RAKYAT MARHAEN |
- Jelajah Mobilisasi #KL112 Siri Kedua – Kedah |28Dis | 8.45mlm | Taman Ria Mesra| Gurun |
- KETUA UMNO BAHAGIAN PANDAN, DIPENJARA 8 TAHUN DAN DENDA RM1JUTA OLEH MAHKAMAH SESYEN KERANA DAPATI BERSALAH ATAS 10 PERTUDUHAN RASUAH!!!!
- Rebat RM200 “indah khabar dari rupa”
- Insiden di Kampung Manchis: MCA lagak samseng ikut perangai UMNO
- Keputusan pilihanraya 'predictable'
- Lagi jeneral Syria berpaling tadah
- Bapa Dijel 30 Bulan Dera Anak
- Amanat: Ulama PAS tunggu ulama Umno debat
- Dewan Ulama: Keluarkan semula Amanat Hadi
- Pemimpin Umno BN pandang enteng tapi Anwar ‘tabik’ pemandu teksi
- Himpunan 12 Jan hantar isyarat akhir buat SPR
- 'Kita minta permit dia kasi tayar'
- Deepak tarik saman terhadap Putrajaya, unit LTAT beli syarikatnya
- Inilah Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia
- Candidate-vetting: A ploy backfires
- Masa depan pemandu teksi ditangan siapa?
- PRU13: Tuntutan Bersih lantang kerana sikap SPR
- ISA SAMAD PUCAT GIGI
- Banjir: 2 maut di Negeri Sembilan, Terengganu
- Deepak tarik balik kes saman terhadap Raja Ropiah,pemimpin UMNO Wanita Selangor ...
- Hahaha...kalau tak menipu bukan UMNO BN nama-nya...
- PERHIMPUNAN RAKSASA PEMANDU-PEMANDU TEKSI BERSAMA DSAI DI PUSAT DEWAN SIVIK PETALING JAYA, TIADA SAMBUTAN....
- Anwar: Pemandu teksi 'penggerak khas' Pakatan tawan Putrajaya
- BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Senarai 20 orang kroni UMNO yang dapat tanah didedah, calon parlimen UMNO pun ada .....
- SU Agung Pas: Saya optimistik PR akan kekal
Jelajah Mobilisasi #KL112 Siri Kedua – Kedah |28Dis | 8.45mlm | Taman Ria Mesra| Gurun | Posted: 27 Dec 2012 08:51 PM PST |
Posted: 27 Dec 2012 08:50 PM PST |
Rebat RM200 “indah khabar dari rupa” Posted: 27 Dec 2012 08:49 PM PST KALAU dibelek berita terkini atau laman sosial. Antara yang terhangat sekarang adalah kisah rebat RM200 untuk telefon pintar. Tentu masih segar dalam ingatan gambar daripada sebuah akhbar bagaimana seorang mahasiswa mengeletik suka apabila rebat itu diumumkan. Terang lagi bersuluh rebat itu tidak lain untuk memancing undi anak-anak muda. Sebab itulah usia minimum untuk layak mendapat rebat ini adalah 21 tahun. Beri pada belia 20 tahun buat apa, mereka bukan boleh mengundi pun. Akan tetapi yang riuhnya hari ini bukan kerana "janji sudah ditepati" lalu "kini masa balas budi". Tetapi riuh kerana ramai merasakan janji itu "indah khabar dari rupa". Sebab muncul syarat telefon pintar yang layak hanya yang harga maksimum RM500. Bingitlah seantero alam seolah-olah ini pertama kali mereka melihat pemerintahan Barisan Nasional membuat silap mata sedemikian. Berkecai angan-angan sesetangah orang untuk memiliki telefon pintar canggih kerana syarat baru itu 'menyempitkan' pilihan. Sebenarnya alangkah baik jika anak muda dapat fikir lebih jauh daripada itu. Janji ditepati yang menjadi janji di'capati' (kerana telah dicanai) memang mengundang angin satu badan. Tetapi ada persoalan lebih besar daripada itu yang perlu difikirkan. Apakah tidak ada perkara lain yang memberi manfaat jangka panjang dan lebih memerlukan peruntukan RM300 juta berbanding rebat telefon pintar itu? Adakah anak muda hari ini begitu murah nilainya sehingga memadai rebat telefon bimbit untuk memikat undi mereka? Jawapannya akan memberitahu kita adakah pemerintah ini pemerintah pintar. Ayuh, pintarkan telefon, pintarkan diri. |
Insiden di Kampung Manchis: MCA lagak samseng ikut perangai UMNO Posted: 27 Dec 2012 08:46 PM PST Insiden itu berlaku ketika rombongan ramah mesra (walkabout) yang disertai kira-kira 40 penyokong DAP dan Pakatan Rakyat (PR) diganggu sekumpulan 10 penyokong MCA yang bertindak kasar apabila mengeluarkan kata-kata kesat hingga mencetuskan perbalahan ketika cuba dileraikan. Menurut Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Foke yang mengetuai rombongan ramah mesra itu, lagak samseng penyokong MCA itu adalah disengajakan untuk mengalih perhatian kepada isu sebenar. "Kumpulan itu turut berlagak samseng kerana mereka terpengaruh dengan perangai Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang juga juga ADUN Pelangai. Jadi anak buahnya di situ juga turut berlagak samseng. "Sebaik rombongan kita sampai di Kampung Manchis, tiba-tiba ada seorang mengaku dia sebagai penduduk di kawsan saya (Rasah). Dia tuduh saya tidak selesaikan isu pembetungan membabitkan lubang yang dikorek Indah Water Konsortium (IWK) kerana memberi kesan kepada rumahnya," ujar beliau ketika dihubungi hari ini. |
Keputusan pilihanraya 'predictable' Posted: 27 Dec 2012 08:45 PM PST Kadang-kadang terfikir juga mungkin sah BN itu akan sampai usianya dan akan hilang setidak-tidak beberapa tahun dari mentadbir kerajaan kita. Kalaulah Najib berani memanggil pilihanraya setahun yang lepas keadaan meruncing bagi beliau dan BN tidak akan sampai ketahap sekarang ini.. Dalam tempoh kurang dari setahun ini terlalu banyak isu yang timbul. Justeru usaha Najib untuk memberikan markah yang tinggi kepada BN telah terkandas kerana isu yang bertimpa-timpa dihadapi oleh parti pemerintah itu sekarang ini. Jika kita bayangkan pilihanraya di adakan sepuluh bulan dahulu, tidak akan ada isu NFC yang telah menggemparkan rakyat. Jika PRU di adakan empat bulan yang lepas tidak akan timbul isu RM40 juta yang melibatkan Musa Aman dan sebagainya. Jika dipanggil pilihanraya 3 bulan yang lepas tidak akan timbul isu Deepak yang tampil membuat pengakuan penglibatan Najib dan isteri dalam kes Altantuya dan akuan bersumpah Balasubramaniam. Isu Deepak ini adalah isu yang amat sukar bagi Najib untuk menguruskannya kerana ia amat hampir kepada apa yang di perkatakan ramai di mana-mana sejak beberapa tahun dahulu. Tetapi kita faham keputusan Najib untuk menangguhkan PRU itu ialah untuk menyediakan keadaan yang sesuai dengan pemberian BRIM dan berbagai-bagai imbuhan yang melibat rakyat yang ramai-ramai ini. Seboleh-bolehnya Najib mahu membeli perasaan rakyat dengan bermacam-macam hadiah tawaran untuk menyejukkan hati rakyat yang sudah sampai suhu kepanasannya ke peringkat optima. |
Lagi jeneral Syria berpaling tadah Posted: 27 Dec 2012 08:41 PM PST Rakaman pengumuman Mejar Jeneral Abdul Aziz Jaseem al-Shallal tersebut disiarkan stesen TV, Al Arabiya pada Selasa lalu. Menurutnya, keputusan itu diambil selepas beliau tidak sanggup lagi menyaksikan kekejaman tentera rejim melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat sendiri dan terus membedil kawasan kampung serta bandar. Sehingga kini, puluhan jeneral telah berpaling tadah sejak negara itu mula bergolak pada Mac tahun lalu termasuk teman rapat Assad, Jeneral Manaf Tlass. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Mohammed al-Shaar yang cedera dalam kejadian pengeboman berani mati di Damsyik pada 12 Disember lalu dilaporkan tergesa-gesa meninggalkan hospital di Beirut dengan menaiki jet peribadi. |
Posted: 27 Dec 2012 08:39 PM PST Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias memerintahkan Nordi Ali, 57, menjalani hukuman tersebut selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh. Read More / Baca Lagi >>Beliau memerintahkan setiap pertuduhan dikenakan hukuman 10 bulan penjara dan memutuskan supaya ia berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 Disember lalu. Ini bermakna, pengawal keselamatan itu hanya menjadi penghuni tirai besi selama 10 bulan sahaja. Mengikut kesemua pertuduhan, Nordi didakwa mencederakan Nurmasyita Amiera, 8; Nurul Safiza Fitri, 11, dan Muhammad Nurhan, 9, di rumah mereka di No. 07-03, Jalan Dataran 2/8, Flat Taman Kempas di sini antara pukul 6 pagi hingga 6 petang, 21 Disember lalu. Nordi didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. |
Amanat: Ulama PAS tunggu ulama Umno debat Posted: 27 Dec 2012 08:38 PM PST KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Kelantan sedia berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama Umno berkaitan Amanat Haji Hadi yang cuba ditimbulkan semula sekarang. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Ketuanya, Ustaz Hassan Mahmood berkata, perdebatan itu perlu disiarkan secara langsung bagi membolehkan rakyat mendapat penjelasan secara mendalam. "PAS tidak pernah menuduh Umo kafir, tetapi PAS menjelaskan batas-batas iman dan kufur sebagaimana yang tertera dalam apa yang dinamakan Amanat Tuan Guru Haji Hadi. "Sesiapa sahaja yang menolak dan mempermainkan Islam boleh terkeluar daripada Islam. Ini yang perlu difahami rakyat dan bukannya membuat tomahan melulu tanpa nas dan adatnya," katanya di sini. Amanat tersebut diulang semula pemimpin-pemimpin Umno dan beberapa mufti setiap kali menjelang pilihan raya dengan harapan bagi mengelirukan rakyat. Amanat terbabit dirujuk berdasar kepada ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu ceramah di Panggol Peradong, Manir pada 1981. |
Dewan Ulama: Keluarkan semula Amanat Hadi Posted: 27 Dec 2012 08:37 PM PST Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam. "Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang)," katanya, semalam. |
Pemimpin Umno BN pandang enteng tapi Anwar ‘tabik’ pemandu teksi Posted: 27 Dec 2012 08:36 PM PST PETALING JAYA 28 DISEMBER: Pemandu teksi memainkan peranan penting dalam membawa perubahan politik di negara ini berikutan merekalah antara kelompok yang paling dekat dengan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sebab itu saya 'salute' pemandu teksi. Mereka inilah yang menyampaikan derita rakyat," katanya sambil 'tabik' kepada 400 pemandu teksi pada Himpunan Raksasa Pemandu Teksi bersama Pakatan Rakyat di Dewan Svik, Petaling Jaya, malam tadi. "Saya tahu orang teksi benci kezaliman. Dari 1998 sampai sekarang, ketika TV3, Utusan tutup berita tentang kita (pembangkang), pemandu teksilah yang sebar cerita sebenar," katanya yang menyifatkan isu berkaitan pemandu teksi bukan perkara kecil walaupun selalu dipandang enteng oleh pemimpin Umno BN.. "Sebab ini isu 'human dignity', soal maruah manusia. Untuk pemimpin BN, pemandu teksi seolah-olah tidak ada harga. Mereka (BN) bermati-matian pertahan kontrak berbilion. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan 12 Jan hantar isyarat akhir buat SPR Posted: 27 Dec 2012 08:36 PM PST MACHANG: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Read More / Baca Lagi >>HKR KL112 sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 bakal menghimpunkan sejuta rakyat. Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN. "Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur. Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali. Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN. "Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita. Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang," katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam. |
'Kita minta permit dia kasi tayar' Posted: 27 Dec 2012 08:35 PM PST Antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan. Read More / Baca Lagi >>Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO). "Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar. "Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Perhimpunan itu dihadiri antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang masing-masing turut berucap. Beberapa pemimpin persatuan pemandu teksi turut menyampaikan resolusi tuntutan pemandu teksi kepada Ronnie. |
Deepak tarik saman terhadap Putrajaya, unit LTAT beli syarikatnya Posted: 27 Dec 2012 08:34 PM PST Akhbar The Star melaporkan hari ini bahawa seorang pegawai mahkamah mengesahkan ahli perniagaan kontroversi tersebut, melalui peguamnya, menarik kembali samannya tanpa kos dalam kes syarikatnya Astacanggih Sdn Bhd, yang menamakan syarikat kerajaan Tanah dan Harta Sdn Bhd, Awan Megah (M) Sdn Bhd dan syarikat penama Cebur Megah Development Sdn Bhd kerana didakwa melanggar perjanjian. Peguambela Awan Megah Datuk Saseedharan Menon berkata permohonan bertulis telah dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dalam perbicaraan Hakim Zabariah Mohd Yusof perbincangan perkara itu dengan kedua-dua pihak berlaku di dalam kamar mahkamah semalam. Dalam pernyataan tuntutan itu, Astacanggih mendakwa Awan Megah bersetuju dengan syarikat tersebut bahawa Kerajaan dan Syarikat Tanah dan Harta bersetuju untuk memindahkan tanah di Bukit Raja kepada Cebur Megah. Ia berkata, pemindahan itu akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan selepas Astacanggih mengemukakan bon tanah kepada Kerajaan. Tetapi ia tidak pernah dilakukan, kata Deepak yang menjadi terkenal kerana peranannya dalam mengatur kenyataan bersumpah kedua penyiasat persendirian P. Balasubramaniam mengenai pembunuhan warganegara Mongolia Altantuyaa Shaariibuu pada tahun 2006. |
Inilah Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia Posted: 27 Dec 2012 04:27 PM PST |
Candidate-vetting: A ploy backfires Posted: 27 Dec 2012 04:22 PM PST Instead of bluffing the rakyat time and again, Najib should have cleaned up his act. Now he has trapped himself with his call to get candidates vetted. The latest ploy is getting the scandalised MACC to vet BN candidates contesting in the coming GE, devised by none other than BN chief and prime minister Najib Tun Razak. Clearly a desperate political gimmick to woo voters into BN's fold, Najib said the move was to ensure the candidates selected were 'clean'. But then DAP's Gobind Singh Deo is not buying Najib's reasoning, not until and unless the premier too, undergoes a similar screening at the hands of MACC. Gobind, the Puchong MP believes that it is only proper that Najib who would stand as a candidate leads by example. "Najib should lead by example and call for an open investigation and respond to the recent allegations made by Deepak Jaikishan. He should also pledge to give his full cooperation. "The prime minister should not practise double standard. If his call applies to all candidates, it must apply to him as well," Gobind had said in a statement. As far as Gobind is concerned, the premier had trapped himself by the call to get candidate vetted. "Will he voluntarily call for an open inquiry? Will he lead in showing that he is serious about cleaner candidates and a better party image for BN in the next election?" asked Gobind. "Should the prime minister fail to practise what he preaches, then his call for cleaner candidates and a party with a better image is nothing but yet another political gimmick," the lawyer said. Too much at stake Read More / Baca Lagi >> |
Masa depan pemandu teksi ditangan siapa? Posted: 27 Dec 2012 04:21 PM PST Pemandu teksi negara ini menyeru kepada pemimpin politik agar memberi tumpuan kepada rintihan dan keluhan mereka. Berbagai-bagai pihak daripada masa ke semasa menyorak mengenai masa depan pemandu teksi tetapi tiada perubahan ketara wujud serta tiada dasar kerajaan yang benar-benar mampu memberi penekanan kepada masa depan pemandu teksi. Sejak kebelangkan ini ada sesetengah pihak memberi sedekah dan sokongan kepada pemandu teksi semata-mata untuk mengaut undi untuk Pilihan Raya Umum Ke-13. Malangnya sehingga kini:- (i) tiada sebarang langkah dan/atau tanda positif untuk mengiktiraf fungsi dan sumbangan pemandu teksi; (ii) keengganan diatas pihak berkuasa untuk menyahut dan menanggani masalah dan rintihan pemandu teksi; (iii) keengganan diatas pihak berkuasa untuk melimpahi masyarakat pemandu teksi dengan inisiatif kebajikan; (iv) tiada langkah untuk mengurangkan kos sara hidup mereka. Untuk menanggani masalah ini suatu pendekatan baru perlu diwujudkan demi membela masa depan pemandu teksi. Antara yang dicadangkan adalah seperti berikut:- (i) giatkan program pembangunan keusahawanan dikalangan pemandu teksi agar mereka lebih berdikari; (ii) galakkan penjualan barangan asas keperluan pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran; (iii) cadangan agar pemandu teksi menikmati potongan harga bagi pembelian barangan di pasaraya dan kedai-kedai terpilih; (iv) tolong mansuhkan pengenaan bayaran untuk permit dan kupon sekadar serta merta; (v) tingkatkan pemberian subsidi kepada masyarakat pemandu teksi yang mana mampu menjamin keselamatan, sosial, ekonomi dan kesihatan pemandu teksi. Beri peluang kepada pemandu teksi Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Tuntutan Bersih lantang kerana sikap SPR Posted: 27 Dec 2012 04:17 PM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan semua agensi kerajaan sepatutnya menjadi pemelihara demokrasi yang murni dan adil kerana pada hakikatnya mereka adalah pemegang amanah rakyat. Read More / Baca Lagi >>Sehubungan itu, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menuntut agar Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang sudah terlalu hampir akan diadakan dijamin sebagai PRU yang bebas dan adil demi menjaga maruah integriti negara di mata dunia. "SPR sepatutnya benar-benar menunjukkan ia bebas dari sebarang pengaruh kerajaan yang diperintah oleh parti, ia juga hendaklah mengawal agar semua agensi kerajaan tidak disalah guna untuk parti politik sama ada secara langsung atau tidak langsung," kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid. Sehingga ini, ujarnya Teras mendapati tuntutan PRU yang bersih dan adil oleh pelbagai pihak tidak mendapat layanan yang sewajarnya sedangkan ia sangat penting untuk memastikan proses pilihan raya itu sendiri adalah telus dan berintegriti. Menurutnya, apabila bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengatakan perubahan stuktural perlu dilakukan bermakna beliau mengaku bahawa ada perkara asas dalam proses pilihan raya yang tidak betul. |
Posted: 27 Dec 2012 04:09 PM PST Hari ini warga Felda dan rakyat Malaysia akan turun ramai-ramai mendesak Pengerusi Felda, Isa Samad supaya meletakkan jawatannya. Walaupun Isa Samad seolah-olah tidak menghiraukan bantahan rakyat tetapi dalam hati beliau cukup gundah gulana lebih-lebih masyarakat Felda sudah ramai yang sedar siapa sebenarnya Isa Samad. Orang yang tidak ada kena mengena dengan Felda tiba-tiba 'disuntik' masuk dalam Felda dan dapat saham FGVH ratusan ribu dengan percuma. Masyarakar Felda mempertikaikan perlantikan Isa Samad dari dahulu lagi kerana beliau terbukti kaki rasuah dan tidak bermaruah. |
Banjir: 2 maut di Negeri Sembilan, Terengganu Posted: 27 Dec 2012 03:52 PM PST KUALA LUMPUR - Dua kamatian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban meningkat kepada lapan orang. Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu. Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu. Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam tadi apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Deepak tarik balik kes saman terhadap Raja Ropiah,pemimpin UMNO Wanita Selangor ... Posted: 27 Dec 2012 03:47 PM PST Satu tuntutan mahkamah terhadap Awan Megah (M) Sdn Bhd, milik Ketua Wanita Umno Selangor,Senator Raja Ropiaah Abdullah, telah ditarik balik tanpa sebab. Read More / Baca Lagi >>Deepak,ahli perniagaan yang penuh kontroversi hari ini menarik balik saman terhadap sebuah syarikat pemimpin Wanita UMNO berhubung dengan sebidang tanah Kementerian Pertahanan yang menimbulkan banyak pertanyaan. Penarikan itu telah disahkan oleh Saseedharan Menon, peguam bagi defendan utama, Awan Megah (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Ropiaah Abdullah. "Ya, mereka telah menarik balik [ia] dan mahkamah telah buang kes itu," katanya kepada FMT. Sebab-sebab penarikkan secara tiba-tiba hari ini,tidak diberikan. "Kami tidak mempunyai bantahan terhadap penarikan balik itu dan tidak ada perintah mengenai kos," katanya "Ini bukanlah penyelesaian di luar mahkamah." Saseedharan berkata penarikan balik itu akan mempertahankan Raja Roopiah, katanya "Ia memberi ruang untuk mempertahankan klien saya kerana penarikan datang daripada plaintif sendiri" Sementara itu, peguam Latheefa Koya berkata bahawa Deepak telah menukar peguamnya dengan memberi notis yang singkat hari ini. "Kami bukan lagi peguamnya," katanya, merujuk kepada peguam R Sivarasa dan N Surendran yang mewakilinya dulu. Katanya lagi bahawa perkara berkaitan dengan Deepak, termasuk penarikan kes, telah dikendalikan oleh firma guaman lain, sambil menambah bahawa Deepak tidak memberi sebab kenapa dia berbuat demikian.- FMT Emmm... tak taulah sama ada dia dapat habuan besaq atau dah kecut teloq... |
Hahaha...kalau tak menipu bukan UMNO BN nama-nya... Posted: 27 Dec 2012 03:43 PM PST |
Posted: 27 Dec 2012 03:38 PM PST PEMANDU-PEMANDU TEKSI BOIKOT SEBAB MENYOKONG KERAJAAN UMNO NAJIB 1M'SIA????????PEMANDU-PEMANDU TEKSI GENG PAKATAN RAKYAT!!!!!! Itulah yang dapat admin gambarkan pada perhimpunan raksasa pemandu-pemandu teksi dengan DSAI di Pusat Dewan Sivik, Petaling Jaya baru sebentar tadi. Dari sokongan yang diberikan, amat nyata, majoriti pemandu teksi kota raya menyokong Pakatan rakyat dibawah kepimpinan DSAI. Semasa DSAI melangkah masuk kedalam dewan, semua pemandu teksi telah memberikan standing ovation sambil bertepuk tangan sebagai tanda hormat dan menyokong padu abadi kepada beliau. Dalam ucapan yang bersemangat dan ringkas tapi padat itu, DSAI berjanji, jika Pakatan Rakyat diberi mandat dan amanah mentadbir urus Putrajaya selepas PRU 13 nanti, semua permit teksi akan diserahkan kepada pemandu teksi dan bukan lagi kepada syarikat-syarikat kroni seperti sedia ada kini. Ikrar janji itu mendapat tepukan gemuruh dari para pemandu teksi yang hadir kerana itulah yang mereka harap-harapkan selama ini dan bukannya skim TR1MA , Skim Bantuan Tukar Tayar 1M'sia 4 biji. DSAI BERI PERMIT...NAJIB BERI 4 BIJI TAYAR. PAKATAN MENANG PEMANDU TEKSI SENANG |
Anwar: Pemandu teksi 'penggerak khas' Pakatan tawan Putrajaya Posted: 27 Dec 2012 03:37 PM PST PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemandu teksi seluruh negara akan bertindak sebagai 'penggerak khas' dalam menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya untuk menyelamatkan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Pembangkang ini berkata, langkah itu diambil kerana golongan pemandu teksi merupakan mereka yang sering bertemu dengan rakyat dan boleh menjadi penyebar maklumat kepada agenda perubahan landskap politik negara kelak. "Peranan mereka penting untuk menyedarkan rakyat dan penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa taraf kehidupan semakin terpinggir jika terus mengekalkan kerajaan sekarang. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 27 Dec 2012 03:29 PM PST Kampung Sg Rotan,Trong Perak: 160 individu peneroka tanah dari pelbagai bangsa di ditipu UMNO sejak sekian lama. Kisah bermula dari 1986 di-zaman Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangar ( Sekarang Kg. Sg. Rotan dalam Parlimen Bukit Gantang ). Penduduk kampung telah ditabur janji Pilihanraya oleh UMNO konon akan memberi hak milik kepada individu yang membuka tanah yang dikatakan Tanah Hak Kerajaan Negeri di kampung tersebut. Maka seramai 160 individu peneroka awal telah membanting tulang,memugar ,membuka tanah yang dijanjikan dengan keluasan 1 lot (3 ekar) setiap seorang. Menurut sumber 160 peneroka ini telah pun mengajukan borang permohonan bagi memiliki hak tanah ini kepada Pejabat Tanah. Setelah sekian lama tahun demi tahun, PRU demi PRU. Ungkapan "Kami akan beri geran " diulang-ulang oleh UMNO hingga sekarang. UMNO Perak khusus-nya UMNO Bukit Gantang (Parlimen Sekarang) mengunakan tektik tabur janji di capati ini sejak sekian lama untuk menjerat pengundi di musim pilihanraya. Kejadian di Sungai Rotan ini menjadi contohnya. Tapi sekarang perkara ini telah meletup dan terbongkar kerana beberapa orang UMNO BN sendiri mendedahkan segalanya. |
SU Agung Pas: Saya optimistik PR akan kekal Posted: 27 Dec 2012 03:27 PM PST Mengakui bahawa kerjasama ketiga-tiga parti menguntungkan mereka dalam situasi "menang-menang", kata beliau, tidak timbul soal gabungan itu hanya bersama kerana cita-cita politik untuk menakluk Putrajaya. "Tidak. Saya optimistik bahawa kita bersama, kita bersatu, tubuh kerajaan pun bersama, kita akan bersatu, Insya-ALLAH. Itu keyakinan saya. "Persefahaman di antara ketiga-tiga parti ini yang memahami bahawa kita mesti bergerak sebagai satu. Realiti politik di Malaysia, tidak ada satu parti yang boleh menang sendiri untuk perintah. Tidak ada," katanya dalam satu wawancara khas baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan