Sabtu, 15 Disember 2012

shalehudin

shalehudin


BUKTI nyata, TV3 tak buat silap...

Posted: 15 Dec 2012 11:10 AM PST

Hangpa ingat lagi sekitar 03hb Julai 2012 yang lalu bilamana 1Malaysia dikejutkan dengan gempa bumi berskala besar?

Gempa bumi menggegarkan negara bila secara angkuhnya TV3 ngan RTM tetiba menobatkan DS Rosmah sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Nama Rosmah, siap ngan gelaran Datin Paduka Seri lagi terpampang megah berserta jawatan Perdana menteri Malaysia ketika di temubual dalam satu siaran langsung eksklusif dengan Rosmah...


Maka, dua tiga hari tu kecohlah 1Malaysia akibat dari gegaran gempa bumi yang kuat tersebut... TAPI, ada PM Rosmah kisah...? Ada Najib peduli semua tuh...? Mahathir yang dinobatkan Umno sebagai negarawan ulung pun termonyeh tengok memang Rosmah yang jadi Piem...

Kahkahkah...

Ni buktinya, apa yang TV3 buat dulu tu memang tak silap...


************************************

ROSMAH RASMI KAPAL TLDM!!! Negarawan macam Mahathir hanya jadi tunggul buruk

Zahid tersenggeh memberi taklimat kepada Rosmah mengenai kapal latihan yang dilancarkan,manakala Tun Mahathir menjadi tunggul buruk dibelakang
Inilah kisah dan perangai isteri Perdana Menteri negara sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor...

Baru-baru ini kecoh pasal kisah seorang artis lelaki yang dikatakan bersanding dimajlis perkahwinan dengan memperagakan unifom pasukan keselamatan. Artis tersebut (Faris Kamil kalau tak silap aku) ditegur pihak Mindef kerana berbuat demikian.

Nah..!!! Kini Rosmah Mansor merasmikan sebuah kapal perang TLDM....

Apa kata pihak Mindef...???

Apakah keistimewaan seorang isteri Perdana Menteri hingga boleh mencampuri urusan rasmi negara.??

Tambahan pula dalam urusan pertahanan negara... Hari ini dilihat Tun Mahathir menjadi tunggul dalam Majlis Upacara Penamaan Dan Pelancaran Kapal Latihan TLDM Pertama di NGV Tech Sdn Bhd, Sijangkang di sini hari ini.

Begitu juga dengan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang turut sama merestui Rosmah merasmikan kapal tersebut.

Sungguh memaluka negara apabila turut hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dimana letaknya maruah ATM. Sebelum ini tiada tercatit dalam sejarah ATM sebuah kapal TLDM dilancar rasmikan oleh seorang isteri Perdana Menteri.

Hari semakin hari sikap Rosmah semakin berani mencampuri urusan rasmi negara, apa kelayakan Rosmah mencampuri urusan perasmian berkaitan pertahanan negara. Najib pun tak boleh tegur...hahaha...

Adakah beliau (Rosmah) telah ditauliah sebagai seorang kolenal kehormat didalam tiga cabang pasukan Angkatan Tentera Malaysia,semua ini menjadi tanda tanya warga ATM yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.

Memalukan... Datin Rosmah merasmikan Kapal Latihan TLDM

Malang...Inilah kapal TLDM yang dilancarkan oleh seorang isteri Perdana Menteri Malaysia


PANAS: Karpal dah smash bola tanggung...

Posted: 15 Dec 2012 07:30 AM PST

Karpal buat laporan polis ke atas Deepak

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa ahli DAP membuat laporan polis terhadap Deepak Jaikishan yang mendakwa mempunyai maklumat baru mengenai kontroversi melibatkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau mendakwa Deepak melakukan kesalahan keranamenyembunyikan maklumat berkaitan pembunuhan itu selama ini.
"Sesiapa sahaja yang ada maklumat mengenai arahan melakukan pembunuhan perlu membuat laporan polis.
"Deepak belum buat sebarang laporan polis. Beliau sudah melakukan kesalahan," kata Karpal.
Tambahnya, laporan itu membolehkan polis membuka siasatan baru terhadap kes tersebut.
"Apa yang penting di sini bukanlah Deepak, tetapi pendedahan yang dibuatnya membolehkan polis melakukan siasatan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.
Deepak dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini mendakwa adik perdana menteri membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam bagi menandatangani akuan bersumpah kedua berkaitan kes pembunuhan Altantuya.

Dua anggota polis dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah dan kini sedang merayu hukuman mereka.

Karpal kemudian membuat sendiri laporan polis berkenaan pada waktu rehat makan tengah hari kongres di balai polis Bayan Baru.

Dalam laporannya Karpal memetik wawancara Deepak denganMalaysiakini bertarikh 27 November 2012 dengan bertaju "Deepak regrets getting involved in Bala's SD".

Karpal menggesa polis menyiasat Deepak mengikut Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah yang menetapkan mana-mana individu dengan maklumat tentang jenayah bunuh berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan perlu melaporkannya kepada balai polis terdekat.
"Saya membuat laporan ini agar siasatan menyeluruh polis boleh dilancarkan terhadap perkara dituturkan Deepak yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," katanya.
Mengikut Seksyen 202 Kanun Keseksaan mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian jenayah tetapi merahsiakannya boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya.- Malaysiakini


Ini buktinya Harussani tak RASIS...

Posted: 15 Dec 2012 05:34 AM PST

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyampaikan anugerah tersebut yang dinamakan bintang pribumi Perkasa negara sempena persidangan agung tahunan Perkasa di Tasik Titiwangsa hari ini.

Mufti Perak Harussani dapat anugerah tertinggi Perkasa yang mesra UMNO@BN

KUALA LUMPUR: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria diberi anugerah tertinggi Perkasa dalam satu majlis di ibu negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyampaikan anugerah tersebut yang dinamakan bintang pribumi Perkasa negara sempena persidangan agung tahunan Perkasa di Tasik Titiwangsa hari ini.

Harussani merupakan penerima anugerah keempat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Rahim Nor (bekas ketua polis negara) dan tokoh pendidikan Tan Sri Arshad Ayub.
Hadir sama di majlis tersebut ialah presiden Jalur Tiga Datuk Hasan Ali, Rahim, presiden MUIP Datuk S Nallakarupan serta 32 NGO Melayu.

Perkasa turut mengisytiharkan 10 resolusi membabitkan mengenai perpaduan bangsa: kebebasan beragama; pluralime; LGBT, pelan tindakan pendidikan negara; ekonomi; isu Gaza dan jenayah perang; campur tangan kuasa asing; perkara 153 dan 87 perlembagaan negara serta kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Sementara itu Harussani dalam ucapan perasmian persidangan itu mempertahankan jumlah orang lslam yang murtad memeluk Kristian pada tahun 2008 ialah seramai 230,000 orang.

Bagaimanapun, menurut mufti Perak itu kerajaan tidak percaya dengan angka yang diberikan itu.
"Kerajaan mengingatkan saya supaya jangan bercakap tanpa bukti. Mereka kata ada lima orang sahaja.
"Saya bawa bukti yang diberikan oleh persatuan peguam Islam iaitu seramai 231, 636 yang berjaya dikristiankan.
"Angka ini disahkan oleh pemimpin Kristian yang bangga kerana berjaya mengkristiankan orang Islam," katanya.


Terbaik lah Bang Mat, patutla Ameno marah sangat kat hang...

Posted: 15 Dec 2012 05:08 AM PST



Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu 14/12/2012


KESIAN: Memang sah Ibrahim Ali neh kurang sihat...

Posted: 15 Dec 2012 01:00 AM PST

Saya dikhianati, kata Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menuduh kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu Umno dan PAS telah mengkhianati beliau kerana cemburu dengan kehebatannya.

Berikutan itu, Presiden Perkasa itu akan tetap mempertahankan kerusi parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Beliau menang atas tiket PAS tetapi kemudian meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Ibrahim mengatakan Umno mengkhianatinya kerana memecat beliau dari jawatan ketua bahagian

Dakwanya, Umno memecat beliau ekoran berlaku persempadanan semula kawasan parlimen.
"Umno telah melukakan hati saya…dia pecat saya tanpa sebab.
"MT (majlis tertinggi) dalam mesyuarat mengatakan tidak ada ketua bahagian yang dipecat tetapi saya seorang dipecat," kata Ibrahim selepas perhimnpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa hari ini.
Mengenai PAS, Ibrahim berkata, menjelang pilihanraya umum 2008 pemimpin parti itu datang berjumpanya kerana mahu bekerjasama.

PAS, kata Ibrahim mahu bekerjasama dengannya kerana beliau ramai penyokong terutama di Kelantan.

Katanya, jasa beliau kepada PAS lebih banyak dari yang diberikan parti itu.
"PAS hanya memenangkan saya seorang tetapi penyokong saya memberi kemenangan yang banyak kepada PAS.
"Orang PAS tidak senang hati dengan saya kerana saya bersikap terbuka dan berani menegur.
"Saya jadi mangsa cemburu…apa yang saya buat hebat," kata beliau lagi.


NABI Indonesia ditahan Polis...

Posted: 14 Dec 2012 11:11 PM PST

Polis Indonesia tahan lelaki mengaku 'nabi'

JAKARTA - Polis Indonesia menahan seorang guru agama berumur 48 tahun di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur, selepas dia mengaku dirinya 'nabi'.

Polis percaya lelaki itu yang mengetuai kumpulan dikenali Rantau Bemban, telah memperdayakan pengikutnya untuk memberinya wang dan membenarkannya tidur dengan isteri mereka.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengisytiharkan kumpulan itu sebagai kumpulan ajaran sesat, manakala polis sedang menimbangkan untuk mendakwa lelaki itu dengan pertuduhan menipu dan murtad, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe pada Sabtu.

Kini lelaki itu menghadapi pertuduhan menipu dan menggelapkan wang.

Siasatan mendapati pengikut Rantau Bemban diminta memberi wang kepada lelaki itu untuk membersihkan dosa dan jika mereka tidak mampu berbuat demikian, mereka perlu membenarkannya tidur dengan isteri mereka sebagai cara untuk membersihkan dosa.

Setakat ini seorang lelaki membuat laporan mendakwa diperdaya oleh guru agama itu untuk membayar Rp170 juta bagi membersihkan dosanya dan polis percaya puluhan lagi pengikutnya telah membenarkan isteri mereka tidur dengan lelaki itu bagi tujuan membersihkan dosa. - Bernama


Artikel menghasut: Siapa upah Sirul dan Azilah bunuh Altantuya?

Posted: 14 Dec 2012 10:55 PM PST

Pendedahan Deepak: Najib Rasuah PI Bala Melalui Adiknya Nazim Razak

Pengakuan Deepak Jaikishan telah memasuki fasa yang cukup untuk bukan sahaja mampu mengheret Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, bersama isterinya Rosmah Mansur dan juga adiknya Nazim Razak ke kandang mahkamah, malah turut mampu membawa pesalah ke tali gantung bersabit kes pembunuhan kejam penterjemah dari Mongolia Altantuya Shaaribu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataan sebelum ini mendesak kes pembunuhan Altantuya dibuka semula ekoran daripada pendedahan Deepak yang mengakui pengakuan bersumpah kedua PI Balasubramaniam jatuh tidak sah dan pengakuan bersumpah pertama yang membabitkan nama Najib Razak harus digunapakai oleh mahkamah.

Deepak juga mengaku membantu keluarga Najib Razak dalam satu misi pertemuan Najib dan PI Bala, namun akhirnya Najib menghantar wakil.

Deepak yang muncul dalam wawancara media baru-baru ini mensahihkan pembatalan pengakuan pertama PI Bala adalah atas permintaan Najib Razak dengan bayaran tertentu kepada PI Bala melalui pertemuan dengan adik Najib sebagai wakilnya iaitu Nazim Razak. Apakah bayaran rasuah ini dipakejkan sekali dengan sebarang 'ugutan' sehingga membuatkan PI Bala menukar pengakuan bersumpahnya?

Akhirnya PI Bala hadir dengan pengakuan bersumpah kedua, kerana tiada pilihan terpaksa akur dengan kemahuan Najib Razak dan seterusnya menghilangkan diri mungkin kerana ugutan yang keras ke atas beliau.

Sebagai rakyat Malaysia, SAMM melihat kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri wajib dinilai semula di atas keterlibatan Najib dalam pelbagai skandal sentiasa cuba disorokkan dengan pelbagai cara. SAMM tidak mahu negara ini dikuasai oleh penjenayah yang dihalalkan melalui cengkaman kuku-besinya. Rakyat yang celik maklumat tidak harus berdiam diri dalam menghadami kes jenayah profile tertinggi yang melibatkan seorang Perdana Menteri, kaum keluarganya dan sahabat se'parti'nya.

Perkembangan terbaru ini memberi petunjuk bahawa Najib Razak telah memberi rasuah kepada PI Bala melalui adiknya sendiri. Apakah tiada tindakkan dari SPRM dan pihak berkuasa yang lain hanya kerana Najib seorang Perdana Menteri?

SAMM yang sudah berkali-kali membuat laporan dalam pelbagai isu dan skandal berkaitan, percaya bahawa tidak akan ada sebarang tindakkan yang akan dikenakan malah kertas siasatan juga tidak dibuka sekiranya laporan dibuat.

Razak, Scorpene dan Altantuya

Ketika skandal rasuah melibatkan pembelian scorpene yang turut terpalit nama Najib Razak dan Razak Baginda masih belum muktamad, kini negara tertumpu kepada persoalan yang lebih besar iaitu apakah benar Najib tidak mengenali Altantuya?

Jika pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama dijadikan rujukan mahkamah kelak sudah pasti 2 Razak iaitu Najib Razak dan Razak Baginda tidak akan terlepas dari dipanggil oleh mahkamah. Motif pembunuhan Altantuya akan akhirnya terjawab.

Bagi mencerahkan orang ramai dalam isu Scorpene dan keterlibatan Altantuya, buku bertajuk 'Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia' yang ditulis dan diterbit sendiri oleh SAMM sedang dalam proses akhir penyiapannya dan buku 'panas' ini dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

Dengan perkembangan dashat ini juga, SAMM sekali lagi mendesak supaya kes pembunuhan Altantuya Shaaribu dibuka semula malah SAMM juga mengajak orang ramai tampil memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya Perdana Menteri sedia ada dipangku oleh individu yang tidak terpalit apa jua isu dan skandal. Mekanisma pemilihan Perdana Menteri juga harus diteliti semula jangan sampai ketikanya penjenayah dilantik menerajui Malaysia.

Najib Razak harus tampil menjawab semua telahan serius ke atasnya, bukan hanya berdiam diri menyorok di belakang isteri dan jangan pula bersikap 'buang tabiat' dengan menerbitkan memoir atau biografi khas kononnya untuk menjawab segala tohmahan. Rakyat jelak dengan kebisuan melampau yang seharusnya menjejaskan nama baik negara.

Akhir sekali, SAMM tidak jemu untuk menyeru orang ramai menolak Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang semakin menjelang. Hanya dengan menumbangkan BN maka kita semua bakal menyaksikan kesudahan kes jenayah terbesar tanahair yang melibatkan rasuah dan pembunuhan.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM


Pergghh..!! Menonjolnya Rosmahhh...

Posted: 14 Dec 2012 07:35 PM PST

Mahathir Sindir Rosmah, Ingatkan Kedudukan Najib

Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan 'menjawab secara telus' isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.

Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.

Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini.

"Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya," kata Mahathir dipetik.

Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan 'lampu hijau' untuk Rosmah menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada Najib.

"Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah," kata Aisyah ketika dihubungi.

"Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir 'membenarkan' Rosmah ke depan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.

"Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM.

"Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang," ujar Aisyah. -KD


Ni puncanya bibir Najib tak semerah dulu lagi, PUCAT LESI

Posted: 14 Dec 2012 06:30 PM PST

SUMPAH LAKNAT MULA MAKAN TUAN?

NAMPAKNYA Najib kini sudah amat tertekan sekali. Apabila bos sudah tertekan, apa lagi anak-anak buah mereka. Justeru itu, jangan terkejut sejak kebelakangan ini berbagai cara dan taktik telah mereka rancang dan gunakan untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Isu pendedahan bekas KPN, Musa Hassan bukan isu remeh temeh. Kita tidak mahu tahu mengapa Musa Hassan seolah-olah melakukan "U-Turn" yang bukan sedikit cuma tidak masuk ke dalam kumpulan kita sahaja. Apa pun nawaitu Musa Hassan samada berniat baik atau sebaliknya, bagi kita yang penting Musa Hassan telah melondehkan kerajaan di bawah Najib.

Begitu juga dengan pendedahan Deepak, seorang ahli perniagaan yang kini merasa 'tertipu' dengan 'rakan'nya yang semua rakyat kenal insan tersebut. Pendedahan beliau juga bukan remeh malahan melibatkan kes jenayah iaitu kes pembunuhan. Pengakuan Bersumpah Bala ada kaitan dengan kes kematian Altantuya yang didapati mati diletupkan dengan C4 'tanpa sebab'? Otak yang sihat dan bukan berotakkan lembu sudah pasti tidak boleh menerima Altantuya dibunuh oleh orang yang tidak pernah mengenalinya dan paling tidak lojik dibunuh tanpa motif.

Akuan Bersumpah Lajim Ukin yang terbaru menambahkan botak kepala Najib memikirkannya mengapa begitu berat sekali bebanan dan tekanan ke atas beliau sekarang. Ada rakan yang memberitahu, mungkin akibat 'Sumpah Laknat' beliau di Permatang Pauh dahulu kononnya tidak mengenali Altantuya kini telah memakan diri. Wallahu Aklam.

Kini, Pakatan Rakyat terlalu banyak isu untuk kita sampaikan kepada rakyat. Sampaikan walau satu ayat tentang kemungkaran dan kezaliman ini. Biarlah mereka yang berotak lembu yang telah puas menangis di dewan PWTC itu tidak mempercayainya, namun penerangan mestilah dilakukan berterusan sehingga parti sekutu Apco ini tersungkur.~ wfauzdin ns


Tiada ulasan: