bertanding dalam pilihanraya, Hassan akan tersenyum. Tetapi bayangkanlah siapa yang akan mengundi untuk kumpulan yang kolot, gila dan bersikap perkauman? Walaubagaimanapun, mereka-mereka ini berkemungkinan masih akan menjadi yang beruntung kelak. Ada spekulasi yang mengataka bahawa mereka telahpun menerima ganjaran awal untuk melakukan taktik-taktik kotor mereka. Untuk Hassan yang merupakan ahli terbaru yang menyertai kumpulan ini, permainan beliau baru sahaja bermula dan rakyat bolehlah menanti banyak lagi yang akan disajikan kelak- tuduhan liar yang direncanakan Najib dan orang-orang kuat UMNO menurut cara mereka berpolitik.
Lupakan segala drama yang dilakonkan Hassan Ali di media perdana kerana sebenarnya disebalik kemarahan beliau itu, cita-cita sebenarnya adalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Semasa pilihanraya 2008, di mana Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Hassan Ali telah menyiapkan dirinya untuk mengambil alih jawatan Khir Toyo. Malangnya untuk beliau, jawatan itu telah jatuh kepada Khalid Ibrahim, PKR. Yang paling beliau tidak berpuas hati adalah hakikat yang PAS telah seolah-oleh melepaskan semua kuasa di Selangor kepada PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.
Mungkin Hassan lupa bahawa PKR telah menang paling banyak kerusi di Selangor. PKR menang 15, DAP 13 dan PAS 8. Sungguhpun begitu, Hassan mendesak agar Selangor diserahkan kepada PAS dan beliau menjadi maharajanya! Memang hakikatnya bahawa Hassan pada ketika itu sudahpun mempamerkan sifat tamak dan gila kuasa yang sememangnya sinonim dengan Umno dan tidak hairanlah sekarang beliau sudah kembali ke pangkuan parti itu yang sesuai dengan sifat beliau tidak seperti PAS.
Pada masa itu juga Hassan memikirkan cara untuk merampas kuasa dari PKR di Selangor. Apa yang beliau perlukan adalah dapatkan PAS untuk bekerjasama dengan Umno. Lalu bermulalah siri drama di media yang menyaksikan Umno yang berminat dan PAS yang tiada minat langsung.
Penolakkan Selangor sangat kuat pihak media dilarang buat liputan
Gabungan kemenangan PAS, DAP dan PKR telah menyingkirkan Selangor pada 2008, suatu keputusan yang mengejutkan BN. Walaupun media BN enggan melaporkan cerita sebenar bagaimana BN kalah teruk di Selangor, sepintas lalu kita lihat 36 kerusi Pakatan dan 20 kerusi BN menceritakan segala-galanya. Kekalahan itu sangat mengejutkan dan meluas dan ada di setiap spectrum masyarakat Selangor.
Mungkin ada yang hairan mengapa surat khabar sering melaporkan bahawa Pakatan akan kalah di Selangor pada pilihanraya ke 13 sedangkan MB Khalid dan pasukan beliau telah melakukan yang terbaik di Selangor – mungkin 100 kali lebih baik daripada kerajaan yang ditadbir oleh UMNO –Khir Toyo.
Strategi begini dipanggil strategi memuaskan ramalan. Umno tidak mampu untuk membiarkan khabar mengenai kelemahan dan penolakkan mereka di Selangor tersebar, lali mereka menggunakan media untuk sentiasa mencanangkan berita bahawa BN akan memenangi kembali Selangor yang gagal diperintah oleh Pakatan pada PRU 13. Berulang-ulang kali mereka berharap agar dapat menang perang pisikologi ini. Akan tetapi, untuk menang pilihanraya, ia adalah lebih daripada menang perang pisikologi. Inilah yang harus diterima oleh Najib tetapi mungkin beliau agak terlambat!
PAS juga tidak mahu UMNO
Malang untuk Hassan Ali, PAS tidak begitu berminat untuk mempunyai hubungan dengan Umno. Oleh itu, Hassan mula mempersoalkan kepimpinan PAS.
Apabila beliau bercakap mengenai parasit dalam PAS, beliau gagal menyebut bahawa parasit sebenar adalah dirinya sendiri. Sangat melucukan yang ibu kepada parasit mengugut untuk mendedahkan anak-anaknya sendiri. Ada yang dalam PAS mengatakan bahawa Hassan akan sanggup menggadai neneknya sediri sekiranya ia adalah untuk kepentingannya. Sangat kotor falsafah politik Hassan tetapi masih ada juga beberapa orang dalam PAS yang bersimpati dengan beliau dan menggesa beliau merayu pemecatannya.
Nasib baik Hassan tahu diri. PAS diperingkat tertinggi pun tidak akan mengambil beliau semula. Sama juga dengan bekas ahli Ibrahim Ali. Hassan telah melakukan kesalahan paling besar- beliau cuba mengambil alih PAS semasa beliau masih lagi ahli. Dalam pemikiran beliau sekiranya beliau mengambil alih kepimpinan PAS, beliau masih boleh mengusahakan penggabungan dengan Umno. Beliau cuba untuk bermain permainan beliau dengan bijak.
Tetapi malang sekali lagi untuk beliau, dalam muktamar PAS tahun lepas, parti itu telah dengan rasminya menolak sebarang usaha untuk bergabung dengan UMNO.Mereka mahu mengubah imej menjadi sebuah parti Islam yang moden. Hassan menemui jalan buntu. Beliau hilang kuasa ke atas PAS Selangor dengan Abdul Rani dijadikan pesuruhjaya PAS menggantikan beliau.
Sangat memalukan untuk Hassan! Beliau hampir pasti tiada siapa yang dapat menghidu rancangan beliau. Beliau sangkakan bahawa tiada yang dapat menjejak langkahnya tetapi ahli PAS lain nampaknya lebih tahu dan sudahpun membuang beliau sebelum apa-apa berlaku.
Sebahagian daripada rancangan jahat
Undi penentu di Selangor adalah undi Melayu. Apabila Najib Razak mengatakan bahawa beliau akan mendapatkan semuala Selangor dengan apa cara sekalipun, beliau yakin kerana beliau Cuma perlu berusaha untuk undi Melayu. Inilah sebabnya mengapa adalah sangat penting untuk Hassan menyayikan lagu Umno kepada PAS. Masyarakat Melayu masih lagi terbahagi kepada 2 parti utama ini, dengan PKR yang baru semakin mendapat tempat. PAS dan PKR boleh mendapatkan 45-55% undi Melayu apabila bergabung. Umno perlu mendapatkan 5 hingga 10% lebih daipada ini untuk menang.
Ini juga menjelaskan usaha Hassan Ali dan UMNO menggunakan sentiment perkauman dan agama yang gagal meraih sokongan perhimpunan mereka. Hassan melakukan serbuan keagamaan bersama JAIS yang berada dibawah telunjuk UMNO. UMNO perlu membuat seolah-olah DAP adalah agen pengkristianan sebagai taktik untuk meraih sokongan orang Melayu. Dalam Perhimpunan UMNO yang lepas, mereka dengan terang-terangan mengatakan bahawa mereka hanya perlu mendapatkan 8 kerusi PAS dan 15 kerusi PKR di Selangor. Hassan sekali lagi memainkan sentimen Islam dengan mengatakan bahawa PS telah kehilangan identity Islam dan ini juga adalah bentuk serangan Umno memburukkan Pakatan dan Anwar.
Inilah rancangan jahat yang disertai Hassan Ali. Gerakan menghuru-harakan Selangor dan memburukkan Pakatan. Hassan Ali seumpama kanser yang membunuh sel baik dalam PAS dan beliau haruslah dikeluarkan. PAS melakukan apa yang dibuat oleh parti politik lain apabila ada ahlinya memberontak- pecat ahli itu!
Siapa yang tidak dijual oleh Hassan Ali nanti?
Ini menerangkan kenapa Hassan Ali terlampau marah dan meluahkannya di media perdana seperti kekasih yang ditinggalkan. Cita-cita beliau untuk menjadi Menteri Besar sudah musnah dan kerjaya politik beliau diawangan. Beliau tahu beliau tiada apa yang dapat diberikan kepada rakyat kerana selama ini beliau mendapat tempat di parlimen dan membina kerjaya politiknya menerusi cara buli dan hina.
Kepada Hassan Ali, semoga berjaya dan beliau telah meletakkan harapan pada janji kosong Umno. Tidak lama lagi beliau akan lihat bahawa mereka yang melayannya dengan baik adalah orang yang beliau sedang malukan. Tetapi pada masa itu, beliau sudah terlambat dan Hassan akan mendapati bahawa hanya Tuhan yang akan mendengar luahan hati beliau!
Malaysia Chronicle

Sekitar majlis pernikahan Ally dengan Farah Lee

Posted: 20 Jan 2012 09:31 AM PST

Hari yang di'nanti kini sudah pun tiba. Pernikahan pasangan yang banyak di'perkatakan ini bakal berlangsung seketika nanti.
Ally Iskandar dan Farah Lee kini berada di Masjid Kristal, Kuala Terengganu untuk majlis akad nikah mereka.
Kami akan cuba update'kan butir terkini pernikahan mereka yang sememangnya menjadi tumpuan pihak media & peminat hiburan tempatan hari ini.
UPDATE-1: Pernikahan Farah Lee & Ally Iskandar akan berlangsung sekitar jam 9.30 pagi & khabarnya satu siaran langsungakan ke'udara di kaca televisyen anda membawakan terus majlis penuh bermakna ini kepada anda.
UPDATE-2: Alhamdulillah. Ally Iskandar kini selamat bergelar suami kepada Farah Lee sekitar jam 10.00 pagi ini dengan dua kali lafaz. Tahniah buat pasangan ini dari kami.
Gambar: Terima kasih kepada rakan media, OHBULAN! & @faitzaqira

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Jika nak kalahkan BN, rasional mestilah mengatasi emosional...

Posted: 20 Jan 2012 04:42 AM PST

Ada YB yang unfriend saya kerana komen saya terhadap status fbnya mungkin telah mengusik emosi beliau. Ini gara-gara beliau agak lantang menjuarakan jawatan Exco Agama Negeri Selangor seolah-olah ia seperti sudah jadi hak mutlak PAS.

Saya cuma menegur agar kita kurang berpolemik tetapi menumpukan kepada kerja. Tambahan lagi, Hasan Ali (sebagai kununnya orang agama) telah gagal memainkan peranannya sebagai Exco Agama ketika menyandang jawatan itu. Sudah sampai masanya kita berhenti beretorika tetapi mengotakan segala janji sebelum pilihanraya dan berkerja dalam satu pasukan menguruskan negeri yang tercinta ini.

Saya bersyukur TS Khalid dapat mencium percaturan Umno dan suku sakatnya untuk mengacau kerajaan Pakatan Rakyat agar kita kelihatan tidak efektif dalam mengendalikan isu Islam di negeri Selangor lanjutan dari kerenah Hasan Ali ini. Apa tidaknya, Hasan Ali yang bermasalah itu dikekalkan jawatannya sebagai Timbalan YDP MAIS.

Sekiranya YB Dr. Yunus atau pun Dr. Rani sendiri dilantik menjadi Exco Agama, sudah tentulah mereka tidak akan dapat menjalankan kerja-kerja mereka sebagai Exco Agama dengan sempurna kerana mereka tiada apa-apa suara di dalam MAIS sendiri.

Sebagaimana yang diperkatakan oleh TS Khalid, walaupun mungkin beliau tidak duduk dalam MAIS tetapi 3 orang pegawai eksekutif kanan kerajaan negeri iaitu SUK, Pegawai Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan Ahli MAIS answerable kepada TS Khalid. Nampak tak?

Tambahan lagi fe'el TS Khalid jangan tuan-tuan tak tau. Dia peduli apa dengan kerenah suku sakat Umno ini. Dia akan bulldoze dan buat tak tau saja. Yang penting bagi beliau kepentingan rakyat negeri Selangor akan diutamakan. Mereka di MAIS juga akan merasa serba salah dengan TS Khalid dan beliau akan diundang di dalam majlis-majlis MAIS yang melibatkan Sultan atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.

Jadi betullah kata YB Khalid Samad...

"Tindakan mengekalkan mantan PJ PAS Selangor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS, walaupun saya tahu ada yang mereka tidak begitu suka pada dirinya, jelas menunjukkan niat jahat mereka.

"Dalam suasana yang 'hostile' sebegini, seorang Exco baru akan dihadapkan dengan bermacam-macam masalah. Jenis UMNO bukan faham soal menghormati keputusan rakyat. Mereka akan jadikan tempoh 3 bulan pertama satu tempoh yang sukar bagi Exco baru seperti Dr Yunus.

"Oleh itu, memandangkan tempohnya singkat dan perjalanannya penuh dengan cabaran, maka adalah lebih baik MB sendiri yang memegangnya. Baru bertemu buku dengan ruas."


Penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor
Khalid Samad, 20 Jan 2012

Sekembali saya ke tanah air setelah berada di Saudi Arabia selama 16 hari, maka saya dapati beberapa perkembangan menarik sedang berlaku.

Oleh itu, saya ingin mengupas secara ringkas beberapa perkara yang saya akan mulakan dengan penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pelantikan Dr Yunus mengemparkan ramai, termasuklah yang sudah pasti, Dr Yunus sendiri. Apabila ianya berlaku maka mula sibuklah pencacai UMNO yang telah terdiam terkedu setelah DSAI didapati tidak bersalah. Tiba-tiba ada isu, walaupun remeh dan kecil, yang memberi nafas baru kepada mereka untuk terus hidup.

Maka mulalah mereka menghasut setelah terbukti hasutan sebelum ini berhasil, supaya Dr Rani juga bertindak sepertimana sebelum beliau. "Tidak patut", kata mereka, "Dr Rani PJ dan sepatutnya dialah yang dilantik menjadi Exco".

Namun begitu, hasutan tukang hasut tidak berkesan ke atas manusia yang berjuang tanpa memikirkan jawatan atau pangkat. Atas sikap tidak peduli Dr Rani dalam soal hasutan ini, saya mengucapkan tahniah.

Jelas terbukti bahawa dakwaan beliau gilakan jawatan serta menjatuhkan mantan PJ kerana inginkan jawatanan Exco adalah tidak berasas dan amat meleset sama sekali.

Setiap individu di dalam PAS seharusnya mempunyai sifat tidak merajuk apabila tidak dipilih atau dilantik memegang sesuatu jawatan.

Malahan individu tersebut akan merasa lega apabila dilepaskan dari dipilih untuk menjawat sesuatu jawatan kerana dia faham bahawa jawatan itu adalah tanggung jawab dan amanah yang berat. Ianya bukan hadiah atau 'ghanimah'. Ianya bukan pengiktirafan atau penghormatan, ianya adalah amanah.

Kita tidak lari dari tanggung jawab, tetapi kita tidak juga mencari-carinya sehingga menjadikan sesuatu jawatan itu sebagai impian hati dan matlamat perjuangan hidup.

Orang yang dikuasai keinginan jawatan akan dirosakkan oleh keinginan itu sendiri sehingga apabila ianya terlepas dari tangannya atau kelihatan semakin jauh darinya maka dia mula berhempas-pulas ketidak tentuan.

Segala yang dikatakan betul selama ini menjadi salah, segala rakan menjadi lawan sehingga; segala segala yang dimuntahkan sanggup dijilat balik.

Maka bermulalah dia mengorak langkah melalui 'pendekatan baru' untuk mendapatkan jawatan tersebut tanpa menghiraukan segala yang telah dikatakan dan diikrarkan sebelum ini, termasuklah yang dibaiahkan selama ini.

Alhamdulillah Dr Rani, tidak bersifat sebegitu. Beliau hadir pada majlis pelantikan Exco baru dan apabila ditanya, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Dr Yunus.
Sememangnya sebelum ini pun Dr Rani pernah menzahirkan kekhuatiran beliau terhadap persoalan menjawat jawatan PJ dan Exco, dalam suasana di ambang pilihan raya, dikhuatiri dirinya tidak termampu.

Maka akhirnya apa yang telah terjadi diterima dengan hati terbuka, sebagai penentuan Allah yang terbaik bukan sahaja bagi dirinya, tetapi bagi jemaah.

Ada pula yang dari golongan yang agak jahil menyatakan bahawa perlantikan Dr Yunus sebagai Exco Belia dan Adat Melayu adalah sesuatu yang memalukan PAS.
"Tidakkah PAS parti Islam," tanya mereka, "mengapa tidak diberikan portfolio Exco Agama seperti dulu?"

Bagi mereka ini Islam adalah apa yang terkandung di dalam kerangka Jabatan Agama Islam. Tiada Islam dalam urusan Belia atau Adat Istiadat orang Melayu. Itulah apa yang disebut sebagai fahaman sekular.

Bagi PAS, Islam releven di dalam semua portfolio, termasuklah belia. Memandangkan pengundi Selangor adalah majoritinya di bawah umur 40 tahun, maka portfolio ini amat berharga bagi PAS. Masa inilah PAS perlu menarik sokongan golongan muda dengan membuktikan "orang muda geng kita".

Dari sudut praktikalnya, dalam tempoh 2 ke 3 bulan sebelum pilihan raya, lebih mudah diserahkan kepada Exco baru portfolio yang sedang dia jaga selama ini, walaupun bukan sebagai Exco pada ketika itu.

Dr Yunus salah seorang yang membantu MB menjaga portfolio belia dan sukan sebelum ini. Ianya tindakan yang praktikal bagi menjamin kesinambungan tugas serta kelicinan peralihan jawatan yang sedang dilalui secara mendesak dan di ambang pilihan raya.

Adalah agak sukar bagi Exco baru menguasai portfolio baru dalam suasana sebegini. Lebih-lebih lagi sekiranya ianya portfolio Exco Agama kerana sekarang ini JAIS dan MAIS ingin dijadikan bagaikan lubuk UMNO dan BN.
Ianya medan pertahanan terakhir mereka dan mereka ingin menggunakannya sehabis-habisnya untuk menggagalkan usaha PR mengekalkan kerajaannya di Selangor.

Tindakan mengekalkan mantan PJ PAS Selangor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS, walaupun saya tahu ada yang mereka tidak begitu suka pada dirinya, jelas menunjukkan niat jahat mereka.

Dalam suasana yang 'hostile' sebegini, seorang Exco baru akan dihadapkan dengan bermacam-macam masalah. Jenis UMNO bukan faham soal menghormati keputusan rakyat. Mereka akan jadikan tempoh 3 bulan pertama satu tempoh yang sukar bagi Exco baru seperti Dr Yunus.

Oleh itu, memandangkan tempohnya singkat dan perjalanannya penuh dengan cabaran, maka adalah lebih baik MB sendiri yang memegangnya. Baru bertemu buku dengan ruas.

Ada pula yang berkata, "apa MB tahu pasal syariat Islam?" Jawab saya, "Exco Agama ini perlu keluarkan fatwakah?" Lagipun, bagi saya, beliau adalah jauh lebih baik dari Rahman Palil yang boleh duduk bersekongkol dengan Khir Toyo serta UMNO dan BN.

Mungkin juga lebih baik fahamannya berbanding mantan Exco yang mungkin hanya sekadar bersemangat dan bermotivasi tinggi sahaja tetapi sekarang sudah cukup jelas kefahamannya agak terencat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD