MIMPI SENJA |
- Tidak mustahil Mahathir punya kekayaan AS$44 billion - DSAI
- Khairy, hutang Bank Pertanian bila hang nak bayar??
- 30 ribu peneroka dijangka 'serang' Ibu Pejabat FELDA Jln Semarak esok
- Pegawai Khas Ahmad Maslan nak jumpa Agong, rumahnya disimbah cat merah ... hahahaha, ... agak hampa Agong nak layan tak?
- Mai tengok .... ARTIS Sayang Islam vs Artis Sayang UMporNO
Tidak mustahil Mahathir punya kekayaan AS$44 billion - DSAI Posted: 27 Dec 2012 06:40 PM PST Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan bom yang menggemparkan bahawa tidak mustahil bekas bosnya Mahathir Mohamad memiliki kekayaan sebanyak AS $ 44 billion, yang menjadikannya bekas pemimpin kedua terkaya di dunia. "Ya, ia bermungkin juga. Mengapa tidak? Lihatlah keluarganya, kroninya. Ini sememangnya menuntut penjelasan Dr Mahathir," Anwar memberitahu pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya. Beliau mengulas laporan Malaysia Chronicle baru-baru ini yang merujuk halaman Wikipedia yang menunjukkan senarai pemimpin terkaya dan bekas pemimpin terkaya di dunia dan jumlah kekayaan yang mereka miliki. KES NAMA HILANG: Adakah Dr M bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta $ 44 BILLION? Laman Wiki, yang dikemaskini pada 14 Disember, telah menyenaraikan Mahathir sebagai kedua terkaya selepas bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS $ 70 bilion. Walau bagaimanapun, beberapa minit selepas artikel itu diterbitkan, nama Mahathir dengan misterinya telah hilang dari senarai Wiki dan Allayarham presiden Suharto dari Indonesia yang pada mulanya berada di tempat ketiga dengan kekayaan yang dianggarkan AS $ 35 billion, telah menggantikan tempat kedua, bekas Perdana Menteri Malaysia itu. Mr 10%? Sekarang, Mahathir yang telah berusia 87 tahun pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun dari 1981-2003. Pemerintahan ala kuku besinya dan pilih kasih antara kaum untuk mendapatkan kelebihan politik telah dikritik hebat dan dia lebih banyak menerima kutukan daripada penghargaan sebahagian besar penduduk Malaysia. Pengkritik, juga menggambarkan Mahathir sebagai 'Dr Devil', dan kebelakangan tahun ini telah membuat spekulasi berapa banyak wang yang telah dikumpul olehnya dan juga ahli keluarganya melalui pengaruh dan kawalan mutlak pelbagai jentera kerajaan. Ada juga yang memanggilnya "Mr 10%", yang merujuk kepada dakwaan penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah seperti mendapatkan hasil daripada setiap kontrak yang memberikan olehnya lampu hijau. Malah, kerabat kroni Mahathir merupakan antara ahli perniagaan terkaya dan paling berkuasa di negara ini. Antaranya, raja loteri Vincent Tan dan Ananda Krishnan, bos terkenal Maxis yang kini sedang disiasat oleh kerajaan India kerana dikatakan telah memberi rasuah untuk mendapatkan kepentingan di Aircel. Dari 2001 ke 2010, AS $285 BILLION dibawa keluar secara haram Spekulasi kekayaan Mahathir datang dari laporan menggemparkan Global Financial Integrity (Integriti Kewangan Global) yang berpangkalan di Washington. Mereka telah menjejaki pengaliran keluar kapital yang dikendalikan oleh eksekutif atasan kewangan termasuk bekas penyelidik kanan IMF. GFI melaporkan bahawa sejumlah AS $ RM 197 billion 'wang haram' telah disalurkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM 93 bilion pada tahun 2009, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 112%. Malaysia juga mempunyai rekod memalukan yang meletakkannya sebagai negara No 2 mempunyai jumlah pengaliran keluar wang haram tertinggi didunia selepas China pada tahun 2010. Bagi tenpoh 10 tahun dari 2001 ke 2010, Malaysia berada di kedudukan No 3 di seluruh dunia selepas China dan Mexico. Jumlah anggaran bagi 10 tahun Malaysia ialah AS $ 285 billion (RM871.4 bilion), manakala China sebanyak AS $ 2.740 bilion, dan Mexico AS $ 476 bilion. Dalam laporan terbaru, GFI terang-terangan menyatakan, amaran pengaliran wang keluar di Malaysia adalah "pada skala yang boleh dilihat di beberapa negara Asia". Rompakan Terbesar Anwar juga "tidak yakin" bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berminat untuk menyiasat laporan GFI atau tampil dengan pelan tindakan bagi menghentikan pengaliran wang keluar secara haram. Beliau telah mengadakan rundingan meja bulat pada Januari 2013 di mana gabungan Pakatan Rakyat merancang untuk membawa bersama-sama pegawai-pegawai dari GFI, wakil Bank Negara dan pegawai-pegawai kerajaan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian "Dia (Najib) juga bersubahat dalam hal ini. Kami membangkitkan perkara itu dua tahun lalu tetapi bukan sahaja tiada apa-apa yang telah dilakukan,malah jumlah aliran keluar wang haram naik dua kali ganda pada tahun 2010 berbanding 2009. Dia tidak telus kepada rakyat dan telah menyekat penyiasatan, "kata Anwar. "Kita bercakap tentang jenayah yang tidak boleh dibayangkan. Ini adalah situasi yang sama seperti dalam Rompakan Besar India di mana AS $ 500 bilion telah dibawa keluar secara haram dari negara itu dalam tempoh 6 dekad. |
Khairy, hutang Bank Pertanian bila hang nak bayar?? Posted: 27 Dec 2012 08:57 AM PST Kenyataan Umum 28 Disember 2012 MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar). Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ? Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini. Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh – sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini? Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab. che'GuBard Ketua Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia |
30 ribu peneroka dijangka 'serang' Ibu Pejabat FELDA Jln Semarak esok Posted: 27 Dec 2012 08:22 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Dis — Hampir 30,000 peneroka dijangka akan berhimpun di ibu negara esok menentang gergasi perladangan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dakwa mereka tindakan menyelamatkan tanah rancangan yang merupakan milik Melayu daripada musnah. Harga pasaran saham FGVH jatuh dua sen dibawah harga jualan penawaran awam (IPO) RM4.55 di awal penjualannya pada 10 pagi hari ini, meneruskan prestasi lemah sejak beberapa bulan ini yang menyemarakkan kemarahan kumpulan tersebut yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat berkenaan. Diketuai oleh Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), perhimpunan dengan tema "Selamatkan Felda" akan bermula selepas sembahyang Jumaat akan menyaksikan 30,000 peneroka berarak ke bangunan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) di Jalan Semarak, menurut Pengerusinya, Mazlan Aliman. ANAK dan beberapa pemimpin pembangkang telah mengetuai perhimpunan pada Julai lalu menentang penyenaraian FGVH, yang dakwa mereka untuk menawan hati peneroka dan generasi kedua mereka yang menjadi peti undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang. Kumpulan itu juga dilaporkan berkata mereka akan menghantar memorandum kepada Tan Sri Isa Samad, yang didakwa akan dilantik sebagai pengerusi FGVH, Koperasi Permodalan Felda (KPF) ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mereka. AGM yang dijadualkan hari ini telah ditunda oleh Mahkamah Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu notis pada 24 Disember dan telahpun di muat naik ke laman web KPF. Mazlan yang menentang pelantikan Isa, sebelum ini berkata perhimpunan itu perlu untuk menyelamatkan FELDA daripda "konspirasi pihak atasan" yang merancang untuk mengurangkan kuasa KPF, dan peneroka - pemegang saham dalam syarikat minyak kelapa sawit – tersebut. ANAK dan beberapa pengkritik FGVH turut menuduh FGVH menjual komoditi tersebut kepada Israel melalui sebuah syarikat Singapura, yang kemudiannya dinafikan mereka. Saham FGVH terus menjunam selepas berada pada paras RM5.30 ketika disenaraikan pada 28 Jun. Broker berkata, FGVH menerima manfaat daripada kadar yang besar, dijangka menjadi komponen penanda aras dalam indeks FBM KLCI, bersama dengan halangan daripada pembeli utama menjual lot mereka dalam tempoh enam bulan daripada penyenaraian. |
Posted: 27 Dec 2012 02:20 AM PST Rumah pegawai khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan disimbah cat merah pada pagi Selasa lalu. Pegawai tersebut, Ab Halim Tuah Rahmat perkara itu disedari jirannya kerana beliau bersama keluarga berada di Melaka ketika kejadian itu. Menurut Ab Halim, cat tersebut disimbah di bahagian pintu depan rumahnya serta di bahagian tepi rumah, yang turut terkena rumah jirannya kerana ia merupakan rumah jenis 'town house' "Pada hari Jumaat sehingga Selasa saya ke Melaka bersama keluarga kerana ada kursus. "Saya mendapat mesej daripada jiran saya pada jam 8 pagi hari Selasa yang beritahu rumah saya disimbah cat. "Tetapi saya baru buka mesej itu pada jam 4 petang. Bila saya balik, memang rumah disimbah cat merah dan saya terus membuat laporan polis," katanya. Ab Halim berkata demikian pada sidang media yang dibuat diperkarangan rumahnya di Seksyen 5, Wangsa Maju. Beliau baru berpindah ke kawasan perumahan tersebut pada awal November lalu. Ditanya mengenai kemungkinan punca kejadian tersebut, Ab Halim yang juga merupakan pegawai penerangan Umno berkata sebelum ini, beliau membuat dua laporan polis terhadap penceramah di surau yang terletak di hadapan rumahnya. Menurutnya, beliau membuat laporan polis terhadap penceramah tersebut kerana mendakwa menyampaikan kuliah maghrib di surau berkenaan pada 15 November dan 20 Disember lalu yang menyentuh beberapa isu berhubung pemimpin negara. "Saya jarang berada di rumah. Bila berkesempatan saya pergi ke surau. Pada 15 November lalu, masa tengah kuliah selepas maghrib, ada seorang penceramah yang berceramah dan sebut nama pemimpin seperti Najib, Rosmah. "Masa saya tegur saya sebut jangan sebut nama Najib, Rosmah tapi sebutlah juga pemimpin lain macam Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Khalid Ibrahim. Cakaplah pasal semua. Jangan cakap mengenai sebelah pihak sahaja," katanya. Ab Halim berkata, pada Khamis lalu (20 Disember), penceramah itu datang lagi untuk beri kuliah maghrib dan kali ini beliau mendakwa, penceramah itu menyentuh tentang bapa Yang di-Pertuan Agong. "Saya terus tegur dan berlaku juga tikam lidah antara saya dengan pengerusi surau itu," katanya. Ab Halim mendakwa, setelah bertanya kepada orang ramai, penceramah yang dipanggil "ustaz" itu bukan seorang ustaz tetapi merupakan bekas tentara dan polis. "Orang ini bukan ustaz tapi bekas polis dan tentera dan diangkat oleh pembangkang menjadi ustaz," katanya lagi. Sehubungan itu, Ab Halim berkata, beliau tidak akan membersihkan kesan cat tersebut dan memberi masa selama tujuh hari supaya individu yang melakukan perkara tersebut tampil meminta maaf. Beliau juga berkata, selepas tujuh hari jika tiada individu yang tampil, beliau bersama NGO pro Melayu, PERKASA bersama Persatuan Silat Gayung Malaysia akan membawa perkara itu kepada Yang di-Petuan Agong. "Kalau tak tampil, saya akan biar cat sehingga menghadap Yang di-Petuan Agong. "Sebelum itu saya mohon polis dan pihak JAWI segera siasat supaya dapat dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya. |
Mai tengok .... ARTIS Sayang Islam vs Artis Sayang UMporNO Posted: 27 Dec 2012 01:01 AM PST |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan