PENYAPU SIAL |
- Barang Nipu....Perdaya Penyokong Sendiri....Air Mineral BN Selangor Tidak Patuh Piawaian
- Maruah bangsa melayu bukan di tangan parti syaitan yang di kenali UMNOPORNO....
- SPRM perlu tapis diri sendiri dulu kemudian baru tapis calon perdana menteri dan seterusnya untuk calon PRU 13 nanti....
Barang Nipu....Perdaya Penyokong Sendiri....Air Mineral BN Selangor Tidak Patuh Piawaian Posted: 24 Dec 2012 08:57 AM PST Air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya di dapati menyalahi peraturan air mineral, malah logo halal yang dilekat di botol itu diragui kesahihannya. Pembekalan air mineral percuma berjenama ‘Nurani Rakyat’ dalam kempen Sayangi Selangor itu tidak pernah disahkan kualitinya mengikut piawaian yang ditentukan kerajaan. Ia melanggari Akta Makanan 1983, Akta Perihal Dagangan 2011, dan Sijil Perakuan Halal Jakim.Sebab itu kita minta Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) siasat dan ambil tindakan.. Air mineral berbotol yang dikeluarkan syarikat komersil mematuhi sepenuhnya piawaian, sedangkan pembekalan produk yang dibuat syarikat BN langsung tidak tertera dibiar melanggari undang-undang. Sepatutnya pada botol ini tertulis jenis punca air dan lokasi diperolehi, kandungannya dan nama syarikat yang membotolkan, tapi langsung tak dinyatakan.. Kita turut mempersoal kesahihan logo halal Jakim yang dipapar pada produk berkenaan. Manakala jenis penutup botol air mineral itu berwarna biru, tanda kepada jenis air galian bawah tanah, namun diragui sumbernya. Bagaimana kalau kita katakan air ini berpunca dari air paip Syabas? (Syarikat Bekalan Air Selangor).. Sendiri jadi menteri sendiri buat peraturan, sendiri yang langgar. BN tipu rakyat di program anjurannya. Ini penyalahgunaan logo yang jelas. Kita yakin dalam masa kempen pilihan raya, air ini akan dibekalkan secara meluas di program anjuran mereka... Pengeluaran produk tersebut menyalahi semua peraturan berkenaan.Bagi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, syarikat atau institusi yang melakukan kesalahan boleh didenda sebanyak RM10 juta, manakala RM2 juta bagi kesalahan individu.. Manakala penyalahgunaan sijil dan logo halal Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri boleh didenda maksimum RM5 juta kerana kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna
penyapu sial
Biasalah tu bagi syarikat kroni yang buat air minuman bukan dari syarikat yang bertauliah. Syarikat bertauliah akan pastikan setiap kualiti barang mesti mencapai standard piawai yang ditetapkan. Tapi kalau syarikat kroni yang buat, diaorang hanya penting untung dari segalanya tak peduli apa - apa peraturan yang ditetapkan. Itulah bezanya antara cara kerja syarikat kroni dan cara kerja syarikat bertualiah |
Maruah bangsa melayu bukan di tangan parti syaitan yang di kenali UMNOPORNO.... Posted: 24 Dec 2012 08:24 AM PST adalah bangsa tidak bermaruah bila minda di kuasai oleh parti PORNO UMNOPORNO.... Maruah suatu bangsa yang disebut sebagai bangsa yang tersohor dan mulia bukanlah meletakkan masa depan nya pada tangan orang lain. Oleh kerana meletakkan masa depan dalam tangan orang lain, mereka telah jatuh maruah kebawah pada beberapa darjat nya. Siapakah yang menyebabkan bangsa Melayu jadi demikian? Sesudah 55 tahun merdeka, nampak nya peranan orang Melayu ialah merelakan diri dihimpun dalam stadium, atas padang dan dalam dewan2 besar , memulia dan memuja Haji Najib altantuya. Takkanlah setelah 55 tahun merdeka, itu kerja orang Melayu? Apa dah jadi kepada orang Melayu? Inilah akibatnya, apabila kita menyerah soal membangunkan bangsa dan negara kepada orang lain. Kita meletakkan kepercayaan memajakkan pembentukan masa depan kita dalam tangan orang lain. Orang lain tersebut memanipulasi minda kita dan menakutkan kita untuk percaya bahawa tanpa mereka, maka kita tidak ada masa depan. Kita kehilangan maruah, harga diri dan jatidiri. Kita pun memuja dan memulikan sang dewata mulia haji Najib altantuya bin tong rosak dan UmnoPORNO-APCO. Demikianlah apa yang sudah berjaya dilakukan oleh UmnoPORNO. Kalau UmnoPORNO tidak ada, maka masa depan orang Melayu akan gelap. Dimana maruah orang Melayu jika demikian? Masa depan sendiri bukan ada dalam tangan sendiri? Setelah 55 tahun, bangsa Melayu dibentuk minda mereka untuk percaya bahawa kebahagiaan serta kesejahteraan mereka bergantung kepada UmnoPORNO dan bukan pada kebenaran nya, melalui usaha mereka sendiri. Kaum yang merdeka minda, mesti bertanya apakah yang mereka boleh lakukan melalui kerajaan sebagai wadahnya, untuk mencapai matlamat? Kerajaan bukan sesuatu yang kita sendiri ciptakan yang kemudiannya menindas serta menghimpit kita. Dalam agama kita, kita pun biasa mendengar ustaz dan tok lebai membaca ayat2 Quran yang bermaksud- Allah tidak akan mengubah nasib atau keadaan sesuatu kaum, kecuali kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dan kita juga mendengar- Allah tidak akan mengubah nikmat yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah kaum tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Apa maksud ayat2 tersebut? Maksudnya, bukanlah Haji Najib atau UmnoPORNO atau orang lain yang akan mengubah dan mentransformasikan kaum Melayu. Yang mengubah dan mentransformasi kita ialah diri kita sendiri- usaha kita sendiri dengan nilai kehidupan yang ada dalam diri kita. Kita tidak akan dapat mengubah masyarakat dan kerajaan yang korap jika, dalam diri kita tidak ada nilai membenci rasuah dan korapsi. Kita tidak ada mengubah kerajaan dan system yang tidak cekap, jika dalam diri kita sendiri, tidak ada nilai membenci kelembapan dan ketidakcekapan. Dalam diri kita, kita mesti bangkitkan nilai2 seperti ini dan bersama2 dengan ramai kawan2 lain, mempamirkan dan menterjemahkan keperibadian bangsa kita yang sebenarnya. Maruah kita sebagai orang Melayu boleh dinilai daripada banyak mana kita bergantung kepada orang lain dan banyak mana kita meyakini bahawa perubahan kah, transformasi kah, reformasi kah, bergantung sebetulnya pada diri kita sendiri. Iaitu melalui usaha kita sendiri. Berdikari, jatidiri ialah pokok segala kemajuan yang sebenarnya untuk setiap individu dan jika dipamirkan dalam kehidupan ramai, ia merupakan punca ketangkasan dan tenaga. Bantuan dari pihak lain hanya akan mendatangkan kesan2 melemahkan, tapi pertolongan dari dalam diri sendiri, menguat dan menyegarkan. Apa yang dilakukan untuk sesuatu kaum oleh pihak lain, pada sebahagiannya, menyedut ransangan dan kemestian melakukan sesuatu untuk kehidupan oleh yang empunya diri. Dan dimana kaum itu tertakluk oleh arahan yang berlebihan dan perkerajaan yang berlebihan, kecenderungan yang tidak dapat dielakkan ialah mereka jadi kaum yang lemah. Bila orang Melayu tolak UmnoPORNO, bukan bererti mereka membelakangkan keMelayuan mereka. Kebangsaan dan agama tetap ada pada mereka. Bila mereka menolak UmnoPORNO, yang sebenarnya mereka lakukan ialah membebaskan minda daripada ketakutan dan tahyul bahawa tanpa UmnoPORNO, orang Melayu akan binasa. Masa depan kita, kita yang tentukan sendiri. Mana2 kerajaan yang muncul nanti, akan berdepan dengan suatu kaum yang benar2 berani menyatakan maruah diri mereka. Bila bangsa Melayu sudah kuat, mana2 kerajaan akan berkerjasama dengan kaum Melayu, bukan menindas dan mengeksploitasi mereka. |
Posted: 24 Dec 2012 08:08 AM PST Pengumuman oleh presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bahawa semua calon pilihanraya Barisan Nasional perlu ditapis oleh SPRM disambut dingin di kalangan kebanyakan ahli partinya sendiri. Pengumuman tersebut dilihat sebagai respon kepada cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya setiap parti politik yang bertanding perlu menyerahkan senarai calon untuk dinilai oleh SPRM. Kita bersetuju secara prinsip bahawa setiap calon yang bertanding pada pilihanraya ke-13 yang digelar sebagai ‘mother-of-all election’ ini, terdiri daripada lelaki dan wanita yang beramanah, penuh integrity dan kompetensi. Ini kerana kekayaan dan khazanah negara dan negeri yang akan diamanahkan pada tiap ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri adalah amat tinggi nilainya, dan dalam banyak keadaan ianya boleh menggelapkan mata si pemegang amanah tersebut. Walau bagaimana pun SPRM tidak perlu dilibatkan dalam proses pra-penilaian ini kerana : 1. SPRM tidak diberikan tauliah dan kuasa untuk menilai calon-calon pilihanraya. Apa yang mereka boleh lakukan adalah untuk menyiasat dan mendakwa dengan bukti yang kukuh terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah bidangkuasa SPRM.
Timbul persoalan kelak tentang apakah tindakan yang akan diambil oleh SPRM terhadap calon-calon yang mereka telah sahkan terlebih awal sebelum pilihanraya sebagai ‘bersih’, namun selepas itu, mereka menerima bukti kukuh untuk disabitkan dengan kesalahan di bawah akta pencegahan rasuah yang berkaitan. 2. laporan SPRM ini nanti, pastinya mengandungi ayat penafian (disclaimer) yang berbunyi, “Laporan penilaian ini disediakan berasaskan makluman yang dibekalkan oleh pihak calon, sehingga tarikh laporan ini. SPRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan dan kesilapan dalam menjalankan prosedur penilaian ini”. Timbul persoalan tentang kualiti laporan tersebut, samada ianya cukup komprehensif untuk menilai setiap sumber pendapatan dan harta yang terkumpul oleh pihak calon tersebut. 3. SPRM perlu selesaikan kes-kes tertunggak yang bertimbun, bukan sekadar mendakwa ‘ikan bilis’, tetapi perlu komited untuk mendakwa ‘si jerung’ dan ‘syaitan-syaitan yang dikenali’ daripada terus bermaharajalela. Tiap calon perlu membuat pengisytiharan harta secara sukarela untuk rakyat mengukur dan menilai tahap kekayaan yang dikumpul oleh mereka, sebelum dan selepas menjawat jawatan. Sudah tiba masanya untuk budaya politik baru di Malaysia. Calon-calon bukan sekadar mengisytiharkan janji dan manifesto, tetapi turut mengisytiharkan harta mereka. Tiada alasan untuk mengelak daripada tindakan ini. Seorang yang beramanah dan berintegriti tidak perlu takut pada cadangan ini. Hanya yang sebaliknya, takut untuk menyahut cabaran ini. Untuk rekod, semua EXCO Pemuda PAS, telah mengisytiharkan harta mereka secara sukarela pada muktamar tahunan baru-baru ini. Walaupun bukan semua akan bertanding, ini adalah satu langkah pencegahan awal agar budaya rasuah tidak menyelinap masuk sesama ahli PAS yang kelak bakal menjadi parti terpenting dalam pakatan kerajaan memerintah. Ternanti respon daripada Pemuda UMNO? .....Jangan haraplah ....Jauh panggang dari api. Apapun, rakyat pasti teruja untuk melihat Datuk Seri Najib menunjukkan tauladan dengan membenarkan SPRM bebas menilai harta-harta yang dikumpul oleh beliau dan Datin Seri Rosmah, untuk dinilai dan diukur oleh rakyat jelata. Integriti berkait rapat dengan tindakan, bukan sekadar ucapan. Kita lebih bersetuju untuk pihak SPRM menilai calon-calon untuk jawatan perdana menteri. Itu yang lebih utama. Apa pandangan anda? |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan