Jumaat, 28 Disember 2012

PERAKITE

PERAKITE


PAS P Pinang dah lama cadangkan Hafiz dipecat..

Posted: 28 Dec 2012 07:40 AM PST

PAS Pusat terus berdiam diri tanpa mengambil tindakan tegas terhadap Mohamed Hafiz Nordin  iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang secara terang-terangan sudah kerapkali berpendirian bertentangan.

Hafiz juga sudah kerapkali mengeluarkan kenyataan yang mencelarukan dan tidak sealiran dengan PAS.

Hafiz Nordin kini semakin mencabar pendirian PAS..dah naik tocangnya kerana PAS gagal mengambil sebarang tindakan. Seolah-olah PAS sendiri membiarkan Hafiz menjadi api dalam sekam.

Demonstrasi hari ini di Masjid Simpang 6, dekat Komtar seharusnya membuka mata pimpinan yang kurang terbuka atau tidak nampak akan kesannya pada perjuangan jemaah yang lain dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Hafiz yang diiringi pengikut2nya yang siap membawa bendera PAS secara terang-terangan menghentam cadangan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pengunaan kalimah Allah oleh pengikut kristian. 

Ia mengambarkan itulah pendirian PAS.  Datuk Saleh Man, selaku Pesuruhjaya PAS lantas menafikan terbabit dalam menganjur demonstrasi  selepas solat Jumaat.


Memahami kedudukan Salleh yang dilema berhubung tindakan Hafiz  itu,... tersepit dan tidak mempunyai alasan kukuh untuk membuktikan PAS tidak terbabit langsung kerana ada kalangan yang ikut serta itu membawa bendera PAS dan kalangan ahli PAS.

Ada benarnya, bukan PAS Pulau Pinang yang menganjurnya namun pada mata kasar rakyat ia memperlihatkan bahawa ia dicetuskan oleh PAS.

Salleh yang enggan mengulas lanjut berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

Hafiz juga sebelum ini bersekongkol dengan Dato Hassan Jati berceramah menghentam kerajaan negerindan PAS.

Jika demikianlah sifatnya, mengapakah PAS masih lagi menyimpan Hafiz dan tidak mampu membuangnya terus daripada PAS sepertimana dilakukan pada Hassan.

PAS kelihatan lambat dalam membuat keputusan.

Ketika diajukan perkara ini kepada Salleh, beliau berkata PAS Negeri telah lama meminta PAS Pusat yang mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Hafiz termasuk memecatnya dari PAS.


Pas tunggu apa lagi...Ust Hafiz Nordin dah biasa ceramah sepentas Hassan Jati

Posted: 28 Dec 2012 05:52 AM PST


Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni?


Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.

Hafiz Nordin bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang beraksi macam 'si anjing Umno'
Antara aksi 'si anjing Umno'
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi. - Hrkh.   
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Memang betul PAS Pulau Pinang tak terlibat dengan demonstrasi tu dan memang betul Ust Saleh Man tak tau pasai demonstrasi tu.

Tapi sangat jelas ada bendera PAS berkibar megah dalam demonstrasi tu dan sebagai Pesuruhjaya Ust Saleh Man berlepas tangan macam tu.

Harakahdaily juga melaporkan:
Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz. - Ibid.
Kalau tengok ke gambar yang keluar dalam blog penchachai Umno macam kat bawah ni, aku yakin yang tengah pegang mikrofon tu adalah Ust Hafiz Nordin, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.

Heran sungguh aku, sampai bila PAS nak simpan orang macam ni. Nak tunggu sampai aksi macam 'si anjing Umno' yang macamana lagi baru PAS nak ambil tindakan.

Langsung tak munasabah kalau Dato Saleh Man ' tidak tahu menahu' mengenai kelaku bekas Ketua Pemuda PAS Negeri ni. Langsung tak tak boleh diterima akal kalau langsung takdak apa-apa tindakan PAS Pulau Pinang dah ambil ke atas dia ni.

Satu lagi yang paling aku mushkilnya, ada khabar angin yang kata Ust Hafiz ni masih rapat dengan Pemuda PAS Pulau Pinang, malah ada yang kata dia ni masih lagi jadi naqib usrah Pemuda PAS Negeri.

Aku harap sangat Pemuda PAS Pulau Pinang boleh segera jawab kemushkilan aku ni. Aku yakin bukan aku saja yang mushkil tapi ramai yang dah dengar khabar angin tu pun mushkil jugak.

Kalau Ust Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda PAS negeri tak mampu nak jawab, mungkin Ust Afnan Hamimi Taib Azamuddin selaku Setiausaha Pemuda PAS negeri yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia yang blogger Abu Nawas kata suka glamour tu boleh keluarkan kenyataan rasmi berkenaan khabar angin ni.

Lagi satu, sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, aku harap sangat Dato Saleh Man benar-benar berperanan. Naik serabut telinga aku dengar macam-macam pasai Pemuda PAS Pulau Pinang ni.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/12/berapa-lama-pas-nak-simpan-ahli-yang.html#ixzz2GM1Pt5BY

Tiada ulasan: