Sabtu, 1 Disember 2012

shalehudin

shalehudin


Suara hati perwakilan yang Utusan takkan siarkan

Posted: 01 Dec 2012 10:15 AM PST

MIMPI DI SIANG HARI!!! UMNO mahu rampas Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat

KEBENARAN ITU PAHIT DAN MENYAKITKAN.

Inilah hakikat yang UMNO mesti terima dan telan, berdasarkan pengakuan seorang perwakilan yang mendedahkan kepincangan pemimpinnya sendiri!!!!!

UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke 13.

Alasannya pemimpin UMNO di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.

Perwakilan Pemuda dari Bukit Mertajam, Ramlan Ahmad memberitahu;
  • "Beberapa bahagian sangat teruk."
  • "Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).
  • "Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.
  • "Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.
  • "Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.
  • "Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang," kata Ramlan lagi.
  • `Terpinggir dan terhapus'
Bagaimanapun, beliau enggan fotonya diambil kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pemimpin UMNO di bahagiannya.

Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mahmud dari Bukit Gelugor menambah, Pakatan Rakyat akan menang lagi di Pulau Pinang dalam pilihanraya akan datang.

Pemimpin UMNO bercakap sahaja tetapi tidak buat kerja untuk rakyat, dakwa Mahmud.

Beliau mengaku takut jika DAP terus berkuasa di Pulau Pinang kerana orang Umno akan semakin terhapus.
"Sekarang pun dalam tempoh empat tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kami sudah terpinggir.
"Kalau tambah empat tahun lagi kami semua akan terhapus," ujar Mahmud.
Dalam pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat menyapu bersih 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diketuai DAP dan KEADILAN manakala Umno keseorangan menjadi pembangkang dengan 11 kerusi setelah kesemua calon BN lain dari MCA, MIC dan Gerakan tumbang satu-persatu hingga tidak ada seorang pun wakil BN selain Umno dalam dewan undangan negeri.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen di seluruh negeri itu termasuk di bahagian pulau dan tanah besar.

Sekali lagi DAP mendahului dengan tujuh kerusi parlimen diikuti KEADILAN dengan empat manakala UMNO cuma tinggal dua masing-masing di parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor di bahagian tanah besar.

SEKURANG-KURANGNYA MAMAT ..OOPPSSS MAMAK NI BERKATA BENAR.. BERKATA BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA BUKANNYA CAKAP SEKADAR SYOK SENDIRI HIDU GAM.

DIA SEBAGAI PEMIMPIN PEMUDA PERINGKAT AKAR UMBI TAHU PERANGAI SEBENAR PARA PEMIMPIN UMNO DIPERINGKAT BAHAGIAN DAN CAWANGAN.

ITU BARU PULAU PINANG... NEGERI-NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN RAKYAT PUN BEGITU JUGA... RAKYAT SUDAH DAPAT MENILAI DAN MEMBEZAKAN ANTARA PR DAN UMNO MEMERINTAH....

SEBAB ITU TUN M PERNAH CAKAP.. APABILA NEGARA INI JATUH KETANGAN PR, TERLALU SUKAR DAN SEMACAM MUSTAHIL UMNO AKAN RAMPAS KEMBALI.

UMNO TUMBANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA GEMILANG....UMNO TERSUNGKUR NEGARA MAKMUR. ~ PASPB


Betoi kata Umno, PAS dah sesat... Ini buktinya

Posted: 01 Dec 2012 07:45 AM PST

Cuitkan minda dan gegarkan sedikit akal...Lihat dengan mata kepala sendiri dengan gambar diajak berbicara demi pencerahan minda.

Jangan kita hina kebijaksanaan diri kita sendiri disebabkan anutan politik sambil menolak kebenaran yang jelas terpampang didepan mata.

Kebenaran itu perit. Terimalah kenyataan walaupun dari musuh politik anda. Kebenaran dan kesahihan tidak boleh diselindung dan diselimut dengan dipadam hitam dimedia arus perdana kerana kini kita sedang berada dizaman informasi dihujung jari.~ OMAK KAU


PANAS: Satu Rahsia Besar akan dibongkar... Tunggu!!

Posted: 01 Dec 2012 03:51 AM PST

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT JOHOR!!!

Selain 3 tokoh besar akan sertai PAS, satu 'Rahsia Besar' akan dibongkar... tunggu Mat Maslan...
Sejak jadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berpuluh kali Datuk Ahmad Maslan ugut nak saman saya.

Hari ini dia kata nak saman saya lagi pasal dakwaan fitnah penjualan minyak sawit kepada sykt Yahudi, Bunge Agribusiness Singapore.

Dia juga tuduh kejatuhan saham FGVH kerana saya memburuk-burukkan FGVH. Saya dianggap manusia paling jahat yang dia temui.

Wahai Datuk Ahmad Maslan, esok malam; satu lagi 'rahsia besar' akan saya dedah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor.

Telah saya katakan 75% Pegawai Kanan Felda bersama ANAK. Maklumat dihujung jari!

Insyaallah, tekad saya untuk 'londeh' secara terperinci penyelewengan berbilion wang peneroka oleh pengkhianat2 yang diketuai Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad.

Tiga Tokoh besar akan serah borang PAS.

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI DAN SEBARKAN!

Mazlan Aliman


PANAS: Anwar jadi EJEN Perancis pulak dah...

Posted: 30 Nov 2012 11:36 PM PST

NAJIB GELABAH!!! Hakim Perancis akan ke Malaysia jika kerajaan enggan kerjasama

Hakim Penyiasat Perancis yang terlibat dalam kes ini adalah Roger Le Roire dan Serge Tounaire.

KUALA LUMPUR 30 November: Hakim Mahkamah Perancis akan ke sini jika tidak mendapat sebarang kerjasama dari kerajaan Malaysia dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah Scorpene.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan, saksi boleh disepina dan dikenakan waran tangkap jika mereka gagal mengikut perintah mahkamah.
"Perbicaraan tersebut akan dijalankan di sini oleh hakim Perancis berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan.
"Itu antara pilihan yang mereka (saksi) ada," katanya ketika dihubungi.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, Mahkamah Perancis memandang serius kes tersebut dan tidak akan mengenepikan bukti-bukti berkaitan.

Beliau mengambil contoh kes rasuah melibatkan anak kepada Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Nguema Obiang Mangue yang dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Perancis kerana gagal hadir perbicaraan.
"Jelas, mahkamah tidak akan segan silu untuk keluar waran tangkap jika mereka terbabit tidak mematuhi arahan," kata Tian.
"Walaupun kerajaan Malaysia berusaha untuk sembunyi kes ini, kes tetap tidak akan ditutup," tegasnya.
Hakim Penyiasat Perancis yang terlibat dalam kes ini adalah Roger Le Roire dan Serge Tounaire.
Dalam taklimat oleh peguam Apoline Cagnat di Singapura, Selasa lalu, beliau menjelaskan Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina.

Beliau menegaskan, tiada sesiapa memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan, termasuk Perdana Menteri.

Saksi lain yang turut disenarai Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk disepina adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev; penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan seorang korporat, Lodin Wok Kamaruddin.

Apoline turut menyatakan, rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis.- KD


Tolong jangan gelak...

Posted: 30 Nov 2012 09:27 PM PST

1. Tiada jihad di palestine sebab kekuatan tak balance. Kalau kita nak serang orang, kekuatan kita kena tidak kurang dari setengah orang yang kita ingin perangi.

2, Tidak guna berjihad sebab tiada persediaan dari segi ketenteraan, senjata, persediaan rohani [akidah] dan persediaan zahir.

3. Salah boikot perniagaan yahudi kerana barangan yang dijual itu halal, bukan haram.

4. Tidak salah menjalankan perniagaan dengan yahudi kerana Rasul Allah pun melakukan urusniaga dengan yahudi. Asalkan dalam perkara2 yang halal.


Rupanya jihad kat Palestin dah berpindah mai kat dalam badan Umno, Jihad perangi Anwar...


Roti canai Najib satu...

Posted: 30 Nov 2012 07:35 PM PST

LKS: Najib sepatutnya jawab dakwaan Deepak

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya menjawab dakwaan serius ahli perniagaan Deepak Jaikishan terhadap keluarga perdana menteri itu yang didakwa turut melibatkan kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Bukan (Datuk Seri) Zahid (Hamidi) tetapi Najib sendiri yang sepatutnya menjawab dakwaan itu dalam ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno ke-66 esok," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Zahid yang juga naib presiden Umno bahawa beliau akan menjawab dakwaan Deepak terhadap keluarga Najib dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno esok.

Dalam satu kenyataan semalam, Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh berkata, Najib sepatutnya menjawab dakwaan itu atas tiga sebab:
Pertama, dakwaan Deepak melibatkan keluarga Najib, yang mana dia mendakwa telah membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu projek kementerian pertahanan pada 2005 yang bernilai RM100 juta sewaktu Najib merupakan menteri pertahanan.
"Memandangkan Najib bukan sahaja hadir tetapi juga mengepalai Umno, beliau sepatutnya menjawab kerana apa sahaja yang dikatakan Zahid tidak lebih sekadar khabar angin dan tidak mempunyai kewibawaan dan legitimasi," katanya.
Kedua, hubungkait Deepak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi Altantuya.Katanya, Deepek telah meluahkan kekesalan melibatkan diri dalam rancangan membuatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat Akuan Bersumpah (SD) kedua, menarik balik SD pertama yang mengaitkan Najib dengan warga Mongolia Altantuya.
"Di dalam satu wawancara Deepak mengatakan yang beliau terlibat dalam kes Bala bagi membantu "keluarga perdana menteri".

"Sekali lagi, jawapan Zahid terhadap dakwaan Deepak tidak akan memuaskan kerana hanya Najib yang sesuai menjawab dengan berwibawa semua dakwaan itu," katanya.
Ketiga, ini merupakan batu uji kepada ucapan dasar presiden Umno itu kelmarin yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak sepatutnya diberikan peluang untuk memenangi pilihan raya Umum ke-13 memandangkan Umno/BN mampu membawa kejayaan besar memerintah Malaysia sejak lima dekad lalu – salah satunya adalah "keampuhan institusi negara".
Lim mendakwa, keburukan dakwaan skandal Deepak/Bala/Altantuya adalah pengakuan memalukan, bukan kepada kejayaan tetapi korupsi dan memusnahkan "keampuhan institusi negara" kerana mendakwa, Malaysia tidak mungkin terjerumus ke keadaan buruk dalam kes pembunuhan Altantuya sekiranya pelbagai institusi negara memelihara dan menegakkan integriti, kebebasan dan profesionalisme mereka.

"Adakah Najib bersedia menyangkal tuduhan-tuduhan terhadapnya, kerajaannya dan negara dengan menyerahkan dirinya untuk satu siasatan awam yang menyeluruh dan bebas terhadap skandal Deepak/Bala/Altantuya dan mengumumkannya semasa penggulungan perhimpunan agung Umno esok?" soalnya.

Menurut Lim, sekiranya Najib bersedia berbuat demikian maka permohonan maafnya di dalam ucapan dasarnya bagi pihak kepimpinan Umno atas sebarang kekhilafan adalah jujur.

"Jika tidak, permohonan maafnya tidak lebih daripada sekadar retorik," tegas Lim lagi.- Malaysiakini


JOM dengar Bapa Altantuya sebut nama Najib...

Posted: 30 Nov 2012 06:35 PM PST

Memang video ni agak lama tapi ia penuh nostalgia...
Apakah ini jugak sebahagian dari nawaitu Najib memintak maaf dalam PAU ke 12??

Najib tambah serabut kepala...
Dah tak cukup jari nak gigit...



MAAF: Najib dah tak cukup jari nak gigit, kahkahkah...

Posted: 30 Nov 2012 04:50 PM PST

Ini Saranan Bakal PM Malaysia Selepas PRU 13 nanti...
"Kalau takdir ke Putrajaya hari ini, esok pengumumannya begini: Saya dengan ini mengisytiharkan harga minyak turun, berkuatkuasa serta merta" 
"Jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum akan datang, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Pembangkang, tetap akan diberi permit untuk ceramah"

TERBAEK: Ust Salman jawab fatwa Ulama Ameno...

Posted: 30 Nov 2012 04:10 PM PST

Berikut adalah ringkasan fatwa tentang betapa dukacitanya ulamak muda Umno setelah dia dapati tiadanya Jihad di bumi Palestin.... [Video penuhnya boleh ditonton dibawah]

1. Tiada jihad di palestine sebab kekuatan tak balance. Kalau kita nak serang orang, kekuatan kita kena dua kali ganda dari orang yang kita ingin perangi.

2, Tidak guna berjihad sebab tiada persediaan dari segi ketenteraan, senjata, persediaan rohani [akidah] dan persediaan zahir.

3. Salah boikot perniagaan yahudi kerana barangan yang dijual itu halal, bukan haram.


4. Tidak salah menjalankan perniagaan dengan yahudi kerana Rasul Allah pun melakukan urusniaga dengan yahudi. Asalkan dalam perkara2 yang halal.

Ini jawapan Ustaz Salman terhadap soalan mengenai fatwa 'tiada Jihad di Palestine'.

Dan ni pulak adalah video penuh dari ulamak muda Umno untuk sama-sama kita nilaikan....


Tiada ulasan: