Addin |
- Kantoi!! Rupanya Pencacai Umno Menyamar Jadi Orang PAS Berdemo Di Komtar
- Umno Upah Pelajar RM20 Untuk Maki Peserta Himpunan Oren.. Ini Buktinya
- Kantoi!! Penyokong Felda Dan Isa Samad Akui Di Taja Hotel 5 Bintang
- Panas!! Tangan Ghaib Paksa Deepak Jual Syarkatnya..
- Tak Sempat Serah Memorandum, Isa Samad Lari Lintang Pukang
- Khairy Saman Chegu Bard
- Bongkar!! Ketua Bahagian Umno Ada Sehingga 250 Permit Teksi
- Bongkar!! Rupanya Rebet Telefon Pintar Satu Pembohongan Besar Najib
- Umno Hancur!! Borang Keahlian Umno Penuh Dengan Kesalahan Ejaan..
Kantoi!! Rupanya Pencacai Umno Menyamar Jadi Orang PAS Berdemo Di Komtar Posted: 28 Dec 2012 08:55 AM PST Siang tadi selepas solat jumaat berlaku satu demo yang didakwa oleh blog pro Umno di anjurkan oleh PAS P. Pinang. Namun demo tersebut di sanggah oleh PJ PAS P. Pinang, beliau mendakwa PAS P.Pinang tidak mengeluarkan arahan untuk melakukan apa-apa demo pada hari ini. Habis tu.. yang berdemo tu adalah orang Umno sendiri yang menyamar jadi orang PAS. Bila Addin tengok berita tu tadi, Addin dah agak mesti kerja-kerja pencacai Umno untuk memburukkan PAS di mata DAP.. Jadi.. Umno kantoi lagi..
Baca pendedahan lagi di sini. |
Umno Upah Pelajar RM20 Untuk Maki Peserta Himpunan Oren.. Ini Buktinya Posted: 28 Dec 2012 05:16 AM PST KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu , 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini. Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa. "Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi," katanya yang ditemani rakan-rakan sebaya.Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun. "Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini," katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka. Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.Selain pelajar 'dipaksa' menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok. Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah. ~kd |
Kantoi!! Penyokong Felda Dan Isa Samad Akui Di Taja Hotel 5 Bintang Posted: 28 Dec 2012 05:00 AM PST KUALA LUMPUR 28 Disember: Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda. "Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Dailyyang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN. Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda."Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar. ~kd |
Panas!! Tangan Ghaib Paksa Deepak Jual Syarkatnya.. Posted: 28 Dec 2012 03:45 AM PST Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengakui bahawa dia telah menjual syarikatnya - Astacanggih - untuk RM30 juta kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan, dengan mendakwa dia dipaksa berbuat demikian.Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi. "Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos."Ini adalah kata dua telah dipaksa ke atas kita," katanya dalam mesej teks hari ini. ~mkini |
Tak Sempat Serah Memorandum, Isa Samad Lari Lintang Pukang Posted: 28 Dec 2012 02:09 AM PST KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Lebih 2,000 orang termasuk peneroka, kebanyakannya berpakaian oren berarak dari masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Wisma Felda Jalan Semarak menyerahkan memorandum kepada Felda bantahan hari ini. Mereka diketuai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman, selain Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli. Turut serta ialah Setiausaha Biro Felda KEADILAN, Rebin Birham.Mereka bergerak ke ibu pejabat Felda kira-kira 500 meter dari masjid berkenaan untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda, Tan Tan Sri Isa Samad tetapi hanya wakilnya sahaja yang hadir. Himpunan itu anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman.Pada perhimpunan itu, satu patung dengan wajah Isa Samad yang diikat pada kayu turut diarak sebelum seorang peserta 'merotan' bahagian belakang patung berkenaan. ~kd |
Posted: 28 Dec 2012 01:18 AM PST PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin yang mendakwa beliau tidak membayar pinjaman berjuta ringgit dengan Agro Bank. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau sedang berbincang dengan peguam untuk langkah susulan. "Tuduhan beliau tidak benar. Tidak tolak kemungkinan tindakan undang-undang terhadap beliau (Badrul Hisyam)," kata Khairy melalui SMS hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Badrul Hisyam yang meminta Khairy memberi penjelasan mengenai hutang Agro Bank yang belum dibayar. Badrul Hisyam yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard mendakwa, pinjaman tersebut diperolehi Khairy semasa bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Pemimpin muda PKR itu juga mendakwa beliau mendapat maklumat berdasarkan dokumen yang setelah diperiksa diyakini sahih mengenai perkara tersebut. Mohon penjelasan "Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah, adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Agro Bank?" kata Badrul dalam blognya. Berikutan itu, beliau memohon Khairy memberikan penjelasan mengenai perkara itu. "Jika ini semua benar wajarlah pimpinan BN bersungguh-sungguh mengelak untuk membuat pengisytiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. "Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini , jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. "Anak muda terpaksa sorok kereta hanya kerana tiga bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini? "Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula? "kata Chegu Bard lagi. ~fmt |
Bongkar!! Ketua Bahagian Umno Ada Sehingga 250 Permit Teksi Posted: 28 Dec 2012 12:00 AM PST PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemandu teksi seluruh negara akan bertindak sebagai 'penggerak khas' dalam menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya untuk menyelamatkan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Ketua Pembangkang ini berkata, langkah itu diambil kerana golongan pemandu teksi merupakan mereka yang sering bertemu dengan rakyat dan boleh menjadi penyebar maklumat kepada agenda perubahan landskap politik negara kelak. "Peranan mereka penting untuk menyedarkan rakyat dan penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa taraf kehidupan semakin terpinggir jika terus mengekalkan kerajaan sekarang."Sudah sampai masanya pemandu teksi juga membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya akan datang setelah nasib mereka berpuluh tahun tidak mendapat pembelaan daripada BN," katanya di hadapan lebih 200 pemandu teksi pada himpunan raksasa di Dewan Sivik, malam tadi. Selain itu, Anwar yang juga Ketua Umum PR menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gagal memahami kehendak pemandu teksi apabila pemberian permit yang dijanjikan gagal ditunaikan malah dimonopoli pula oleh pemimpin tertinggi Umno-BN untuk dijadikan perniagaan."Tak cukup rompak elektrik, air, tepung, gula, dan sebagainya, titik peluh orang miskin pun Najib sanggup rompak."Permit disewakan kepada pemandu, mereka untung berbilion ringgit kerana niagakan permit yang sepatutnya diberikan kepada pemandu yang layak," katanya yang juga Ketua Umum PKR. Tegasnya pemandu teksi saban tahun ditindas dan hak mereka untuk mendapatkan permit sendiri dan perlindungan Perkeso turut dinafikan kerajaan BN."Setiap hari mereka keluar rumah mempertaruhkan nyawa mereka untuk mencari rezeki untuk anak dan isteri."Saya berasa pelik pemimpin BN tak boleh fikirkan keselamatan dan kebajikan golongan ini jika ditimpa musibah," ujarnya. Tambah beliau, Umno-BN masih tidak berubah, malah terus menerus membudayakan semangat kronisme yang kian menebal dan mementingkan kemewahan hidup pemimpin mereka."Saya dimaklumkan ada ketua bahagian Umno itu mempunyai sehingga 250 permit, jadi kita nak suruh taukeh dia pandu teksi sendiri, jika tak boleh pulangkan balik permit itu," tegasnya. Anwar turut membidas Najib yang cuba mengalih isu dengan pemberian tayar percuma kepada pemandu teksi baru-baru walhal isu permit sehingga kini masih gagal diselesaikan."Najib gagal beri permit teksi kepada pemandu atau individu, hanya tahu beri tayar yang TR1M yang hanya boleh bertahan enam bulan."Dia (Najib) gagal fahami kesusahan pemandu teksi untuk dapatkan permit bukannya tayar," katanya. ~sinar |
Bongkar!! Rupanya Rebet Telefon Pintar Satu Pembohongan Besar Najib Posted: 27 Dec 2012 08:36 PM PST KUALA LUMPUR 27 Disember: Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi."Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah. Pasti banyak untung daripada rebat ini."Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500," kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon. Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini. Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal."Syaratnya tidak ikhlas. Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa. Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda," katanya. Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih 'pintar' dengan melebar saluran internet percuma."Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan," katanya. ~kd |
Umno Hancur!! Borang Keahlian Umno Penuh Dengan Kesalahan Ejaan.. Posted: 27 Dec 2012 04:59 PM PST Dibawah ni Addin sertakan artikel yang di kongsi dari blog Milo Suam. Umno kononnya memperjuangkan bangsa Melayu tapi bahasa melayu sendiri pun tunggang langgang. Tatabahsa dan ejaan dalam blog-blog Pakatan Rakyat lebih baik lagi daripada borang keahlian Umno..
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan