Addin |
- Zahid Hamidi, Mahathir Hadir Semata-Mata Mahu Lihat Rosmah Lancar Kapal TLDM
- Berita Gembira Ni Pasti Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno..
- Melaka Perkenalkan Teknologi Baru, Buat Jalan Daripada Marmar.. Saksikanlah!!
- Karpal Singh Bakal Di Singkirkan?
- Memalukan!! Pembohongan Umno BN Terbarai Di Serata Dunia..
- Rupanya Mamat Ni Dalang Pendedahan Deepak..
- Ini Penjelasan BJ Habibie Berkenaan Kenyataan Menghina Zainuddin Maidin
- Musuh Najib Makin Ramai Dalam Umno
- Sokongan Terbuka Cina Perak Terhadap YB Nizar Jamluddin.. Gambar Sebagai Bukti
Zahid Hamidi, Mahathir Hadir Semata-Mata Mahu Lihat Rosmah Lancar Kapal TLDM Posted: 14 Dec 2012 09:00 AM PST Kaduk naik junjung..itulah ayat paling sesuai untuk rosmah mansor. Mungkin tiada sebuah negara pun di dunia, isteri pm berlagak macam pm. Rakyat dah naik muak dengan gelagatnya. Terbaru rosmah lancar kapal TLDM dan hanya di perhatikan oleh menteri pertahanan, zahid hamidi, mahathir dan siti hasmah. Negara ni sudah jadi cacamarba angkara suami isteri ni.
| |||||||||||||||
Berita Gembira Ni Pasti Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno.. Posted: 14 Dec 2012 06:39 AM PST Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan. "Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji. "Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa. "Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa. "Saya harap penduduk gembira kerana penyerahan kunci dibuat tiga hari sebelum menyambut Deepavali," katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Buah Pala, semalam. Menurutnya, pihaknya dan beberapa individu lain antaranya Adun Sri Delima, S N Rayer, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersungguh-sungguh membela nasib penduduk kampung itu namun hampa berikutan sembilan penduduk lagi berkeras enggan menandatangani perjanjian penyerahan rumah baru. "Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang. "Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri. "Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu," katanya. Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak. "Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini," katanya. Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu. ~kd | |||||||||||||||
Melaka Perkenalkan Teknologi Baru, Buat Jalan Daripada Marmar.. Saksikanlah!! Posted: 14 Dec 2012 04:00 AM PST ALOR GAJAH - Penduduk Kampung Bukit Bonbon, Jalan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Kuala Sungai Baru, di sini, bengang kerana terpaksa melalui jalan utama yang rosak setiap hari. Tinjauan di sepanjang laluan empat kilometer yang menempatkan lebih 20 buah rumah penduduk mendapati laluan yang rosak teruk itu hanya diturap dengan serpihan batu marmar. Penduduk, Abd Razak, 50, berkata, kali terakhir laluan itu diturap pada 2007 sebelum ia rosak semula sejak setahun lalu. "Apabila masalah ini dikemukakan kepada pihak yang berkaitan, tindakan diambil tetapi seperti melepaskan batuk di tangga apabila bahan terbuang digunakan untuk menurap kerosakan jalan."Kami difahamkan pihak berkenaan menurapnya dengan batu buangan dari serpihan membina rumah, malah ada serpihan batu marmar tajam hingga tayar kenderaan pecah," katanya. Menurutnya, keadaan lebih membebankan pengguna apabila terpaksa melalui laluan itu pada hari hujan kerana air memenuhi laluan berlopak. "Ada juga penduduk bermotosikal turut membawa anak kecil tergelincir disebabkan struktur jalan yang rosak teruk," katanya. Abdul Razak berkata, masalah itu sudah diajukan sebanyak lima kali kepada pihak berkenaan namun tindakan yang diambil hanya mengecewakan penduduk. "Yang terbaru aduan ini diusulkan lima bulan lalu dan saya difahamkan peruntukan sudah diperoleh namun, tiada sebarang tindakan diambil untuk membaik pulih permukaan jalan," katanya. Penduduk, Mohd Asri Osman, 28, berkata, laluan itu menghubungkan Jalan Benteng dengan Rumah Awam Ayer Molek dan ia merupakan laluan utama bagi penduduk untuk ke pekan. "Saya sudah biasa menggunakan laluan ini untuk ke pekan sejak berpuluh tahun lalu, namun sudah banyak kali tayar motosikal saya pecah dan rim motosikal bengkok disebabkan jalan ini. "Bila hujan lebat permukaan jalan dinaiki air hingga pernah beberapa kenderaan sebelum ini terbabas dalam parit kerana mengelak lopak air," katanya. Menurutnya, terdapat pembetung mendap di laluan ini sehingga permukaan jalan tidak rata dan sempit. Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke dalam parit besar berhampiran. "Laluan yang mendap itu betul-betul bersebelahan dengan parit besar, jika pengguna gagal mengawal kenderaan terutama motosikal pasti akan terjatuh ke dalam parit itu," katanya. Sementara itu, Exco Kerjaya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka, Datuk Kapten (B) Abd Karim Sulaiman berkata, penggunaan serpihan bahan terbuang untuk menurap jalan adalah satu kesalahan. "Menggunakan bahan terbuang untuk menurap lopak jalan adalah tidak mengikut garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan pihak berkaitan dalam proses membaik jalan raya," katanya. Menurutnya, penggunaan bahan terbuang membabitkan serpihan tajam mengundang bahaya kepada pengguna selain merosakkan kenderaan seperti yang berlaku kepada penduduk di sini. ~sinar | |||||||||||||||
Karpal Singh Bakal Di Singkirkan? Posted: 14 Dec 2012 02:17 AM PST PETALING JAYA, 14 Dis - Pengerusi Dap Taman Chi Liung Indah, K.Yogasigamany mendedahkan kewujudan kelompok yang mahu menyingkirkan Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh dari dari Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menjelang Konvensyen DAP ke-16 yang bermula hari ini. Dalam sidang media tersebut beliau mendedahkan tindakan seorang pemimpin DAP Selangor, secara sulit telah bertemu dengan perwakilan dari DAP Klang dalam meminta sokongan dari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam usaha menyingkirkan nama Karpal daripada pemilihan pucuk pimpinan CEC. Beliau yang tidak mahu menamakan individu tersebut turut mendakwa anak kepada Karpal, Gobind Singh Deo akan dilobi dan dikempen untuk membolot jawatan penting dalam parti itu. "Ada pemimpin DAP Selangor telah bertemu perwakilan dari DAP Klang dan meminta sokongan dari Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan dirinya sendiri (pemimpin wanita DAP) yang mengiktiraf dirinya sebagai pemimpin tetapi tidak menamakan Karpal. "Ada ura-ura mahu Karpal digantikan dengan anaknya Gobind," katanya pada sidang media di Restoran Magic 1, di sini hari ini. Yogasigamany, bekas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi penggal Julai 2010 hingga Febuari 2012, sebelum ini pernah mendedahkan wujudnya campurtangan pemimpin tertentu dalam DAP dalam perlantikan Ahli Majlis MBSA bagi penggal 2012-2013 oleh DAP Selangor sehingga menyebabkan beliau dan beberapa nama lain yang dicalonkan tersingkir dan digantikan dengan pihak lain pada saat akhir. Wujud yang campur tangan dalam pelantikan ke jawatan itu bagi kuota parti itu hingga mengetepikan nama yang sudah dipilih. ~klpos | |||||||||||||||
Memalukan!! Pembohongan Umno BN Terbarai Di Serata Dunia.. Posted: 14 Dec 2012 12:57 AM PST Memalukan!! Satu lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa "sengaja" memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP. Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara. Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM "memudahkan" silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara. "Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita," kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan 'A' yang diperolehi semasa peperiksaan," tambah mereka. Jelas kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut. Kajian berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas. Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata. Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata. Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata. Tambah mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM. "Penurunan Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM," kata Pua dan Ong. Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki. Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini. "Bagi PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011. "Pada masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik)," kata mereka. TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut. Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara mencapai negara berpendapatan tinggi. Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini jelas Tony dan Ong perlu mengakui secara terbuka kementerian berkenaan melakukan tindakan "memudahkan" silibus dalam sistem pendidikan negara. "NEB perlu secara terbuka mengakui terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita," kata mereka."Pelan tersebut bukan sahaja mengabaikan perkara itu, malah turut memuji pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM. "Sekiranya Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin gagal untuk memulihkan proses tersebut, dan meningkatkan standard peperiksaan dan silibus kita, kami yakin, bukan hanya setakan NEB akan gagal, kedudukan Malaysia dalam TIMSS akan terus menjunam pada masa akan datang," tegas mereka lagi. ~jalanpulang | |||||||||||||||
Rupanya Mamat Ni Dalang Pendedahan Deepak.. Posted: 13 Dec 2012 11:02 PM PST Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.Menurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno. Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya. "Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan."Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar. "Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan."Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya. ~mkini Addin: Rupanya mamat dalam umno yang mahu gulingkan najib.Orang dalam umno sendiri benci najib dan rosmah. Mereka nampak umno bn bakal hancur sekiranya najib tak mahu berundur sebelum pru 13. Jadi jalan pintas supaya najib berundur adalah mendedahkan salahlaku najib. Deepak dan musa hassan adalah agenda dalam umno untuk menggulingkan najib. Umno bn tumbang bukan hanya tentangan di luat umno tetapi yang lebih parah adalah dari dalam umno. Inilah pertolongan daripada Allah SWT yang tidak di sangka-sangka. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah SWT. | |||||||||||||||
Ini Penjelasan BJ Habibie Berkenaan Kenyataan Menghina Zainuddin Maidin Posted: 13 Dec 2012 07:57 PM PST JAKARTA - Mantan presiden RI ke-3, BJ Habibie menganggap hinaan dan pelecehan yang dilontarkan mantan menteri penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai sebuah pujian. "Kalau ada yg menghina Anda, anggap aja sebagai sebuah pujian bahwa dia berjam-jam memikirkan Anda, sedangkan Anda tak sedetik pun memikirkan dia," ujar Habibie melalui akaun facebook The Habibie Center. Dalam tulisannya, Zainuddin menuding Habibie sebagai pengkhianat bangsa, lantaran semasa menjabat Presiden RI, Indonesia harus kehilangan Timor Timur (sekarang Timor Leste). Bahkan, Zainuddin menyebut The Dog of Imperialism dan lengsernya Habibie yang merupakan pemerintahan tersingkat dan jatuh dalam kehinaan. Penghinaan mantan menteri Malaysia itu mendapat kecaman dari tokoh dan masyarakat Indonesia.Sikap Habibie yang menganggap penghinaan itu sebagai bentuk pujian mendapat simpati dari masyarakat.Habibie dinilai sebagai negarawan sejati ~republika | |||||||||||||||
Musuh Najib Makin Ramai Dalam Umno Posted: 13 Dec 2012 07:16 PM PST Jika dihitung, masa sudah tidak banyak berada di pihak presiden Umno, Najib Altantuya untuk memulihkan kembali semangat ahli parti itu menjelang pilihanraya umum akan datang.Kempen dan roadshow yang biasanya disalahgunakan perdana menteri beberapa bulan sebelum pilihanraya umum bagi menunjukkan keprihatinannya kini umpama 'senjata makan tuan' apabila kakitangan kerajaan dan agensi di bawahnya dikerah hadir semata-mata mahu menunjukkan ramai yang masih memberi sokongan walau ia dusta belaka. Tidak lama selepas pulang dari Pulau Pinang dengan nota memalukan, satu demi satu imejnya dan suaminya, Rosmah Mansor dicalarkan dengan siri pendedahan Deepak Jaikishan, Musa Hassan dan skandal yang membabitkan ketua menteri Sabah, Musa Aman. Musuh Najib Altantuya semakin lama semakin ramai menyebabkan timbul persoalan bagaimana Umno mahu mengepalai Barisan Nasional (BN) menghadapi Pakatan Rakyat yang terus mendapat sokongan rakyat walau sedikit terjejas dek kerana mainan politik jahat MCA di Kelantan. Dijangka, Najib Altantuya akan keseorangan menghadapi semua ini tanpa bantuan ketiga-tiga orang Naib Presiden Umno yang digelarnya 'ekor' (merujuk kepada bilangan haiwan) dalam perhimpunan agung parti reput itu akhir bulan lalu. Kini, masa sudah semakin suntuk buat Najib Altantuya membaiki kerosakan yang dilakukannya sendiri berikutan pengakuan Deepak bahawa mereka berdua pening kepala bagaimana mahu menyelesaikan tuntutan bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada malam akuan bersumpah pertama terbongkar di Sri Satria, kediaman rasmi timbalan perdana menteri ketika itu. Rosmah yang bertindak selaku 'pengarah' meminta isterinya Najib Altantuya menghubungi adiknya, Nazim Razak bagi menyelesaikan tuntutan Bala sebanyak RM5 juta dan menghilangkan diri bersama keluarga ke India tidak lama selepas itu. Tambah memeritkan lagi, tindakan Muhyiddin Yassin yang terus 'buat bodoh' biarpun sudah diminta membantu Najib Altantuya sudah cukup memberi isyarat bahawa kepimpinannya sudah tidak lagi diperlukan Umno yang sudah dianggap 'bernafas dalam lumpur' menghitung hari dihukum rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat. Kini, yang menjadi pertentangan bukan lagi Mahathir dan Najib Altantuya tetapi Mahathir dan Rosmah yang dianggapnya 'lebih sudu dari kuah' menguasai segenap pelusuk hal ehwal pentadbiran negara, pun akibat kelemahan Najib Altantuya sendiri yang cukup takut dengan suaminya hingga boleh merosakkan negara dalam jangka masa panjang. Harapnya ahli Umno boleh menerima hakikat bahawa perjuangan mereka sudah tidak lagi relevan dengan kehendak semasa yang mahukan kerajaan yang bebas rasuah, boleh memberi peluang pekerjaaan yang lebih baik selain mampu mengurangkan beban hidup mereka terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu yang indeks harga barangan meningkat hingga lebih 7.5 peratus sekarang. Umno mesti bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami negara dan cara penyelesaiannya bukan setakat menurunkan Najib Altantuya dan Rosmah tetapi menumbangkan Umno dan BN dalam pilihanraya umum yang cuma tinggal empat bulan dari sekarang. ~jalanpulang | |||||||||||||||
Sokongan Terbuka Cina Perak Terhadap YB Nizar Jamluddin.. Gambar Sebagai Bukti Posted: 13 Dec 2012 05:46 PM PST Semakin teruk Chua Soi Lek menghina Islam dan hukum hudud, semakin tegar komitmen orang Cina terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)! Cina Langkap rajin datang mesyuarat, berbincang dan menghulurkan sumbangan tenaga dalam apa-apa aktiviti PR, khususnya PAS di Langkap. PAS adil untuk semua orang. Kata Cina Langkap. Siapa pulak Cina Langkap ni? Langkap sebuah pekan kecil yang dihuni oleh majoriti kaum Cina. Langkap terletak dalam DUN Sungai Manik. Jika komer ikut jalan ka Ipoh dari Kuala Lumpur, masuk ke Teluk Intan, belok ke Chui Chak, komer akan jumpa Langkap, sebelum jumpa Air Kuning, Mambang di Awan eta... Sebut Langkap, orang akan teringat Perang Parang Panjang Sungai Manik! Apapun Yong tidak akan pergi kepada sejarah permusuhan Melayu dan Cina Langkap, kerana episod itu telah berlalu dan wajib dilupakan. Oleh itu tidak hairan jika dulu Cina Langkap dan Chui Chak amat prejudis dengan orang Islam. Begitu benci kaum itu pada Melayu, DULU! Ini kerana orang Melayu kata Cina tu kominis. Cina pulak kata memeluk agama Islam, maknanya masuk Melayu! Sekarang demer tahu Islam bukan bermakna Melayu! Islam untuk semua kaum. Demer tahu itu semua dakyah BN (ameno + MCA) Ini dibuktikan apabila Cina Langkap tidak lagi risau ketika petugas PAS memberi penerangan tentang perjuangan PAS dan Islam. Malahan demer berkata, kalau Nizar bertanding di Sungai Manik, Cina Langkap akan mengundinya. Sebab Cina Langkap mahu Nizar jadi MB Perak. Kata ketua demer: Tuhan Allah suruh orang buat baik. Jangan tipu. Jangan rasuah. Jangan pukul orang. PAS adil kepada semua kaum kerana ia parti percaya kepada Allah. Prejudis Cina Langkap kepada Islam dan Melayu telah dikikis dan dilempar jauh-jauh! Moh kita berkenalan dengan Cina Langkap:
~yong suka kuning Addin : Insya Allah.. Perak akan kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat. Dari pemerhatian Addin yang selalu berulang alik ke Perak, nampak aura kebangkitan rakyat Perak yang mahu menumbangkan rejim haram Zambry Kadir tajaan Najib. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan