Khamis, 20 Disember 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Jentera Kempen DUN Bota Telah Bersedia Untuk Hadapi Pilihanraya "Mock Election" Dun Bota...

Posted: 19 Dec 2012 09:27 PM PST


Moop Election Atau Pilihanraya Olok Olok Akan Dijalankan Oleh Jentera Piliharaya DUN Bota Pada 25 Disember 2012.

Stimulasi Pilihanraya atau "Mock  Election"  akan diadakan oleh Jentera Pilihanraya Dun Bota pada 25 Disember ini  di  Titi Gantong. Ianya lebih dikenali sebagai pilihanraya olok olok ini adalah suatu alatan atau kaedah untuk mengkaji pola pengundian atau kecenderungan pengundi terhadap parti parti yang bertanding.Ianya adalah suatu perkara  yang dilakukan oleh parti parti politik sebagai satu kaedah untuk mengukur tahap sokongan dan juga kepopularan suatu parti  yang  bertanding.

                   Pilihanraya olok olok ini akan melibatkan keseluruhan  16 UPU  yang  terdapat  di  Dun Bota.Setiap  UPU  akan menghantar seramai  10  orang  sukarelawan  yang  akan melakukan pengenalpastian (culaan) terhadap pengundipengundi dari kawasan mereka.Data data ini akan dikumpulkan dan seterusnya dikaji oleh penganalisi dan pakar strategi jentera kempen piliharaya untuk menentukan tahap sokongan dan tindakan tindakan susulan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki strategi strategi agar lebih ramai pengundi akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

                 Oleh kerana ini adalah suatu projek besar yang bakal dijalankan oleh Jentera Pilihanraya dan merupakan salah satu kaedah utama untuk Pakatan Rakyat bagi memenangi Piliharaya Umum ke 13, ianya melibatkan kedua dua parti yang bertanding iaitu PAS dan PKR.Sukarelawan juga melibatkan dari kedua dua parti.Manakala beberapa pemerhati dari PKR Pusat akan turut sama membantu dalam menyelia aktiviti ini.

             Sebagai penutup kepada 'mock election' ini,satu siri ceramah perdana akan diadakan di Pekan Lambor Kanan.Para pemimpin yang dijangkakan akan berucap ialah Y.B Azmin Ali, Dr Iskandar Al Hiss ,Naib Ketua Pemuda Pas Pusat dan Ketua Serikandi Siti Aishah Sheik Ismail.Para Pemimpin ini akan diberi taklimat tentang keputusan dan dapatan data dari pengundian olok olok yang dijalankan pada siangharinya.Dijangkakan ucapan Y.B Azmin Ali akan membuat kesimpulan dan pengulungan tentang keputusan stimulasi piliharaya ini.

Tiada ulasan: