Rabu, 12 Disember 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Terkini: Karpal cabar Hadi (12/12/12)

Posted: 11 Dec 2012 08:28 PM PST


Suka tak suka kita perlu bertanya adakah isu yang sedang bergolak di Kota Bharu, iaitu yang melibatkan tindakan MPKB-BI (Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam) terhadap salon unisex dan mereka yang berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk melonjak menang dalam PRU ke 13 ini.
Setidak-tidaknya itulah yang berada dalam kepala Pengerusi DAP Karpal Singh.

Menurut berita terkini The Star Online, Karpal mencabar Presiden PAS agar menyatakan pendirian PAS terhadap isu "gender segregation" atau pemisahan antara jantina lebih tepat lagi isu aurat dalam Islam menurut pegangan PAS.

Karpal mendakwa:
"The last that the DAP would want to do would be not to scuttle efforts by the opposition pact in its quest to capture Putrajaya in the coming election," Karpal said.

Sekali lagi PAS berhadapan dengan isu prinsip. Adakah matlamat menghalalkan cara atau bagaimana.
Nampaknya alasan bahawa orang bukan Islam akan diberi penerangan, mereka tidak jelas kerana mereka tidak faham sudah tidak boleh diguna lagi mutakhir ini. Pimpinan PAS perlu bijak memberikan penjelasan agar:

1. Ajaran Islam sebenar difahami bukan hanya oleh bukan Islam termasuklah oleh yang Islam
2. Rakan-rakan dalam Pakatan boleh faham dan terima PAS sebagai rakan
3. Peluang PAS dan Pakatan menang cerah
Diharapkan setelah memberi penjelasan di atas Karpal khasnya tidak lagi mengeluarkan kenyataan terbuka yang sedimit sebanyak mencederakan Islam dalam komentarnya yang pedas-pedas itu.

Semoga Allah memberikan bimbingan kepada pimpinan PAS dalam usaha mempertahankan prisnip dan dalam waktu yang sama berdakwah melalui politik.

 

1 ulasan:

pemerhati bebas berkata...

moga Karpal ni cepat mampos
hahaha hihihi huhuhu