Khamis, 13 Disember 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


ISA SAMAD KIAN TERDESAK!

Posted: 13 Dec 2012 07:55 PM PST

ISA SAMAD KIAN TERDESAK!Beberapa hari ini media arus perdana menyiarkan kenyataan Tan Sri Isa Samad, bahwa Felda memberi tempoh 14 hari kepada saya selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Harakah dan Suara Keadilan agar memohon maaf dan membayar pampasan dalam jumlah tertentu berhubung dengan isu penjualan minyak sawit kepada syarikat yahudi.Untuk makluman, sampai hari
ini notis tuntutan tersebut belum saya terima. Saya hanya berpandukan berita dalam media sahaja. Beberapa pemberita hubungi saya, adakah saya akan minta maaf?Kenapa saya mesti minta maaf?
Isa dan Ahmad Maslan tuduh saya buat fitnah. Lebih melucukan, Isa Samad kata invois yang saya dedahkan itu berkaitan getah, bukan minyak sawit…..Alahai rendahnya knowledge Isa Samad. Sebagai Pengerusi Felda, adakah dia tidak tahu kewujudan anak syarikat, FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP)FIOP dulunya dikenali FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD(FOP) ditubuhkan sejak tahun 1977. Menerima ribuan tan metrik minyak sawit mentah(MSM) dari kilang2 Felda seluruh negara pada setiap bulan. Sejak bila pulak FIOP memproses getah??? Telah saya katakan, maklumat dihujung jari. Saya bukan menerima maklumat tepi jalan. Ini bukan cerita tahun 60an atau dahulu kala yang penguasa zalim boleh tutup penyelewengan mereka. Apatah lagi era 75% kakitangan Felda menyokong Pakatan Rakyat!
Saya bukan sekadar memiliki invois dan Trade Confirmation, bahkan bukti2 lain yang akan saya dedahkan dari masa ke semasa. Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd yang membeli minyak sawit Felda adalah rangkaian induknya, Bunge Limited, yang beribu pejabat di White Plains, New York dan beroperasi di lebih 30 buah negara.
Sudah diketahui umum, BL adalah sebuah syarikat Yahudi yang menjalankan perniagaan dengan matlamatnya ' menguasai dan memonopoli'. BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 diasaskan keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Berkembang hingga ke sektor perkapalan, menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Bergabung dengan pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch, yang kemudiannya menjadi Presiden syarikat selama 30 tahun.
Dominasi syarikat Yahudi ini hingga ke sektor perladangan, menguasai berjuta juta kawasan tanah subur di Argentina hingga menguasai ekonominya.
Untuk makluman, FGVH telah membeli sebuah sykt rangkaian Bunge Limited, Twin Rivers Technologies Holding. Inc(TRT) Amerika Syarikat dengan suntikan dana RM1.3 bilion. Dr Rosli Yaakob, Penasihat ekonomi ANAK telah dedahkan kepincangan syarikat ini. FGVH juga telah membuat hubungan dengan satu lagi syarikat Yahudi, Loius Dreyfus selaku rakan kongsi strategik. MOU yang dimeterai antara FGVH dengan Loius Dreyfus disaksikan sendiri Perdana Menteri.
Kalau saya nak hurai, terlalu panjang. Cukup kalau dikatakan hubungan dagang Felda dengan syarikat yahudi tidak boleh dinafikan dan bukan baru!
Saya bersedia untuk hadapi Isa Samad di Mahkamah. Insyaallah, berani kerana benar, takut kerana salah. Bukan itu sahaja, akan saya bongkar penyelewengan Jabatan Seranta Felda dibawah seliaan Ahmad Maslan dan Datuk Eshanuddin, kedudukan kritikal FGVH itu sendiri dan banyak lagi kemelut dalam Felda.
" Sekiranya kamu menolong Agama Allah, Allah pasti menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu"- maksud Firman Allah.
Tekad dan azam ANAK ialah menyingkirkan pengkhianat dan petualang yang sedang menjahanamkan institusi orang melayu, FELDA. Kami akan lawan habis2an….!!!

Umno Kata ANAK Bohong Apabila…..

Posted: 13 Dec 2012 07:54 PM PST

1.Umno kata ANAK bohong apabila:

  • Mendakwa Isa samad tak layak menjadi Pengerusi Felda kerana beliau telah terpalit dengan rasuah / politik wang dan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Umno
Akhirnya:
  • Selepas 9 bulan menjadi Pengerusi Felda,beliau telah membelanjakan duit Felda berjumlah RM 353,00.00  untuk jamuan raya bersama pengundinya di Bagan Pinang.Sedangkan Pengerusi Felda sebelum ini hanya diperuntukkan sekitar RM 30 Ribu untuk jamuan raya yang dibuat bersama kakitangan Felda di Ibu Pejabat Felda. 
2.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Mazlan Aliman mendakwa Felda pinjam 6 bilion dari KWSP
Akhirnya:
  • Dato Ahmad Maslan mengaku di Parlimen memang Felda pinjam dari KWSP tapi jumlahnya lebih besar iaitu 6.5 bilion.
3.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Mendakwa Pengarah Besar Felda Dato Dzulkefli Wahab dipaksa bercuti dalam usaha menyingkirkan beliau dari Felda.Ahmad Maslan dan Isa Samad memberi alasan Dato Dzul sambung belajar untuk persedian melaksanakan transformasi dalam Felda.
 Akhirnya:
Read More / Baca Lagi >>

Wajah politik baru

Posted: 13 Dec 2012 07:50 PM PST

Ubah, tukar, ganti diantara bahasa politik yang bergema sekarang, sama ada di Kelantan, Sabah dan Malaysia. Di Kelantan UMNO jadikan perkataan TUKAR sebagai agenda untuk merampas Kelantan dari PAS. Sabah pula mengunakan perkataan UBAH untuk menjatuhkan Kerajaan UMNO Sabah, manakala rakyat Malaysia beria-ia benar untuk GANTI kerajaan BN kepada PR.

Ramalan demi ramalan dikeluarkan oleh pihak-pihak yang ingin menjadi jaguh kepada andaian keputusan PRU13. ada yang mengatakan BN akan kekal memerintah tapi menang tipis, ada yang mengatakan BN menang tapi tidak cukup korum 2/3 manakala ada yang memberi angka bahawa BN akan menang dengan 125 kerusi Parlimen.

Pihak yang menyokong PR mengatakan tidak sukar untuk PR menang mejoriti sekiranya dilihat keatas kebanjiran rakyat berhimpun semasa memberi sokongan kepada majlis PR. Disetiap program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara, pulohan ribu rakyat hadir disetiap program untuk melahirkan sokongan kepada PR, rakyat tidak peduli dengan ancaman dan sabotaj yang dialami oleh PR.
Read More / Baca Lagi >>

Sepanyol sita aset RM112 juta Hosni Mubarak

Posted: 13 Dec 2012 07:43 PM PST


Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup MADRID - Polis Sepanyol merampas aset bernilai RM102 juta (AS$34 juta) yang dikaitkan dengan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun lalu.

Sepanyol mengambil tindakan itu selepas pihak berkuasa Mesir membuat permintaan antarabangsa agar menyekat aset 130 orang yang dikaitkan dengan pemerintahannya.
Polis mendakwa sebanyak £18.4 juta pula dibekukan oleh pihak bank Sepanyol.

Aset Mubarak yang lain di Madris, sebuah resort di Marbella dan tujuh kereta mewah turut disita.

Dua bangunan di daerah Madrid Moraleja bernilai £7 juta manakala tujuh hartanah di Marbella bernilai lebih £3 juta disita.

Read More / Baca Lagi >>

UTUSAN DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH YB KARPAL SINGH KERANA ISU PENENTANGANNYA MAU JADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM!!!!!

Posted: 13 Dec 2012 07:40 PM PST


Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Malaysia, lidah biawak rasmi UMNO, membayar YB Karpal Singh RM50,000 kerana didapat bersalah memfitnah dirinya dua hari sebelum PRK Permatang Pauh tahun 2008 dengan mengaitkan seolah-olah beliau anti Islam.

TAKE NOTE NAJIB: Indonesian Parliament slams Utusan's insult on Habibie

Posted: 13 Dec 2012 07:39 PM PST

JAKARTA - Indonesia's House of Representatives says it will soon send a letter to Malaysian authorities in protest of a recent editorial published in a Malaysian newspaper that referred to former Indonesian President B.J. Habibie (pic) as a "dog of imperialism."
"We'll send a letter to the Malaysian prime minister. We condemn such things," House Deputy Speaker Pramono Anung said in Jakarta on Wednesday.
"We think it is improper to make such a statement, not to mention it came from a former information minister. He should have known better as to how to communicate well with his neighbors," Pramono added, as reported by Ind
TAKE NOTE NAJIB: Indonesian Parliament slams Utusan's insult on HabibieIn an editorial piece published by Malaysian newspaper Utusan Malaysia on Monday, former Malaysian Information Minister Zainuddin Maidin criticized Habibie's recent public lecture at Malaysia's Universiti Selangor, calling him arrogant and likening the former president to Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim before ending the article by calling them both "dogs of imperialism."
"I can't imagine how tortured the audience at [Universiti Selangor] must have felt to have to listen to a man with such a high ego, especially after he finally got an opportunity to speak in front of people whom he deems as dumb, after a long period when Indonesian people no longer wish to listen to him nor respect him," Maidin said in the editorial.
Pramono said Maidin's statement could hurt bilateral ties between Indonesia and Malaysia.
Separately, the chairman of Indonesia's ruling Democratic Party, Anas Urbaningrum, issued a statement similarly condemning Maidin's commentary.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden Anak tolak tuntutan Felda, enggan minta maaf

Posted: 13 Dec 2012 07:37 PM PST



mazlan aliman SHAH ALAM – Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menegaskan, beliau tidak akan meminta maaf seperti yang dituntut oleh Felda berhubung dakwaannya bahawa agensi itu menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Mazlan berkata, beliau bukan sahaja enggan mohon maaf, malah tuntutan tersebut sama sekali tidak menggugatkan semangatnya untuk terus mendedahkan penyelewengan Felda kepada rakyat.

"Saya yakin apa yang saya dedahkan adalah benar.

"Malah saya akan teruskan membuat pendedahan sama ada melalui sidang media ataupun ceramah saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Read More / Baca Lagi >>

Melaka Maju: Turap jalan guna bahan terbuang

Posted: 13 Dec 2012 07:35 PM PST

ALOR GAJAH - Penduduk Kampung Bukit Bonbon, Jalan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Kuala Sungai Baru, di sini, bengang kerana terpaksa melalui jalan utama yang rosak setiap hari.

Tinjauan di sepanjang laluan empat kilometer yang menempatkan lebih 20 buah rumah penduduk mendapati laluan yang rosak teruk itu hanya diturap dengan serpihan batu marmar.


Penduduk, Abd Razak, 50, berkata, kali terakhir laluan itu diturap pada 2007 sebelum ia rosak semula sejak setahun lalu.

"Apabila masalah ini dikemukakan kepada pihak yang berkaitan, tindakan diambil tetapi seperti melepaskan batuk di tangga apabila bahan terbuang digunakan untuk menurap kerosakan jalan.

"Kami difahamkan pihak berkenaan menurapnya dengan batu buangan dari serpihan membina rumah, malah ada serpihan batu marmar tajam hingga tayar kenderaan pecah," katanya.

Menurutnya, keadaan lebih membebankan pengguna apabila terpaksa melalui laluan itu pada hari hujan kerana air memenuhi laluan berlopak.

Read More / Baca Lagi >>

Ada Berani : Deepak cabar Papagomo dan blogger UMNO siar video sepenuhnya

Posted: 13 Dec 2012 07:33 PM PST


Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.

Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.

Deepak interviewMenurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.

Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.

Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.

"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan.

"Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.

"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan.

"Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya.

Royal Highness Raja Zarith Sofiah : Social entrepreneurship

Posted: 13 Dec 2012 07:28 PM PST

Ali Imran (3) : 145 - Ustaz Shofwan Badrie

Posted: 13 Dec 2012 07:26 PM PST

Gejala MURTAD - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:25 PM PST

Bina RUMAH Sebelah Kuil - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:25 PM PST

Jamming Lagu HARDCORE Tapi Solat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:24 PM PST

Beza INFAQ & Zakat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:24 PM PST

Hukum KOMISYEN - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:23 PM PST

Ramasamy : Petronas should be answerable to the Parliament !

Posted: 13 Dec 2012 07:22 PM PST

12-12-12 : 'Stateless Indians' protest [Full]

Posted: 13 Dec 2012 07:22 PM PST

Unarmed protesters come under fire in S Sudan

Posted: 13 Dec 2012 07:21 PM PST

Car bomb close to Syrian capital Damascus kills 16

Posted: 13 Dec 2012 07:20 PM PST

More punch-ups in Ukraine parliament

Posted: 13 Dec 2012 07:19 PM PST

Analyst: Fight in Syria 'far from over'

Posted: 13 Dec 2012 07:17 PM PST

DAP, PR buktikan ramalan ahli nujum UMNO/BN salah

Posted: 13 Dec 2012 05:48 PM PST


KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER: DAP perlu buktikan bahawa ramalan ahli nujum UMNO/BN itu salah apabila mendakwa pelbagai senario buruk termasuk berulangnya rusuhan kaum 13 Mei, huru-hara dan negara akan muflis dalam tempoh tiga tahun jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU-13 dan mentadbir Putrajaya.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini terbukti tidak berlaku rusuhan kaum dan negeri muflis selepas PR memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah hampir lima tahun dan Kelantan sudah lebih 22 tahun.
Beliau berkata, jika pemerintahan PR begitu teruk, Datuk Seri Najib tidak perlu melalui dua tahun kesengsaraan menangguhkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana kurang yakin UMNO/BN akan memperolehi mandat baru untuk terus memerintah.
"Najib tidak perlu memilih jalan tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik pada Februari 2009 apabila merampas kuasa kerajaan PR Perak, negeri yang dipilih rakyat sehingga rakyat bertekad akan mengembalikan kuasa pada PRU-13 nanti.
"Pemimpin dan propagandis UMNO/BN perlu diberitahu agar menghentikan 'ramalan akhir zaman' bohong demi rakyat jika mereka benar-benar cintakan Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 22 tahun lalu, serta Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang diterajui PR masih belum muflis malah menunjukkan rekod urus tadbir yang lebih baik dan menegakkan kebajikan rakyat berbanding ketika negeri berkenaan diperintah oleh BN.
Read More / Baca Lagi >>

Antara sumpah Najib, sumpah Mahsuri dan sumpah Hantu Raya

Posted: 13 Dec 2012 05:47 PM PST

Oleh Hafiz Zainuddin
SUMPAH bukan perkara asing bagi dunia Melayu. Ia sudah menjadi sebahagian daripada nilai dan sejarah zaman berzaman.
Benar atau salah sumpah Mahsuri, Kedah mula bangkit selepas tujuh keturunan selepas kematiannya difitnah. Dalam sastera Melayu klasik, Hikayat Marakarma mencatatkan bagaimana Maharaja Angkasa Indera Dewa atau Betara Angkasa Indera Dewa turun dari Kayangan ke dunia bersama isterinya tanpa kebenaran Betara Guru, akibatnya, mereka disumpah menjadi sepasang suami isteri yang miskin dan  melarat dibenci orang.
Antara kisah sumpah paling popular ialah kisah si Tanggang. Si Tanggang lakonan Jins Shamsudin telah menidakkan Si Deruma sebagai ibunya dengan angkuh, lantas berdoalah ibu tua itu kepada tuhan, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya." Semena-mena sahaja langit bertukar gelap, laut bergelora dan malanglah nasib Si Tanggang dan anak kapalnya menjadi batu.
Begitu juga halnya dengan makhluk yang terkenal dengan gelaran sebagai Sang Kelembai. Makhluk berupa gergasi yang menghuni di hutan ini mempunyai kesaktian menyumpah orang yang ditegurnya menjadi batu. Manifestasi 'kewujudan sang kelembai' ini boleh dilihat melalui batu berbentuk gajah di Batu Gajah, Perak dan Gua Mat Sirat di Kampung Kepayang Ipoh.
Ini cuma sekelumit kecil kisah sumpah dan sumpahan yang popular dan dekat dalam masyarakat kita. Takkan selesai kalau diceritakan semuanya di sini.
Manifestasi sumpah
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Samad: 'Saya wakil rakyat semua kaum'

Posted: 13 Dec 2012 05:46 PM PST

KALAH sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Itulah yang pegangan dan kepercayaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sentiasa mengetengahkan pendekatan baru untuk memenangi hati rakyat yang dianggapnya "sudah selesa" dengan pendirian politik berkecuali. Namun detik 2008 mengubah segala persepsi itu.
Malah menjadikannya lebih komited untuk terus memperkenalkan Pas di kalangan masyarakat bandar khusus orang Melayu yang sebelum ini adalah penyokong dalam senyap BN.

Ikuti temu bual bersama  Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam menerusi segmen Bicara Bersama Ahli Parlimen Penggal Pertama baru-baru ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pernah YB menjangkakan kemenangan pada Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada Pakatan Rakyat khususnya parti Pas itu sendiri?

KHALID SAMAD: Pada tahun 2008, memang kita telah melihat terdapat ada banyak perubahan dari segi kesedaran rakyat, keinginan untuk melihat akan berlakunya perubahan dan sensitiviti rakyat terhadap beberapa isu yang telah berlaku ketika hampir dengan pilihan raya.

Pada asalnya, Shah Alam adalah kubu Umno-BN, dan tidak dianggap sebagai salah kerusi yang mempunyai potensi yang tinggi untuk dimenangi kerana pernah mencatat majoriti terbesar bagi pihak Umno-BN pada 1990-an dan 2004 pun bila saya bertanding menentang calon yang sama, Datuk Aziz Shamsudin telah kalah dengan majoriti 13,000 undi. Maka bila saya bertanding pada 2008, saya mengharapkan akan berlakunya penurunan dari segi majoriti tetapi tidak menjangka akan menang, bukan sekadar menang tetapi menang dengan majoriti yang hampir 10,000 undi.

Maka rasa itu bukti akan perubahan yang berlaku, tidak dizahirkan oleh rakyat jelata walaupun pada 1999 kita pernah hampir menang tapi pada ketika itu, persempadanan Shah Alam itu pun berbeza, pada 2004 persempadanan yang baru dan pada ketika itu, saya kalah dengan majoriti 13,000 undi, lalu ia kerusi yang dianggap sukar untuk dimenangi.

Shah Alam ternyata bukan kawasan "simpanan tetap" Umno-BN sebelum 2008, tidak boleh dikatakan begitu, oleh kerana pada 1999 itu hampir dimenangi oleh calon Barisan Alternatif yang pada ketika itu diwakili oleh saudara Ezam Md Noor tetapi ia pernah menjadi kubu kuat Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: