Sabtu, 1 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nak bodek Najib punya pasal.. Khairy tipu statistik pengikut FB Anwar Ibrahim..

Posted: 01 Dec 2012 06:29 AM PST


Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada UMNO, kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Datuk Seri Najib lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ~ Malaysiakini

Kurang pasti pula aku samada sekali lagi Khairy Jamaluddin dibekalkan dengan fakta yang salah.. atau fakta yang memang dijadikan salah olehnya sendiri..

Dulu semasa berdebat dengan Rafizi Ramli banyak juga faktanya adalah salah..

Kali ini yang salah ialah tentang jumlah penyokong Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khairy kata jumlahnya tidak sampai 200 ribu orang.. tapi hakikatnya.. lihat di bawah..


Jumlahnya ialah 408,878 bukannya tak sampai 200,000 seperti yang Khairy dakwa..

Tentang kemenangan kumpulan Pro Aspirasi pula.. Khairy sorok Pro-Aspirasi kalah di kampus utama berpengaruh yang menjadi tulang belakang pergerakan mahasiswa seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mereka hanya menang di kampus tidak berpengaruh seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Dan kemenangan mereka dibayangi penipuan, salah guna kuasa bahagian hal ehwal pelajar (HEP) yang menyelia pilihanraya kampus selain kecondongan pentadbir universiti yang terlebih UMNO dari UMNO...

Seperti dijanjikan Zahid Hamidi semalam.. Ini jawapan Zahid buat tuduhan Deepak..

Posted: 01 Dec 2012 02:41 AM PST


Ketika ditanya wartawan mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian pertahanan berhubung beberapa dakwaan yang dibuat Deepak sebelum ini, Zahid Hamidi menjawab "Esok saya akan jawab dalam ucapan penangguhan,".

Deepak sebelum ini mendakwa membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

Dan hari ini ucapan penggulungan dan penagguhan telah di sampaikan oleh Zahid Hamidi sebentar tadi..

Berikut adalah intipati ucapannya yang dicatat oleh sebuah blog Pencacai UMNO..

Kerajaan pimpinan Presiden banyak memberi sumbangan kepada negara dan dunia. Semalam PBB mengiktiraf Palestin sebagai negara dan itu sebahagian daripada usaha beliau dan beliau telah menghantar Menteri Luar untuk membantu melobi Palestin mendapat pengiktirafan.

Hamas juga dijemput dan mereka menghantar pemerhati dan ia sebagai pengiktirafan Malaysia terhadap Hamas dan Hamas terhadap negara Malaysia.

Fardu Kifayah di peringkat antarabangsa termasuk memberi bantuan ke negara-negara menghadapi bencana dan bergolak melalui Putera UMNO.

Semasa gempa di Aceh dan Jogjakarta kita yang sampai dahulu, bukan duit bantuan dari kerajaan tetapi duit dari UMNO.

Di Jogjakarta Malaysia dituduh bantuan dihantar untuk menebus dosa, jadi Zahid Hamidi menjawab menggunakan bahasa Jawa, dan disambut hilai tawa perwakilan.

Ketua-ketua negara ASEAN dan Obama sendiri juga bertemu Perdana Menteri sehingga gencatan senjata di Gaza dilaksanakan, termasuk MILF saya diarahkan dan telah masuk bertemu dengan semua pemberontak menunjukkan keprihatinan Malaysia terhadap krisis di Mindanao.

Kejayaan itu adalah kejayaan UMNO dan diterima oleh peringkat serantau dan antarabangsa.

Berharap media troopers berada dalam satu payung dan saf yang sama UMNO akan menghargai jasa pengendali media troopers.

Serangan bertali arus memerlukan UMNO turut mempunyai hubungan baik di alam maya juga.

Kajian Fakulti Media UiTM hanya 17 peratus atas pagar dan 4 peratus sahaja tidak puas hati dan selebihnya sangat berpuas hati dengan kepimpinan Presiden.

Hargailah sumbangan Angkatan Tentera yang menjaga keselamatan negara, jika tidak berterima kasih sekalipun, jangan hina mereka.

Usaha telah dilakukan, tawakal kepada Allah, kita doakan agar UMNO dan BN capai kejayaan cemerlang PRU-13

Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akhiri penggulungan.

Ada dia sentuh pasal tuduhan rasuah oleh Deepak terhadap Najib?.. langsung tak ada...

Sebaliknya, beliau menghabiskan sebahagian besar ucapan penggulungannya selama 20 minit di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, menzahirkan puji-pujian terhadap usaha Najib di peringkat antarabangsa, dan seterusnya mengkritik parti-parti pembangkang.

Tujuannya ialah.. memandangkan ucapan Zahid disiarkan oleh TV3 yang ditonton oleh ramai lagi ahli UMNO yang tidak ke PWTC, maka perkara itu tidak disebut.. ianya bagi mengelakkan ahli UMNO yang tidak tahu bahawa Deepak telah menuduh Najib terlibat dengan rasuah mengetahui perkara itu..

Ianya juga bagi membuktikan kepada rakyat yang tidak punya capaian internet bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang bersih sehingga tiada sebarang tuduhan rasuah melibatkannya...

Atau mungkin juga semalam telur beliau telah dijentik oleh seseorang kerana keceluparannya yang gatal hendak menjawab bagi pihak Najib itu..

Tapi.. ada sahabat dari UMNO kata..amanat Presiden tidak membenarkan sebarang perkara  yang buruk mengenai pemimpin dibahaskan.. mungkin itu sebabnya..

Tak yakin pertahan Bentong, MB Pahang tak jadi nak potong telinga.. (Video Inside)

Posted: 30 Nov 2012 11:52 PM PST


Tak sampai 24 jam, MB Pahang mengeluarkan kenyataan yang jelas bongkak dan takbur dengan berkata beliau akan memotong telinganya jika DAP boleh menang di Bentong.

Hari ini.. mungkin kerana menyedari apa yang diucapkannya itu bakal menjadi kenyataan dan beliau akan kehilangan sebelah telinga berdasarkan momentum yang ditunjukkan rakyat kini..

MB Pahang menarik balik balik kenyataannya itu.. Katanya beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.

Laporan berkaitan..

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.

"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...

"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.

"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.

"Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Adnan menyatakan keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP. "... DAP tidak boleh menang di Bentong.

Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya semalam.

Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong~ Malaysiakini

Tengok muka dia semasa berkias kononnya... serius gila..


Kalau pemimpin UMNO sendiri dah mula hilang keyakinan.. pencacai UMNO sibuk nak pertahan UMNO lagi buat apa??

Anwar bukan pengurus ekonomi yang cekap?.. Betulke?.. Cuba bandingkan angka-angka ini..

Posted: 30 Nov 2012 04:30 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pengurus ekonomi yang cekap kerana gagal menangani krisis kewangan Asia yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

 "...terbukti, menteri kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi ketua pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap," kata Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Itu kata Najib.. kata-kata yang tak lebih dari tuduhan membabi-buta tanpa disertakan sebarang fakta..

Cara terbaik menilai keupayaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:


Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tatkala Dato' Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% - 10% dalam tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib (2009) telah membawa ekonomi negara dari tahun pertama pentadbirannya ke arah sebaliknya dan menjurus ke arah ekonomi yang semakin gawat, sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.

Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9% - 10% semasa Dato' Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan yang lembap sekitar 4% - 5% sekarang, disamping pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti kos sara hidup yang semakin tinggi.

Rekod ekonomi Dato' Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang berjaya mencapai belanjawan lebihan.

Selepas beliau, menteri-menteri kewangan UMNO mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang boros dan tidak berhemah sedangkan hasil tidak bertambah.

Justeru itu, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.

Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim:


Sepanjang tempoh Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997.

Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hutang negara yang diterajui oleh Dato' Sri Najib Tun Razak kini mencecah RM 456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 % daripada KDNK.

Kegilaan berhutang dan belanja secara boros ini berlaku tatkala Dato' Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Dato' Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:


Tatkala Dato' Seri Anwar Ibrahim berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan, tidak membebankan PETRONAS dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10%,

Dato' Sri Najib Tun Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang PETRONAS, hutang negara meningkat 5 kali ganda, bajet defisit berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar 4% - 5% sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia lebih arif membezakan angka-angka ini. Pimpinan negara perlu fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negara dengan berpandukan angka-angka yang objektif ini, bukannya cuba memutarbelitkan prestasi ekonomi negara kerana takut dengan wibawa Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang teruji dan berupaya memacu pertumbuhan yang tinggi dan menjamin prinsip distributive justice untuk semua rakyat.


*Sebahagian dari Kenyataan Media oleh AZMIN ALI, TIMBALAN PRESIDEN, PARTI KEADILAN RAKYAT pada 30 November 2012*

Tiada ulasan: