Rabu, 12 Disember 2012

ILHAM NAJMI

ILHAM NAJMI


Janji di tepati: Habis madu sepah dibuang..

Posted: 11 Dec 2012 09:43 PM PST

PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.
Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Alisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
"Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan.

Ha ha ha.. Org yg selalu terjah masuk dlm fb saya dengan ulasan tak puas hati kerana melayu bergaduh sama melayu... Apa komen anda bila Melayu halau Melayu keluar dari rumah

Tiada ulasan: