SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 01 Dec 2012 12:48 AM PST Lazimnya apabila pencen, pegawai atasan perkhidmatan awam akan diberi jawatan di dalam syarikat GLC atau syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat haram pun ada yang sanggup jadi pengarahnya, macam Hanif Omar di dalam syarikat Genting Berhad. Lumayan ganjaran sebagai Pengarah sehingga lupa halal haram. Majlis fatwa pun tak berani beri nasihat supaya umat Islam jangan jadi Pengarah dalam syarikat haram. Wooooo Apabila Musa Hasan berani mendedahkan Menteri Dalam Negeri yang suka kacau daun kerja polis, maka kita pun tabik kepada beliau. Walaupun sudah pencen baru didedahkan pun tak apalah. Kira berani juga. Ada yang tunggu sudah berpuloh tahun baru sanggup dedahkan. Ha ha. Tetapi mengapa Musa Hassan amat berani melawan tauke lamanya. Ada yang kata Musa Hasan merajuk kerana tak dilantik apa apa jawatan dalam GLC atau syarikat di Bursa Malaysia. Jasa beliau kepada BN dalam kes liwat Anwar amat besar sekali. Entahlah. Tetapi demikianlah cerita yang dibualkan di kedai kopi! |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan