Jumaat, 14 Disember 2012

shalehudin

shalehudin


Aku dok agak dahh...

Posted: 14 Dec 2012 10:56 AM PST

Panas: Seperti Di Jangka, Rayuan Dua Bekas UTK Bunuh Altantunya Di Dengar Lepas PRU-13

PUTRAJAYA, 14 Dis - Mahkamah Rayuan menetapkan tiga hari mulai 11 Jun tahun depan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Timbalan Pendaftar Darma Fikri Abu Adam memaklumkan tarikh itu kepada Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup, peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan peguam J.Kuldeep Kumar bagi pihak Cif Inspektor Azilah Hadri.

Kitson kemudian memberitahu pemberita perayu memohon diberi tempoh yang panjang untuk meneliti dokumen dan Sirul Azhar akan membangkitkan lebih daripada 20 isu semasa rayuan. Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alampada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu bagaimanapun dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas pendakwaan gagal membukti kes prima facie terhadapnya.


PANAS: Najib ada masa sampai Isnin ni jaa...

Posted: 14 Dec 2012 07:44 AM PST

Deepak 'mencari kemaafan' dari Altantuya

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Penjual permaidani Deepak Jaikishan mencari kemaafan dari Altantuya Shaariibuu atas peranannya dalam akuan bersumpah kedua oleh P Balasubramaniam pada Julai 2008.
Ahli perniagaan yang menyaman Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah kerana hal jual beli tanah, juga berkata beliau akan menerbitkan dua buah buku tentang kehidupannya dan perniagaannya.

Saya ke kuil untuk mencari kemaafan dari Altantuya," katanya kepada The Malaysian Insider, dengan berkata insiden tersebut sebagai "kesilapan paling besar dalam hidupnya". Dia juga memberitahu tentang buku yang akan diterbitkan dan diedarkan secara persendirian.
"Saya menulis dua buku, yang pertama sangat pendek, sebanyak 26 muka surat dan akan keluar pada Isnin ini," katanya lagi.
Buku kedua Deepak, yang lebih terperinci, katanya lagi, akan dilancarkan pada bulan Januari tahun hadapan.
Akuan bersumpah Balasubramaniam dikeluarkan sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah pertamanya tentang kematian Altantuya pada tahun 2006, dimana dua polis komando elit didapati bersalah dan menghadapi hukuman bunuh.

Beliau menyaman ketua wanita Umno Selangor dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja.

Beliau menamakan Awan Megah bersama dengan Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Developement Sdn Bhd dalam dakwaan beliau mengenai tuduhan menipunya berjuta ringgit dalam perjanjian pembelian tanah itu.

Astacanggih Sdn Bhd, syarikat milik Deepak bersetuju membeli tiga keping tanah pada 2007 dengan berharga RM13 juta dan bon jaminan bank RM72 juta dari Raja Ropiaah, yang dianugerahkan kontrak RM100 juta untuk pembinaan pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah dengan harga RM2 juta tunai dan RM16 juta dalam bentuk overdraf dalam usahasama dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat membuat plastik, dan menyebabkan peniaga permaidani itu membuat laporan polis pada Julai lalu.


Ini mengesahkan Piem Ameno memang lembik... kahkahkah...

Posted: 14 Dec 2012 04:15 AM PST

Mengapa Tiba-Tiba Deepak Berani?

Ramai pemerhati politik tertanya-tanya mengapa kawan baik Kak Ros, Deepak tiba-tiba berani membongkar cerita-cerita 'dalam kelambu' yang sebelum ini boleh dikategorikan sebagai Top Secret. Mesti ada sesuatu perkara atau tragedi yang menyebabkan beliau u-turn meninggalkan Kak Ros.

Macam-macam cerita disurahkan oleh Deepak. Itulah inilah semuanya sensasi dan menyesakkan sesetengah orang. Apa agaknya yang menyebabkan Deepak tiba-tiba menjadi anak jantan, ayam jantan dan ayam laga. Mungkinkah Deepak tidak cukup makan. Tuannya tidak beri dia makan cukup atau ada sebab lain.

Satu demi satu cerita dikisahkan oleh Deepak. Ada pihak menuduh Deepak dibeli seseorang, ada pula yang berkata bahawa Deepak hendak cari duit kopi, ada yang kata dia hendak makan kiri kanan. Hanya Deepak yang tahu.

Apapun rakyat mesti menilai dan berfikir tentang apa yang didedahkan oleh Deepak. Jangan hanya baca dan dengar tanpa berfikir. Logik atau tidak logik. Bagi kita semua yang di'telanjang'kan oleh Deepak itu tidak mustahil dan boleh diterima jika ianya benar. Ianya logik dan mungkin berlaku. Kita mesti berfikiran terbuka. Jangan menolak mentah-mentah apa yang Deepak katakan. Dunia moden hari ini telah menyebabkan manusia boleh berubah sekelip mata dari seorang yang jahat kepada budiman dan dari seorang budiman kepada jahat. Ada yang berubah dari seekor syaitan yang dikenali kepada Malaikat yang tidak dikenali tetapi budiman dan sentiasa taat kepada Allah.

Hari ini Malaysiakini memuatkan laporan bahawa Deepak Jaikishan menamakan seorang adik perdana menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Dakwanya lagi, beliau turut bertanggungjawab mempertemukan Datuk Nazim Razak dan Balasubramaniam, tetapi urusan pembayaran wang kepada Bala itu, dakwanya, dilakukan Nazim.
"Saya mengesahkan kenyataan saya sebelum ini bahawa Datuk Nazim menyertai pertemuan untuk memudahcara apa-apa yang perlu dilakukan.
"Penglibatan saya hanya untuk mempertemukan semua orang," dakwanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Bala pada awalnya menandatangani satu akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau kemudiannya menandatangani akuan berkanun kedua bagi menafikan akuan pertama yang dakwanya ditandatangani ketika keselamatan keluarganya menjadi taruhan.

Bala kemudian mendakwa dibayar tunai dan dijanjikan lebih banyak wang selepas bersetuju menandatangani akuan bersumpah kedua dan berpindah ke luar negara bersama keluarganya.

Deepak dalam wawancara semalam mendakwa wang yang diterima Bala datang daripada "Datuk Nazim dan sumber-sumbernya".

Pada tahun 2009, wartawan Malaysiakini cuba menghubungi Nazim berulang-ulang kali untuk mendapatkan penjelasannya tentang dakwaan tersebut.

Malaysiakini berkunjung ke pejabatnya dan menyerahkan senarai soalan untuk dijawab Nazim.

Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil sehinggalah wartawan Malaysiakini bertembung dengan Nazim di Masjid Negara selepas solat Jumaat pada Disember 2009.

Beliau pada ketika itu baru selesai menziarahi pusara ayahnya, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak.

Sewaktu ditanya tentang dakwaan Bala pada ketika itu, beliau hanya menjawab "tiada apa-apa yang perlu diperkatakan".

Dalam wawancara semalam, Deepak berkata beliau tampil mendedahkan perkara di sebalik kontroversi pembunuhan itu kerana risau "roh Altantuya tidak bersemadi dengan tenang" sehingga beliau dihantui "sumpahan Altantuya".


HOT!! Anwar yang ARAHKAN Indonesia kemuka bantahan [Kahkahkah...]

Posted: 14 Dec 2012 02:20 AM PST

Isu Habibie: Indonesia hantar surat bantahan pada Najib

KUALA LUMPUR 13 Dis: Badan perundangan Indonesia – Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) bakal menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan kenyataan bekas Menteri Umno, Zainudin Maidin menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai 'anjing imperialis'.

Menurut laporan akhbar bahasa Inggeris Indonesia, Jakarta Globe semalam, perwakilan MPR mengkritik dan bertegas di atas kenyataan Zainudin yang menurut mereka boleh mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan berkata, bekas Menteri Penerangan itu perlu mengetahui kaedah berkomunikasi dengan baik dan penuh sopan.

Katanya, kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.
"Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya (Zainudin).
"Kita berharap tindakan tegas perlu diambil kepada beliau, kerana ia datang dari bekas Menteri Penerangan," katanya dipetik.
Zainudin mengkritik Habibie yang memberi syarahan umum di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam Utusan Malaysia Isnin lalu, dengan memanggilnya sebagai 'sombong' dan menyamakan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum mengakhiri artikel tersebut dengan memanggil mereka 'anjing imperialis'.
"Saya tak boleh bayangkan bagaimana terseksanya penonton (di Unisel) untuk mendengar seorang lelaki yang egonya tinggi, terutama selepas dia akhirnya mendapat peluang untuk bercakap di hadapan mereka yang dia anggap sebagai bodoh, selepas sekian lama rakyat Indonesia tidak mahu mendengar atau menghormatinya," kata Zainudin pada rencananya di Utusan, menurut Jakarta Globe.
Sama membantah kenyataan Zainudin adalah Pengerusi parti pemerintah Indonesia – Parti Demokratik, Anas Urbaningrum.
"Bekas menteri dari Umno itu perlu diajar cara-cara untuk bersopan. Dia tidak harus mengheret mantan Presiden Habibie dalam persaingan politik mereka dengan menghinanya. Ini tidak patut berlaku," kata Anas dipetik.
Menurut akhbar itu lagi, beliau menyeru pemerintah Indonesia untuk menuntut maaf dari Zainudin kepada Habibie ke atas penghinaannya.

Selasa lalu, Menteri Luar, Marty Natalegawa dilapor berkata, Jakarta tidak melayan tulisan tersebut dan menganggap ia cuma 'perkara remeh'.

Marty dilapor menyifatkan kenyataan Zainudin adalah 'gila' dan tidak berminat untuk membaca rencana tersebut.

Katanya, kerajaan mempunyai banyak tugas berbanding memberi tumpuan kepada seorang bekas menteri dari Malaysia.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali semalam, mahu Zainudin mohon maaf atas penghinaannya ke atas Habibie dan Anwar, dan berkata, kenyataannya itu menambah ketegangan Malaysia-Indonesia.

Isu yang ditimbulkan Zainudin ini selepas Habibie memberi syarahan umum di Unisel pada 6 Disember lalu.


Blogger Ameno mana yang pengecut sangat neh...

Posted: 14 Dec 2012 12:30 AM PST

Deepak cabar siar video sepenuhnya

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.

Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.

Menurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.

Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.

Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.
"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan.
"Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.
"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan.
"Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya.- Malaysiakini


Misteri 'terowong Jepun' Palekbang akan didedah

Posted: 13 Dec 2012 09:37 PM PST

KOTA BHARU: Misteri penemuan barangan bersejarah yang didakwa 'terowong zaman Jepun' di tepi Sungai Kelantan kawasan Palekbang, Tumpat akan didedah dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata sehingga kini kajian sedang dijalankan dan hasil rumusan kajian itu akan didedahkan kepada umum.

Pencarian setakat ini katanya, berhasil menemui beberapa artifak antaranya syiling lama yang menunjukkan zaman pentadbiran kerajaan silam Kelantan.

Syiling itu katanya dipercayai dari Timur Tengah dan memberi gambaran kemungkinan Palekbang merupakan pelabuhan yang terkenal di zaman dahulu.

"Bagaimanapun ianya masih dalam kajian untuk mengetahui tahun sebenar ianya dikeluarkan,"ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, kajian lanjut sedang dilakukan di kawasan itu khususnya terhadap artifak yang berkemungkinan dari tiga zaman, iaitu zaman Melayu lama, zaman British dan Jepun.

Sebelum ini, seluruh Kelantan gempar dengan penemuan misteri terowong yang didakwa peninggalan Jepun ketika perang dunia kedua di Kampung Palekbang berdekatan Pangkalan Pasir Haji Manaf di negeri itu.

Ekoran itu, mula tersebar cerita mengatakan terowong bawah tanah itu panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga ke Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat kubu Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi.

Beberapa buah telaga yang dijumpai di kawasan tersebut didakwa lubang untuk turun ke terowong panjang terbabit.

Bagaimanapun ada pihak telah menafikan kewujudan terowong itu, malah lubang yang ditemui itu hanya telaga dan di bawahnya ada saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan.

Mengulas lanjut Husam berkata, telaga yang ditemui di situ besar kemungkinan ianya di zaman British dan bukannya sewaktu kedatangan Jepun.

"Saya yakin kawasan ini akan menjadi pusat pelancongan baru yang bakal menarik perhatian masyarakat dalam dan luar negara apabila ianya dijayakan sepenuhnya,"ujarnya.- Harakahdaily


Inilah anak muda yang paling digeruni Ameno...

Posted: 13 Dec 2012 08:50 PM PST

PERTEMUAN DENGAN ICAC POSITIF, YAKIN KES DIBUKA SEMULA

Delegasi KEADILAN telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada jam 230 petang, 13 Disember 2012. Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan yang memakan masa satu jam itu.

Delegasi KEADILAN juga mengadakan pertemuan susulan dengan YB James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC.

Delegasi KEADILAN disertai oleh YB William Leong (Ahli Parlimen Selayang), YB Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan), YB Chang Li Kang (ADUN Teja), Saudara Darell Leiking (Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang) dan saya sendiri.

Semasa pertemuan tersebut, saya yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuklah keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Michael Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC.

Begitu juga dengan akuan bersumpah oleh Dato' Seri Lajim Ukin yang menafikan bahawa wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

Malah, saya yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Dato' Seri Lajim Ukin akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong.

Pun begitu, ICAC memohon kerjasama kami untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan. Oleh yang demikian, kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan oleh ICAC.

Saya beranggapan bahawa permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi.

Oleh itu, walaupun ICAC tidak akan mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberikan mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

Pertemuan dengan YB James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang.

YB James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Dato' Seri Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram ("money laundering") yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain. Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia.

Perkembangan sihat di Hong Kong ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak SPRM dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
13 DISEMBER 2012


Tiada ulasan: