PERAKITE |
- Menteri dan ahli politik makin teruk campurtangan dalam urusan polis
- Tiada lagi amah Indonesia...
- Keluarga Aminulrasyid tidak berpuas hati keputusan mahkamah
- Najib mai Penang Sabtu..tentu jam giler puluhan ribu sambut
Menteri dan ahli politik makin teruk campurtangan dalam urusan polis Posted: 05 Dec 2012 05:09 AM PST Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengengeluarkan komen berkenaan camputangan menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak . "Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang. "... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak. "Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online. Manurut Musa (gambar), sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu. "Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah." "Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," katanya. Tambah Musa, tidak menjadi kesalahan bagi Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa KPN. "Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja. "Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau dipetik dari Sinar Harian Online. Dalam laporan pagi ini, Musa mempertahankan dirinya tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya, Datuk Ramli Yusuff seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor. Musa memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya. "Saya tidak ada lakukan kesalahan," kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, "Kalau ada salah, biar SPRM siasat." |
Posted: 05 Dec 2012 03:38 AM PST Jabatan Imigresen menyelamatkan 105 warga asing yang dikurung di sebuah premis di Klang, Selangor kelmarin. Pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada bekerja di Malaysia, kata Kedutaan Indonesia di sini semalam sebagaimana dipetik daripada laporan agensi berita asing AFP. Ia berikutan skandal terbaharu yang menyaksikan 105 wanita asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang, Selangor baru-baru ini. Kes terbaharu pada Sabtu lepas itu susulan serbuan oleh pihak berkuasa menunjukkan amah Indonesia masih berdepan risiko terutamanya mereka yang memasuki Malaysia secara haram berbanding saluran sah. "Pihak berkuasa Malaysia perlu mengambil tindakan keras. Adalah lebih baik untuk pembantu rumah Indonesia tidak bekerja di Malaysia. |
Keluarga Aminulrasyid tidak berpuas hati keputusan mahkamah Posted: 05 Dec 2012 03:24 AM PST "Keputusan mahkamah memang sangat tidak adil kepada pihak kami," kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati anggota polis dua tahun lalu. Keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid. Semasa mahkamah mengumumkan keputusan itu pagi tadi, Azura dan keluarganya tidak ke mahkamah, tetapi mengikuti perkembangan melalui internet. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas. Pada 13 September tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010. Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Berhubung keputusan tersebut, Azura berkata, keluarganya akan berbincang mengenai tindakan selepas itu bersama peguam. " |
Najib mai Penang Sabtu..tentu jam giler puluhan ribu sambut Posted: 05 Dec 2012 03:11 AM PST Seluruh kakitangan awam telah dikerah menghadiri kunjungan PM DS Najib Razak yang akan melawat.kampus USM, Sabtu ini. Khabarnya yang bercutipun diarah batalkan cuti agar target minimun 5,000 orang hadir. Khabarnya PM mai USM jam 11 pagi ini dalam lawatan rangka kerjanya. Khabarnya nak g jumpa rakyat di USM dan di Tanjong Tokong.. Maka seluruh rakyat telah dikerah untuk beramai2 agar tidak memalukan Perdana Menteri. Semalam ada mesyuarat ICU melibatkan agensi kerajaan di Pulau Pinang. Para pengarah negeri, ketua polis, bomba dan segalanya dikerah hadir. Semua Ketua Jabatan di negeri ini dikerah hantar staff masing-masing untuk sambut ketibaan Perdana Menteri di USM kira-kira jam 11 pagi. Harap ramailah yang datang...mesyuarat tu harap minimun 5,000 orang je di USM. Utusan Meloya tentu akan tulis 50,000 hadir. Walaupun beberapa jabatan keberatan mengerahkan kakitangan turun kerana kerja dan tugasan, serta guru yang sedang bercuti..semua dipaksa turun padang. Lepas USM PM akan ke Tanjong Tokong..jumpa Melayu di sana yang dah lama tersadai dengan masalah perumahan sejak Gerakan dan Umno memerintah berkurun lamanya. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan