Khamis, 6 Disember 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Seruan Untuk Menjadi Sukarelawan Pakatan Rakyat.

Posted: 05 Dec 2012 04:31 PM PST


                   Calun Adun Bota Ustaz Zulkifli Ibrahim menyeru dan meminta jasa baik semua penyokong penyokong Pakatan Rakyat supaya mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang bakal berlangsung dalam tempuh terdekat.Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan Jentera Kempen Pilihanraya DUN Bota N39 di Pekan Bota Kanan baru baru ini.

                 Memandangkan PR akan mendapat tentangan yang sengit dari BN,maka dirasakan wajar untuk parti mempunyai jentera pilihanraya yang besar.Ianya nya adalah untuk menampung keperluan untuk kerja kerja kempen,menampal banner,bendera dan sebagainya.Para sukarelawan ini haruslah berumur 21 tahun keatas dan mereka mereka yang ikhlas untuk menolong perjuangan Pakatan Rakyat.Untuk menyertai program ini orang ramai bolehlah mendapatkan borang borang daripada wakil wakil yang telah dilantik untuk tujuan tersebut

Kg Telok Bakong - Encik Zaharin/ Encik Nazri Hassan
Bota Kanan dan Bota Kiri - Tuan Haji Usailli/En.Harun
Kg Selat - Encik Husin / Encik Nizam
Batu 16/Kg Tua - Encik Basharudin Abd Rani
Lambor - Encik Hamdan
Bandar U/ Seri Iskandar - Encik Saiful
Bandar Sidec- Tuan Haji Makmor
Gelong Pepuyu - Tuan Haji Zakaria
Padang Tenggala - Encik Azhar
Titi Gantong - Encik Taudin
Padang Changkat - Encik Ahmad Khir.
Seluruh Dun Bota - Telok Bakong Online.(saya sendiri akan sampaikan borang kepada anda),       hubungi saya di msinccom@yahoo.com

                      Diharapkan dengan adanya perjuangan dan gerak kerja yang ikhlas daripada semua penyokong Pakatan Rakyat,jentera pilihan raya PR di Perak Tengah akan berjalan dengan lancar dan jayanya.Diharapkan faktor faktor pertolongan dari sukarelawan ini dapat meningkatkan lagi peluang untuk PR merampas kerusi DUN Bota dan Belanja sambil merampas Parlimen Parit dari tangan Barisan Nasional.

Msinc - Awal awal dah bertekad untuk membantu jentera pilihan raya PR.Anda macam mana?Jangan tunggu tunggu lagi..ini lah masa yang paling sesuai untuk berkhidmat kepada rakyat.Rakyat amat memerlukan pertolongan dari anda semua untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN yang tak sembrono itu.



Tiada ulasan: