Khamis, 13 Disember 2012

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Keluar Umno...Masuk DAP Langkah Strategik....

Posted: 13 Dec 2012 02:04 AM PST

Kikis sentimen anti Melayu, DAP perlu lebih ramai Melayu isi kepimpinan tertinggi

Pru13 bom jangka perkauman berdetik kencang - Anuar Mohd Nor

Dr Aziz Bari : Keistimewaan Melayu Tak Boleh Dipinda Tanpa Perkenan Raja

Anuar Mohd Nor, pemilik Umno Reform ni sedikit sebanyak termakan juga dengan 'hasutan' Shahrizat pasal Peristiwa 13 Mei. Dia ni kira agak pandai sikit dari blogger2 Umno yang lain. Orang Norza tapi lepas PRU12 baik dengan Che'gu Bard.

Link di atas menunjukkan kebimbangannya, takut melayu hilang kuasa politik pula setelah 55 Umno berkuasa dan gagal menaikkan pegangan melayu dalam kek ekonomi negara. Huh! Bodoh giler. Apalah lagi yang nak diharapkan kepada melayu (dan mamak) Umno?

Anuar Mohd Nor dan rakan2nya yang lain sepatutnya mulai sekarang sudah berkira2 mencari wadah baru dalam politik. Tinggalkanlah dinosaur politik yang selayaknya ditempatkan di dalam muzium itu.

Saya juga suka menasihatkan beliau supaya lebih berstrategik di dalam politik. Zaman untuk main ikut2 sudah berakhir dan orang cina sudah lama menggunakan akal berbanding emosi. Saya nak tanya, kenapa ramai anak cina dan mana2 ahli MCA atau Grakan yang keluar parti tersebut memilih PKR berbanding DAP? Suatu sebab yang dapat saya telahi ialah mereka ingin mengukuhkan suara masyarakat cina dalam PKR.

Jawapan kepada kebimbangan Anuar Mohd Nor (dan kepada mana2 orang melayu Umno) ialah, beramai2lah tinggalkan Umno dan masuk DAP. Cuba baca link di atas itu, DAP juga bimbang jika parti mereka gagal mengikis imej chauvinist cina sedangkan parti mereka adalah parti pelbagai kaum. Ikutlah langkah Aspan Alias dan Sakmongkol AK47. Nescaya, kebimbangan Anuar Mohd Nor mudah sahaja di atasi.

Link Dr. Aziz Bari di atas itu sebenarnya sudah cukup untuk menghindarkan kegusaran dan threat yang digembar-gemburkan oleh Najib dan konco2nya dalam PAU yang lalu. Itulah modal mereka zaman berzaman tanpa menunjukkan jalan keluar yang realistik dak effektif.

Ayuh orang2 Umno, tunjukkan kejantanan anda (kalau ada) dan kebijaksanaan anda (yang tinggal berbaki) itu bagi memastikan kepentingan melayu terjamin, sebagaimana yang anda perjuangkan (entah ya ke tidak).

Apa macam? Ada berani?


Tiada ulasan: