Pahang Daily Online |
Posted: 04 Dec 2012 11:17 PM PST |
Panas: Sah, Amukan Samseng Di Gombak Malam Tadi Gara-Gara "Termakan Dek Hasutan" Si Sharizat Jalil ! Posted: 04 Dec 2012 10:32 PM PST Apa sudah jadi dengan politik Malaysia agaknya?. Keganasan demi keganasan terus berlaku dan anehnya melibatkan lokasi ceramah parti pembangkang (Pakatan Rakyat). Sebeum ini kita hanya mendengar program lain diadakan bagi mengganggu ceramah yang disampaikan oeh pemimpin pembangkang. Kemudian, ada beberapa tempat terdapat balingan objek-objek tertentu hinggalah kepada mengugut serta membaling cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaiki oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini, nampaknya "budaya samseng" yang melanda semakin menular dan bertambah serius. Apakah ia ada kaitan dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil (foto) di Perhimpunan Agung parti itu baru-baru ini bahawa "Tragedi 13 Mei" akan berlaku lagi jika pembangkang berkuasa selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Terbaru, di Gombak malam tadi, satu lagi tindakan ganas ala samseng diakukan terhadap program pembangkang. Malah paling mengejutkan bukan sahaja program diganggu dengan balingan objek-objek keras termasuk batu dan kayu juga terdapat seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera dibahu dipercayai telah ditikam dengan objek tajam. Apa yang menyedihkan kita kejadian yang berlaku ini seolah-olah mendapat keizinan daripada parti politik (kerajaan). Ini kerana mereka yang mengganas itu turut membawa bendera BN (Barisan Nasional) dan memakai baju UMNO. Kejadian di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Sungai Puyu (Gombak) ini adalah episod paling kejam yang dilakukan oeh pihak terbabit sebenarnya. Namun, persoalannya yang timbul ialah dimanakah anggota polis ketika kejadian berlaku?. Mereka tiba agak lewat walau pun beberapa kali dihubungi oleh pihak penganjur. Bukankah ini memusykikan kerana ada beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB) berada di lokasi ketika kejadian sepatutnya boleh melaporkan situasi ketika itu. Kenapa mereka ini tidak terus menghubungi rakan-rakan yang lain jika beraku sebarang insiden yang tidak diingini. Malah, lebih malang ada maklumat beberapa orang SB juga menyamar sebagai ahli PAS dan melakukan provokasi terhadap program tersebut. Nampaknya, keganasan dan budaya samseng seolah-olah mendapat izin dan direstui. Malah, pihak polis FRU yang hadir hanya berdiri tercegat mengawal keadaan tanpa menangkap atau memukul mereka yang mengganas itu untuk dibawa ke balai polis. Ini berbeza sekali dengan Himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur sebelum ini, walau pun rakyat yang hadir tidak membawa sebarang senjata dan berhimpun dengan aman mereka diperlakukan seperti "haiwan" dipijak, dipukul, dihentak ditendang dan lebih teruk dari itu hingga ada dikalangan mereka yang terpaksa dimasukkan ke ICU. Inilah yang terjadi sebenarnya, seoah-olah ada "double standard" dalam tindakan pihak polis terhadap rakyat Malaysia hari ini. Mereka yang sokong UMNO BN buatlah apa saja hatta membawa benda tajam dan menikam orang tiada tindakan diambil, tetapi jika penyokong pembangkang, mereka hanya baru mahu berhimpun secara aman pun sudah dikenakan tindakan cukup tegas oleh polis. [Difahamkan kejadian malam tadi diketuai oleh Datuk Megat Zulkarnain Omardin iaitu anak kepada Mahaguru Persilatan terkenal tanahair "Mahaguru Omardin". Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak telah membawa anak-anak buahnya untuk menganggu "dengan niat" program Pakatan Rakyat itu. Alasan yang diberikan kononnya mereka ada program parti di kawasan berhampiran adalah helah dan taktik semata-mata sebenarnya. Sedangkan, sudah jeas agi bersuluh beliau mengapi-apikan anak-anak buahnya terutamanya ahli pertubuhan "pesilat lincah" agar menggempur program tersebut malam tadi. Alasan lain yang diberikan kononnya ceramah berkenaan tidak mendapat permit dan hanya digunakan oleh pembangkang untuk menghina pemimpin kerajaan UMNO BN jelas sekali menunjukkan beiau tidak faham erti "demokrasi". Sudahlah pembangkang tidak mempunyai media untuk bersuara, kini ceramah mereka pula diganggu. Sepatutnya UMNO mengadakan siri ceramah penerangan mereka bagi menjawab segala tuduhan pembangkang dan bukannya dengan mengganas seperti orang tidak bertamadun seperti ini. Difahamkan, PAS telah membuat laporan polis di Balai Polis Gombak petang ini. Persoalannya, apakah pihak polis akan memberi perhatian terhadap laporan terbabit andai ada arahan bertentangan pihak atasan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan